KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, Mokhzani Mahathir disenarai antara tiga Melayu terkaya di Malaysia, lapor majalah perniagaan, Malaysian Business.
Mokhzani yang memiliki syarikat Kenchana Petroleum, menduduki tangga ke 19 dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion. Selain beliau, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation menduduki tangga ke tujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.
Syed Mokhtar, pemilik Malakoff Segari, iaitu syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) yang mengaut subsidi dari kerajaan bernilai berbilion ringgit setahun, juga merupakan kroni rapat Mahathir.
Selain itu, Tan Sri Azman Hashim dari Kumpulan Arab Malaysian memiliki kekayaan berjumlah RM3.9 bilion meletakkan dirinya antara Melayu terkaya di Malaysia.
Menurut majalah bertarikh 16 Febuari itu, jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus menjadikan harta terkumpul mereka pada 21 Januari lalu berjumlah RM206.27 bilion.
Terus mendahului senarai adalah Tan Sri Robert Kuok dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala seorang lagi kroni Mahathir, Tan Sri Ananda Krishnan kekal di tangga ke dua dengan kekayaan berjumlah RM45.78 bilion. - keadilandaily
EDYES wrote:
La nie anak chedet, lepas nie anak sapa??
Lepas nie anak najib, lepas tu anak sapa lagi??
Lepas tu anak Hisyamuddin, habis tu anak sapa pulak lagi??
Habis tu, anak mukhriz pulak lahhhhh
Anak menantu paklah tak masuk ka??
Hak nie kena tanya kak ros...
Undilah BN lagi...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment