Friday, January 30, 2009

Maaf Dato Seri, Saya Sokong PPSMI

Dalam isu PPSMI, saya menyokong supaya mata pelajaran matematik dan sains di ajar dalam Bahasa Inggeris. Saya tidak akan turut serta dalam demo kali ini dan ia bukan bermakna saya telah lari dari arus perjuangan. Sila fahamkan.

Saya berpendapat, ini bukan soal mempermainkan bahasa kebangsaan dan bukan juga soal memperlekeh bahasa melayu terutamanya. Ini soal kesesuaian pendidikan itu sendiri.

Kita meletakkan suatu kesesuaian berpandukan kepada keperluan semasa. Kiranya Bahasa Inggeris itu menjadi satu keperluan dan kita mengambil kesempatan ini dengan menjadikan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Di mana salahnya?

Dalam masa yang sama, saya percaya Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan boleh diperkuatkan lagi dalam lingkungan bidangnya yang tersendiri. Perkuatkan bahasa kebangsaan kita yang tercinta ini dengan melimpahi program-program bahasa secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh.

Memperkuatkan bahasa melayu dengan menjadikan bahasa inggeris sebagai saingan di bumi tempatan, kerajaan harus memastikan Bahasa Melayu menjadi faktor utama dalam pelbagai aspek dan kriteria yang memberikan kelebihan kepada mereka yang menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Kita bukan membunuh bahasa melayu dengan meletakkan pembelajaran dua subjek tersebut dalam 'english' malah kita melakukan satu pengorbanan demi menaikkan martabat bangsa kita.

Biarkanlah matematik dan sains digelumang dalam bahasa inggeris atas dasar kesesuaianya yang tersendiri. Umpama sekiranya kita ingin belajar teknologi German, bukankah lebih baik kita menguasai bahasa Jerman terlebih dahulu? Wajar ! Begitu juga sekiranya kita ingin menguasai ilmu dunia, kita perlu terlebih dahulu menguasai bahasa dunia.

Ambillah suatu kesempatan untuk menguatkan bangsa kita melalui penguasaan bahasa Inggeris. Bukanlah saya mengagung-agungkan bahasa lain, tetapi ia adalah keperluan di atas kesesuaian.

Harap semua memahami maksud yang cuba saya sampaikan. Bukanlah saya menongkah arus, apa pun, Barisan Nasional harus ditumbangkan selewat-lewatnya PRU13 kelak.


Salam

SPRM = FBI ?? AJK UMNO Dibogel !

Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein.

Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commissionHalimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

"Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."

Norza sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas dengan alasan beliau sedang disiasat.

Beliau juga berkata tidak mengetahui laporan polis tersebut.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull pula berkata suruhanjaya itu menyerahkan kepada polis untuk menjalan siasatan terhadap dakwaan Halimi dan enggan mengulas lanjut. -mkini

edyes wrote:

Kenaikkan pangkat dari sebuah Badan Pencegah Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah bukanlah satu lesen untuk menjadi ala-ala FBI dalam menjalankan siasatan terhadap pesalah politik wang mahupun pesalah rasuah yang lain. Memaksa untuk mengaku bersalah? Apakah ini suruhan kerajaan atau menteri-menteri tertentu atau 'calon' tertentu?

Unsur 'paksa-ngaku' ini telah wujud sekian lama dalam lokap-lokap polis yang menjalankan siasatan. Kini berjangkit pula kepada pegawai-pegawai SPRM yang lagaknya seperti polis. Belasah, dibogel, dicucuh puntung rokok, supaya sipolan itu terlibat secara langsung terhadap apa yang dirancang. Ini adalah melebihi tabiat binatang !

Perkara pokoknya ialah, cara ini salah dan tidak sepatutnya berlaku. Kita pernah digemparkan dengan kejadikan ketuk-ketampi bogel dalam penahanan polis oleh warga China (yang sebenarnya adalah warga Malaysia). Mengapa kejadian ini tidak di ambil iktibar?

Sepertimana yang berlaku ke atas kematian Kugan, sebelumnya telah ramai lagi yang mati dalam lokap. Kematian kugan seharusnya menjadi sinar kepada rakyat kebanyakkan supaya menolak unsur-unsur samseng dalam kepolisian mahupun yang terbaru - SPRM.

Wednesday, January 28, 2009

Raja Ahmad Zainuddin Antara yang bakal Lompat PKR!


Oleh Nakmarah

SEBAIK sahaja Datuk Nasharudin Hashim mencipta kejutan terbesar apabila menjadi Adun pertama BN menyertai PKR, salah satu rangkaian parti dalam Pakatan Rakyat, kini timbul pula desas desus terbaru bahawa Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Adun Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar dan Adun Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam dijangka mengikut jejak langkah Nasharudin menyertai barisan Pakatan Rakyat yang kini membentuk kerajaan negeri Perak.

Andai khabar yang bertiup kencang ini menjadi realiti, ia sekaligus menjawab dakwaan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang mengatakan terdapat tiga lagi Adun BN dijangka menyertai Pakatan Rakyat tidak lama lagi.


Menteri Besar Perak ketika mengulas perkara itu selepas kira-kira 24 jam Nasharudin mengumumkan penyertaan ke PKR berkata, ketiga-tiga Adun itu ialah dari Umno dan pihaknya masih berurusan dan perbincangan terus berjalan. Hakikatnya, kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan mahu menambah lebih ramai pemimpin Melayu dalam parti itu dalam usaha menarik perhatian orang Melayu untuk menyokong matlamat perjuangannya untuk menumbangkan BN pada pilihan raya kebangsaan akan datang.

Helicopter Sudah Berlegar !

Siren patrol polis kedengaran tanpa henti dari pejabat saya. Helicopter juga telah berlegar-legar di sekitar Universiti Malaya yang bersebelahan PPUM.

Tiada update dari mana-mana sumber setakat ini berkenaan perarakkan yang dijangka berlaku. FRU telah standby sejak pagi di sini mungkin sudah beredar dari tempatnya.

Kita tidak mengharap agar perkara tidak baik berlaku, kita harapkan kerajaan lebih bertanggungjawab dalam isu yang menindas rakyat ini.


Terkini

4 orang telah ditahan di pintu masuk PPUM.

Beberapa ratus berkumpul di dalam dan luar kawasan PPUM sekarang bagi menunggu perarakan sejauh lebih 20km ke tanah perkuburan di Batu 14 Jalan Puchong. - mkini

FRU Sudah Standby Di Jalan Pantai Baharu (Gambar)

Merujuk kepada tajuk entri sebelum ini iaitu Mayat Kugan Bangkit Pukul 2,

Berikut adalah gambar gerombolan FRU di sekitar balai polis Pantai di Jalan Pantai Baharu ;

Saya takut2 berani jer tangkap gambar depan2 camnie. Tapi bagi menyampaikan yang terbaik untuk semua, ketakutan tinggal belakang.




Berita terkini dari Mkini;

Perarakkan Kugan Bukan Politik

Sokongan orang ramai terhadap nasib mendiang A Kugan - dijangka berarak dari Petaling Jaya ke Puchong - bukan perhimpunan politik seperti tanggapan polis, kata sebuah NGO.

Jawatankuasa Pemantau Polis dan Hak Asasi Manusia (JPPHAM) menyifatkan amaran polis untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dalam perarakan tersebut petang ini sebagai "satu lagi bentuk salah guna kuasa" pihak berwajib itu untuk cuba menakutkan orang ramai.

Penyelaras NGO itu S Jayathas menambah, jika polis awal-awal lagi bertindak profesional, perarakan tersebut tidak akan berlaku.

Kugan didakwa mengalami penderaan sewaktu dalam tahanan polis di lokap balai polis Taipan, Subang pada 22 Jan bagi siasatan kes curi kereta mewah.

Perarakan lebih 20 kilometer yang dijadual mulai 2 petang dari Pusat Perubatan Universiti Malaya ke rumah keluarga mendiang di Batu 14 Jalan Puchong.

Mayat Kugan Bangkit Pukul 2 Petang Ini di PPUM! Disambut HINDRAF

Gambar ehsan mkini. Klik untuk besarkan gambar

Agak terlambat untuk saya utarakan perihal A.Kugan yang mati dalam tahanan, tetapi masih belum terlewat kerana segalanya akan bermula jam 2 petang ini.

Melihat kesedihan gambar di atas, saya menjadi pilu serta marah kerana perkara ini sama sekali tidak sepatutnya berlaku. Malah lebih menyebabkan kemarahan rakyat apabila pihak polis cuba menipu di siang hari dengan memberi gambaran bahawa kematian Kugan disebabkan oleh 'paru-paru berair' selepas minum air.

Mungkin Kugan adalah seorang hindu di mata kita orang-orang melayu, tetapi bayangkanlah jika perkara yang sama berlaku pada salah seorang sanak saudara atau keluarga kita. Sudahlah mati tanpa diduga, dituduh pula melakukan jenayah tanpa sempat diguam-bela dan akhirnya ditipu pula bagi mengelakkan hukuman ke atas mereka yang 'sentiasa betul' iaitu Polis Diraja Malaysia.

Jika ini berlaku ke atas adik beradik kita, alangkah sedihnya... Kita sebagai rakyat harus tidak berdiam diri di atas apa yang berlaku. Mungkin hari ini A.Kugan menjadi mangsa tetapi lain hari tak mustahil saudara kita juga akan menerima nasib yang sama jika tiada keadilan berlaku hari ini.

Mayat mendiang A.Kugan akan dibebaskan dari PPUM petang ini dan dalam masa yang sama FRU telah siap sedia kerana mayat tersebut akan disambut hebat oleh HINDRAF sekeluarga.

Kalau berlaku 'riot' hari ini, polis harus bertanggungjawab. Kerajaan BN juga harus bertanggungjawab kerana membiarkan perkara seumpama ini berlaku sewenangnya.


Gambar FRU standby di Jalan Pantai Baharu di sini.


Tuesday, January 20, 2009

Gambar Surat Anwar Kepada Mahathir


Inilah surat tulisan tangan Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir.

Merujuk kepada entri sebelum ini yang mendedahkan hanya isi surat tersebut, yang juga menimbulkan perbalahan pengunjung di sini.

Sila klik sini untuk melihat kandungan surat yang di bawa oleh Ezam.

Apapun, terima kasih kepada Ezam kerana surat ini telah membantu memberikan majoriti besar kepada calon PAS dalam PRK P36.

Saya juga telah mula merasakan bahawa Ezam berkemungkinan kuda trojan Anwar untuk menghancurkan UMNO dari dalam.

Brilliant...

sumber dari chegubard

Monday, January 19, 2009

Bagaimana Masa Depan Rakyat Malaysia?

Bagaimana masa depan rakyat Malaysia dengan trend pengundi yang semakin menyebelahi Pakatan?

Jawabnya ialah, masa depan rakyat Malaysia akan lebih terjamin dan selamat jika Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya umum akan datang...

klik blog abg Bakaq untuk selanjutnya...

Lepas Geram Pada UMNO : PADAN MUKA ?


Betul punya marah kawan nie... Saya jumpa dan salin dan tampal... originnya tidak dikenalpasti, tapi saya jumpa di blog rakan saya SUKJ. sila hayati... keh keh keh

REAL PADAN MUKA

PADAN MUKA BN [UMNO] KALAH di KT PRK P-036. PADAN MUKA - RASE KAN - PADAN MUKA - KITA TEPUK TANGAN UMNO KALAH .... BERGUMBIRA SAKAN KITA PASAI DEPA KALAH... PI JAHANAM UMNO/BN .......TO HELL WITH THOSE CORRUPTED UMNO MINISTERS & POLITICIANS.

Untuk puak2 BN & Umno ministers politicians: KALAU NAK BAGI SEMUA ORANG YAKIN PERCAYA PADA AWAK SEMUA - DON'T BULLSHIT - DON'T SIMPLY BULLSHIT PEOPLE (APA? INGAT ORANG SEMUA TAK TAU KA YG HANGPA SEMUA DOK FUCKING BULLSHIT MEMANJANG - AS ALWAYS).

KITA ORANG CUKUP PAHAM & TAHU DGN GAYA CAKAP2 & GERAK-GERI (BODY LANGUAGE) PUAK2 UMNO (esp MENTERI2) - SEMUA TU SUDAH DAPAT KITA BACA - DAN KITA JUGAK TAHU YG SEMUA ITU HANYA GIMMICK & BULLSHIT ONLY - NOTHING MORE THAN JUST .....MERE BULLSHIT!!!!!

NO WONDER PEOPLE DON'T TRUST UMNO ANYMORE - NEVER ! NEVER ! NEVER ! NEVER !
NOT ANYMORE ... B'COS YOU'RE JUST BULLSHIT & BULLSHIT & BULLSHITTING & BULLSHITTING ALL THE WAY .....

SUDAHLAH DGN SEKELIPMATA JADI KAYA RAYA - DAPAT HASIL DRP HABUAN "DUIT HARAM" atau "EASY MONEY" - RASUAH & MENYELEWENG & SALAHGUNA KUASA DSBNYA ....

INI MACAM KALU ...... SAPA MAU PICAYA SAMA LU???? SIMPLY CANNOT BE TRUSTED PUNYA ORANG - LANGSUNG CANNOT!!!!

LA NI ... BARU PADAN MUKA HANGPA SEMUA ....BN KALAH PRK P-036 DI KUALA TERENGGANU - PADAN MUKA!

INILAH AKIBAT LAGAK SOMBONG, BONGKAK, CAKAP BESAQ (TAK MAU KALAH), MEMANJANG IN 'DENIAL SYNDROME', MEMANJANG SALAHKAN ORANG LAIN - PADAHAL SENDIRI PUNYA 'BLUNDER' TAK MAU NGAKU ........ STUPID UMNO PUNYA GHAPLAH PUNYA MANGKUK .....

CELAH2 TU BILA MAI TIME (MUSIM) PILIHANRAYA (KECIK BESAQ TAK KIRA) TIBA2 BERTUKAQ JADI BEGITU BERSIFAT 'PEMURAH' LAGI 'PENYAYANG' - MURAH HATI - TABUR BERMILLION2 RM JANJI ITU JANJI INI - SAKAN PUNYA PAKAT TABUR ... TABUR ... TABUR ....SIKIT PUNYA GULA-GULA ....atau SIKIT PUNYA GILA-GILA KA? NAMPAK SANGAT BETAPA PUNYA GILA-GILA LAGI PUAK2 NI YG SANGGUP TURUN PADANG MENGEMIS UNDI DGN CARA TABUR MENABUR JANJI ......LAST SEKALI .... JANJI TINGGAL JANJI .... TUNGGU NEXT PILIHANRAYA PULAK NANTI ......JANJI BARU MENANTI .... HEHEHE

BILA DAH KALAH NI ..... MULA PAKAT CARI HELAH ....APA LAGI YG DI EXPECT KAN BILA BN KALAH DI PRK KT - P-036 ????

JAWABNYA .... POST-MORTEM LA .... POST-MORTEM LA .... APA LAGI??? LEPAIH TU .... PAKAT LAWAN TUDUH MENUDUH ......HANG TUDUH AKU .... AKU TUDUH HANG .....
HANG TUDUH DEPA TU .... DEPA TU TUDUH DEPA NI ..... DEPA NI TUDUH DEPA TU ...TUDING MENUDING JARI SANA SINI .... BERCERAGAH MENUJU KE ARAH ORANG LAIN ...DIRI SENDIRI OKEY ... SIKIT TARAK SALAH PUNYA .....

THEN ISU SABOTAJ MENYABOTAJ LAAA ....KAWAN TU SABOTAJ KAWAN NI .... KAWAN NI SABOTAJ KAWAN TU ....ORANG SI ANU SI ANU PAKAT SABOTAJ LAAA ...... MAT DERIS LA ... MAT JUSOH LA .... BLA BLA BLA .....

BOLEH KITA TENGOK NANTI ....SIKIT PUNYA GAMAT SANDIWARA UMNO NANTI ....BOLEH JUGAK KITA ORANG TUMPANG SERONOK SAMA NUU???

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Sunday, January 18, 2009

Tahniah PAS, Tahniah Pakatan Rakyat ! Swing 5% yang Cukup Bermakna


Akhirnya, Kuala Terengganu P36 telah menjadi milik PAS, menjadi milik Pakatan Rakyat dan juga menjadi milik rakyat. Walaupun Barisan Nasional bersama jentera tentera bergajahnya, dengan kehadiran puluhan VVIP dan VIP bersama kenderaan mewah bertinted hitam, dengan cubaan politik 'buy-election', mereka tewas kepada rakyat kebanyakkan. Alhamdulillah.

Rakyat Kuala Terengganu telah melakukan satu keputusan yang amat dihormati dan dikenang sebagai satu keputusan yang menandakan bermulanya era kejatuhan empayar UMNO secara TOTAL. Kuala Terengganu harus sedikit bersabar, Rakyat di 5 negeri Pakatan juga harus bersabar. Jika 50tahun kita diliwat oleh kerajaan BN, jika 50 tahun kita dijajah oleh kerajaan pro-kapitalis yang mengutamakan keuntungan tanpa mempedulikan kesengsaraan rakyat kebanyakkan, kini tinggal beberapa tahun saja lagi untuk bersabar.

Kerajaan negeri Kelantan telah lali dengan situasi dipencilkan dianaktirikan oleh kerajaan pusat. Walaupun suatu ketika dulu BN mengatakan PAS di kelantan hanya bertahan 3 bulan kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang kokoh, namun kerajaan Kelantan tetap bertahan dan membuktikan bahawa mereka juga boleh hidup walaupun ditindas Kerajaan Pusat. Kelantan kini jauh lebih maju dari tanggapan masyarakat yang hanya menonton TV3.

Kini tiba giliran beberapa negeri Pakatan untuk bertahan sebaik-baiknya daripada sekatan ekonomi kerajaan pusat. Kita dapat lihat bagaimana kawasan pelancongan Pulau Pangkor, malah Langkawi juga dicantas-cantas peruntukkan pelancongan yang sepatutnya diagih bersama.

Jika dulu rakyat Terengganu serik dengan pemerintahan PAS dengan memberi kembali negeri Terengganu kepada pemerintahan BN, kini mereka sedar bahawa mereka juga harus bersabar dan bertahan untuk seketika. Sekarang ialah masanya untuk membalas sebuah kepercayaan kerna halatuju rakyat negara ini telah begitu jelas menuju ke arah sebuah perubahan TOTAL. Kemenangan PAS di Kuala Terengganu mencerminkan bahawa rakyat negeri Terengganu sedar akan sebuah pengorbanan diperlukan demi perubahan ini.

Kedah, Penang, Perak dan Selangor juga sedang menghadapi ancaman kebuluran tabungan kewangan dari kerajaan pusat. Namun negeri yang kaya dengan hasil bumi dan hasil percukaian ini dijangka tidak akan menghadapi masalah yang besar dari sudut kewangan kerana mereka menjalankan amanah dengan bersih dan cekap.

Cengkaman politik Pakatan Rakyat kian bertambah dengan berita kemenangan P36 yang menyaksikan majoriti bertambah dengan besar sekali. Saya yakin rakyat negeri Kedah, Penang, Perak dan Selangor mempunyai istiqomah yang kukuh untuk bertahan bersama Pakatan Rakyat sehinggalah Kerajaan Barisan Nasional dirobohkan selewat-lewatnya 2013. Pakatan akan bertahan dan negeri-negeri gerombolan UMNO akan bergoncang dengan trend Pilihanraya umum Mac, Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Dengan kemenangan Pakatan Rakyat di P36 bersama pertambahan majoriti yang besar dan hayunan 5 peratus undi, pelbagai spekulasi dan analisis akan timbul bak cendawan. Bagaimana hayunan (swing) 5% didapati ialah apabila Mohd Abdul Wahid Endut berjaya menafikan majoriti Razali sebanyak 628 undi, dan ditambah dengan majoriti baru 2631 undi. Dengan jumlah mengundi yang hampir sama iaitu +-64000, kita akan dapat hayunan 5% daripada 3259/64000*100 = 5.09%.

Mengikut analisis saya, majoriti ini sangat penting dan ia akan mempengaruhi seluruh negara bersama trend merubah ke paksi Pakatan Rakyat menjadi lebih efektif. Pada PRU12 yang lalu, kedudukan undi BN dan Pakatan Rakyat di semenanjung boleh dikatakan 51% untuk BN dan 49% untuk Pakatan Rakyat. Jika swing 5% ini diambil kira, sudah tentu PRU13 akan menjadi milik RAKYAT.

Saya tidak obses dengan perjumlahan ini malah saya menjangkakan dalam masa yang mendatang, jumlah swing akan bertambah beberapa peratus menjelang PRU13. Golongan atas pagar yang selama ini memberi undi kepada pihak yang mereka jangka menang kini akan mengundi Pakatan Rakyat kerana mereka sudah mula mempercayai bahawa Barisan Nasional sudah tidak relevan di bumi bertuah ini.

Percayalah bahawa berduyun-duyun rakyat akan mula berfikir beberapa jenak dan salah sebuah kotak yang berada difikiran mereka ialah bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli PAS? Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli kelab penyokong PAS? Bagaimana caranya untuk menjadi Ahli PKR dan DAP? Bagaimana caranya untuk menjadi ahli Pakatan Rakyat? Bagaimana caranya untuk memainkan peranan dalam merealisasikan perubahan TOTAL?

Saya menutup artikel pendek tapi sendat ini dengan sebentuk idea yang praktikal, iaitu dengan membuka kiosk pengambilan ahli-ahli baru secara lebih efektif. Saya memberi jaminan, setiap kiosk pendaftaran yang dibuka di seluruh negara tidak lengang dari pendaftar-pendaftar baru terutamanya di kampung-kampung. Perhebatkanlah kempen kempen kiosk pendaftaran di seluruh bandar dan kampung terutamanya.

Angin perubahan tidak dapat lagi dibendung, badai reformasi tidak lagi dapat dihadang. Ayuh tumbangkan Barisan Nasional, dan menuju ke arah negara yang lebih berkebajikkan. UMNO led Barisan Nasional sudah monopouse dan expirynya ialah PRU13 atau tahun 2013 atau yang mana lebih awal.

RE-FOR-MA-SI !

Takbir !!

Saturday, January 17, 2009

8.16pm PAS mendahului dengan 2,224 undi !

8.16pm

Keputusan tidak rasmi -
PAS mendapat 24,604 undi
BN mendapat 22,380 undi.

PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi.

Setakat 48,842 undi telah dikira sehingga ini.

sumber mkini

saya boleh balik dengan aman.

RE-FOR-MA-SI !

TAKBIR !!

8.10pm PAS leading by 1,554

Latest from the PAS IT centre:

Total votes counted = 43,060
PAS = 22,030
BN = 20,476
IND = 134
Spoilt = 420

PAS leading by 1,554

source Haris Ibrahim

Saya yang nak balik nie pun tak jadi balik... semakin mendebarkan...

ada yang kata PAS leading, ada yang kata BN leading...

Tetapi berita yang menyedihkan ialah, undi pos jatuh kepada BN sebanyak 1036 undi. Sedih bukan sebab pulis tak sokong PAS, sedih sebab tak sangka BN desprete sampai sapu hampir semua undi pos.

Najib Dah Balik??

Oleh kerana Najib pun dah on the way ke KL, saya pun rasanya nak undur diri dulu sebab ada kenduri yang perlu dihadiri lepas isyak nie.

PRK penting, kenduri pun penting jugak...

Bila najib sudah balik, ada lah makna yang kita semua boleh baca. Kalau set depa menang, dah tentu Najib overnight....

Saya nampak PAS menang dalam PRK P36, saya juga nampak Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 pada 2013. oleh itu, saya nak balik dulu... Salam Perjuangan

ps: dulu di rembau pun camtu jugak, Pakatan dah menang banyak post, tapi tewas dek 'blackout'.

Giliran PAS Mendahului !

7.05pm

Jika sekitar 6.50pm tadi, BN mendahului 112 undi, kini PAS pula mendahului dengan majoriti 158 undi.

PAS mendapat 14,802 undi*
BN mendapat 14,644 undi*

*7.05pm

PAS Menang Majoriti Besar 2 DUN dan Majoriti Kecil 2 DUN

7.00pm

Pada umumnya, PAS mendahulu di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dengan marginyang besar. Di bandar dan Ladang pula, PAS mendahului dengan margin yang kecil.

edyes wrote:

Jika secara tidak rasmi PAS dikatakan menang majoriti besar di dua DUN dan bagi dua DUN lain, PAS menang majoriti kecil, sepatutnya kita dah tau siapa yang menang PRK Kuala Terengganu.

PAS menang dengan majoriti besar di DUN Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dan PAS juga menang dengan majoriti kecil di DUN bandar dan Ladang.

Dengan pernyataan tidak rasmi di atas, anda congaklah siapakah calon yang bakal mewakili kerusi parlimen rakyat Kuala Terengganu.

Kereta Kebal Bantu FRU Di Kuala Terengganu ?


Gambar Hiasan


Bukan satu tetapi DUA KERETA KEBAL telah ditempatkan di pusat pengiraan undi.


Saya mengharap kepada sumber bergambar tetapi setakat ini belum ada lagi gambar dipaparkan. Walau bagaimanapun, kalau benarlah berita ini, maka secara sinis dapat saya tarifkan bahawa Kuala Terengganu seakan-akan menjadi Genting Gaza di Palestin.

Kerajaan BN menggunakan segala kekuatan termasuklah kekuatan kereta kebalnya untuk pilihanraya kali ini. Apakah kereta kebal itu bertujuan untuk mengawal keselamatan?

Sila refer blog
Abg Bakaq

untuk perkembangan P36 Kuala Terengganu, sila ke laman di bawah;

NotoUMNO
Haris Ibrahim
Mafrel

Banyak Peti Undi Menyebelahi PAS

Pusat mengundi telah ditutup tepat jam 5 petang tadi. Menurut sumber, banyak peti undi bakal menyebelahi PAS mengikut kepada trend pengundi yang hadir.

Kemenangan akan menjadikan Pakatan Rakyat sebuah parti yang ampuh kerana selama ini telah dikecam dengan hebat oleh gerombolan Barisan Nasional tetapi masih menjadi pilihan rakyat kebanyakkan.

Sama-sama kita berdoa agar kemenangan memihak kepada Pakatan Rakyat.

Bidasan Hisham Berbentuk Sajak

GEORGETOWN: Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) keluar dewan ketika program forum menentang keganasan di Gaza dan Sri Lanka anjuran kerajaan Pulau Pinang di sini, malam kelmarin.

Ia sebagai bantahan terhadap seorang penceramah jemputan, Hishamuddin Rais yang menjadikan forum itu sebagai medan menghentam kerajaan BN.

Mereka ialah Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, Zabariah Abdul Wahab (Bertam), Shabudin Yahaya (Permatang Berangan), Mahmud Zakaria (Sungai Acheh), Syed Amerruddin Syed Ahmad (Bayan Lepas) dan Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal). Azhar yang juga Ketua Pembangkang berkata tindakan penceramah itu menyamakan kerajaan BN seperti tentera Israel tidak dapat diterima.

"Saya kesal kerana forum yang sepatutnya menjadi medan mengutuk kekejaman Israel bertukar menjadi forum politik mengutuk BN," katanya semalam.


Hishamuddin Rais menjawab dengan sebuah sajak ;


JIKA KAU MENANGIS TENTANG GAZA

Jika kau lihat rumah di gaza itu runtuh
Hati kau kecai berderai
Air mata kau meleleh panas
Kalehlah mata kau
Dan lihat rumah rumah di berembang di runtuhkan
Hati kau wajib berderai juga

Bila kau lihat rumah di hebron roboh
Kau lihat juga rumah di plentong roboh
Jika kau lihat rumah di jannin rutuh
Kau lihat juga rumah di chu badak runtuh

Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang padri
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang rabbai
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang imam

Tangisan seoarang ibu di gaza
Adalah tangisan seorang ibu di ulu yam
Tangisan seorang ibu di tel viv
Adalah tangisan seorang ibu di jemapoh

Ibu yang anaknya hilang di padang pasir negev
Adalah ibu yang anaknya hilang di kamunting
Ibu yang suaminya hilang entah kemana
Adalah ibu yang anaknya di pukul di brickfield

Kau lihat tanah tanah itu di rampas
Kau perhatikan kondo kondo itu terdiri
Kau perhatikan di tapak rumah itu
Adalah sejarah turun temurun
Tapak rumah itu adalah cerita hidup mereka

Tanah itu di rampas di tebing barat
Tanah itu di rampas di plentong
Tanah itu di rampas di kerpan

Lihatlah tanah tanah palestin di rampas
Lihatlah tanah tanah dayak di rampas

Jika hati kau menngis untuk gaza
Hati kau juga menangis untuk balih dan kapit
Tahukah kau bila jentolak itu datang ke gaza
Jentolak itu juga datang ke simunjan

Jangan kau menangis seorang diri
Jangan kau terpencil keseorangan
Buka kan mata mu sayang
Buka kan luas
Hati kau adalah hati suci
Yang lebih tinggi dari seorang pelestin
Yang lebih tinggi dari seorang dayak
Yang lebih tinggi dari seorang melayu

Hati kau adalah hati seorang manusia

Hati kau adalah juga hati aku sayang

Friday, January 16, 2009

Kuala Terengganu 'Buy-Election' - Di Sini Penyelesaianya


Difahamkan, setiap bukti undi bergambar akan membolehkan pengundi tersebut saguhati berupa wang bernota seribu ringgit.

Sila refer di blog penarik beca dan blog cina islam, sumber asal ialah dari jeff ooi.

Pada PRU12 yang lalu, ramai rakan saya yang mengundi di belah Kelantan menerima duit dari UMNO supaya memangkah BN. Tetapi rakan saya hanya tekad untuk memangkah PAS. Logiknya, jika terima duit dan kemudian memangkah BN, itu dinamakan RASUAH. Jika terima duit dan memangkah parti sebaliknya, selamat.

UMNO telah serik kerana rancangan yang jahat itu telah dipatahkan oleh pengundi cerdik, duit dapat tetapi pangkah lain. Kali ini, UMNO berasa lebih bijak dengan menawarkan RM1ribu kepada sesiapa yang memberi bukti memangkah BN dengan menangkap gambar kertas undi tersebut.

UMNO tidaklah sebijak mana, barang sesiapa yang ingin mempermainkan UMNO lakhnat tu, di sini ada caranya.

Setiap kotak memangkah mempunyai pensil dan pemadam. Oleh demikian, sila pangkah BN secara 'tidak menekan' / perlahan dan tangkap gambar kertas undi yang memangkah BN tersebut. Setelah gambar diambil, sila padam semula dengan sebaik-baiknya dan pangkah PAS sepertimana hasrat menghancurkan BN sedikit sebanyak terlaksana.

Ingat, buat mereka yang ditawarkan sahaja. Ditakuti kertas undi menjadi rosak dengan memadam pangkahan BN. Berhati-hatilah buat kerja.

Selamat Mengundi... PAS....

Kandungan Surat Anwar kepada Dr Mahathir



Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.



YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.

Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.


Anwar Ibrahim.

8 September 1998


edyes wrote:

Ikhlas saya katakan, tiada apa yang salahnya di sini....

Thursday, January 15, 2009

VVIP Menyebabkan Kemalangan 13 Kereta di Kuantan !

Akibat kerakusan seorang polis escort menteri yang menahan kenderaan membabi-buta, bagi memberi laluan kepada VVIP menyebabkan sebuah kemalangan besar berlaku. Kemalangan ngeri tersebut melibatkan 13 kenderaan dan 2 daripadanya terbakar.

Kemalangan ini menyebabkan kerugian yang amat tinggi dan tidak sepatutnya berlaku sekiranya polis escort terbabit mengutamakan keselamatan orang ramai. Tindakkan polis itu juga mencerminkan nyawa VVIP jauh lebih bernilai dari nyawa orang kebanyakkan.

Menurut Sumber, VVIP tersebut berkemungkinan adalah Najib.

Gambar akan disiarkan kemudian oleh sumber yang merupakan salah seorang mangsa yang terselamat. Polis itu juga dimaki oleh mangsa tanpa balas.

Thursday, January 8, 2009

Rapat Umum Selamatkan GAZA



Satu rapat umum akan diadakan di Stadium tertutup Malawati di Shah Alam . Diminta agar semua dapat menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada adik beradik kita yang sedang berjuang di Gaza . Tolong juga sebarkan maklumat ini kepada semua badan2 lain seperti Alumni Sekolah masing2 , institusi2 pengajian , tempat2 kerja , persatuan2 . Kita mesti berusaha untuk meramaikan stadium tersebut . Kapasiti stadium boleh muat seramai 15000 orang .

Tanggungjawap untuk menyebarkan adalah tanggungjawap bersama .

Tempat : Stadium Melawati Shah Alam

Tarikh : Hari Sabtu , 10 Januari 2009

Masa : 10am - 12pm

Penganjur : Aman Palestin Berhad

Sila dapatkan maklumat lanjut di website www.amanpalestin. com

SAVE GAZA . SOLIDARITY . SATU UMMAH .

5 Ribu di ceramah PAS, 3 Ratus di ceramah UMNO...




Oleh LubukKawah

Kami mengambil peluang malam tadi untuk menghadiri ceramah PAS yang dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Kechik, Kuala Trengganu. Saya sangat takut nak menyatakan jumlah kehadirn disitu. Kawasan itu dipenuhi oleh manusia. Tak muat-muat.

Saya nak kata 10,000. Ooop! Tinggi sangat! 2000? Hoi, tak tahu bilang ke? 5000 sesuailah!

Jangan terlalu ghairah dengan bilangan. Kalau 1000 pun, tapi semua pengundi tempatan, itu lebih baik dari 10,000 yang penuh dengan orang luar.

Setelah Anwar habis berucap kami pergi pula ke Merbau Patah, ke ceramah anjuran UMNO. Majlis itu benar-benar teratur. Ada kerusi-kerusi yang tersusun rapi. Memang tak sampai 300 orang yang hadir. Tapi takkan nak letak 300 kut? Kerusi-kerusi banyak kosong. Kalau kata 100 sikit sangat. Sikit sangat! Letaklah banyak sikit, tapi kereta luar banyak sangat. Mungkin 200 orang luar dan 100 pengundi Kuala Trengganu.

Saya dengar malam Khamis ni UMNO nak beli pengundi-pengundi PAS di Kg Gong. Hebohlah orang disitu bercakap tentangnya. Katanya, 200 orang penyokong PAS akan diberi hadiah setiap seorang RM500.00. Banyak tu! Bukan snang nak cari RM500.00 hari ni.

Saya nasihatkan supaya penyokong-penyokong PAS ni ambik duit tu. Lepas ambik, catit nama pemberi, catit nombor duit tu. Butir-butir lain kena catit. Nama pemberi, nombor duit, berapa jumlah, nama lengkap saksi-saksi. Dan terus buat lapuran polis. Tapi duit tu kena ambik, bukan senang nak cari RM500.00.

Kalau tak tahu macam mana nak buat lapuran polis, lapur kepada Jawatankuasa PAS yang berdekatan.

Cerita UMNO beri duit, beri pakaian kain batik dan kain plaikat, ni cerita lama dan berlaku setiap kali pilihanraya.

Kalau dulu-dulu, penerima-penerimanya memang memang akan bersumpah memangkah BN kerana terhutang budi, tak kisahlah terjual body selama 5 tahun akan datang.

Tetapi pengundi sekarang ini sudah cerdik. Duit mereka ambil, tapi tetap tidak pangkah UMNO.

Orang sekarang lebih cerdik bahawa jika terima duit dari UMNO dan pangkah UMNO itu adalah rasuah, tak masuk syorga orang yang memberi dan menerima rasuah. Jadi, duit boleh terima, tapi pangkah PAS. Itu tidaklah rasuah kerana tidak menerima duit untuk tujuan rasuah.

Pemimpin-pemimpin UMNO ni mereka kaut kekayaan Negara, duit rakyat, untuk kepentingan diri sendiri. Mereka buat duit ikut jalan belakang, cara rasuah dan cara salahguna kuasa.

Sebagai seorang Timbalan Menteri atau Menteri bahkan MB dan Exco mereka sangat mudah buat duit. Mereka buat recommendation untuk satu-satu projek kepada taukeh-taukeh, mereka dapat komisyen berjuta ringgit. Selama mana mereka menjadi pemimpin, selama itulah wang mengalir ke poket mereka. Mereka jadi kaya raya. Kalau dulu mereka berada ditahap ekonomi yang sama dengan orang lain, tiba-tiba bila menjadi Menteri atau pemimpin-pemimpin, dan-dan mereka jadi kaya raya.

Masa pilihanraya mereka tabur wang kepada penyokong-penyokong mereka. Ahli-ahli UMNO ni nilainya tidak tinggi. Sesetengahnya dapat RM20.00 dah puas hati. Apatah lagi dapat RM500.00, buntang mata mereka, hilang segala pertimbangan, tak disuruh pun mereka undi UMNO.

Itulah nilai orang biasa UMNO ni, muka tak malu.

Bila kita sebut begini, mereka marah. Tapi cuba tengok hakikat sebenarnya. Hantarlah sebanyak mana pun poster dan bendera UMNO/BN. Tak naik dipasang bendera dan poster tu, melainkan ada pengerasnya. Pengerasnya? Ya, duit!

Mereka bukan lagi pejuang. Mereka tak sanggup menjadi volunteers! Mereka tidak semacam orang PAS, PKR dan DAP.

Nak datang semasa penamaan calon di Kuala Trengganu baru-baru ni, UMNO sediakan bas percuma, UMNO sediakan makan-minum, UMNO sediakan duit poket, mereka datang 3 bas dari setiap Bahagian dari serata Semenanjung. Itu pun mereka dapat kumpulkan 12000 orang saja semasa penamaan calon (ada media letak seramai 4000 saja). Biarlah saya letak ramai sikit!

Bandingkan dengan PAS -- 40,000 orang, semuanya datang sendiri-sendiri, kereta sendiri, minyak sendiri, duit poket sendiri. Ingat tak Perang Vienam? Tentera Amerika ratusan ribu, datang bergaji, ambil upah berlawan dengan sukarelawan-sukarelawan Vietnam, Tenter Rakyat yang berjuang untuk bangsa dan Negara. Mampuih tentera Amerika! Cabut lari, Amerika kuasa yang begitu besar kalah ditangan rakyat Vietnam yang serba kekurangan.

Begitulah di Kuala Trengganu ni. UMNO mempunyai timbunan wang, PAS dan Pakatan Rakyat berjuang kerana bangsa, negara dan agama dan secara sukarela. Mampuih UMNO kali ni!

Tapi yang terdengar ditelinga kita sekarang, ahli-ahli biasa UMNO dah mengeluh. Duit yang banyak ditabur tu, tak sampai ke bawah.

Ini akan menjadi penyebab UMNO akan kalah teruk di Kuala Trengganu.

Keputusan di Kuala Trengganu nanti akan menjadi sejarah. Bukan saja PAS akan menang, tetapi kemenangan itu menjadi petanda bahawa UMNO akan ditolak oleh masyarakat Melayu diseluruh Negara. UMNO akan hilang taringnya, dan UMNO akan jatuh tersungkur!


lubokkawah.blogspot.com

Wednesday, January 7, 2009

HANCURKAN ISRAEL YAHUDI !!!!!!


(TIGA BERADIK MATI SEKALI)

YA ALLAH YA TUHAN KU...

KAU TURUNKAN LAH BALA YANG MAHA BESAR TERHADAP YAHUDI ISRAEL !!!!

AKU BERDOA PADAMU YA ALLAH !!! AKU MOHON PADAMU YA ALLAH !!!


Anwar Ibrahim : UMNO Macam Israel !

KUALA TERENGGANU, Jan 7 - Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim drew parallels tonight between the conflict in Gaza and what he called the sufferings of Malaysians as he hit the campaign trail at a mammoth rally attended by thousands here.

Attempting to touch a sensitive chord among the mainly Muslim constituency here, he accused Umno, the main party in the ruling Barisan Nasional (BN) coalition, of acting like Israel.

“The leadership is busy collecting wealth. While Israel is punishing the Palestinian people for choosing Hamas, it is no different from Umno punishing Malaysians for choosing the Pakatan Rakyat,” he told a ceramah here on the first day of campaigning for the Kuala Terengganu by-election.

Thousands of local residents had gathered to listen to a star-studded Pakatan Rakyat (PR) rally here where besides Anwar, the DAP’s Lim Kit Siang and Pas president Hadi Awang were also among the top draws.

The flag-waving crowd cheered loudly during Anwar’s speech, punctuated with shouts of “Allahu Akbar”, which translates as “God is Great,” the standard clarion cry of the Pas faithful.

With a majority of Malaysia’s Muslims backing the Palestinian cause, Israel’s ongoing invasion of Gaza is having a major impact on domestic politics.

Political leaders from either side of the divide have been busy burnishing their Islamic credentials, and Anwar’s attack against Umno tonight will likely put BN on the defensive in the days to come.

The Kuala Terengganu by-election sees a three-way fight between BN’s Datuk Wan Ahmad Farid Salleh, Abdul Wahid Endut of Pas and independent Azharuddin Mamat.

Setting the tone for the campaign, Anwar told the huge flag waving crowd gathered at a beach behind the Astaka shopping centre here that the problem with Umno was that it was corrupt and ignored the suffering of ordinary Malaysians.

Sticking to his Gaza theme, he said: “Umno, like Israel, does not recognise the chosen Hamas leadership.”

The Opposition Leader also spoke on the Hudud issue, and blamed “Umno and its controlled media” for fanning religious and racial hatred.

Pas vice-president Husam Musa’s recent remarks that his party would want to introduce Hudud, the strict Islamic code which prescribes amputation, stonning and whipping as punishment for criminal offences, had touched off criticisms from non-Muslim groups, including PR partners DAP.

While the Hudud issue has caused uneasiness in other parts of the country, it has little traction in the east coast states, where a huge majority of the population, are conservative Muslims.

Still, with a tight race anticipated, both the BN and PR campaigns are mindful of the need to secure the Chinese vote, which represents around 11 per cent of voters here.

6,000 Polis Akan Turut Mengundi?


Salin dan Tampal sempena PRK Kuala Terengganu P36

oleh : TokJanggut Terengganu

Bandar Kuala Terengganu kini seolah-olah berada dalam medan perang. Rakyat Terengganu seolah-olah jahat, samseng dan sangat merbahaya. Menjelang Pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini UMNO telah menempatkan lebihkurang 6,000 anggota polis dari semua cawangan termasuk dari forensik.


Pergerakan harian rakyat kuala Terengganu jadi sukar dan amat menyulitkan. Sekatan jalanraya ada dimana-mana. Persolanya, apakah tujuan sebenar UMNO membawa sebegitu ramail polis ke Kuala Terengganu ini? Apakah betul desas desus mengatakan polis-polis ini akan turut mengundi kelak?

Pengundi adalah istilah yang digunakan oleh pembangkang selama ini yang digunakan oleh UMNO untuk memenangkan calun-calun mereka secara menipu. Walaupun pihak UMNO menafikan wujudnya pengundi hantu tetapi ianya tetap wujud dan patut dipanggil sebagai pengundi hantu kerana bukan orang tempatan yang mengundi tetapi diangkut dari luar oleh UMNO dengan kerjasama Jabatan pendaftaran, SPR dan polis sendiri sebagai pengiring.

Pembaca pernah bertanya kepada tiga orang sahabat tentang perkara ini samada satu fitnah memang realiti berlaku. Salah seorang bekas kakitangan Jabatan pendaftaran Negara mengakui wujudnya kad pengenalan sementara yang diarahkan oleh pihak atasan. Kad pengenalan ini sama seperti kad pengenalan yang sedia ada tetapi tidak mempunyai mikro cip atau dalam lain perkataan ianya hanya kegunaan untuk mengundi saja, kalau digunakan untuk tujuan lain yang menggunakan mesin pengimbas, ianya akan ditendang.

UMNO mengangkut pengundi-pengundi luar menggunakan kad pengenalan ini yang menggunakan alamat tempatan di mana tempat mengundi akan diadakan.

Pengeluaran kad sementara ini tidak menjejaskan kad pengenalan asal milik pengundi tersebut kerana semua maklumat dan gambar ada dalam komputer jabatan ini Cuma alamat saja diubah sementara untuk digunakan pada hari mengundi. Dari segi undang-undang mereka ini layak mengundi kerana nama mereka ada dalam daftar pemilih yang dibuat oleh SPR atas arahan UMNO. Cuma dari segi Islam, ini satu penipuan dan kezaliman. Firman Allah “ Janganlah kamu cenderong (sokong, bantu atau kesihan) kepada golongan zalim ,kelak kamu akan disambar api neraka”.

Mengikut bekas kakitangan jabatan itu tadi lagi, kad pengenalan sementara ini boleh dikeluarkan lebih dari satu untuk satu orang pengundi dengan menggunakan alamat-alamat yang berbeza-beza. Cuma gambar, nombor dan nama saja tidak berubah sama seperti dalam kad pengenalan asal.

Seorang lagi yang pembaca rujuk ialah seorang veteran UMNO yang mempunyai kedudukan dan pengalaman luas dalam pilihanraya. Beliau pernah menjadi pegawai pilihanraya kawasan dan pernah ditawarkan menajdi calun Parlimen tetapi menolaknya. Beliau tidak menafikan perkara ini berlaku dan memang berlaku, tetapi menurut beliau pembangkang tidak boleh bertindak kerana itu mempunya kad pengenalan sementara yang bentuknya betul-betul sama seperti kad pengenalan asal dan nama mereka ada dalam senarai pemilih walalaupun mereka itu dari luar negeri atau kawasan berkenaan. Malahan menurut beliau, Pengerusi (bekas) SPR mengakui kebenaran ini tetapi dasarnya untuk memenangkan UMNO beliau memberi alasan bahawa sesiapa yang ada kad pengenalan dan nama ada dalam senarai pengundi kawasan tersebut, maka layak mengundi tanpa sebarang gangguan. Walaupun dia dibawa oleh UMNO dari Jepun, Israel atau Cuba.

Itu sebabnya kita tidak pelik apabila berlaku orang Selangor datang ke Terengganu mengundi pada tahun 2004 dan 2008 menggunakan kad pengenalan sementara dan kemudian setelah dapat habuan dan serahkan semula kad itu kepada pihak tertentu untuk dimusnah dan mereka akan kembali semula ke Selangor sebelah tengahari dan mengundi sekali lagi disana sebelah petang menggunakan kad pengenalan asal mereka. Dan tidak pelik berlaku pengundi mengundi dalam satu daerah yang sama di dua atau tiga tempat kerana mereka diberikan dua atau tiga kad pengenalan sementara yang berbeza alamat dan nama-nama mereka ada dalam disemua tempat mengundi yang mereka pergi.

Seorang sahabat yang akhir ialah bekas ahli UMNO yang telah menyertai pembangkang yang mengaku antara yang terlibat membuat kerja-kerja kotor ini semasa dalam UMNO dulu. Menurut beliau pembangkang tidak mampu melakukan ini semua kerana ia melibatkan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara yang dikawal oleh UMNO.

Oleh itu, perkara yang sama akan terus berlaku dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini untuk memenangkan calun UMNO apatahlagi beliau adalah Timbalan Menteri yang jaga polis, jadi semua arahan boleh dikeluarkan untuk memenangkan beliau untuk terus dapat jawatan, kuasa dan mengumpul harta, sementara rakyat yang digula-gulakan semasa kempen akan menerima ucapan terima kasih dan selamat tinggal. Beliau juga dikatakan menjadi dalang utama peristiwa berdarah di Batu Buruk dulu dengan mengarahkan polis melakukan provokasi terhadap pembangkang pada malam itu. PAS mempunyai bukti beliau terlibat dan mencabar beliau menyaman PAS jika ianya fitnah, tetapi beliau takut kerana bimbang akan lebih banyak perkara buruk terbongkar di mahkamah kelak.

Penipuan ini telah bertahun-tahun berlaku tetapi pembangkang tidak punya kuasa untuk bertindak. Mana-mana kakitangan kerajaan (jabatan pendaftaran Negara dan SPR) yang cuba membocorkan pasti menerima padah. Pendedahan dan terbongkarnya kad pengenalan sementara (palsu) ini dinegeri Sabah beberapa tahun lalu membuktikan perkara ini berlaku dimana beratus ribu orang rakyat asing di Sabah mempunyai kad pengenalan sementara ini untuk mengundi BN. Kes ini terbongkar tetapi tiada apa-apa tindakan kerana ia melibatkan pemimpin besar UMNO di Semenanjung.

Namun begitu, keresahan kini menghantui pihak UMNO apabila strategi tahun 2004 mereka gagal pada tahun 2008 apabila pengundi-pengundi luar yang mereka angkut ke Kelantan telah berpaling tadah mengundi PAS, akibatnya Kelantan mereka kalah dan negeri Selangor dan Perak yangmana pengundi diangkut keluar itu turut kalah kerana sebahagian besar penundinya diangkut ke Kelantan dan Terengganu. Cuma Terengganu UMNO bernasib baik kerana tak semua pengundi itu mengundi PAS. Jadi, kini mereka turut bimbang perkara paling tadah ini berlaku dalam pilihanraya kecil kuala Terengganu ini juga untuk pilihanraya umum akan datang. Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh UMNO jika ini berlaku?

Yang pastinya tiada siapa yang boleh bertindak ke atas pengundi hantu ini hatta untuk memenjarakan mereka kerana mereka dilindungi oleh UMNO kerajaan yang berkuasa atas segala-galanya. Kerana perkara ini berlaku adalah dari perancangan dan arahan UMNO. Kerana tanpa pengundi hantu, pasti UMNO sudah lama jadi mendiang.

Oleh. Tok janggut, Tererngganu.

Tuesday, January 6, 2009

20 Ribu Iringi Calon Pas

Ditulis oleh JITP
TUESDAY, 06 JANUARY 2009 16:16

Kuala Terengganu,6 Jan - Hampir 20 000 penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS Abdul Wahid Endut ke pusat penamaan calon hari ini. Pergerakan bermula dengan solat hajat di Pejabat PASTI negeri di Jalan Pusara. Perarakan penyokong PAS bermula dari Jalan Pusara melalui Jalan Sultan Ismail dan daripada bulatan Ladang menuju ke Stadium Negeri.

Laungan Allahuakbar, hidup rakyat, dan hancur BN bergema di hari penamaan calon tadi. Melayu, Cina dan India datang dengan semangat untuk memenangkan calon PAS kali ini. Suasana bertambah meriah apabila satu kumpulan keseniaan India memainkan muzik mereka sebagai tanda sokongan kepada calon PAS.

Pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat, seperti YB Dato Hasan Ali, YB Teresa Kok, YB Lim Kit Siang, YB Ronny Liu, YB Azmin Ali dan Hj Mustafa Kamil Ayub. Turut kelihatan Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Perak. Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat hadir tetapi tidak dapat bersama-sama mengiringi calon ke pusat penamaan calon. Beliau berehat di Masjid Ladang kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pada awalnya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat hanya dibenarkan menggunakan satu laluan Jalan Raya tetapi terus melimpah sehingga memenuhi Hospital Tengku Zaharah. Sedikit kekecohan berlaku apabila polis cuba untuk menghalau para penyokong PR daripada Hospital tersebut.

Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat terus menyokong dengan laungan-laungan semangat serta salawat sehingga penamaan calon selesai.

Oleh JITP

Sekitar Hari Penamaan Calon P36 - Penanda Aras PRU13

CALON Pas pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (tengah) diiringi penyokong ketika tiba di pusat penamaan calon di Bangunan Stadium Negeri Terengganu. - Foto Mohd Fadli Hamzah

CALON Pas pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (dua dari kanan) diiringi (dari kiri) Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Datuk Nasharuddin Mat Isa tiba di pusat penamaan calon di Bangunan Stadium Negeri Terengganu. - Foto Hasan Ismail

Perarakan yang diketuai Najib bersama bendera dan sepanduk parti bergerak sejauh kira-kira setengah kilometer ke pusat penamaan calon di stadium negeri. - Foto Mohd Radzi Bujang


edyes wrote:

Dapat kita saksikan gambar-gambar di atas seperti ada yang tidak kena. Mana tidaknya, gambar yang diperolehi dari BHarian sudah tentu apa yang disiarkan bias semata-mata.

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu merupakan satu titik penentu yang paling penting dalam sejarah politik tanah air. Percaya atau tidak, keputusan pilihanraya kali ini akan reflex kepada Pilihan Raya Umum yang ke 13 kelak. Dengan segala fitnah dan tohmahan, dengan serangan terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang tidak pernah putus, di sinilah jawapanya, Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu.

Adakah Barisan Nasional berjaya mempertahankan majoriti 628 undi pada PRU12 tempohari atau ditumbangkan bersama ego-ego sindrom denial yang sentiasa berlegar pasca PRU12. Sindrom denial yang paling terserlah sekali apabila mengatakan DSAI bakal terkubur di Permatang Pauh.

PRK Kuala Terengganu jauh lebih penting daripada PRK Permatang Pauh P44 Ogos lalu yang telah dapat dibaca siapakah pemenangnya. Seperti yang kita sedia maklum, hanya jumlah majoriti sahaja yang menjadi perkiraan di P44 samada menurun atau menaik, manakala pemenangnya sudah dikenal pasti. Akhirnya majoriti bertambah dan ia mencerminkan penolakkan yang amat besar dari rakyat kepada Barisan Nasional.

P36 bakal menjadi penanda aras terhadap segala fitnah-fitnah yang ditaburkan terhadap pembangkang, adakah rakyat membelinya? adakah rakyat P36 membeli fitnah-fitnah itu? Adakah rakyat kembali yakin terhadap Barisan Nasional melalui kepimpinan Najib?

Inilah waktunya bagi BN untuk mencetus sokongan baru setelah melalui zaman gelap beberapa bulan ini. Satu Parlimen, umpama satu mandat yang amat besar bagi mereka. Barisan Nasional akan mencurahkan segala kemampuan mereka untuk memenangi PRK kali ini, terutamanya kem barisan Najib.

Segala agensi kerajaan yang terlibat akan dipergunakan. Duit akan bertaburan dicelah kangkangan jiwa murah. Jalan-jalan kembali berturap sehingga ke laman rumah bersama lipatan kain pelikat baru tersergam di serambi. Soldadu akan mula dikerahkan untuk mengundi hanya dacing, hantu kubur dan hantu raya kembali dibangunkan semata-mata 17 Januari. Itulah kekuatan mereka, yang juga akan lebih diperkuatkan, "on the double".

Bagaimana pula nasib PAS dan rakan-rakan?

Sedara dan sedari semua, ingin saya tegaskan di sini bahawa Barisan Nasional tidak wajar diberikan ruang untuk menang di PRK Kuala Terengganu.

Sedar atau tidak, segala punca kelemahan dan segala keterbatasan kerajaan negeri adalah kepincangan kerajaan pusat ! Sekiranya hanya PRU13 sahaja yang membenarkan kerajaan pusat bertukar tangan, maka PRK P36 adalah penentunya.

Di sinilah impian yang kian tercetus bakal direalisasikan. Hanya keputusan yang baik sahaja bakal melicinkan perjalanan ke Putrajaya pada 2013 kelak.

Kepada pengundi Kuala Terengganu, biarlah sedikit bersabar dengan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat. Keputusan P36 melambangkan arah tuju politik negara, dan Najib bertaruh besar sebagai Pra-Perdana Menteri Malaysia. Kemenangan Wan Farid adalah kemenangan Najib untuk menjadi PM, igauan ngeri rakyat marhein.

Warga Kuala Terengganu bakal menunaikan satu lagi tanggungjawab, gunakanlah peluang undi ini menjadi sebentuk protes dengan segala ketidakadilan kerajaan dalam menjaga rakyat. Buktikanlah bahawa BN tidak layak untuk menang lagi dalam mana-mana pilihanraya, kerana mereka bukan lagi pilihan rakyat.

Yakinlah dengan PAS, Yakinlah dengan Pakatan Rakyat. Jatuh bangun bersama memperjuangkan yang hak dan menumbangkan yang batil.

Undilah Pas, Undilah Pakatan Rakyat, semua selamat, keluarga dan sanak saudara, dunia dan akhirat.

RE-FOR-MA-SI


sedikit gambar yang dipetik dari : http://prk036.pas.org.my