Monday, February 21, 2011

Janganlah Terbakar ....

Eksiden terbakar lagi... kali ini BLM pulak menjadi mangsa... Aku sekarang nie cukup takut bila dengar kes eksiden langgar terbakar... sebab aku pun dah jadi pengguna tegar RON95 sekarang nie... baca berita dari harian metro dan petikan yang menyayat hati adalah seperti di bawah;
 
"Ketika itu suasana pilu kerana saya dengar sayup-sayup jeritan meminta pertolongan daripada tiga lagi remaja yang terperangkap di dalam Proton Saga yang terbakar," katanya.

Sariza berkata, dia bertambah sebak apabila melihat tiga remaja yang tersepit di tempat duduk masing-masing meronta sambil melambaikan tangan meminta tolong supaya dikeluarkan daripada kereta yang terbakar.

Gila... sejak harga RON97 melambung, aku dah mula isi minyak guna RON95... tak tertanggung untuk aku guna RON97 setelah perbezaan harga mencecah 50sen seliter. Ikut perkiraan, dah masuk rugi kalau guna RON97, kecuali tanpa mengira faktor keselamatan.
 
Kalau diikutkan, faktor keselamatan harus diutamakan. Tapi orang-orang biasa macam kita nie terpaksa ketepikan faktor itu dengan mengambil kira faktor penjimatan menjadi utama. Walaupun terdedah kepada kemungkinan enjin akan lebih cepat bermasalah, walaupun RON95 menjadikan kereta anda kurang pickup ketika menaiki bukit, tapi faktor 'jimat 50sen per liter' itu tetap menjadi pegangan.
 
Oleh demikian, aku doakan kepada semua pengguna RON95 agar jangan terbakar selepas berlaku perlanggaran... atau perlu aku doakan agar jangan berlanggar?
 
 
EDYES @ edyesdotcom

No comments: