Saturday, July 30, 2011

Ceramah Tolak Fitnah Menjelang Ramadhan di Rembau Malam Ini !! (Wajib Hadir)




Ceramah : Tolak Fitnah Menjelang Ramadhan

Bersama : YB Johari Abdul, Ust Nor Azman Mohamad (Lobai Kampong),
YB Mohd Taufek Abd Ghani & che'GuBard

Tompek : Kampung Pulau Bintongan (Rumah Hj. Taufek), Rembau.
Maso : 845 Malam
Tarikh : 30.07.2011
Pertanyaan : Norazizi 012 3696474


Rombau, Soghomban, mambau, rantau, tampin, mantin, pilah, inas, paroi, johol... moh datang dongar coramah... 




Friday, July 29, 2011

Beza Di Antara Pasukan Malaysia dan Kerajaan Malaysia !



Tahniah Khairul Fahmi, menyelamatkan banyak cubaan bahaya...

Sekarang ini saya belum sedia untuk memberikan ulasan untuk perlawanan malam tadi. Cukuplah jika saya katakan Pasukan Harimau Malaya telah berikan yang terbaik untuk pertahankan maruah Malaysia. 

Pasukan bolasepak kebangsaan bermati-matian mencari kemenangan termasuklah berhempas pulas mencari dua defesit gol yang akhirnya menemui hanya satu sebelum direntap gol penyamaan. Menang kalah adat permainan, apa yang lebih penting ialah semangat lawan yang tinggi dipersembahkan oleh Harimau Malaya menentang sebuah pasukan 'world selection'.

Singapura adalah seteru utama kita bukan sahaja dalam aksi bolasepak tetapi juga dalam pelbagai aspek persaingan. Perlawanan malam tadi jelas menunjukkan bahawa anak muda pemain bolasepak negara tidak langsung memberi ruang kepada pasukan Singapura selain daripada terus mengasak dari awal hingga wisel penamat.

Namun demikian, adakah kerajaan Malaysia juga bermati-matian pertahan maruah negara apabila berdepan dengan negara yang asalnya milik kita iaitu Singapura ? Jangan kita lupa akan bagaimana maruah negara kita tercalar oleh Singapura apabila kita kehilangan Pulau Batu Puteh ketika paklah menjadi Perdana Menteri. Dalam tidur pun Pak Lah melawan dengan membawa kes ini ke mahkamah antarabangsa, tetapi kalah sebab kuat tidur.

Tetapi di zaman Najib maruah negara bukan sahaja tercalar, maruah negara telah tergadai apabila kerajaan Malaysia menyerahkan tanah KTM Tanjung Pagar untuk diusahakan bukan lagi sebagai stesen dan laluan keretapi. Dengan usaha pembangunan selain daripada stesen dan laluan keretapi di Tanjung Pagar, perjanjian 999 tahun yang dimetrai ketika penyerahan Singapura dulu akan terbatal dan tanah tersebut berhak dirampas oleh kerajaan Singapura.

Begitulah mudahnya maruah negara tergadai ditangan Singapura angkara ketidak-tentuan Kerajaan Malaysia pimpinan Najib. Apakah suatu ugutan dari negara selatan tanahair itu telah berlaku terhadap kepimpinan tertinggi negara yang membolehkan Tanjung Pagar tergadai sewenangnya ? Itu kena baca buku Siapa Arah Bunuh Altantuya terbitan Chegubard dan InsyaAllah buku baru bakal mewarnai ceramah chegubard selepas ini.

Tidak seperti pasukan bolasepak Malaysia yang menentang Singapura dengan bermaruah, Kerajaan Malaysia menyerah diri kepada Singapura bagaikan murahan. Rakyat mana yang tidak kecewa dengan kehilangan Tanjung Pagar ?

Akhir kalam, syabas saya diucapkan kepada pasukan kebangsaan dan juga penyokong setia. Jangan sesekali berhenti berharap dan jadikan sikap serah diri kerajaan Malaysia terhadap Singapura sebagai satu sempadan.


EDYES @ edyesdotcom

Thursday, July 28, 2011

Malaysia 3 - 0 Singapura


Optimis !

Sepertimana saya bersikap optimis ketika Malaysia ketinggalan 4-1 pada akhir separuh masa pertama dalam perlawanan terdahulu, ditambah lagi dengan bala kad merah terhadap kapten pasukan (yang juga dead-ball-terminator), saya tetap merasakan keputusan baik akan diperolehi oleh pasukan Harimau Malaya.

Akhirnya ia menjadi kenyataan apabila Malaysia berjaya merapatkan jurang kepada 4-3. Itu dah kira satu kedudukkan yang sangat baik dari aspek gol tempat lawan tetapi agak malang, kita leka di saat akhir membenarkan Singapura memperolehi gol penting.

Jangan kita lupa bagaimana kita tewas 5-1 di tangan Indonesia pada peringkat kumpulan di kejohanan Piala Suzuki tahun lalu, iaitu perlawanan di tempat lawan sebelum kita menebusnya semula. Jangan kita lupa bahawa stadium Bukit Jalil menjadi medan penebus maruah dengan kemenangan 3-0 terhadap 'mighty' Indonesia.

Stadium Bukit Jalil menjadi saksi bagaimana Vietnam yang ketika itu juara kumpulan, dimalukan Malaysia apabila pulang dengan tangan kosong. Itulah penangan stadium bukit Jalil dengan kehadiran 90ribu penyokong Malaysia!!

Tidak salah untuk saya bersikap optimistik untuk perlawanan bersejarah malam ini. Keyakinan penyokong disertai doa, tidak mustahil melayakkan Malaysia ke pusingan seterusnya. Pusingan ke-3 kelayakkan piala dunia adalah satu lagi sejarah yang telah lama diidamkan, bakal tercipta malam ini. Yakinlah, perasaan yakin itu tidak salah.

Kepada yang tidak punya tiket malam ini, jika tidak mampu panjat stadium untuk lolos masuk, sila panjatkan doa buat pasukan Harimau Malaya!


EDYES @ edyesdotcom
Blogger Sukan Anda
(Ulasan kali ini sangat ringkas kerana saya sedang menemani ayah saya di ward leukimia, ayah tetap merestui pemergian saya ke stadium malam ini, dan berdoa akan kemenangan pasukan Harimau Malaya)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, July 27, 2011

Konsert BERSIH

Band Solidariti Anak Muda Malaysia (Band SAMM) sedang mengadakan reharsel untuk konsert BERSIH yang bakal di adakan pada 9 Julai 2012 sempena sambutan ulangtahun B-709.

Kepada golongan muda yang berminat, keanggotaan SAMM kini dibuka untuk setiap anak muda yang benci penindasan, penipuan dan ketidak-adilan. Anak muda harus berani dan radikal dalam menjadi pendesak utama memastikan negara di dalam landasan yang tepat !

Klik http://www.anakmudamalaysia.com/borang-keanggotaan/ untuk pendaftaran SAMM.


Tuesday, July 26, 2011

Adakah Ini Puncanya Dr MAZA Dituduh Pengganas ??



Baca Surat Terbuka Dr MAZA, pasti anda akan faham mengapa susuk bekas mufti ini bagaikan ingin dikunci mulutnya dengan tuduhan bermacam-macam oleh kerajaan, termasuklah menuduhnya wahabbi pengganas...

Warkah buat saudaraku anggota polis

Oleh: Dr MAZA

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): "Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: "Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya" (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.
Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.
Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.
Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): "Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)". (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: "Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: "Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta". Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah". (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.
Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: "Benar adalah amanah, bohong adalah khianat". Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.
Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!


Adakah Ini Bukti Pilihanraya Semakin Hampir ?



Kah kah kah kah... Ada pilihanraya tergempar ke? Atau PRU peringkat 'mini-market' ? Apakah ini bukti yang mengatakan PRU 13 dah semakin hampir ?? kah kah kah kah...

Gayanya macam nak jual barang keperluan dengan harga murah untuk rakyat, tapi rupanya nak promosi Barisan Nasional semata-mata... Inilah yang dikatakan ada udang disebalik mee. Kerajaan mana pernah IKHLAS...

Kalau buat sekolah atau hospital atau apa-apa sahaja premis keperluan rakyat, mesti ada signboard besar yang bertulis "sebuah projek kerajaan Barisan Nasional" siap dengan lambang dacingnya sekali... Adakah duit BN yang digunakan atau duit rakyat yang digunakan ?

Terus terang aku cakap, masa aku kecik-kecik dulu berlambak-lambak orang pakai baju BN, topi BN dan payung BN... Tapi sekarang dah kurang... kalau ada pun di cerok-cerok kampung orang buat baju perasah menoreh getah... Itupun dah kurang dah, segan katanya...

Mungkin berita/gambar nie dah pernah disiarkan sekitar bulan lepas... tapi aku terlepas pandang mungkin kerana fokus untuk BERSIH 2.0 dan juga trip seminggu ke Hanoi...

Apa yang penting, kelaku kurang bijak macam nie janganlah diulang andainya Pakatan Rakyat memerintah nanti... Nak raikan rakyat, biarlah ikhlas kerana rakyat hari ini bijak menilai (kecuali mereka yang dikepong salur maklumatnya...)











SUMBER GAMBAR : Pencacai se-Malaysia

PECAH BERITA!! PRU13 September !!



(gambar ehsan mob's crib)

Berita baru masuk!! Sumber dalaman memaklumkan bahawa pilihanraya umum ke-13 akan berlangsung pada musim perayaan iaitu pada pertengahan September. Persediaan untuk pilihanraya kini berada di peringkat akhir dan juga di mana-mana bahagian yang terlibat dalam misi BN mempertahankan Putrajaya. Ini berikutan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang menghampiri kemuncaknya pada akhir bulan September.

Berkemungkinan besar, Najib akan dikenakan 'sapena' di Mahkamah Perancis yang memaksa kehadiran Najib dalam perbicaraan yang melibatkan salahlaku urusniaga pembelian Scorpene. Berikut adalah berita mengenai butir-butir perbicaraan rasuah di mahkamah Perancis kelak;

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Komisen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar 'pegawai peringkat tinggi' kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah  itu di mahkamah Perancis, September ini.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru  bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta, lapor KeadilanDaily.

Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.

Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.

Individu 'misteri' itu bersama  Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.

"Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga," kata Cynthia kepada Keadilandaily. - hdaily


Panggilan sapena terhadap Najib akan memberi impak yang sangat besar dan untuk mengimbangi impak tersebut, Najib memerlukan sebuah kerajaan baru yang mempunyai mandat lebih besar. Dalam masa yang sama, pembubaran Parlimen akan mengalih perhatian rakyat daripada perbicaraan di Perancis yang dijangka berlangsung akhir bulan September.

BN menjangkakan mereka masih mempunyai kekuatan di kawasan majoriti melayu terutamanya di luar bandar. Sementara mereka masih memiliki 'cengkaman' ke atas pengundi melayu yang tidak bermaklumat, Najib mengharapkan BN masih berjaya bertahan di Putrajaya dalam PRU kali ini walaupun dengan hanya majoriti mudah sepertimana pilihanraya Mac 2008.

Najib sememangnya tidak mempunyai banyak pilihan kerana apabila di'sapena' oleh mahkamah Perancis, samada Najib hadir atau tidak hadir ia pasti mengundang kemusnahan besar ke atas kempen BN untuk pertahan Putrajaya terutamanya kehilangan sokongan pengundi melayu. Ini tidak mungkin dibenarkan berlaku oleh Najib dan hanya pilihanraya dalam masa terdekat sahaja yang boleh menyelamatkan Najib.

Baru-baru ini Muhyidin juga telah memberi klue yang cukup jelas dengan mengatakan pilihanraya akan berlaku dalam masa dua-tiga bulan lagi. Sebelumnya, dapat dilihat pelbagai persediaan telah di atur oleh pihak kerajaan termasuklah pengenalan sistem biometrik untuk pilihanraya umum ke-13, satu sistem yang sangat diragui berbanding cara manual dakwat kekal.

Justeru itu, Pakatan Rakyat harus lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan besar yang bakal berlaku. Pertembungan yang berbentuk 'sistem dua parti' dalam PRU-13 dikatakan satu pertembungan paling sengit dalam sejarah. Juga hebat diperkatakan yang Barisan Nasional akan tumbang buat kali pertama dan terakhir...

EDYES @ edyesdotcom


Monday, July 25, 2011

Siapa Menipu, Polis atau Mat Sabu? (Artikel Wajib Baca !!)



Sebagai rakyat yang adil dalam menilai, apakah wajar jika kita hanya mendengar penjelasan dari sebelah pihak sahaja? Walau siapa pun kita, walau pihak mana pun yang kita sokong, adalah menjadi satu kewajaran untuk kita bertindak adil dengan cara mendengar dari kedua-dua belah pihak yang maklumat penyampaiannya bercanggah. Sikap seperti ini melambangkan tahap intelektual seseorang dalam menafsir berita. Isu pokok hari ini ialah, siapa yang menipu di antara pihak polis dan Mat Sabu.

Mengikut perkembangan sebelum ini, pihak polis akhirnya mengeluarkan kenyataan balas disertakan dengan video CCTV yang menunjukkan kononnya pihak polis tidak melanggar Timbalan Presiden PAS dalam aksi kejar-mengejar sejurus sebelum BERSIH 2.0 berlangsung. Walaubagaimanapun, apa yang menjadi persoalan sebelum ini ialah mengapa pihak polis mengambil masa yang begitu lama iaitu setelah dua minggu B-709 berlalu, untuk mengeluarkan kenyataan balas yang disokong klip CCTV?

Namun begitu, satu persoalan lebih besar telah terserlah, yang seraya itu menenggelamkan isu mengapa klip CCTV itu lewat diketengahkan oleh pihak polis.

Pihak polis telah menayangkan klip CCTV tersebut untuk dipetik dan disebarkan memenuhi ruang depan akhbar perdana pada hari Sabtu yang lalu selain diberi laluan eksklusif dalam siaran Buletin Utama untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Dalam sebuah majlis penerangan kepada wartawan, pihak polis telah membuat tuduhan yang berat ke atas seorang pemimpin tertinggi parti politik yang memperjuangkan Islam apabila mengatakan Mat Sabu menipu kononnya beliau dilanggar oleh Pajero (LandRover).

Apa yang dilakukan oleh pihak polis seolah-oleh kes ini telah disiasat dengan betul dan terperinci bagaikan tiada lagi yang boleh disangkal dalam pendedahan Sabtu lalu. Selain memberikan gambaran yang buruk terhadap Mat Sabu kerana kononnya beliau telah menipu dan berlakon di atas kerusi roda, tuduhan pihak polis juga telah menyebabkan parti Islam PAS menerima tempias yang besar dan dikaitkan sebagai bersubahat. Kerana Mat Sabu adalah Timbalan Presiden pastinya PAS secara keseluruhan terkesan dengan tuduhan ini.

Tetapi, bagaimana agaknya bahana yang bakal menimpa institusi kepolisian negara apabila rakyat yang telah terdedah dengan berita Mat Sabu menipu mendapat tahu bahawa sebenarnya Mat Sabu tidak menipu dalam perkara ini ? Bagaimana natijahnya pihak polis apabila rakyat mengetahui bahawa sebenarnya pihak polis telah menipu demi untuk mengelakkan daripada dituduh bertindak kejam terhadap seorang pemimpin PAS ?

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang benar (dan BERSIH), kebenaran terserlah jua akhirnya. Lihatlah salinan laporan polis Mat Sabu di Balai Polis Travers , kes pihak polis melanggar Mat Sabu. Dalam laporan polis yang didaftar pada tarikh 14 Julai 2011 iaitu 5 hari selepas BERSIH 2.0 dan seminggu sebelum pihak polis mengeluarkan kenyataan balas, menunjukkan dengan jelas bahawa Mat Sabu melaporkan beliau dilanggar oleh kereta polis jenis Proton Waja, bukan dilanggar oleh Pajero (LandRover) sepertimana yang didakwa pihak polis.

Berikut adalah petikan laporan polis oleh Mat Sabu;

Sebaik sahaja tiba di sekitar kawasan Jalan Bangsar, saya dan pemandu motosikal yang saya naiki telah dikepong oleh dua buah kereta polis (WAJA) dan sebuah pajero polis berwarna gelap. Kereta Waja polis tersebut telah melanggar motosikal yang saya naiki dan motosikal yang saya naiki telah terjatuh. Kaki kanan saya juga telah dilanggar oleh bahagian depan Waja polis tersebut mengakibatkan saya tidak berupaya untuk berjalan dan terpaksa dipapah oleh dua orang untuk dibawa masuk ke dalam sebuah Pajero polis.

Dalam kenyataan timbal balas, pihak polis telah mendakwa bahawa aduan Mat Sabu telah menyebut beliau dilanggar oleh kenderaan polis Pajero (Land Rover). Buktinya di sini http://www.youtube.com/watch?v=MgwAIvmoiwI , anda lihat klip pada minit 3.28, pihak polis menyebut;

"Ini dikatakan dia dilanggar oleh kereta polis Land Rover, dia kata"

Juga pihak polis cuba menerangkan kepada para wartawan bahawa Mat Sabu tidak dilanggar oleh Land Rover, kononnya kebenaran itu berpihak kepada polis sedangkan dalam laporan polis Mat Sabu, beliau tidak menyebut dilanggar oleh Pajero mahupun Land Rover.

Satu lagi situasi ialah pada minit 5.38, pegawai polis yang menerangkan klip CCTV tersebut sekali lagi menyebut;

"Sebab ini kita ambik supaya nak tunjuk impact tadi yang sebenarnya tak langgar dengan pajero hitam tu"

Persoalannya, apakah polis tidak baca 'laporan polis' yang dilapor oleh Mat Sabu pada tanggal 14 Julai 2011 yang menyebut perlanggaran itu adalah dengan kenderaan polis Waja, bukan dengan Pajero ?

Laporan polis Mat Sabu menjadi bukti kukuh betapa pihak polis bukan sahaja telah menyalahgunakan kuasa yang mereka ada, tetapi telah menipu bagi menyelamatkan keadaan. Dengan modus operandi penipuan seperti ini oleh pihak polis, apakah tidak keterlaluan jika dikatakan memang terdapat keraguan-keraguan yang melibatkan pihak polis sebelum ini seperti kejadian kematian Kugan dan terkorbannya adik Aminul Rashid, masih menjadi tanda tanya yang bermain di kotak fikiran rakyat.

Kepercayaan rakyat terhadap pihak polis pasti musnah dengan 'damage' yang besar kali ini apabila kebenaran akhirnya terserlah. Namun terlebih dahulu, rakyat terbanyak harus didedahkan dengan maklumat sebenar di sebalik tuduhan jahat terhadap Mat Sabu. Semua rakyat harus melihat kandungan laporan polis Mat Sabu bagi membersihkan nama beliau dari kebejatan yang dirancang ini. Mat Sabu menjadi insan yang paling teraniaya apabila kehilangan upaya berjalan untuk satu tempoh yang panjang dan dalam masa yang sama telah dituduh sebagai penipu oleh pihak polis (pihak yang sebenarnya membuat kenyataan palsu).

Bagaimanakah penipuan pihak polis ini dapat didedahkan kepada umum sekiranya tidak ada kerjasama dari media arus perdana, tidak seperti ketika mereka (media perdana) meletakkan penipuan pihak polis di kolum berita utama ?

Kita lah yang bertanggungjawab membersihkan nama Mat Sabu jika kita benar yakin pihak polis telah menipu, sememangnya kita mengetahui situasi sebenar melalui terdedahnya salinan laporan Mat Sabu kepada umum.

Menulis artikel tentang kebenaran adalah tanggungjawab saya sebagai aktivis blogger barisan hadapan. Tetapi kali ini untuk kali pertama saya amanahkan tulisan ini dipertanggungjawabkan kepada setiap pembaca supaya menjadi agen penyebar dan disebarkan artikel ini kepada semua kenalan melalui laman sosial seperti Facebook, Blog, eMail dan Twitter.

Setiap dari kita yang mengetahui kebenaran ini harus menjalankan peranan masing-masing kerana siapa lagi yang boleh diharapkan jika bukan dari rakyat kepada rakyat. Apa yang kita hadapi untuk membentang kebenaran bukan calang-calang tetapi seluruh institusi kepolisian. Kita pastikan semua rakyat mendapat maklumat bahawa polis juga tidak semuanya betul sepertimana digambarkan berpuluh tahun lamanya.

Tiba-tiba terimbas kembali motto pasukan polis suatu ketika dahulu iaitu Mesra, Cepat dan Betul, sekarang baru kita faham mengapa motto telah ditukar dan tidak lagi digunakan.

wallahu'alam bissawab


EDYES @ edyesdotcom

Saturday, July 23, 2011

Siapa Sebenarnya Abd Najid Razak ? Pemilik Tandatangan Borang K2 Cincin RM24Juta !!



Anda semua jangan terkejut. Namanya pegawai kastam ini Abd Najid Razak, seakan-akan nama Perdana Menteri kita. Pegawai inilah yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam K2 yang kononnya menjadi petunjuk utama cincin berlian 'Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamon' bernilai RM24Juta itu telah keluar dari Malaysia dan dibawa ke Singapura.

Sebelum diteruskan entry ini, jangan kita lupa bagaimana pihak-pihak terdesak menggunakan hujah yang kononnya terdapat sebuah pameran 'sulit' di tempat yang juga 'sulit', untuk tetamu VVIP yang sulit. Semuanya serba sulit hingga rakyat agak kesulitan untuk mempercayainya. Pameran serba sulit itu dikatakan berlangsung selama 3 hari iaitu dari 17-19 April 2011 dan seterusnya di'terbangkan' ke Singapura pada 20hb April. Atas sebab itulah terbitnya borang kastam K2.

Dengan borang K2 yang sama, Imelda Rosmah cuba diselamatkan kerana telah tertera nama Imelda Rosmah pada borang kastam K1(rekod kemasukkan/import barang dagangan). Anda boleh klik entry bertajuk 'Cetakan Borang Kastam Diubah Untuk Selamatkan Imelda Rosmah!!' untuk mengetahui bagaimana cubaan selamatkan Imelda Rosmah diikhtiarkan. Entry ini khas untuk pegawai kastam yang bertanggungjawab ke atas borang yang di'lulus' olehnya.

Di bawah ini adalah satu keratan yang menunjukkan nama, tandatangan, jawatan dan cawangan pegawai tersebut, perhatikan dengan baik semua maklumat yang tertera;


Sila klik gambar ini untuk melihat imej penuh borang K2

Antara maklumat yang tertera dan dapat dibaca mengikut turutan (dan juga 'case sensitive') ialah;
ABDUL NAJID BIN ABDUL RAZAK
Penguasa Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
PUSAT PERDAGANGAN ZON BEBAS
KLIA SEPANG
bp. Penolong Kanan Pengarah Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
KLIA
Tetapi ada satu line maklumat yang tidak dapat dibaca melainkan dengan pemerhatian mendalam. 'Line' tersebut ialah;
B/P PENOLONG PENGARAH KASTAM
LIA KUALA LUMPUR
Ini menimbulkan keraguan pada borang kastam K2 yang digunakan untuk menyelamatkan Imelda Rosmah. Anda lihat betul-betul, seolah-olah ada cop yang bertindan dua kali. Tunggu siri pendedahan akan datang sedikit masa lagi. Pendedahan yang akan memperincikan segala kepincangan borang K2. Kita tinggalkan dulu keraguan ini, bak lagu nyanyian Vanessa William hasil nukilan Phil Galdston - "Save the Best for Last".

Berbalik kepada pegawai kastam di atas. Setelah diusul periksa dengan keterbatasan maklumat yang diperolehi, dapat dikenalpasti melalui laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia yang telah dikemaskini hingga bulan Julai 2011, bahawa Abd Najid sebenarnya bertugas di Cawangan Perkhidmatan/Latihan (Latihan) yang bertempat di Aras 9 Selatan. Daripada maklumat online tersebut, 'Aras 9 Selatan' merujuk kepada alamat Putrajaya kerana maklumat nombor telifon pejabatnya yang berpangkal 03-888X XXXX. 

Lihat printscreen di bawah, dan disertakan juga pautan-pautan dari mana datangnya printscreen tersebut;

Pautan : http://www.customs.gov.my/index.php/bm/muat-turun/finish/5/533


Keratan di bawah ini pula maklumat yang juga menunjukkan Abd Najid bertugas di bawah Cawangan Perkhidmatan/Latihan yang juga tertera nombor sambungan sepertimana keratan di atas;

Pautan : http://www.customs.gov.my/index.php/bm/component/qcontacts/233-cawangan-perkhidmatanlatihan-latihan/611-abd-najid-b-abdul-razak

Bukankah perkara berbangkit ini menimbulkan keraguan? Siapa sebenarnya Abd Najid ? Adakah Abd Najid merupakan pegawai yang sepatutnya menurunkan tandatangan le atas borang K2 tersebut, sedangkan beliau bukan dari Cawangan Pemeriksaan Penumpang yang berpejabat di KLIA ?

Imej printscreen bersama pautan-pautan di laman rasmi KDRM (yang diupdate hingga bulan Julai 2011) seharusnya menjadi satu petunjuk betapa ragunya nama pegawai yang bertanggungjawab menurunkan tandatangan pada borang K2. Tidakkah Cawangan Pemeriksaan Penumpang mempunyai pegawainya sendiri untuk meluluskan borang K2 tersebut? Atau adakah kerana suatu misi sulit, terpaksa mengimport pegawai dari cawangan lain dari Putrajaya untuk kelulusan borang kastam K2 ?

Untuk pengetahuan, perakuan K2 dilakukan di kargo KLIA untuk eksport berkapasiti kargo manakala untuk kapasiti 'hand carry' pula, terdapat kaunternya dalam lapangan terbang KLIA itu sendiri. Diyakini kaunter itu juga menempatkan pegawai bertugas untuk memberi pengesahan borang K2 dan seterusnya pelepasan eksport dengan menandatangan borang kastam K2 sepertimana yang dilakukan oleh Abd Najid.

Kita rakyat berhak merasa curiga di atas kepincangan demi kepincangan yang tidak dapat dielakkan ketika 'kemungkinan' cubaan menipu untuk menyelamatkan VVIP tertentu kerap berlaku. Cukup-cukuplah kita lebih 50 tahun ditipu, kini dengan teknologi maklumat, dengan adanya maklumat, dengan kekuatan maklumat, rakyat tidak lagi mudah terpedaya.

Sebagai penutup, ingin saya ulang pendirian dalam entry ini. Nama Abd Najid dilibatkan dalam entry ini kerana nama tersebut tertera dalam borang kastam K2 yang kita bincangkan. Tiada niat untuk mempersenda si penama, tetapi hanya menampilkan maklumat di atas keterbatasan maklumat. Ini kerana terdapat usaha untuk menghalang daripada maklumat diperolehi dengan mudah, sedangkan maklumat itu sepatutnya tiada masalah untuk didedahkan demi kepercayaan rakyat ke atas agensi-agensi terpenting kerajaan. Ia termasuklah agensi polis, imigresen, SPR dan juga termasuklah kastam.

Nilaikanlah setiap maklumat itu dengan kebijaksanaan yang telah dikurniaNya. Tok Kaduk sudah habis zamannya, Pak Pandir makin bijaksana, Lebai tidak lagi malang. Ayuh bersama ombak perubahan.


EDYES @ edyesdotcom
Tunggu siri pendedahan seterusnya...

Friday, July 22, 2011

Siasatan di Perancis tumpu kaitan Altantuya-Scorpene




EKSKLUSIF Siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap kontroversi urusniaga RM7.3 bilion pembelian kapal selam Scorpene, yang didakwa melibatkan sogokan kepada pegawai tinggi Malaysia, mungkin dapat menyingkap misteri yang menyelubungi kematian Altantuya Shaariibuu.

Peguam yang berpejabat di Paris, William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang semalam, berkata siasatan itu mungkin mendedahkan maklumat berkaitan dengan penglibatan Altantuya dalam pembelian dua kapal selam Perancis oleh Malaysia.

NONEBourdon (kiri), yang telah ditahan pegawai imigresen di apangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Pulau Pinang kira-kira 10.30 pagi ini berkata, beliau mengikuti kes Altantuya sejak kematiannya pada tahun 2006, dan mendapati perbicaraan pembunuhan Altantuya terlalu dibesarkan.

Dalam temubual ekseklusif dengan Malaysiakini hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan oleh pegawai imigresen, yang menaiki pesawatnya di KLIA pagi ini, Bourdon berkata: "Cara perbicaraan itu dijalankan, telah menimbulkan banyak persoalan; masih banyak kekaburan mengenai pembunuhannya (Altantuya)."

Perbicaraan kes tersebut berakhir pada tahun 2008 dengan dua pengawal peribadi Najib, yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan, disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Kedua-duanya sedang merayu terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atas mereka. Abdul Razak, yang didakwa bersubahat dengan kedua-duanya, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

altantuya razak baginda mongolian murder 020707 short hairPemerhati mengatakan, walaupun ia perbicaraan berprofil tinggi,
tetapi dua persoalan penting yang menyelubungi pembunuhan
Altantuya belum terjawab: mengapa dia dibunuh dan siapakah yang mengarahkan pembunuhannya?

Najib - sebagai menteri pertahanan bertanggungjawab atas urusniaga pembelian kapal selam Scorpene - telah menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan tersebut.

Mengenai kes Suaram yang difailkan peguam itu di Paris tahun lalu, Bourdon berkata, beliau yakin akan mendapat mengakses kepada dokumen dan fail yang berkaitan, tidak lama lagi.

Pendedahan ini dijangka akan mengheret pegawai berprofil tinggi Malaysia yang dikatakan telah menerima sogokan berjumlah jutaan ringgit daripada urusniaga pembelian kapal selam tersebut.

Bourdon berkata, kes itu masih di tahap siasatan di mana polis masih menyoalsiasat saksi-saksi.

Bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Bourdon telah memohon kepada pendakwaraya untuk membolehkan NGO yang berpejabat di Kuala Lumpur itu diterima sebagai plaintif sivil di mahkamah.

Jika diterima, katanya, seorang hakim akan dilantik untuk mengendalikan kes itu. -mkini

Sebuah Puisi - Sendiri Jadi



Sendiri jadi...

Bagaimana mata Anwar lebam ? sendiri tumbuk...

Bagaimana ada kesan 'cekek' pada leher Beng Hock ? sendiri cekek...

Bagaimana Sarbani dijumpai mati ? sendiri terjun...

Bagaimana Mat Sabu boleh jatuh motor ? sendiri langgar...

Bagaimana Kugan mati ? sendiri mati...

Siapa yang suruh Kopral Sirul bunuh Altantuya ? sendiri suruh...

Bagaimana C4 boleh diperolehi ? sendiri bikin...

Bagaimana parang boleh ditemui dalam bonet kereta adik Aminul Rashid? sendiri taruk...

Bagaimana bumbung stadium Sultan Mizan boleh roboh? sendiri roboh...

Bagaimana cincin RM24juta boleh masuk di atas nama Rosmah Imelda? sendiri masuk...

Bagaimana enjin jet pejuang boleh hilang? sendiri curi...

Bagaimana kapal selam scorpene tak boleh menyelam? sendiri rosak...

Bagaimana Gelang 'zebra' boleh berada di pergelangan tangan Rosmah? sendiri beli...

Bagaimana harga ayam boleh naik cecah RM8 sekilo? sendiri naik...

Bagaimana harga RON97 boleh melambung hingga RM2.90 seliter? sendiri lambung...

Bagaimana Tanjung Pagar tergadai ? sendiri gadai...

Bagaimana Pulau Batu Putih boleh jatuh ke Singapura? sendiri bodoh...

Bagaimana Blok minyak dan gas L dan M boleh terlepas? sendiri lepas...

Bagaimana separuh Tanah Rezab melayu hilang ? sendiri hilang...

Bagaimana rekod kemasukkan Altantuya boleh dipadamkan? sendiri padam...

Bagaimana 3 tulang rusuk Baharudin boleh patah ? sendiri patah...

Bagaimana timbul idea anugerah Ibrahim Ali ? sendiri kasi...

Bagaimana sebuah rumah ada 88 pengundi ? sendiri daftar...

Bagaimana hampir semua undi pos berpihak kerajaan ? sendiri undi...

Bagaimana dakwat kekal RM2.4juta tidak digunakan ketika PRU12 ? sendiri takut...

Bagaimana perhimpunan BERSIH 2.0 dihadiri ramai ? sendiri mari...

Bagaimana rakyat sekarang sudah berdiri ? sendiri jadi...

Bagaimana semua di atas terjadi ? fikir sendiri... Semuanya berlaku dengan sendiri ?


EDYES @ edyesdotcom

Peguam 'Scorpene' ditahan di KLIA

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel. - mkini

Memo Desak Bebaskan EO6 Oleh SAMM – Jumaat 22 Julai Bukit Aman !




Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku sebuah NGO anak muda agresif akan bertindak untuk mendesak pihak kerajaan Malaysia membebaskan semua tahanan tanpa bicara EO6 dalam satu sesi penyerahan memo di Bukit Aman.

Menjelang sebutan kes habeas corpos tahanan EO6 pada tarikh 22 Julai (Jumaat) pada jam 10 pagi, pihak SAMM pada sebelah petangnya akan menyerahkan sebuah memo yang menekan kerajaan Malaysia untuk membebaskan semua anggota PSM yang ditahan di bawah peruntukkan undang-undang ketika perang dingin iaitu Ordinan Darurat. Berikut adalah maklumat mengenai penyerahan memo kepada badan berkuasa;

Tarikh: 22 Julai 2011, Jumaat (Esok)
Masa: 2.30 petang
Lokasi : Bukit Aman

Akta Ordinan Darurat ini tidak tumpah seperti akta hasutan yang membawa kepada penahanan tanpa bicara (ISA) yang selama ini ditentang hebat kerana penahanan seperti ini tidak dibicarakan dan tidak dibuktikan bersalah. Penahanan tanpa bicara adalah bukti kekejaman sesebuah kerajaan yang sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri. Menahan mana-mana rakyat melebihi tempoh reman yang dibenarkan adalah satu perkara yang wajar ditentang.

SAMM tidak kompromi walau sesiapa dan walau dari pihak mana sekalipun yang ditahan tanpa bicara tidak kira samada di atas undang-undang ISA ataupun peruntukkan Ordinan Darutat (EO), SAMM akan tetap bertegas untuk membantah penahanan tersebut dan seraya itu mendesak sekerasnya tahanan dibebaskan segera mungkin.

Bebaskan Tahanan EO6 !!

Edyes
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

Thursday, July 21, 2011

Khairy Selar Kekejaman Najib !!



Berikut adalah kata-kata Khairy Jamaludin dalam akaun twitternya;

I think govt acted on misleading info. I have listened to many of Dr Jeyakumar's speeches in Parliament. Intellectual & not subversive.

Kata-kata Khairy ini juga bermaksud mendesak kerajaan melepaskan semua tahanan tanpa bicara di bawah Ordinan Darurat termasuklah Dr Jeyakumar yang dituduh oleh kerajaan sebagai subversif.

Najib dan barisan kabinetnya telah menerima banyak tekanan dari dalam dan luar negara, tetapi kali ini Najib berdepan dengan satu tamparan hebat apabila ketua pemuda UMNO sendiri menempelak tindakkan kerajaan menahan EO6. Syabas buat Khairy.

Namun begitu, tindakkan pemuda UMNO untuk berbincang dengan SPR mengenai pilihanraya / tuntutan BERSIH, adalah tidak masuk akal sama sekali.


EDYES

Program 'dakwah' Ambang Ramadhan SAMM berjalan meriah walaupun disabotaj PDRM



Program 'dakwah' Ambang Ramadhan berjalan meriah walaupun disabotaj PDRM



Program Ambang Ramadhan yang seharusnya diadakan di dataran Senawang terpaksa diubah tempat saat akhir kerana Umno menggunakan PDRM takut dengan program dakwah seumpama ini.


Walaupun diubah tempat saat akhir namun kehadiran tetap tidak mengecewakan. Melimpah-ruah hingga memenuhi jalan.

Sdr. Farrel (Pengarah segmentasi Mahasiswa SAMM) bersama Ust. Norazman (Lebai Kampung) yang dipecat kerana FB, Sham Kamikaze dan Azhan (bekas Juara Nasyid TV9)


che'GuBard sedang menyampaikan kata aluan meraikan semua tetamu dan menerangkan 8 tuntutan BERSIH


Bangsal tepi pejabat ADUN Paroi diubah dengan pantas menjadi pentas, walaupun begitu petikan gitar Sham dan kelunakan suara Azhan yang digabung kali pertama berjaya memukau hadirin


Terima kasih kepada adik beradik SAMM yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Majlis malam tersebut dimulakan dengan alunan ayat suci Al Quran oleh saudara Norazizi (kanan sekali)

klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/program-ambang-ramadhan-esok-di-dataran.html untuk membaca latar belakang prog. Ambang Ramadhan


Mari Kenali Borang A.T.A Carnet



Entry pada malam ini adalah khas untuk sesiapa sahaja di antara kita yang mempunyai keinginan untuk membuat pameran emas atau berlian, samada secara terbuka ataupun secara rahsia / sulit. Bagi sesiapa yang ingin membuat pameran, sila fahami entry ini supaya tidak tersalah borang apabila ter'guna' borang dagangan import walaupun hanya untuk import 'sementara'.

Di bawah ini adalah penerangan terperinci prosedur penggunaan borang A.T.A Carnet dan disertakan juga contoh borang yang telah diguna-pakai oleh sebuah syarikat untuk tujuan pameran pada tahun 2006 yang lalu.







Lihat contoh borang A.T.A di atas, ini adalah antara contoh barangan yang memang bertujuan kemasukkan sementara, untuk tujuan pameran. Di bawah pula adalah penerangan. 


A.T.A Carnet (Admission Tempore)



Satu bentuk kemudahan bagi mengimport dan mengeksport barangan secara sementara tanpa dikenakan duti/cukai. Barangan yang diimport hendaklah dieksport / dibawa keluar kembali selepas suatu tempoh yang ditetapkan dan demikian juga bagi barangan yang dieksport. Diantara fasiliti yang diberikan oleh ATA Carnet ialah:

  • Pengguna tidak perlu mengemukakan borang ikrar Kastam di pintu-pintu masuk dan keluar.
     
  • Tiada cagaran atau jaminan bank.
     
  • Satu kelulusan ATA Carnet boleh digunakan oleh lebih dari satu negara.

1. Kategori barangan yang layak mendapat kemudahan ATA Carnet ialah:
 

  • Contoh /sample barangan yang bukan jualan dan tidak mempunyai nilai dagangan seperti:

o Filem-filem iklan
o Alat-alat publisiti pelancungan
o Model-model bangunan, kereta dan sebagainya.

  • Barangan untuk pameran antarabangsa, pertunjukan, mesyuarat dan majlis-majlis seumpamanya seperti:

o Alat-alat pembelajaran seperti projektor, filem, perkakas cctv dan alat terjemahan.
o Alat-alat untuk memajukan sesuatu cabang pelajaran seperti senilukis, pertukangan tangan, sukan dan lain-lain.
o Alat-alat untuk penerbitan, penyiaran radio dan tv, alat-alat untuk pertunjukan pentas dan lakon layar termasuk pakaian dan alat muzik.
o Hasil-hasil seni, bahan-bahan koleksi dan barang-barang purba.
o Binatang-binatang, mesin-mesin, alat-alat publisiti pelancungan dan lain-lain barangan yang diimport untuk tujuan di atas.

  • Alat-alat profesional
o Alat-alat untuk kegunaan pakar seperti juruteknik, jurutera, juruuji dan sebagainya.
o Alat-alat untuk kegunaan wartawan seperti penulis, jurugambar, jurufilem, tv atau wayang.
o Alat-alat untuk kegunaan sesuatu kerjaya seperti doktor, juru runding, ahli kajipurba, ahli sains dan seumpamanya.
Sumber maklumat dari laman web kastam di sini

----------------------------------------------------------

Bila mendengar perihal import-eksport, teringat pula satu dialog dalam filem P.Ramlee yang berbunyi;
Salman Khan: Dinda, apa business adinda ?
Imelda: Dinda punya business adalah import barang-barang aksoseri wanita termasuklah cincin berlian, gelang emas dan beg-beg mewah.

Salman Khan: Kanda tahu dinda, kanda tahu... mesti business import-eksport kan ?

Imelda: Ehh tidak kanda, dinda tak export, dinda hanya import sahaja... Lain orang export, dinda import sahaja...

Salman Khan: Ohhh begitu... Tapi mengapa adinda memilih barang-barang aksoseri wanita sahaja ?

Imelda: Ini kerana sejak bajet tahun lepas, semua barang-barang aksoseri wanita telah dinyah cukai oleh Perdana Menteri yang bijaksana, demi isterinya.
Salman Khan: Kalau import karpet kena cukai tak?


Wednesday, July 20, 2011

Scorpene - Prime Minister in Great Danger!!


Bad news for Najib: French police have found "crucial" Scorpene documents.

French police have obtained "quite crucial documents" in the Scorpene submarines probe on whether French arms giant DCN had paid kickbacks to Malaysian officials, including Prime Minister Najib Razak, to secure the deal.

The 58-year old Najib had been the Defense minister sanctioning the acquisition in 2002. Even then, there had been much public unhappiness over the price which was seen as too expensive, and furthernore, the high-tech submarines considered as unsuitable for patrolling the country's shallow coastline. Right now, both ships are docked in Sabah and hardly used. There have also been reports of system malfunctions due to the unsuitability of the territorial waters.

"It is likely that in September we should have access to the first police conclusions from all the investigations that have taken place over the last 18 months. We know that the police seem to have obtained quite crucial documents," Asia Sentinel reported Paris-based lawyer William Bourdon assaying.

VIP personality

William is one of the French lawyers appointed by Malaysian NGO Suaram, which lodged a complaint on behalf of taxpayers against DCN for corruptly sealing the contract. It is illegal in France to offer bribes to secure a deal and if found guilty, DCN may have to pay compensation to Malaysian taxpayers for overcharging on the final price paid by the Malaysian government.

The French lawyer is due to arrive on Thursday, where he will speak to a Penang audience and brief them on the latest developments in the case. Suaram has already hinted that William will touch on the identities of several 'new' personalities involved in the kickbacks.

It is also believed that French investigators have managed to pin down a very important personality, who travelled with submarines negotiator Razak Baginda and murdered Mongolian translator, Altantuya Shaariibuu, to Macau as part of the complex negotiations.

There is red-hot speculation that this person is Najib himself. If true, it will blow away the PM's previous denials he never knew Altantuya, who is believed to have been his lover before he "passed" her onto Razak, who was his confidante and representative. Such evidence paves the way for the re-opening of her murder trial, which had ended with two of Najib's former bodyguards being sentenced to hang for her 2006 killing. However, the 'mastermind' is believed to be still at large.

Lesser personalities involved in the sprawling deal have also been traced and their identities likely to be revealed as well.

William is also expected to drop a new bombshell - previously unknown commissions that have just been uncovered by the investigators. This will add to the growing list of murky details shrouding the shady acquisition engineereed and pushed for by Najib years ago, when he was the Defense minister directly in charge of key military procurements.

No more secret places left for Najib

It looks like unless the French government is willing to help him out and muzzle up the case, Najib may have run out of hiding places. Whatever time that he can buy will not last long either.

And to pundits familar with all the ramifications both at the Malaysian and French ends, it is impossible for him to escape scot-free. One way or another, they say he will have to explain to his people the true extent of his involvement, not just in the kickbacks but also in the Altantuya murder.

In fact, not even his UMNO party can save him. With the Scorpenes trial expected to be heard in the French open court in August or September, many of the party warlords are already gearing up to push him out and slam the door on his administration, which has been scarred by non-achievement, gutter politics and extensive corruption.

It does not help that in recent months, Najib has felt the pressure and added to his own discomfort by making several disastrous decisions. The most recent was ordering a violent crackdown on a citizens rally for free and fair elections two weeks ago. His fast-fading popularity and plunging credibility makes him an easy target now.
Rightfully, the BN government should have immediately lodged a compliant with the French authorities when news reports about the huge Scorpene kickbacks first came to light. However due to Najib's influence, no one in the Malaysian government has dared to call for a public probe so far.

Even a suspicious 114 million euros (RM570 million) side-deal granted to Baginda's firm, Perimekar, has been whitewashed in Parliament as a "services" and "maintenance" contract, when it is obvious that the obscure firm has no experience or track-record in such a high-tech industry.

Numerous reports have also been lodged by Malaysian citizens, who are alarmed that the RM7 billion price tag is still climbing. It is now apparent Najib may have hidden the full cost to Parliament, opting to gradually seek additional budget allocations to maintain the ships rather than to reveal at one-go the full 'damage' to taxpayers. Yet till now, Malaysian police as well as the Malaysian Anti-Corruption Commission have refused to initiate any investigation into the file at all.

Seamy details in a sordid deal

Numerous questions are likely to be asked by those attending the Suaram-organised sessions with William on 21, 22 and 23rd Jruly. Apart from the status of the case, the latest 'dirt' dug out so far, the greatest interest will surely centre around the beautiful but tragic Altantuya, who acted as translator for Baginda.

Uppermost on Malaysian minds are exactly what sort of relationship Najib had with her. Not that they are voyeurs and wish to nose out all the seamy details of the love affair the two allegedly had, but because they want to know how much and to what extent their PM - who was then the DPM - was willing to lie and may have lied just to become prime minister.

"If you want to know all these details, you have to come for the dinner, listen and ask," Suaram director Cynthia Gabriel told Malaysia Chronicle.

- Malaysia Chronicle
 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone