Monday, February 28, 2011

Penafian Terlibat Dalam Perjumpaan Gelap !

Saya dengan ini menafikan sebarang pertemuan gelap yang melibatkan saya dan beberapa blogger 'frontline' penentang kerajaan walaupun blog edyes juga salah satu daripada blog tegar penentang kerajaan.
 
Aduka Taruna melalui blog rasminya menyatakan 'Skandal Gelap Blogger Biadap' dan juga blog IkutSukaAku menyatakan dalam blognya "Panasssss... Agenda Sulit Blogger" dengan attachment gambar di atas pasti akan menimbulkan sedikit kekeliruan dan adalah tidak ada kena mengena dengan diri saya. Kemungkinan gambar tersebut adalah hasil penggunaan teknik super impose yang memperincikan gaya, mutu dan keunggulan.
 
Bagi saya, pertemuan gelap sepertimana yang pernah berlaku di antara PAS dan UMNO suatu masa dahulu, diterangkan pula oleh Paklah Badawi, adalah sesuatu yang memalukan dan wajar dikenakan tindakkan berbentuk hukuman yang setimpal.
 
Walaubagaimanapun, difahamkan pertemuan gelap ini mempunyai satu agenda yang amat besar iaitu sebagai satu faundasi kepada lahirnya sebuah portal sehebat Malaysiakini dengan rangkaian gelap bersama para bloggers pro-kerajaan ataupun pro-pembangkang - Tidak kiralah siapa yang memerintah ketika portal ini dilancarkan!
 
Portal yang dirangka untuk menjadi setaraf atau lebih hebat dari Malaysiakini, adalah bebas dari mana-mana kerangka politik dan tidak mewakili mana-mana parti malah pemberitaannya adalah unik. Bakal menjadi kekuatan kepada seluruh kekuatan blogger seluruh Malaysia tanpa mengira apa warna blognya.
 
Sama-sama kita nantikan kemunculannya. Saya dengan ini terus menafikan terlibat dalam pertemuan ini... hehehe
 
 
EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION

Selepas Dungun, che'GuBard Teruskan Serangan ke BESUT Malam Ini!! (28Feb)

Ceramah Umum
che'GuBard dan Ust Rozali Muhammad
28 Feb 2011,9.00mlm, Besut

(pertanyaan 0145390588)

Hadirlah beramai-ramai wahai warga Besut dan sekitar sempadan Kelantan. Jangan lupa bawak pen dan kertas untuk menjadi salah satu agen penyebar kebenaran - che'GuBard

sila hubungi 0145390588 untuk mengetahui tempat ceramah...

Hantu RosLimah Balik Rumah !!

kah kah kah kah kah...
 
Baru aku sedar, Mamat Khalid rupenyer pereli orang 'tu' masa buat pilem mak limah... kah kah kah...
 
lepaih nie kena ban lah Mamat Khalid....
 
entri ini diilhamkan oleh brader gua yg ganas tapi tak sekejam undang2 ISA... klik sini untuk cerita lanjut...

Kondom Digunakan Sebagai Bahan Kempen BN ?

Kah kah kah kah kah...
 
Dah takde bentuk lain hagaknya...
 
gambar dicuri dari blog pulakdah, klik untuk lebih banyak gambar...

Sunday, February 27, 2011

Kadar Kenderaan Terbakar Seminggu Sekali?? (Wajib Baca!!)

Salam Seram,

Lagi kes kereta terbakar hari ini harus menerbitkan rasa gusar di kalangan pengguna jalanraya. Minggu lepas sekali terbakar dan hari ini juga satu kemalangan terbakar berlaku menjadikan dua kemalangan terbakar dalam masa dua minggu.

RON95 bukan persoalan yang akan saya bawa hari ini, walaupun ia berkait rapat kerana kemalangan terbakar ini kerap berlaku semenjak RON95 diperkenalkan. Bukan cerita kosong tetapi statistik kemalangan terbakar menunjukkan peningkatan mendadak berlaku pada tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya.

Apakah ini tidak cukup menggerunkan? Apakah menyenarai-hitamkan 'mangsa' saman ekor membantu dalam menyelesaikan masalah ini? Atau mengkompulsarikan penggunaan talipinggang belakang dengan saman RM300 tanpa diskaun boleh melegakan pengguna?

Pengguna jalanraya bukan sahaja berdepan dengan jumlah statistik kemalangan yang agak membimbangkan, tetapi berdepan juga dengan risiko untuk hangus rentung di tengah jalanraya. Itu belum dikira akan kehadiran saman ekor yang tidak diundang.

Minggu lepas kita baru dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila sebuah Proton BLM terbakar ketika yang sama, mangsa bergelut untuk keluar dari kenderaan yang sedang marak terbakar. Kesudahannya seorang dari empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Harus difikirkan saranan kerajaan untuk menyaman pengguna yang tidak mengenakan talipinggang keledar di tempat duduk belakang, mungkin sebenarnya mengundang bahaya yang jauh lebih tinggi. Dalam keadaan tidak sedar atau cedera parah, ia pasti menyulitkan cubaan untuk keluar dari kenderaan yang sedang terbakar.

Saya yakin mangsa yang berada di tempat duduk belakang dalam BLM terbakar minggu lalu tidak mengenakan talipinggang keledar. Bayangkan sekiranya talipinggang belakang itu dikenakan, tidak mustahil ia menjadi penyebab kepada hangusnya empat orang mangsa.

Mekanisma yang lebih berkesan harus diperkenal di sebalik penguatkuasaan saman ekor dan pemakaian talipinggang belakang semata-mata. Sudahnya rakyat akan terkesan dengan bebanan risiko kemungkinan kenderaan terbakar apabila berlaku perlanggaran malah ada juga kes terpencil di mana kereta terbakar secara tiba-tiba.

Sedarlah bahawa saman ekor itu amat membebankan rakyat termasuklah isu talipinggang belakang. Ditambah lagi dengan keraguan kualiti RON95 yang sering diperdebatkan.

Bagaimana pula dengan faktor kualiti jalanraya di Malaysia?

Nyawa rakyat Malaysia umpama tidak berharga di mata kerajaan. Jangan marah kepada blogger dan mana-mana pengamal media alternatif termasuk pengguna laman sosial apabila mereka sebulat suara mengatakan - Kerajaan Malaysia hanya mementingkan wang ringgit hasil dari saman ke atas rakyat.

Akhir kalam, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bangun melawan dalam isu saman ekor dan saman berkaitan. Jangan tunduk menyerah wang ringgit kita sewenang-wenangnya. Sokonglah tajuk ini tanpa mengira warna kepartian kerana sesungguhnya tembakkan saman ekor itu juga tidak mengenal mangsanya, begitu jugalah kemalangan terbakar.


EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, February 25, 2011

Laman Blog Pro-UMNO Menuduh Hisyamuddin GAY ?

Laman Pro UMNO – dengan capaian http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/02/gay-minister-in-cabinet-and-johorean.html membuat tuduhan bahawa ada Menteri dari Johor dalam kabinet Najib seorang "gay".

Beliau memaparkan gambar yang dihitamkan muka. Namun sekiranya kita google gambar Hishammuddin – gambar yang dipamerkan laman web ini – yang dihitamkan adalah sama dengan gambar yang pernah keluar di www.malaysiakini.com – pada 13 hb Mac 2010 capaian http://www.malaysiakini.com/news/126439

Adakah laman ini sebenarnya menuduh Hishammuddin sebagai  seorang menteri GAY. Tuduhan yang amat serius tanpa bukti. Sungguhpun gambar yang dipamerkan oleh penyelia laman ini dihitamkan tetapi melihat gambar asal yang terpapar di Internet menjadikan ianya tuduhan yang serius.

Isu sebegini tidak sepatutnya dimainkan. Laman ini dalam artikel tersebut merujuk bahawa Dr Mahathir membuat ahli kabinetnya Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam tuduhan seks luar tabii dan menyimpulkan bahawa Anwar Ibrahim juga terbabit dalam kes liwat kedua bertanya, sama ada Najib akan mengambil tindakan serupa - menyingkir menteri dari Johor yang dikatanya GAY.

Nilai peranan laman blog sekarang ini khususnya laman ini yang dikatakan mempunyai hits yang amat tinggi.

Nukilan : UMNO Reform


EDYES wrote:

Wahai pak menteri, tolong jangan saman saya melalui blog edyesdotcom. Tujuan penyiaran semula entry yang dipetik dari laman UMNO Reform ini adalah bertujuan untuk mengingatkan pak menteri, bahawasanya kalau nak saman sila saman blog yang lebih tepat.

Janganlah tersasar menembak blog ini, jadilah seorang menteri yang 'sharpshooter' supaya blog jahat diheret ke mahkamah.

Harap maklum.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Dua Kawasan Pulau Pinang Akan Di Serang Malam Ini !

Salam Jumaat,

Malam ini che'GuBard akan menyerang dua kawasan di Pulau Pinang masing-masing satu di dalam pulau (Sg Ara Bayan Baru) dan satu lagi di tanah besar (Dewan Melenium Kepala Batas).

Antara isu penting 'wajib tonton & sebar' yang akan disampaikan dalam pidato che'GuBard malam ini adalah mengenai kronologi terbaru perjalanan mahkamah kanggaroo kes liwat 'bluetooth' DSAI-Saifool. Berbekalkan laporan asal perubatan, che'GuBard akan menerangkan serba sedikit kupasan-kupasan penting isu yang wajar difikirkan dan diketahui oleh rakyat di sebalik ops Fitnah2.

Turut mengiringi che'GuBard di atas rostrum pentas malam ini ialah YB ust Azmi di Sungai Ara Bayan Baru manakala di Dewan Milenium Kepala Batas bersama YB Syed Azman.

Oleh kerana kedudukan 2 tempat ceramah yang agak berjauhan yang memakan masa hampir 1 jam perjalanan, che'GuBard akan berucap lebih awal di Sg Ara sekitar jam 9.30 malam dan akan berkejar ke Kepala Batas untuk ceramah penutup sekitar jam 11 mlm.

Saudara dan saudari yang berada Pulau Pinang samada di sebelah seberang atau di sebalik pulau dijemput untuk meluangkan masa dalam kedua program malam ini. Ambil lah peluang untuk bersama memeriahkan suasana sambil berilmu, sementara esok adalah hari cuti. Penyokong UMNO yang sudah bosan dan jemu dengan kebejatan terlampau juga dijemput.

Pesan che'GuBard untuk sesiapa yang bakal hadir supaya menyediakan pen dan kertas (alat rakaman lebih baik) agar menjadi agen penyebar kebenaran kepada mereka-mereka yang tidak turun ke laman ceramah. Kita juga boleh berperanan dalam perjuangan ini walaupun sekecil sebagai pengundi.

Di bawah adalah maklumat tentang kedua-dua program malam ini termasuklah nombor kontak untuk dihubungi sekiranya ada pertanyaan mengenai tempat ceramah.

1. Ceramah Umum di Pulau
25 Feb 2011, 9.00mlm
Che'GuBard & YB ust Azmi
Sg. Ara, Bayan Baru
(pertanyaan 0174787013)

2. Ceramah Umum Di S.Perai Utara
sempena Karnival P.Pinang Harmoni
25 Feb 2011, 11.00 mlm
che'GuBard & YB Syed Azman
Dewan Milineum Kepala batas
(pertanyaan 0134145663)


EDYES @ edyesdotcom
Melaporkan...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

CALON PAS UNTUK PRK MERLIMAU

PAS malam ini memilih Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Haji Yuhaizad Abdullah calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan PR di Dataran  Markas PAS DUN Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad  adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Pemilihan anak jati  Kampung Chinchin yang terletak di dalam DUN Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam  itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang disegani di mana datuk sebelah ibunya adalah seorang Imam dan datuk sebelah ayahnya adalah Tok Sidang di kampungnya.

Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi  ketika mengumumkan calon BN itu, berkata pemilihan Yuhaizad dibuat selepas melalui beberapa saringan di peringkat badan perhubungan PAS  negeri, Jawatankuasa Pusat sebelum diputuskan pucuk pimpinan.

"Kita yakin calon kita mampu memberikan tentangan sengit dan jika terpilih beliau akan bertindak sebagai pembangkang yang berkesan," kata Abdul Hadi.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang, dengan majoriti 2,154 undi.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, February 24, 2011

Sokong Kenyataan TGNA : "Sokong PAS Ertinya Sokong Islam" ! (WAJIB BACA!!)

CHEDET.CC : BUKTI MENGKAFIRKAN UMNO
 
1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.

2. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir.

4. Nik Aziz menuduh saya fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya. Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

5. Tetapi sebelumnya dia mendakwa "sokong PAS ertinya sokong Islam". Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah - "Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah".

6. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya.

7. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan UMNO tolak Islam selain daripada mendakwa UMNO adalah kafir.

8. Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan UMNO kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS.

9. Nik Aziz membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

10. Lagi pun teguran Nik Aziz menidakkan ke-Islaman saya, satu teguran (lebih tepat lagi satu tuduhan) yang amat serius.

11. Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting.

12. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.

13. Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu. Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan ke-Melayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi.

14. Apabila bapa kepada DAP menyarankan supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, Nik Aziz tidak menolaknya kerana anggapannya yang saranan ini tidak seburuk nasionalisme orang Islam UMNO. Janganlah melenting jika saya kata Nik Aziz sudah terima saranan Lee Kwan Yew supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada Islam kerana ini tidak dahsyat seperti menjadi nasionalis Melayu Islam dalam UMNO.

15. Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka adalah masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan Nik Aziz mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dianya memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

16. Kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka.
 
 
EDYES wrote:
 
Saya tidak punya banyak masa ketika ini, cuma saya hanya akan jawab satu perkara daripada beberapa perkara 'kurang cerdik' yang dibangkitkan oleh seorang ultra-melayu ini. Satu point of view yang saya yakin menyentap seluruh artikel di atas apabila dikaitkan dengan tajuknya - Bukti Nik Aziz mengkafirkan UMNO.
 
Merujuk kepada perkara ke-5 di atas, saya menyokong kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang mengatakan "Sokong PAS ertinya sokong Islam". Percayakah Mahathir bahawa bukan semua orang Islam menyokong Islam ?
 
Apabila orang Islam itu tergamak mengumumkan sebuah judi baru yang berbentuk judi sukan dengan tujuan menghalalkan pertaruhan judi dalam sukan bolasepak, apakah orang yang bertaraf menteri ini dilihat menyokong Islam? Atau menggadaikan maruah 'Islamnya'?  
 
Lebih malang lagi kerana tiada seorang pun di kalangan pembesar negara berjawatan rasmi yang beragama Islam menempelak isu judi baru ini selain daripada pimpinan Pakatan Rakyat. Ini termasuklah cina DAP yang menolak judi demi rakyat yang lebih sihat ekonominya. Peristiwa ini bolehlah diumpamakan 'bukan islam mengajak minum kopi manakala pemimpin yang mengaku Islam pula mengajak minum todi dan whisky', pemimpin manakah yang akan anda pilih?
 
Menteri yang saya maksudkan di atas adalah dari sebuah parti yang memperjuangkan bangsa (tetapi lebih tepat menperjualkan bangsa) dengan menolak Islam apabila bersetuju menjadikan negara 'Islam' ini sebagai hub hiburan! Apakah perlakuan seperti ini dilihat menyokong Islam? Atau menggadai maruah 'Islamnya'? Pemimpin yang mengaku 'Islam' dalam parti UMNO juga hanya berdiam apabila pemimpin-pemimpin bukan Islam di kalangan mereka dalam Barisan Nasional mempersendakan Islam!
 
Juga saya tidak lupa bahawa suatu ketika dulu, ada seorang Perdana Menteri yang cuba untuk memansuhkan sekolah agama rakyat yang ketika itu dilihat sebagai sebuah pusat untuk mendidik anak-anak kita ilmu Islam dengan lebih efisyen berbanding di sekolah kebangsaan. Perdana Menteri itu juga dikatakan tindak-tanduknya menyebabkan bahasa jawi pupus hingga menyebabkan lebih ramai anak-anak kita yang begitu ketinggalan dalam bahasa jawi termasuklah dalam pembacaan Al-Quran. Jadi, adakah Perdana Menteri yang beragama Islam ini menyokong Islam? atau menolak Islam??
 
Saya kurang pasti samada Perdana Menteri itu masih ingat atau sudah lupa kerana Perdana Menteri yang memerintah 22 tahun itu juga tidak terkecuali dari golongan Melayu mudah lupa !
 
Kita berbalik kepada persoalan, adakah semua orang Islam itu menyokong Islam?  Justeru itu, dengan hujah-hujah di atas saya tetap menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang mengatakan bahawa menyokong PAS ertinya menyokong Islam !!
 
Banyak lagi subjek-subjek penting yang boleh saya tambah untuk menguatkan hujah, tetapi di atas keterbatasan masa, saya membuka peluang kepada rakan pembaca untuk menambah - apakah kebejatan UMNO dalam konteks menolak Islam...
 
 
EDYES @ edyesdotcom
klik di sini untuk melihat satu sudut kebejatan 22tahun seorang Perdana Menteri...

ReBlog : 22 Tahun Mahathir Dari Sebuah Sudut...

ReBlog ini bertujuan untuk memastikan tiada siapa di antara kita di atmosfera blog terlepas daripada sebuah sudut pandangan dan analisis rakyat mengenai 22 tahun era Mahathir.
 
Adakah seorang Perdana Menteri itu akan kebal kepada sebarang tindakkan undang-undang dan punya imunisasi terhadap segala bentuk siasatan ke atasnya ?
 
Oleh kerana selama ini rakyat berdiam dalam menyambut penurunan tahta Mahathir, mungkin ia menjadi satu faktor mengapa negarawan ulung ini sering mengeluarkan kenyataan songsang serta beberapa tindak tanduk yang menjengkelkan sebilangan rakyat sedangkan era dan masanya sudah pun berakhir. Justeru, kita sebagai rakyat yang pernah merentasi 22 tahun pemerintahan Mahathir wajar melangkah setapak ke hadapan untuk membawa mana-mana bekas pemimpin negara ke muka pengadilan atau sekurang-kurangnya mendesak agar siasatan dilakukan dengan segera.
 
Jika sebelum ini kita sering disaji dengan sudut positif kehebatan Mahathir, kini apa salahnya kita melihat dan menilai apakah kehebatan-kehebatan 22 tahun itu boleh menutup kebejatan seperti di bawah;
 
 

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
  • Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.

  • Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.

  • Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


  • 2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
  • Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.

  • Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.

  • Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.

  • Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.

  • Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.

  • Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: Mahkamah adalah sebuah institusi 'pembersihan' bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.


  • 3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
  • Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.

  • Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

  • Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.

  • Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.

  • Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.

  • Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.

  • Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).

  • Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .

  • Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.

  • Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.

  • Memaksa Petronas membeli saham Proton.

  • Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.

  • Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

  • Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

  • Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.

  • Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.

  • Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

  • Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.


  • 4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:
  • Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).

  • Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).

  • Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).


  • 5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
  • Campur tangan terhadap tugas-tugas polis

  • Mengganggu penyiasatan BPR

  • Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan

  • Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.


  • 6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
  • Keruntuhan makmal computer;

  • Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;

  • Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;

  • Keretakan PULAREK; dan

  • Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.


  • 7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
  • Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)

  • Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

  • Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.

  • Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.

  • Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.

  • Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.

  • Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.

  • Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan

  • Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.


  • 8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
  • Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;

  • Kerugian pelaburan Tabung Haji;

  • Kerugian RM15b Bank Negara;

  • Kerugian RM40 juta AIM;

  • Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan

  • Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.


  • 9. Menghina dan menyekat Islam
  • Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;

  • Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;

  • Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;

  • Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;

  • Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan

  • Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.


  • 10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
  • Menutup dua MRSM di Terengganu;

  • Menutup sekolah agama rakyat; dan

  • Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.


  • Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:
  • Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;

  • Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;

  • Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;

  • Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan

  • Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.


  • Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.

    "NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA"
     

    Wednesday, February 23, 2011

    Aktiviti Padat che'GuBard - Sila Rujuk Kehadiran che'GuBard di Tempat Anda !!

    PARIT SULONG(22hb) - PARIT(24hb) - KEPALA BATAS(25hb) - BAYAN BARU(25hb) - JENGKA(26hb) - DUNGUN(27hb) - BESUT(28hb) - KERDAU(1hb) - MERLIMAU(2hb-3hb) - KERDAU(4hb-5hb) - REMBAU(7hb)
     
     
    Ceramah Umum
    22 Feb 2011, 9.00 mlm
    Parit Sulong, Johor

    (pertanyaan 0197292300)

    Rapat Pengurusan SAMM
    24 Feb 2011

    Ceramah Umum

    24 Feb 2011, 9.00 mlm
    Parit, Perak

    (pertanyaan 0125367699)


    Ceramah Umum
    sempena Karnival P.Pinang Harmoni

    25 Feb 2011, 9.00 mlm
    Dewan Milineum Kepala batas

    (pertanyaan 0134145663)

    Ceramah Umum
    25 Feb 2011, 11.00mlm
    Sg. Ara, Bayan Baru

    (pertanyaan 0174787013)

    Ceramah Umum
    26 Feb 2011, Felda Jengka 19, Pahang

    Ceramah Umum
    27 Feb 2011,9.00mlm
    Dungun
    (pertanyaan 0199633325)

    Ceramah Umum
    28 Feb 2011,9.00mlm, Besut

    (pertanyaan 0145390588)

    1Mac : Kerdau

    2 - 3 Mac : Merlimau

    4 - 5 Mac : Kerdau

    Tuesday, February 22, 2011

    Ceramah che'GuBard Di Batu Pahat Malam Ini (22Feb)!!

    Ceramah Umum;

    Antara panel penceramah;
    che'GuBard & Ust Azlisham

    Tarikh/Masa: 22 Feb 9mlm

    Bertempat di Parit Yusuf, SRI MEDAN,
    Batu Pahat Johor

    (pertanyaan 0197292300)

    Sila hadirkan diri untuk perkembangan terbaru politik tanahair...
    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Lipas Dalam Nasi Goreng di Restoran Latif Ibrahim !!

     
    Terletak di Menara Annexe 1 bersebelahan Menara TM Jalan Pantai Baharu, nasi goreng 'lambak' di restoran penyanyi dan pelakon retro Latif Ibrahim disajikan dengan rencah tambahan berupa seekor lipas!
     
    Dilihat seperti bawang goreng yang hangus, rupa-rupanya seekor lipas dalam nasi goreng 'lambak' itu dijumpai oleh seorang staff dari sebuah syarikat yang menyewa di menara Annexe ketika sedang mengasingkan sayur dan bawang. Ia sangat menjijikkan dan dipercayai 'batch' nasi goreng lambak tersebut telah banyak terjual dikalangan pengunjung restoran.
     
    Sejurus selepas itu, pihak staff yang terlibat telah bertemu dengan pemilik restoran iaitu isteri kepada Latif Ibrahim dan pemilik mengakui restoran tersebut adalah bersih dan berjanji akan menanggung kos rawatan sekiranya berlaku keracunan makanan. Difahamkan juga oleh pemilik restoran bahawa ini bukan kes yang pertama kerana sebelum ini ada kes yang terdahulu.
     
    Ini mencerminkan sikap pemilik restoran yang tidak serik dan menganggap ini adalah perkara biasa apabila menyatakan mereka juga baru semalam menjumpai seekor lipas hidup dalam hidangan di restoran ternama johnny's.
     
    Isu lipas dalam nasi goreng ini akan dibawa ke pihak pengurusan Annexe sebagai peringatan penting bukan sahaja kepada Restoran Latif Ibrahim, tetapi mana-mana restoran yang terdapat di Menara Annexe. Bukan bertujuan untuk membuka pekung dan merosakkan perniagaan, tetapi ia adalah sebagai langkah tepat bagi membanteras kes-kes keracunan makanan.
     
    Kepada pengunjung tegar Restoran Latif Ibrahim di Annexe 1, dinasihatkan berhati-hati ketika menjamu selera.
     
     
    EDYES @ edyesdotcom
    uwek...

    Syed Husin Kata Tak Ada... Azmin Kata Tak Berasas... Fuziah Dedah Segalanya...

    "Setakat yang saya ketahui, tidak ada perbincangan mengenai laporan ini. Saya agak terkejut Free Malaysia Today (FMT) menyiarkan laporan yang tidak berasas ini," - Azmin Ali
     
     
    "Setakat yang saya tahu, tidak ada laporan mengenai KPI ahli parlimen PKR," - Syed Husin
     
     
    Pengesahan Fuziah Salleh;
     
    Sementara itu, naib presiden PKR, Fuziah Salleh mengesahkan bahawa beliau telah membangunkan sistem penilaian KPI untuk semua ahli parlimen PKR, dan diluluskan oleh MPP, ADUN dan ahli majlis tempatan bagi meningkatkan prestasi mereka, sewaktu beliau menjadi pengarah latihan parti itu pada 2009.

    Laporan penuh mkini di sini
     
     
    EDYES wrote:
     
    Timbalan Presiden kata tidak berasas, bekas Timbalan Presiden pula kata tidak ada laporan! Tetapi seorang Naib Presiden yang berani menempelak dengan mengesahkan memang wujud sistem penilaian KPI untuk semua ahli parlimen PKR.
     
    Kepada Ahli Parlimen yang lain, Yang Berhormat dan Yang Berkhidmat harus yakin bahawa samada wujud atau tidak penilaian prestasi KPI, ahli MP harus peka terhadap keperluan rakyat setempat dan juga menjaga displin kehadiran di Parlimen tanpa memikirkan sistem pemantauan yang sedia ada. 
     
    Adakah YB perlu tahu terlebih dahulu bahawa ada penilaian KPI, maka selepas itu baru bekerja keras untuk rakyat dan kehadiran penuh di Parlimen? Tolonglah jadi ahli parlimen yang hebat di mata rakyat, kerana kamu bukan YB UMNO !
     
     

    Monday, February 21, 2011

    Pemuda UMNO Kuala Langat Buta Ke?

    klik untuk besarkan gambar

    Allah kurniakan mata dan penglihatan, dipakejkan sekali dengan akal fikiran supaya kita boleh menilai mana yang baik, yang tak baik, yang betul dan yang salah.

    Kalau si pemuda kuala langat nie sanggup expose satu gambar yang membelakangkan kebenaran, malah membuat kenyataan bodoh lagi kebudak-budakkan... maka sia-sialah kurniaan yang dianugerah demi untuk jadi khalifah. Adalah lebih baik kuota kehidupan diri empunya badan itu diisi oleh roh yang lebih bermaruah dan bermanfaat kepada agama dan anak bangsa.

    Itu perumpamaan kasar yang jarang sekali saya ungkapkan kepada seseorang yang tergamak membelakangkan kebenaran sedangkan dia sepatutnya peka sebelum memaparkan sesuatu yang boleh menjurus kepada niat jahat. Harap si empunya facebook pemuda kuala langat (linknya di sini) sedar dan muhasabah diri kerana aku yakin kita manusia yang tak lari dari silap, asal jangan sengaja mengundang silap dan tidak mengakuinya.

    Gambar di bawah adalah bukti ianya jauh melebihi angka 3 ribu yang dicanang oleh pemuda kuala langat;


    Diharap janganlah ada orang-orang umno yang cuba memperdayakan diri sendiri! Kekuatan PAS tidak lagi boleh dibendung untuk dijadikan wadah kebangkitan Islam menggantikan umno yang semakin anti kepada gerakan Islam.

    Dalam keghairahan melihat kebangkitan anak muda bersama PAS, terdetik hari ini untuk bertanya - mampukah AMK menggerakkan serta mobilisasi angkatan 30ribu sepertimana yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS? 10ribu boleh??

    Perhebatkan dulu organisasi dan kekuatan untuk mobilisasi sebelum sibuk-sibuk menawar diri untuk bertanding di mana-mana kerusi waima di atas kapasiti ketua AMK atau MPN negeri sekalipun. Jangankan asyik dengan tweet sana dan tweet sini bertagkan ketua umum memohon AMK membanjiri mahkamah Jalan Duta, tetapi hanya sunyi dan sepi sahaja dapat dikumpulkan...


    EDYES @ edyesdotcom
    Sebuah peringatan mesra...

    Azmin Ali Kantoi KPI !!

    PKR deputy president Azmin Ali was among the seven party MPs allegedly classified as "non-performing elected representatives".

    According to a source, this was the findings of an external audit report prepared by a special committee on an internal Key Performance Index (KPI) early last year.

    The special committee was headed by supreme council member Nik Mahmood Nik Hassan.

    The source said that if the KPI ratings were implemented, Azmin, who is the Gombak MP, and the rest should be dropped as candidates in the coming general election.

    The other MPs on the list were Indera Mahkota's Azan Ismail, Telok Kemang's Kamarul Baharin Abbas, Kuala Langat's Abdullah Sani, Petaling Jaya Selatan's Hee Loy Sian, Balik Pulau's Yusmadi Yusoff and Kelana Jaya's Loh Gwo-Burne

     

    EDYES wrote:

    Macam-macam jawatan ko nak pegang, tapi sebenarnya kemampuan tu tak setinggi mana pun. MP Gombak kau nak untuk masuk Parlimen (dan untuk jadi menteri?), ADUN Bukit Antarabangsa pun kau nak jugak untuk jadi exco (atau jadi MB?). Pasal jadi Timbalan Presiden tu aku taknak sentuh lah... Hakikatnya, bila dah banyak sangat tanggungjawab, jadi tak terurus dan gagal dalam perkiraan KPI!!

    Sorang lagi tu pun sama jugak... Ketua AMK dia sapu, Ketua AMK Selangor pun dia jugak, MPN Melaka pun dia jugak, Calon Hulu Selangor pun dia nak, calon Merlimau pun dia mau... Tapi jangan sampai masa tengok KPI - Failed, Kantoi !!

    Kalau yer pun nak berkhidmat, cermin diri tu dulu ada kemampuan ke? Kalau nak kawin dua pun kena ikut kemampuan, inikan pula nak jaga dua kawasan yang punya puluhan ribu pengundi nak dijaga...

    Nie ada pulak dengar katanya, nak suruh rakyat atau ahli bawahan humban perkiraan KPI ini hanya kerana ahli MP tak tahu ada KPI yang memantau MP dan ADUN...

    Bhai, kalau macam tu ada baiknya korang lantik 'JPP' jaga KPI...

     

     

    "Aku nak jadi Menteri Kewangan, boleh beli bom, boleh beli kapal selam...

    Akhirnya Masturah Dijumpai Di

    KUALA LUMPUR, 21 Feb: Calon Pro-M Universiti Malaya, Masturah Abu Bakar yang dikatakan hilang ditemui selepas berapa siri kempen pilihan raya kampus di universiti itu.

    Harakahdaily difahamkan, pada pukul 10.40 malam tadi pihak Pro-M menerima maklumat Masturah dijumpai di Bangi.

    Berapa anggota Pro-M bergegas ke Bangi dan beliau dijemput oleh ahli keluarga dan dibawa balik ke rumahnya di Sungai Buluh.

    Mereka terus bergegas ke rumahnya dan mengesahkan perkara tersebut.
     
     
    EDYES wrote:
     
    Cuba tanya Masturah betul-betul, masihkah beliau menjadi pendokong Pro-Mahasiswa? Ataupun sudah melompat menjadi penyokong Pro-Aspirasi?
     
     

    Janganlah Terbakar ....

    Eksiden terbakar lagi... kali ini BLM pulak menjadi mangsa... Aku sekarang nie cukup takut bila dengar kes eksiden langgar terbakar... sebab aku pun dah jadi pengguna tegar RON95 sekarang nie... baca berita dari harian metro dan petikan yang menyayat hati adalah seperti di bawah;
     
    "Ketika itu suasana pilu kerana saya dengar sayup-sayup jeritan meminta pertolongan daripada tiga lagi remaja yang terperangkap di dalam Proton Saga yang terbakar," katanya.

    Sariza berkata, dia bertambah sebak apabila melihat tiga remaja yang tersepit di tempat duduk masing-masing meronta sambil melambaikan tangan meminta tolong supaya dikeluarkan daripada kereta yang terbakar.

    Gila... sejak harga RON97 melambung, aku dah mula isi minyak guna RON95... tak tertanggung untuk aku guna RON97 setelah perbezaan harga mencecah 50sen seliter. Ikut perkiraan, dah masuk rugi kalau guna RON97, kecuali tanpa mengira faktor keselamatan.
     
    Kalau diikutkan, faktor keselamatan harus diutamakan. Tapi orang-orang biasa macam kita nie terpaksa ketepikan faktor itu dengan mengambil kira faktor penjimatan menjadi utama. Walaupun terdedah kepada kemungkinan enjin akan lebih cepat bermasalah, walaupun RON95 menjadikan kereta anda kurang pickup ketika menaiki bukit, tapi faktor 'jimat 50sen per liter' itu tetap menjadi pegangan.
     
    Oleh demikian, aku doakan kepada semua pengguna RON95 agar jangan terbakar selepas berlaku perlanggaran... atau perlu aku doakan agar jangan berlanggar?
     
     
    EDYES @ edyesdotcom

    Sunday, February 20, 2011

    Ada Penindasan, Ada Perlawanan !

    Oleh: Hishamudin Rais
     
    Sebelum saya berkisah tentang Mesir lebih baik saya buka sedikit tentang sejarah politik yang lebih dekat dengan wilayah kita sendiri. Biar saya surahkan kepada anak anak muda yang masih amat muda ketika Presiden Marcos dari Filipina dan Presiden Soeharto dari Indonesia berada di puncak kuasa. Mereka berdua antara beberapa diktaktor ganas yang pernah muncul di arena politik Asia Tenggara.

    Di zaman Perang Dingin – perang idealogi sosialis lawan kapitalis - Amerika Syarikat memelihara berpuluh-puluh ekor diktaktor. Di Amerika Latin dan di Afrika bersepah-sepah kepala negara yang merampas kuasa dan menjadi ditaktor. Bagitu juga di Asia Tenggara – Vietnam, Laos, Burma , Thailand dan Korea Selatan. Semuanya di bawah junta tentera dan ditaktor.

    Di zaman inilah Marcos dan Soeharto wujud. Kedua-dua presiden ini adalah budak suruhan Amerika Syarikat yang amat setia. Mereka naik takha kerana Amerika memerlukan khidmat mereka. Amerika Syarikat memberi sokongan politik, sokongan ekonomi dan membekalkan senjata kepada para ditaktor ini. Sifat ditaktor ini sama sahaja ketika Perang Dingin: Mereka anti demokrasi, anti kebebasan yang bertopengkan anti komunis.

    Akhirnya Ferdinand Marcos telah dihumbankan oleh rakyat Filipina pada tahun 1986 setelah berkuasa selama 21 tahun. Manakala Haji Ahmad Soeharto dihumbankan oleh rakyat Indonesia pada tahun 1998 setelah menjadi presiden selama 30 tahun.

    Kedua-dua presiden ini telah dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah bukan melalui pilihan raya. Rakyat Filipina dan Indonesia telah memilih jalan raya untuk menghumbankan kedua-dua ditaktor ini. Ini fakta sejarah dan bukan berita dongeng yang direka-reka.

    Mari kita kembali kepada Hosni Mubarak Presiden Mesir yang ketika artikel ini ditulis sedang dikepong oleh rakyatnya. Dari segi pensejarahan Presiden Mubarak ini lebih mirip dengan Presiden Soeharto. Mereka memiliki latar belakang budaya politik yang sama. Dua-dua berlatarbelakangkan tentera. Jangan silap baca, politik moden Mesir sesudah perang dunia kedua bukan politik pro- Amerika. Mesir memiliki sejarah nasionalis Arab yang kukuh, sejarah menentang zionis Israel, dan dasar anti imperialis yang jelas. Ini sama seperti sejarah negara bangsa Indonesia.

    Mesir negara Arab yang terbesar dengan 86 juta penduduk. Manakala Indonesia adalah negara penganut Islam terbesar dengan 238 juta penduduk. Dari segi strategi politik, perniagaan dan militer, kedua-dua negara ini amat penting untuk kuasa imperial dan kaum pemodal.

    Kalau Indonesia moden dilahirkan bersama watak Presiden Sukarno, Mesir moden muncul bersama watak Presiden Nasser. Dua protoganis ini adalah nasionalis hebat yang mucul sesudah perang dunia kedua. Mereka telah mengemudi tanah air mereka untuk bebas dari pengaruh Amerika mahu pun Rusia.

    Diracik-racik kuasa kolonial

    Nasser lahir dari gerakan Free Officers Movement. Ini satu gerakan bawah tanah yang anti-British. Sebelum perang dunia kedua, Mesir sebagai saki-baki dari empayar Uthmaniah sedang diperintah oleh Raja Farouk. Mesir adalah tanah jajahan British. Sebagai pegawai tentera, Nasser telah melihat bagaimana bumi Arab diracik-racik oleh kuasa kolonial British dan Perancis. Nasser juga melihat bagaimana negara Arab tewas dan Israel dilahirkan di bumi Arab.

    Pada tahun 1952 Nasser dengan gerakan bawah tanah ini telah melakukan satu revolusi dan merampas kuasa. Raja Farouk telah diturunkan dari taktha dan dilayarkan ke Itali. Mesir kini merdeka dari British. Maka bermulalah dasar Pan Arabism atau nasionalisma Arab yang disebarkan oleh Nasser dari Mesir.

    Pengaruh Nasser bagitu kuat sekali. Semangat kesedaran bangsa Arab naik menjulang. Malah Mesir dan Syria pernah bersatu sebagai Republik Arab Bersatu pada tahun 1958 hingga tahun 1961. Inilah rancangan strategik Nasser untuk menentang pengaruh Zionis di bumi Arab. Ini kerana Naseer sedar bahawa Mesir ialah tembok dan kunci untuk bumi Arab melawan Israel.

    Pada tahun 1955, Nasser, Chao En Lai dan Soekarno telah mengadakan Konferensi Bandung. Konferensi Bandung inilah yang melahirkan blok Negara-Negara Berkecuali. Sekali lagi kuasa imperial Amerika merasa bahawa orang yang bernama Nasser dan kaum nasionalis dari Dunia Ketiga ini amat merbahayakan. Mesir di bawah Nasser dilihat amat merbahaya buat Isreal yang baru bertapak pada tahun 1948.

    Kuasa imperial British, Perancis dan Israel tidak senang tidur dengan Mesir di bawah pimpinan Nasser. Presiden Nasser telah mengambil dasar nasionalis Arab. Naseer telah memiliknegarakan Terusan Suez pada 26 Julai 1956. Kuasa kolonial Britain, Perancis dan Israel telah menyerang Mesir. Ketika ini muncul kuasa imperial baru yang mencelah masuk dan berusaha untuk menamatkan perang ini. Kuasa baru ini ialah kuasa imperial Amerika - satu kuasa yang terkuat sesudah selesai perang dunia kedua. Kuasa imperialis Amerika mencelah masuk seolah-olah menyebelahi Mesir kerana ingin mencari kawan dan sahabat di Timur Tengah.

    Pada awalnya, seperti Perjanjian Bandung, Presiden Nasser telah mengambil dasar berkecuali tetapi apabila projek empangan Aswan cuba digagalkan oleh British maka Presiden Nasser telah mula berbaik-baik dengan blok Soviet Rusia. Akhirnya Rusia telah menjadi rakan setia kepada Mesir. Rusia bukan sahaja telah membantu menyiapkan empangan Aswan, malah telah membekalkan senjata terkini dan tercanggih buatan Blok Soviet untuk tentera Mesir.

    Semua ini berlaku di zaman Perang Dingin. Pada ketika ini kuasa imperialis Amerika sedang ditentang oleh rakyat dunia ketiga. Di Indo-China Amerika sedang dipukul hebat oleh rakyat Vietnam. Rakyat Dunia Ketiga dengan sokongan politik dan persenjataan dari Russia telah berani bangun menentang Amerika. Di era inilah Soviet Union telah berjaya mendapat rakan yang paling berpengaruh di bumi Arab, iaitu Mesir.

    Di zaman ini tidak ada seorang pun pemimpin Arab yang berani membuat hubungan sulit dengan Israel. Malah banyak negara Arab ketika ini memiliki dasar luar yang tidak pro-Amerika atau berkecuali. Saudi yang dijelmakan sebagai raja oleh kuasa British pun tidak berani menunjukan sentimen pro-Israel itu. Ini kerana sesiapa sahaja pemimpin Arab yang dilihat bersubahat walau pun secara sulit dengan Israel pasti akan digugurkan oleh rakyat.

    Peranan Mossad, CIA

    Di zaman Nasser kuasa imperial Amerika terdesak. Kaum buruh di Mesir mula menyusun kasatuan sekerja. Kaum tani di Mesir telah berani menuntut hak tanah mereka. Kaum pelajar dan anak muda bebas berpersatuan. Nasser juga telah memulakan dasar ekonomi sosialis. Melihatkan semua ini berlaku maka kuasa imperial Amerika malalui CIA telah mula menjalankan jarumnya.

    CIA telah berjaya menanamkan bibit-bibit Islam yang anti-komunis dan anti golungan progresif. CIA telah memelihara dan mendukung parti Persaudaraan Muslim atau Ikhwan Muslimin. Parti ini pada awalnya bekerjasama dengan Nasser tetapi telah menjadi sebuah parti reaksioner yang anti kaum buruh dan anti gerakan nasionalis Arab.

    Dasar-dasar Nasser yang anti-Amerika selalu mendapat tentang dari parti Persaudaraan Muslim. Amat jelas di zaman ini parti Persaudaraan Muslim ini telah diperalatkan oleh CIA untuk menentang Nasser. Dokumen-dokumen yang baru ditemui telah membuktikan jelas hubungan CIA dengan parti Persaudaraan Muslim Mesir.

    Ketika ini musuh agung Mesir dan warga Arab ialah zionis Isreal. Amerika bersama Isreal terus merancang untuk menumpaskan pengaruh Nasser dari bumi Arab. Pelbagai rancangan licik dijalankan. Akhirnya perang meletus pada bulan Jun 1967. Israel terlebih dahulu secara mengejut telah menyerang Mesir. Kapal terbang tentera udara Mesir menjadi sasaran pertama Israel. Pertahanan udara Mesir lumpuh.

    Perang Enam Hari atau Perang Bulan Jun ini adalah kekalahan yang amat sangat untuk umat Arab. Bukit Gholan milik Syria dirampas Israel hingga ke hari ini. Tebing Barat bumi Palestin dirampas Israel hingga ke hari ini. Sinai, wilayah Mesir dirampas oleh Isreal.

    Kekalahan ini juga adalah pukulan yang maha hebat secara pribadi untuk Presiden Naseer. Ini adalah pukulan maut dari segi politik, diplomasi dan ketenteraan. Tiga tahun kemudian pada 28 September 1970 Nasser diserang penyakit jantung dan meninggal dunia. Maka sekali lagi politik Mesir berubah.

    Pengganti Nasser ialah Anwar Sadat. Anwar Sadat juga adalah dari kumpulan Free Officerrs Movement. Malah pernah dipenjarakan oleh British kerana gerakan anti-penjajah. Dari segi sejarah, Anwar Sadatlah yang bertanggung jawab menghebohkan berita di radio kepada rakyat Mesir ketika gerakan Free Officer Movement melakukan rampasan kuasa dan menurunkan Raja Farouk dari takhha.

    Sekali imbas, Anwar Sadat dengan sejarah politik yang baik adalah sosok yang unggul untuk menyambung dan meneruskan garis politik dan ekonomi nasionalis Presiden Naseer. Tetapi di zaman Perang Dingin, Mossad dan CIA, terus bergerak untuk memastikan negara Arab yang berpengaruh ini akan mandul.

    Nota: Ini merupakan siri pertama daripada dua bahagian. Bahagian seterusnya menceritakan tentang sejarah dan politik Mesir moden.

    Saturday, February 19, 2011

    Penulis dan Penceramah Kisah Altantuya Akan Berpidato di Parlimen Pekan Malam Ini (19Feb)!!

    Ceramah Umum
    bersama Ust. Ghani Shamsudin & che'GuBard
    19 Feb 2011,9.00 mlm
    Pekan, Pahang

    (pertanyaan 0139601411)
    Ceramah malam ini merupakan suatu ceramah yang simbolik buat che'GuBard. Selaku penulis dan penceramah kisah Altantuya, che'GuBard akan ke Pekan untuk satu ceramah umum. Pasti persoalan 'siapa arah altantuya dibunuh' akan berkumandang di Parlimen Pekan. 

    Pengundi Pekan diharap tidak melepaskan peluang untuk bertemu che'GuBard dan mendengar pidatonya yang biasa diakhiri dengan kisah altantuya. 

    Ayuh bersama che'GuBard di Pekan malam ini !!

    Friday, February 18, 2011

    Apa Peranan Pakatan Rakyat Dalam Membela Nasib Blogger di Mahkamah ? (Wajib Baca & Sebar!!)

    Salam hormat,
     
    Umpama durian dengan mentimun, golek macamana pun sang durian, elak macamana pun sang timun, pastilah hancur berkecai akhirnya mentimun itu tanpa sedikit pun merosakkan si durian. Itulah perumpamaan paling sesuai merujuk kepada perlawanan berat sebelah di antara Menteri penuh kerajaan BN dan blogger Pakatan Rakyat.
     
    Blog Sharpshooter bakal menjadi blog pertama yang disaman oleh seorang menteri. Hanya kerana menggunakan kaedah 'copy & paste' dan disiarkan dalam blog sharpshooter, Din Binjai menjadi sasaran seorang menteri di sebalik puluhan blog yang turut memaparkan banyak versi berita berkenaan isu menteri rogol amah.
     
    Anda semua bayangkan, seorang menteri yang gaji dan elaunnya mencecah belasan ribu akan memfailkan saman malu terhadap seorang blogger yang terdiri daripada orang kebanyakkan. Meletakkan syarikat guaman ternama seperti Shaffee & co sebagai peguam dalam kes ini menunjukkan betapa seriusnya Rais dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang blogger. Setuju atau tidak, sebenarnya itu adalah satu tindakkan bijak dari wakil kerajaan untuk melumpuhkan kekuatan blogger PR di mata kerajaan dan juga para pengamal politik. Lumpuhnya medan blog Pakatan Rakyat bermakna satu kejayaan besar buat kerajaan Barisan Nasional.
     
    Setakat waktu ini belum ada lagi peguam sivil yang menampilkan diri untuk membantu blogger kita Din Binjai yang bakal menghadapi zaman gelapnya kerana harga sebuah saman dari seorang menteri pastinya mencecah jutaan ringgit. Dengan bahana perbelanjaan guaman yang meningkat baru-baru ini, harga dokumentasi untuk guaman sivil juga menceritakan jumlah kos yang tidak mampu dibebani oleh Din Binjai atau mana-mana blogger. Adakah kita ingin melihat wakil blogger kita kalah tanpa bertanding? Din Binjai tidak akan dipenjarakan untuk sebuah saman sivil tetapi akan menjadi blogger pertama yang bakal muflis kerana terbabit dalam perjuangan di dunia blog.
     
    Bila menyebut dunia blog, siapakah di antara kita yang terbabit dalam dunia blog? Adakah penulis semata-mata? Adakah penyalin tampal artikel dari media lain semata-mata? Adakah pembaca tidak terbabit dalam perihal ini? Adakah penyokong Pakatan Rakyat yang menjadi pendesak utama terhadap kerajaan sedia ada tidak terbabit? Adakah pimpinan Pakatan Rakyat juga tidak dikira terbabit sedangkan selama ini peranan blogger telah diakui dan diiktiraf sebagai satu faktor kejayaan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu!
     
    Kekuatan blog yang selama ini menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan pemerintah bakal direntap semahunya. Blogger akan lebih berhati-hati apabila melihat Din Binjai menjadi muflis hanya kerana aksi 'copy & paste'. Inilah langkah pertama kerajaan untuk menyekat kemaraan blog-blog baru yang tidak kurang bisa sengatnya.
     
    Jika selama ini diketahui blogger-blogger aliran kerajaan banyak mendapat insentif dan elaun untuk menyerang dan mengfitnah segala elemen yang melibatkan Pakatan Rakyat, termasuklah kerajaan Penang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Tidak kurang juga fitnah yang dilempar kepada para pimpinan Pakatan Rakyat di mana Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Nizar dan Guan Eng juga tidak terkecuali. Mereka di haluan kerajaan dilihat mewah dengan habuan, tidak pernah menjadi permasalahan bagi blogger haluan PR dengan menganggap inilah peranan dalam perjuangan. Blogger PR mengambil tempat dan sedia untuk berperang di mana medan sekalipun tanpa mengharapkan balasan, apa lagi wang ringgit.
     
    Perlawanan akan bermula dalam sedikit masa. Kalaulah para bloggers dapat melihat betapa pentingnya perlawanan ini. Begitu juga para pimpinan Pakatan Rakyat, mereka harus melihat perlawanan 'menteri vs blogger' ini adalah penting juga untuk mereka. Pemimpin PAS, PKR dan DAP harus peka dan mengambil berat tentang apa yang bakal terjadi jika seorang blogger disaman dan lebih memburukkan keadaan ialah apabila kepimpinan Pakatan Rakyat dilihat membisu dan tidak menghulurkan bantuan ke atas para blogger yang dihenyak kerajaan melalui menterinya.
     
    Jangan jadikan persepsi buruk tercipta dan tersebar luas betapa kerajaan PR tidak bertanggungjawab dan hanya melepaskan tangan dalam isu sepenting saman ke atas blogger, setelah berjaya menguasai beberapa negeri. Harus jangan dilupa bahawa blogger memainkan peranan penting ditambah lagi dengan beberapa PRK termasuk pilihanraya negeri yang mendatang dan juga PRU yang semakin hampir.
     
    Bukan satu ugutan, tetapi ingin dijelaskan bahawa Pakatan Rakyat harus memainkan peranan. Sepertimana rakyat itu harus dibela, blogger juga harus dibela! Bukan wang ringgit yang dipinta, tetapi hulurkanlah segala bentuk bantuan kepada blogger yang diserang saman,, bukan hanya kepada Din Binjai tetapi mana-mana blogger yang bakal terlibat dalam persengketaan mahkamah demi kejayaan Pakatan Rakyat itu sendiri. Ini adalah berkenaan nasib Din Binjai dan pasti lebih ramai blogger lain bakal diheret ke mahkamah sekiranya Rais menang mudah dalam kes yang bakal berlangsung ini.
     
    Di samping itu juga, blogger lain dituntut memainkan peranan untuk perlawanan penting ini. Bak kata Pak Bakaq penarik beca yang pernah ditahan atas kesalahan yang melibatkan institusi kepolisian negara;
     
    Hari ni hari Din Binjai. Esok lusa mungkin hari kita. Din disaman oleh menteri Umno, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berikutan hebohnya perbuatan terkutuk tibai amah. Saya tak tahu sama ada betul atau tidak Rais dah tenggek amah dia. Tapi, Rais nampaknya sangat berang. Ramai yang sebarluaskan cerita itu. Tetapi Din yang jadi pilihan Rais memuaskan amarah berangnya.
     
    Percayalah bahawa kita tidak sekali-kali wajar menganggap perjuangan ini adalah perjuangan perseorangan. Kita blogger, pembaca blog, pimpinan, bawahan, facebooker, pengicau twitter dan sesiapa sahaja yang berhaluan Pakatan Rakyat adalah satu pasukan walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam sokongan, tetapi titik persamaan kita ialah menghumban Barisan Nasional dalam jasad kerajaan pusat lantas membuka lembaran baru melalui pemerintahan baru yang segar untuk rakyat, demi rakyat!
     
    Mempertahankan Din Binjai Sharpshooter seumpama mempertahankan medan blog kita. Sematkan istiqomah berani dalam menyertai perlawanan penting ini bagi mempertahankan medan kita bersuara, yakni medan rakyat mencangkir berita!!
     
    Suara rakyat suara keramat!! Bukan pengorbanan blogger itu sahaja wajar jadi penghargaan, malah jangan dilupa blogger itu juga terdiri daripada rakyat kebanyakkan! Bantulah blogger!!
     
     
    EDYES @ edyesdotcom
    bersatu kita bersatu...
     

    Ceramah Umum di K.Kuala Muda Malam Ini (18 Feb) bersama YB Salahuddin Ayub & che'GuBard

    Ceramah Umum
    bersama YB Salahuddin Ayub & che'GuBard

    18 Feb 2011,9.00 mlm

    Kota Kuala Muda, Kedah
    (pertanyaan 0174477781)

    Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin

    MANGSA TEMBAKAN KEMPEN FACEBOOK – harakah daily

    Satu laman peminat Facebook atas nama 'Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n dibuka dipercayai berkaitan kematian seorang lelaki dan anak saudaranya yang ditembak pegawai Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor semalam.

    Sehingga berita ini ditulis, laman Facebook yang meletakkan gambar kad pengenalan mangsa sebagai gambar profil itu kini mempunyai 1,329 pengikut.

    Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pengendali dan laman tersebut disertakan.

    Melihat kepada entri terawalnya yang dimasukkan pada jam 4.08 pagi tadi, laman itu dipercayai baru dibuat hari ini.

    Semalam, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, cedera parah selepas terkena dua tembakan di rusuk kanan yang dilepaskan pegawai UPP yang didakwa ingin mempertahankan diri.

    Nizamuddin ditembak selepas didakwa menyerang empat anggota UPP di perkarangan Hospital Tumpat ekoran salah faham berhubung punca kematian bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56.

    Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Sa'aid ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

    Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

    Menurutnya, melihat keadaan Sa'aid yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

    Bagaimanapun, khabar angin yang sampai ke pengetahuan ahli keluarganya termasuk Nizamuddin mengatakan Sa'aid meninggal dunia akibat dibelasah anggota UPP menyebabkan mereka bertindak menyerang penguat kuasa berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

    Ekoran tembakan itu, Nizamuddin dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

    Sementara itu, dipihak keluarga Allahyarham pula mempunyai versi berbeza berhubung kejadian tersebut.

    Menurut mereka, kematian mangsa akibat dipukul dengan teruk oleh empat anggota UPP terbabit.

    Penjelasan versi keluarga itu juga turut dimuatkan dalam entri Facebook tersebut.

    "Saksi (anak saudara mangsa) yang menyaksikan kejadian pukul hingga mati Allahyarham Sa'aid ditembak sebanyak 2 das tembakan.

    "Sebutir peluru mengenai bahagian dada kanan dan sebutir peluru lagi mengenai perut sebelah kiri mangsa. kejadian berlaku sejam selepas Allahyarham Sa'aid di pukul sehingga mati," entri dalam facebook itu dipetik.

    Anak sulung Allahyarham, Nik Suriani Sa'aid ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya semalam turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarganya.

    Lebih mengecewakan ekoran bapanya dituduh penyeludup beras terbesar di Malaysia itu seperti dilapor beberapa media.

    "Saya mahu keadilan diberikan kepada keluarga saya, bersihkan nama baik keluarga saya.

    "Buktikan bapa saya penyeludup beras terbesar Malaysia, sedangkan beras yang dibawanya tidak sampai pun RM700 nilainya," katanya.

    Kelmarin, kerajaan dan Polis Diraja Malaysia diminta menyiasat lebih terperinci berhubung kes kematian seorang peniaga beras, allahyarham Said Mat Hassan, 56, termasuk anak saudaranya yang cedera parah terkena tembakan, Ahmad Nizamudi'n, 19.

    Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata rakyat serta keluarga mangsa ingin mengetahui punca sebenar kejadian sehingga berlakunya kematian serta tembakan terhadap Riduan.

    Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika melakukan lawatan ke atas keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Daerah, Tumpat di sini malam tadi.

    Terdahulu beliau mengunjungi keluarga allahyarham di Kampung Bendang Pak Yong, dekat sini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga terbabit di atas apa yang berlaku.

    Husam seterusnya berharap kerajaan melakukan siasatan secara adil serta tidak melindungi mana-mana pesalah dalam kejadian itu.

    "Kita juga kesal bagaimana ianya boleh berlaku sehingga mengakibatkan kematian dengan kesalahan hanya menyeludup beras.

    "Seorang lagi mangsa ditembak dua das hanya kerana tindakan 'hilang sabar' akibat trauma berhubung kejadian yang menimpa keluarga mereka,"ujarnya.

    Menurut Husam perkara itu (seludup beras) memang salah disisi undang-undang, namun amat tidak wajar mereka dihukum sedemikian.

    Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi setelah mangsa keluar dari rumah untuk meneruskan kerja hariannya sejak sekian lama dengan berniaga beras.

    Bapa mentua mangsa, Shafie Che Tah, 69, ketika ditemui berkata bagaimanapun menantunya itu akhirnya ditangkap polis Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).

    "Dia dipukul hingga pengsan dan dipercayai meninggal dunia selepas itu. Anak saudara allahyarham (Riduan) pula mengamuk apabila melihat sekumpulan UPP datang ke hospital.

    "Saya diberitahu dia ditembak dua das dari pihak UPP dalam pergelutan itu,"ujarnya ketika ditemui.

    Riduan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu. - Harakahdaily
     
     
    KLIK SINI UNTUK KE LAMAN FACEBOOK TERSEBUT DAN BERIKAN SOKONGAN !!

    !!PECAH BERITA!! Saiful Mungkin Sodomi Dengan 10 lelaki - Dr Seah

    Fitnah II: Saiful mungkin sodomi dengan 10 lelaki - Dr Seah
     
    KUALA LUMPUR: Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila  digemparkan dengan pengakuan pakar DNA, Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong bahawa sample DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.
     
    "Terdapat kemungkinan DNA yang ditemui pada sample yang diperiksa datangnya daripada 10 orang lelaki," kata Dr Seah dalam keterangannya pagi tadi ketika menjawab soal balas daripada peguam Karpal Singh.
     
    Terdahulu, mahkamah semalam digemparkan dengan penemuan tiga DNA lelaki pada calitan yang diambil daripada tubuh Saiful, juga yang diakui oleh Dr Seah.
     
    Pasukan peguam Anwar juga berjaya dalam bantahan mereka menolak dokumen tambahan dalam laporan kimia pada awal perbicaraan semalam kerana perbezaan ketara dengan dokumen yang diterima pada awal perbicaraan.
     
    EDYES wrote:
     
    WAHHHHHHHHH INI SUDAH GANGBANG !!!!
     
    NAK MAMPOS!!! GUGURKAN KES SEGERA!!!! MEMALUKAN ISLAM!! MEMALUKAN MASJID WILAYAH!!! MEMALUKAN RAMLANG PORIGI!!!
     
     

    Thursday, February 17, 2011

    Chegubard Dibiayai Oleh Altantuya!!

    Kereta Chegubard kini tersadai di Kemunting Taiping setelah rosak di Bukit Merah semasa dalam perjalanan dari P.Pinang ke Bangi.

    Mujurlah Halim Keadilan Bukit Gantang sudi meminjam kereta kembaranya untuk meneruskan perjalanan ke Bangi.

    Hari ini Halim memberitahu bahawa kereta Chegubard tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa kena buat 'top overhaul' siaplah kena stanby sekitar seribu hingga 3 ribu.

    Inilah sebahagian dugaan dalam perjuangan..

    Ada yang pernah bertanya sharpshooter, Chegubard ni keje apa? Jawabnya mudah..Chegubard dibiayai oleh Altantuya, Rosmah dan Zahid Hamidi...

    Ya memang itulah sumber pendapatan Chegubard yang hanya menjual buku Misteri Pembunuhan Altantuya dan vcd isu Zahid Hamidi, Perempuan Puaka dan fatwa Yusoff Qardawi tentang fitnah kes liwat Anwar Ibrahim dengan harga RM15 (pakej 1 buku dan 3 vcd) pada setiap kali ceramahnya.

    Chegubard dalam twitternya petang tadi "Kereta smlm sangkut di Taiping, bengkel baru tel...perlu top 'overhaul' katanya.. Arghhh ribu2 bakal terbang... Dugaan.. Esok prog kedah.."

    Inilah sebahagian dugaan dan rintangan dalam perjuangan tetapi masih kecil jika nak dibanding dengan perjuangan pemuda Palestine...lawan tetap lawan..


    Din Binjai @ sharpshooter

    ReBlog oleh edyes


    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    !! PECAH BERITA !!Tompokkan Air Mani Pada Seluar Hitam Itu Adalah Milik Saiful Sendiri !!

    2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

    PERSOALAN : Apakah mangsa liwat itu juga TERPANCUT ??? (turut mengalami keseronokan diliwat?)
     
    Atau
     
    Adakah Saiful Bukhari yang begitu warak itu kaki melancap ??
     
     
    EDYES @ edyesdotcom

    Bila Mahkamah Jalan Duta Tiada Lagi Penyokong Anwar...

     
    Penyokong & Pendokong yg ramai tiap kali perbicaraan DSAI dah tiada..
    Mano poie?..

    BLOGGER ~ "yolah kitorang bukan ponting pun, kan suaro pendesak tu samo mcm pengkhianat parti.."

    AMK ~ "kitorang sibuk nak carik mano tompek buleh bertanding.. Lagipun kitorang kono agih2 an' limau, mano tau ADUN kawasan tu mati.. Buleh kitorang jadi calon sbb kitorang sibuk tengok rakyat"..

    YB ~ "Eh, kitorang lagi sibuk.. Kono jago kawasan.. Mano ado maso.. Ni dah dokek PRU ni.."

    KETUO2 CABANG ~ "Kitorang sibuk edar BUKU JINGGA"..

    AKTIVIS ~ "Eh, kitorang ni kan pengkhianat.. Lupo ko?"..

    ANAK ALI ~"Sey tongah sibuk atur kawasan yg budak2 sey buleh bertanding.. Kan PAS tongah meninjau2 kerusi kito.."

    MADEY ~ "Bagooss.. Bagoss... :)
     
     
    Oleh Norazizi SAMM

    Bila Anak Ali Berbicara Fasal Kerusi !

    Bila Anak Ali berbicara fasal Kerusi...
     
    Anak Ali sekali laie buek perangai.. " PAS sedang mengintai kerusi PKR".. tey..

    Salahudin Ayub ~ "Saya faham apa yg dirasakan oleh Azmin sebagai Timb. Presiden PKR yg baru.. Walau bagaimanapun kita ada premis yg betul untuk berbincang dan berunding.."

    Mustafa Ali ~ "Jgn cuba mengawal semua pemimpin tertinggi PR lepas menang jawatan Timb. Presiden PKR yg lepas. Isu sensitif bincang dlm mesyuarat tertinggi parti dan bukan secara terbuka melalui media. Tolong tutup mulut."

    Mahadey ~ sambil tersenyum.."bagos, bagos,..kita hampir berjaya...
     
     
    Oleh Norazizi SAMM

    ReBlog(RB) Perkembangan Kes Rais vs Sharpshooter !

    Kes Rais vs Sharpshooter

    Sharpshooter bersama Chegubard tiba di Mahkamah Tinggi jam 8.30 pagi.

    Kemudian dipanggil ke dalam Kamar Yang Arif Hakim Datin Zabariah Bt Mohd Yusof.

    Sepatutnya perbicaraan kes akan didengar pada 22 Feb 2011 tetapi setelah berbincang, Hakim akan menetapkan tarikh baru untuk mendengar perbicaraan kes tersebut.

    ReBlog By edyes

     

    Sepintas Lalu Perbicaraan kes Fitnah II

    Oleh Fadli KeadilanDaily
     
    KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II bersambung hari ini apabila peguam Anwar menyoal balas Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong. Mahkamah hari ini dijangka mendengar lebih banyak keterangan mengejutkan.

    Dalam perbicaraan yang bermula pukul 8.54 pagi, mahkamah didedahkan bahawa laporan kimia yang diberi kepada pasukan peguam Anwar berbeza dengan laporan yang  dikemuka di mahkamah.

    Ia berkaitan pembetulan label sampel bahan bukti yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dalam borang yang dikemukakan, bungkusan sampel diterima ditanda B12 tetapi hari ini Dr Seah menunjukkan borang  dengan sampel yang ditanda sebagai B11.

    Seah berkata pembetulan dilakukan di hadapannya tetapi Raam karpal bertanya kenapa pendakwa tidak ada salinan yang sama dengan pakar kimia.

    Ram Karpal berkata, mahkamah tidak boleh meneruskan perbicaraan itu kerana tidak termasuk ke rangkaian bukti. Pendakwa Raya Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata perkara itu tidak penting tetapi yang penting adalah kenyataan lisan dalam mahkamah.

    Semalam, mahkamah dikejutkan dengan laporan proforma yang ditulis doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menyatakan hanya 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral' pada ketika Saiful berjumpa doktor.

    Perkara itu didedahkan oleh Pakar Jagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan

    Mahkamah juga dikejutkan dengan keterangan Pakar Forensik HKL, Dr Siew Sheue Feng yang tidak mengisi borang proforma berkaitan pemeriksaan di dubur Saiful, rektum dan sejarah perubatan.

    Mahkamah semalam turut dikejutkan dengan kenyataan peguam Sankara Nair bahawa botol berisi sampel bahan bukti yang diambil dari tubuh Saiful mempunyai tanda-tanda telah diusik.

    berita lanjut menyusul..

    Wednesday, February 16, 2011

    Pertahankan Blog Kita Di Jalan Duta Esok!!

    Esok bersama Din Binjai a.k.a Sharpshooter di Mahkamah Tinggi kes saman Rais

    Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim telah bertindak mengambil tindakan u/undang bg menghalang Amizudin Ahmat pengendali Blog http://sharpshooter.blogspot.com utk menyiarkan tulisan mengaitkan beliau dgn kejadian atau tuduhan 'rogol amah' yg terkandung dlm satu laporan ngo migrant care.

    Esok (17feb) jam 9pg Amizudin Ahmat dan di iringi che'GuBard serta aktivis SAMM akan hadir ke Mahkamah Tinggi Malaya, K.Lumpur utk urusan fail balas afadavit.

    Dijemput teman media, pimpinan dan khususnya rakan2 bloggers utk hadir sama melakukan liputan dan memberikan sokongan..

    Pertanyaan +60164695343

    Meneliti artikel yg dimaksudkan ia sama sekali tidak terkandung fitnah malah cuba melaporkan maklumat yg ada.

    Proses tindakan saman sivil ini dilihat cubaan mengalih isu. Sepatutnya PDRM tampil dgn hasil siasatan bersihkan nama Rais. Malangnya selaku menteri beliau melakukan saman sivil dari meminta polis menyiasat dan umumkan hasil siasatan utk membersih nama.

    Tindakan ini juga dilihat satu ugutan kepada blogger progresif yang berani mutaakhir ini.

    Sekian

    che'GuBard
    Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Anak Sapa Lagi Lepas Nie??

    KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, Mokhzani Mahathir disenarai antara tiga Melayu terkaya di Malaysia, lapor majalah perniagaan, Malaysian Business.

    Mokhzani yang memiliki syarikat Kenchana Petroleum, menduduki  tangga ke 19 dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion. Selain beliau, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation menduduki tangga ke tujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

    Syed Mokhtar, pemilik Malakoff Segari, iaitu syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP)  yang mengaut subsidi dari kerajaan bernilai berbilion ringgit setahun, juga merupakan kroni  rapat Mahathir.

    Selain itu, Tan Sri Azman Hashim dari Kumpulan Arab Malaysian memiliki kekayaan berjumlah RM3.9 bilion meletakkan dirinya antara Melayu terkaya di Malaysia.

    Menurut majalah bertarikh 16 Febuari itu, jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus menjadikan harta terkumpul mereka pada 21 Januari lalu berjumlah RM206.27 bilion.

    Terus mendahului senarai adalah Tan Sri Robert Kuok dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala seorang lagi kroni Mahathir, Tan Sri Ananda Krishnan kekal di tangga ke dua dengan kekayaan berjumlah RM45.78 bilion. - keadilandaily


    EDYES wrote:

    La nie anak chedet, lepas nie anak sapa??

    Lepas nie anak najib, lepas tu anak sapa lagi??

    Lepas tu anak Hisyamuddin, habis tu anak sapa pulak lagi??

    Habis tu, anak mukhriz pulak lahhhhh

    Anak menantu paklah tak masuk ka??

    Hak nie kena tanya kak ros...

    Undilah BN lagi...
    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Rombakan Kabinet ??

    Difahamkan dari sumber yg boleh dipercayai, Najib Razak akan membuat satu rombakan kabinet. Tidak dapat dipastikan samada besar atau kecil rombakan tersebut.

    Ketika ini Najib sedang bersedia untuk satu sidang media.
    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Gilo, Mahkamah Takdo Api??

    KUALA LUMPUR: Bekalan elektrik terputus di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini pada Rabu, menyebabkan perjalanan beberapa kes terpaksa ditangguhkan.

    Antara kes yang ditangguhkan ialah perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihentikan pada pukul 11.30 pagi.

    Selain itu peguam Gobind singh Deo yang berhasrat memfailkan satu permohonan bagi pihak keluarga pembantu politik, Teoh beng Hock juga tidak dapat berbuat demikian.

    "Saya perlu memfailkan permohonan ini hari ini, tetapi diberitahu perlu menunggu sehingga bekalan elektrik kembali pulih," katanya


    EDYES wrote:

    Pelik!! Macam nak adjust sesuatu? Pendakwaan perlukan sedikit 'extra time'?

    Inilah Malaysia - Tanah Tumpahnya Darah ku... Rakyat Hidup........

    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

    Gugur Kes Anwar!!

    KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail perlu menggugurkan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana  pendakwa tidak mempunyai asas yang kukuh untuk meneruskan kes tersebut.

    "Adalah amat jelas pertuduhan ini tidak berasas. Saya menyeru Peguam Negara untuk campurtangan dengan segera dan menarik balik dakwaan ini untuk mengelakkan malu yang lebih besar kepada negara," kata Peguam Anwar, Karpal Singh.

    Menurut Karpal, berdasarkan laporan proforma yang diisi doktor Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan, pihak pendakwa gagal menunjukkan bukti yang Saiful diliwat.

    Ini kerana dalam laporan itu Saiful mendakwa hanya terdapat cubaan liwat sahaja menyebabkan keterangan itu bercanggah antara satu sama lain, kata Karpal.

    "Laporan proforma jelas menunjukkan aduan Saiful adalah percubaan liwat, percubaan oral seks. Dia tidak (pernah) menyatakan perkara ini dalam mahkamah.

    "Ia juga bertentangan dengan laporan pertamanya (laporan polis) yang menjadi asas kepada kes ini," kata Karpal.

    Justeru, Peguam Negara perlu masuk campur dan bertindak menghentikan pendakwaan kerana di Mahkamah Tinggi, hakim tidak diperuntukkan kuasa untuk menggugurkan pendakwaan.

    "Di mahkamah rendah seperti Mahkamah Sesyen dan Majistret, terdapat peruntukan di bawah Kanun Acara Jenayah, Seksyen 173 (g), mahkamah mempunyai kuasa apabila dakwaan didapati tidak berasas, mahkamah boleh melepaskan orang yang dituduh.

    "Walaupun begitu tiada peruntukan sedemikian di Mahkamah Tinggi. Oleh kerana itu, di sinilah pentingnya Peguam Negara campurtangan.

    "Sebagai pendakwaraya, adalah menjadi tugasnya tidak meneruskan dakwaan yang tidak berasas berdasarkan kes yang dibentang pendakwa. Saya harap Peguam Negara campur tangan. Beliau wajib (berbuat demikian)," kata Karpal.

    Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair berpendapat jika kes ini diteruskan, ia sebenarnya isyarat jelas bahawa tuduhan ini merupakan satu pendakwaan politik semata-mata.

    "Jika mereka meneruskan dakwaan, ia sudah menjadi penganiayaan politik, bukan lagi dakwaan berdasarkan bukti yang kita lihat hari ini," kata Sankara Nair. - KeadilanDaily
    Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone