Monday, February 28, 2011

Penafian Terlibat Dalam Perjumpaan Gelap !

Saya dengan ini menafikan sebarang pertemuan gelap yang melibatkan saya dan beberapa blogger 'frontline' penentang kerajaan walaupun blog edyes juga salah satu daripada blog tegar penentang kerajaan.
 
Aduka Taruna melalui blog rasminya menyatakan 'Skandal Gelap Blogger Biadap' dan juga blog IkutSukaAku menyatakan dalam blognya "Panasssss... Agenda Sulit Blogger" dengan attachment gambar di atas pasti akan menimbulkan sedikit kekeliruan dan adalah tidak ada kena mengena dengan diri saya. Kemungkinan gambar tersebut adalah hasil penggunaan teknik super impose yang memperincikan gaya, mutu dan keunggulan.
 
Bagi saya, pertemuan gelap sepertimana yang pernah berlaku di antara PAS dan UMNO suatu masa dahulu, diterangkan pula oleh Paklah Badawi, adalah sesuatu yang memalukan dan wajar dikenakan tindakkan berbentuk hukuman yang setimpal.
 
Walaubagaimanapun, difahamkan pertemuan gelap ini mempunyai satu agenda yang amat besar iaitu sebagai satu faundasi kepada lahirnya sebuah portal sehebat Malaysiakini dengan rangkaian gelap bersama para bloggers pro-kerajaan ataupun pro-pembangkang - Tidak kiralah siapa yang memerintah ketika portal ini dilancarkan!
 
Portal yang dirangka untuk menjadi setaraf atau lebih hebat dari Malaysiakini, adalah bebas dari mana-mana kerangka politik dan tidak mewakili mana-mana parti malah pemberitaannya adalah unik. Bakal menjadi kekuatan kepada seluruh kekuatan blogger seluruh Malaysia tanpa mengira apa warna blognya.
 
Sama-sama kita nantikan kemunculannya. Saya dengan ini terus menafikan terlibat dalam pertemuan ini... hehehe
 
 
EDYES @ edyesdotcom
COURT oF PUBLIC OPINION

3 comments:

Prof. Era Pasca said...

hahaha gua pun nafikan juga.... gua ngaku datang tapi tak bersetongkol langsung dengan sebarang perbinangan sebunyi2 ini...

ISA said...

pergh.. dah siap dengan bukti lagi mau menafikan... bukan ke pertemuan tu demi bangsa dan ugama.. kah..kah..kah...

mspicaso said...

lantak korang laa..