Monday, February 14, 2011

Kenapa Malaysia Tak Gezetkan 14 Febuari Sebagai Hari Cuti ?

Daripada aku kecik, sampai aku besar dan sampai hari nie aku masih tak faham kenapa 14 Febuari tidak dikira sebagai hari cuti. Padahal tiap-tiap tahun bila masuk je bulan Febuari, habis heboh satu Malaysia fasal hari berkasih sayang.

Ini disokong lagi oleh stesen-stesen TV arus perdana dan seperti TV3 dan rangkaian Astro seumpamanya, apabila masing-masing mengatur untuk menyiarkan filem-filem aksi percintaan dan juga yang filem genre komidi cinta sebagai sajian untuk penontot. Bukan menyajikan filem cinta sahaja, malah tema rangkaian juga bertukar menjadi merah-merah cinta dengan tertera ucapan - Selamat hari velentine atau selamat hari berkasih sayang. Ini berlaku setiap kali masuk bulan Febuari dan adalah menjadi kebiasaan, kemuncaknya ialah 14 Febuari.

Apakah stesen-stesen TV yang kita ketahui mempunyai audiens berugama Islam paling ramai sekali, telah menjadi agen kristian dengan mengajak dan memberi galakan kepada anak muda untuk sambut hari velentine? Stesen TV juga sesetengah stesen radio yang juga mempunyai majoriti pendengar muslim ada kalanya memberi perangsang kepada anak muda agar memperingati hari velentine sebagai hari berkasih sayang, lantas memberi kesan yang negetif apabila tiba 14 Febuari.

Ingin aku tanya kepada kementerian penerangan, bukankah pencegahan itu jauh lebih baik dari merawat? Jadi mengapa tidak mencegah malah menjadi tunggul apabila membiarkan medium berpengaruh mengagungkan hari velentine. Mengapa tidak kerajaan Malaysia takrifkan saja 14 Febuari itu sebagai hari cuti supaya senang anak muda kita berpeleseran berpeluk dan beramas mesra, lebih-lebih dikhalayak ramai, lebih kurang di sebalik semak dan tidak kurang di hotel bajet.

Apa salahnya kalau stesen TV mengambil inisiatif untuk mengatakan tidak kepada hari velentine - dengan cara tidak mempedulikkan dan tidak mempromosi bulan Febuari sebagai bulan kasih sayang. Taburkan unsur bagaimana berkasih sayang menurut ajaran Islam sebagai panduan kepada orang Islam yang menonton siaran TV tersebut.

Justeru, sama-sama kita cegah kemungkaran kerana sesungguhnya mencegah itu jauh lebih dipermudah daripada merawat sesuatu penyakit.


EDYES @ edyesdotcom

No comments: