KUALA LUMPUR, 2 Feb — Mahkamah Tinggi membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.
Hakim Zabariah Mohd Yusof hari ini membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.
Hakim menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada 22 Februari.
Dalam permohonannya, Rais berkata perkataan-perkataan yang digunakan dalam artikel blog itu menunjukkan beliau merogol pembantu rumah dan seolah-olah beliau boleh membunuhnya.
Awal bulan lalu, laporan portal berita detik.com menyebut pembantu rumah berkenaan menafikan dakwaan tersebut. - petikan dari BERNAMA
EDYES wrote:
Blog edyesdotcom akan bersama blog sharpshooter yang menjadi blog pertama yang dihalang bersuara di alam siber. Ini mendekatkan lagi ura-ura kerajaan Malaysia untuk menggubal undang-undang baru akta multimedia yang mengawal aktiviti blogger dan laman sosial lain.
Blog sharpshooter yang dikendalikan oleh Din Binjai telah dihalang untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tuduhan rogol terhadap Rais Yatim. Namun Din Binjai sharpshooter tidak gentar dengan asakan Rais Yatim yang mendapatkan injuksi mahkamah dengan sebuah kenyataan dari blognya di sini;
Anda boleh baca artikal yang dimaksudkan oleh Rais Yatim itu di sini. Sharpshooter pernah menjadi wali hukum yang mewakili negeri Perak, P.Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan, berurusan dengan konsulat Republik Indonesia, yang kerja saya menguruskan kes-kes yang melibatkan pekerja Indonesia di Malaysia. Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. Sekali melangkah pantang undur. - Sharpshooter
Bukankah sepatutnya Rais Yatim menyaman Migrant Care yang telah menyebut namanya dalam satu laporan rasmi? Atau sekurang-kurangnya meminta injuksi mahkamah untuk menghalang wikileaks dari memaparkan cerita mengenai 'Menteri Rogol Amah'!
Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru rakan bloggers yang lain memberi sokongan penuh kepada Din Binjai atau nama penuhnya Amizudin Ahmat bagi menghadapi perjalanan menempuh mahkamah bermula 22 Februari ini. Din Binjai juga merupakan sahabat rapat yang saya anggap umpama seorang abang.
Ayuh bangkitlah bloggers berani hidup dan berani mati, untuk bersama mempertahankan hak bersuara kita di medan maklumat alternatif yang sentiasa menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan pemerintah.
EDYES @ edyesdotcom
2 comments:
Jazakallah..lawan ttp lawan..
saya bukan blogger. harap boleh bersama membantu demi negara tercinta.
Post a Comment