Thursday, September 25, 2008

Minyak Sepatutnya Turun 24sen !

Kejujuran Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi dipertikai.

Sudahlah menurunkan minyak umpama melepas batuk di tangga, malah lebih teruk lagi apabila kerajaan BN sebenarnya telah menipu rakyat jelata kononya maksimum penurunan adalah sepuluh sen.

Apakah dalam masa seminggu ini kajian teliti benar-benar telah dibuat oleh pihak kerajaan? atau sekadar menggula-gulakan rakyat dengan penipuan?

Sejak penurunan 15 sen pada bulan lepas, harga minyak global juga telah turun dengan mendadak dan berlegar di sekitar USD91 - USD106 setong. Oleh demikian, sepatutnya kerajaan mengkaji harga minyak yang secara purata dan ditambah dengan pemberian subsidi.

Untuk lebih lanjut, sila lihat perkiraan renaissancedotmy . atau di blog rakan al-banjari online untuk bahasa yang lebih mudah.

Wednesday, September 24, 2008

Minyak Dijangka Turun Seposen ?

Harga minyak dijangka akan diturunkan lagi sebanyak 10 sen kepada RM2.45 seliter selepas pengurangan 15 sen bulan lalu.

Kerajaan dijangka akan mengumumkan secara rasmi petang ini, lapor laman web akhbar New Straits Times.


edyes wrote:

Kasihan sungguh rakyat Malaysia, dihina dengan penurunan harga minyak sebanyak sepuluh sen. Apakah rakyat ini mudah sungguh dipermainkan?

Mentang-mentanglah mentaliti sekarang dah beralih arah, mentang-mentanglah 16 September tak menjadi setakat ini, apalah nasib rakyat negara ini, dipermainkan sedemikian rupa.

Anwar Ibrahim, mana janji mu ? Aku masih menagih janji mu. Di samping itu juga, aku memahami situasi halangan ini. Aku memahami laluan getir yang KITA hadapi. Susah sama susah, mudah sama mudah. Teruskan perjuangan, kami masih menanti. - edyes

Integrasi Antara Kaum Berlaku di P.Pinang


Walaupun dapat dilihat sebelum ini ada percubaan untuk mengucar-kacirkan hubungan antara kaum, yang juga dimulakan dari Pulau Pinang, namun perpaduan antara kaum di pulau mutiara
lebih utuh dari apa yang disangka.

Ini membuktikan perpaduan itu boleh dipupuk dengan begitu baik walaupun politik perkauman menjadi pilihan sesebuah parti. Rakyat Malaysia sudah matang, kita sedar hanya politik perkauman sahaja yang boleh menggadai negara.

Jadi, sama-sama kita tolak politik perkauman. Melayu, Cina dan India boleh hidup lebih aman tanpa BN. Hidup Rakyat !

Artikel di bawah di ambil dari hanief.blogspot - credit to hanief

SEBERANG PERAI (Sept 22, 2008) : Chief Minister Lim Guan Eng was moved to tears today when he tried to console the victims of a predawn fire in Mak Mandin here, which claimed two lives and left 14 families homeless. - Source


Indian, Chinese and Malay. We are proud to be Malaysians. More here.

Tuesday, September 23, 2008

Saya Cabar Paklah Runtuhkan Kredibiliti Anwar !

Siapakah pemimpin yang akan membuat ucapan pada malam raya dikaca tv secara langsung? Adakah masih Paklah atau Anwar ?

Bagaimanapun Anwar tidak menolak kemungkinan untuk pergi terus ke Istana. Oleh kerana Abdullah telah MENOLAK cadangan agar diadakan sidang khas parlimen, Anwar kini mempunyai sebab untuk memohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong. - Prof Abdul Aziz Bari

Saya mengambil potongan ayat di atas untuk menyedapkan hati saya dan hati para penyokong pembentukkan kerajaan baru iaitu Kerajaan Rakyat. Kerajaan untuk rakyat. Kerajaan yang merakyatkan ekonomi. Kerajaan yang mempunyai hala tuju berlandaskan islamiah. Kerajaan yang berkebajikan tinggi dan mementingkan nasib rakyat kebanyakkan.

Mungkin saya banyak berangan, tapi tak salah jika saya punya impian. Demi Agama, bangsa dan demi sebuah negara yang lebih baik, saya menaruh harapan terhadap gugusan kerajaan baru pimpinan pejuang rakyat.

Terus terang saya mempersoalkan, mengapa Paklah tidak berani memanggil sidang parlimen tergempar panggilan ketua pembangkang. Mengapa? Jika Paklah rasa Anwar Ibrahim itu pembelit, sekiranya Paklah yakin bahawa Anwar langsung tidak mempunyai perwakilan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan baru, mengapa tidak menggunakan peluang keemasan ini untuk meruntuhkan kredibiliti Anwar di parlimen?

Andainya Paklah menerima sidang parlimen tersebut dan apabila tiba masanya pihak Anwar pula yang tidak berjaya membuktikan sokongan terhadap pembentukkan kerajaan baru, maka Anwar akan dapat satu pukulan TKO manakala Paklah akan mendapat talian hayat yang baru.

TETAPI mengapa Paklah tidak berani? Katanya "Paklah pantang dicabar!". Saya sendiri ingin melihat samada Anwar di pihak yang benar atau tidak. Buat masa ini saya masih menaruh kepercayaan kepada Anwar dan saya juga MEMBERI kepercayaan kepada beliau untuk meneraju negara dengan penuh dedikasi. Saya cabar Paklah runtuhkan kredibiliti Anwar di sidang parlimen tersebut.

Saudara semua harus ambil pendekatan bersabar sepertimana Anwar Ibrahim berusaha untuk mengambil-alih kerajaan dengan cara yang paling teratur dan selamat. Pertama meminta perjumpaan dengan Paklah tetapi ditolak mentah-mentah. Kedua meminta sidang parlimen segera diadakan tetapi masih juga paklah menolak walaupun ada peruntukkan perlembagaan untuk berbuat demikian. Akhir sekali ke-tiga, jalan yang tinggal hanyalah memohon perkenan Agong di Istana Negara bersama sokongan ahli parlimen yang mencukupi.

Dengarnya, Agong pula dah dibawa lari ke Mekah. Satu lagi halangan untuk Anwar bersama pakatannya membentuk Malaysia Baru dan satu lagi halangan kepada rakyat untuk menikmati pemerintahan yang baru.

Apapun, saya amat berharap kepada semua penyokong agar meningkatkan kesabaran bersempena dengan Syawal yang mengunjung tiba ini. Kita tetap menang dalam pelbagai aspek. Jadi tidak ada apa yang harus dihiraukan sekiranya ditakdirkan kerajaan bertukar HANYA pada malam pengiraan undi PRU ke 13.

Salam Reformasi

EDYES

Monday, September 22, 2008

Parlimen Atau Agong ? Pilih lah Paklah

Artikel untuk dihayati. Baik untuk penimba ilmu politik.



Oleh: Professor Abdul Aziz Bari

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah menolak cadangan Dato Seri Anwar agar diadakan satu persidangan khas parlimen untuk membahaskan perkembangan mutakhir politik negara. Ini menunjukkan betapa sukarnya untuk memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan usul undi tidak percaya walaupun cara ini adalah demokratik dan berperlembagaan. Budaya politik dan perundangan negara kita menyebabkan ia sukar berlaku.

Sistem politik negara kita adalah berteraskan sistem Westminster yang mana fungsi ketua negara terpisah daripada fungsi ketua kerajaan. Walaupun Yang Di-Pertuan Agong lebih banyak memainkan peranan simbolik, Baginda sebenarnya berkuasa untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam situasi yang perlu.

Yang Dipertuan Agong dan politik

Para penasihat Anwar mungkin agak gusar jika beliau terus pergi mengadap Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan untuk membentuk kerajaan baru. Mereka mungkin tidak mahu Yang Di-Pertuan Agong terlibat secara langsung dalam politik.

Para penasihat ini seolah-olah bimbang dan tidak menghiraukan peranan penting Yang Di-Pertuan Agong dalam menjaga negara – satu perkara biasa dalam sistem Westminster yang kita amalkan. Dan ini tidak terhad kepada negara-negara yang mempunyai Raja (sistem monarki) sahaja. Negara republik seperti India turut membolehkan ketua negaranya memainkan peranan dalam situasi luar biasa, walaupun biasanya ketua negara tersebut hanya memainkan peranan simbolik sahaja. Peranan sebegini sebenarnya pernah diutarakan oleh Laporan Suruhanjaya Reid. Tetapi, oleh kerana ini merupakan kali pertama kita menghadapi situasi sebegini, kebimbangan mereka boleh difahami.

Bagaimanapun Anwar tidak menolak kemungkinan untuk pergi terus ke Istana. Oleh kerana Abdullah telah MENOLAK cadangan agar diadakan sidang khas parlimen, Anwar kini mempunyai sebab untuk memohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong.

Sistem perundangan kita tidak menyebut dengan jelas sama ada pertukaran kerajaan hanya boleh dibuat melalui parlimen. Artikel 43(4) dalam Perlembagaan memungkinkan pertukaran dibuat dengan cara majoriti ahli parlimen memaklumkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bahawa mereka telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan sedia ada. Ini akan mewajibkan Perdana Menteri meletak jawatan. Yang Di-Pertuan Agong kemudiannya boleh melantik seorang ahli parlimen yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri baru.

Hujah salah

Pertukaran kerajaan melalui undi tidak percaya merupakan perkara yang pernah berlaku di negara-negara Komanwel lain. Tetapi ia amat sukar dilakukan di Malaysia kerana UMNO menyekat sebarang usaha membentangkan usul undi tidak percaya.

Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia mengatakan bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan sama ada mahu memanggil sidang khas parlimen atau tidak. Rasanya Perlembagaan kita tidak bermaksud untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri membuat kata putus dalam hal ini. Perdana Menteri merupakan ketua Eksekutif dan jika beliau mempunyai kuasa mutlak, maka ini seolah-olah meletakkan Legislatif di bawah Eksekutif. Pasti ini bertentangan dengan konsep pemisahan kuasa yang dituntut oleh sistem politik negara kita. Selain itu, sukar dibayangkan sesebuah kerajaan akan bersetuju untuk memanggil sidang khas parlimen jika terdapat hal-hal yang mengancam penerusan hayat kerajaan tersebut. Hujah bahawa Perdana Menteri sahaja berkuasa memanggil parlimen adalah lemah.

Speaker Pandikar Amin Mulia ada juga memetik peraturan parlimen (Standing Orders) dalam membuat keputusan beliau. Tetapi peraturan parlimen dibentuk berasaskan peruntukan Perlembagaan Artikel 62(1). Peraturan ini statusnya lebih rendah daripada Perlembagaan. Apabila Speaker menggunakan hujah peraturan parlimen, beliau seolah-oleh mengatakan bahawa peraturan tersebut lebih tinggi daripada Perlembagaan. Ini tidak betul.

Yang Di-Pertuan Agong berhak untuk memanggil persidangan parlimen tergempar. Tidak mungkin apabila Baginda mempunyai kuasa memprorog dan membubarkan parlimen seperti termaktub dalam Artikel 55 Perlembagaan, Baginda tidak pula berhak memanggil parlimen bersidang. Artikel 40(2) pula merupakan satu artikel umum dan situasi sekarang lebih kelihatan sebagai satu pengecualian.

Yang Di-Pertuan Agong memang mempunyai peranan dalam situasi sekarang. Ini bukan luar biasa kerana sistem yang kita amalkan kadang kala memang memerlukan tindakan-tindakan tertentu untuk membolehkan ia berfungsi dengan baik. Yang Di-Pertuan Agong perlu memainkan peranan untuk memastikan Perlembagaan boleh terus terlaksana.

Yang pastinya, ini bukanlah penamat bagi Abdullah. Sekiranya Anwar berjaya membentuk kerajaan, Abdullah juga boleh mencabar Anwar dengan cara yang sama. Inilah sebabnya kenapa Abdullah perlu membenarkan sistem Westminster yang kita amalkan berfungsi seperti sewajarnya.

Anwar IbrahimAnwar telah berjanji akan menghormati Perlembagaan. Maka mungkin langkah pertama yang perlu beliau usulkan ialah membolehkan Speaker dilantik melalui pengundian bebas. Parlimen kita akan menghampiri status parlimen kelas pertama jika Speaker yang dipilih ialah dari kalangan parti pembangkang.

Kuasa Agong atau kuasa parlimen?

Kembali kepada dua cara penukaran kerajaan tadi, iaitu sama ada melalui undi tidak percaya di parlimen atau melalui kuasa Yang Di-Pertuan Agong, saya rasa kedua-duanya dibenarkan oleh kerangka Artikel 43(4) Perlembagaan kita.

Cara pertama iaitu pengundian di parlimen memanglah cara yang paling ideal dan lebih demokratik. Cara ini telah berlaku jika kita teliti kes Datuk Stephen Kalong Ningkan, bekas Ketua Menteri Sarawak, pada tahun 1966. Tetapi ini hanya boleh berlaku dalam satu sistem politik yang terbuka dan demokratik. Bolehkah ia berlaku dalam situasi Malaysia sekarang? Kita boleh melihat dengan jelas betapa kerajaan Barisan Nasional berusaha sedaya upaya menghalang usul undi tidak percaya dibahaskan di Parlimen termasuklah dengan mengancam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Cara kedua, iaitu melalui tindakan Yang Di-Pertuan Agong, terhasil daripada pembacaan literal Artikel 43(4) bersama dengan Artikel 40(2)(a). Cara ini yang lebih cepat daripada cara pertama tadi. Dan, oleh kerana terdapat unsur-unsur tidak demokratik dalam menghalang tercapainya cara pertama, maka mungkin cara kedua ini lebih praktikal. Ia juga boleh menghalang kerajaan daripada terus menerus menyekat perubahan. Tetapi cara ini amat bergantung kepada kemahuan Yang Di-Pertuan Agong untuk memainkan peranan yang lebih proaktif.

Mungkin wajar disebut di sini bahawa terdapat negara-negara demokrasi yang stabil di Eropah yang turut mengamalkan sistem monarki seperti kita. Di luar Eropah pula, telah terdapat Raja yang secara aktif membantu lahirnya demokrasi di negara mereka. Inilah yang berlaku di Sepanyol, Thailand dan juga sedikit sebanyak di Jordan. Adakah Raja-Raja kita juga mahu turut sama seperti Raja-Raja di negara-negara itu?

****
Prof Abdul Aziz BariProfessor Abdul Aziz Bari ialah Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa. Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal berbahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Malaysiakini (19 September 2008)

Sunday, September 21, 2008

Masuk Lokap atau Penjara Dapat Makan 'Chiken Chop'?


Sekali lagi kontrovesi timbul dek mulut teresa kok yang agak berbau itu. Reaksi dingin dari kebanyakkan blogger yang begitu terasa (bukan teresa) dengan kenyataan pedih yang dikeluarkan oleh YB Seputeh mengenai pengalaman beliau di tahan.

Isu besarnya di sini ialah apabila YB Teresa mengatakan makanan yang disediakan oleh pihak polis terhadapnya adalah berupa makanan anjing sedangkan makanan tersebut terdiri daripada nasi, telur rebus, kuah dan beberapa potong timun. 

Terus terang saya katakan bahawa makanan yang disebut YB Teresa ini adalah makanan kebanyakkan orang melayu. Saya sendiri bersahur dengan nasi, telur, kuah masa buka (sebab lauknya sudah habis). Sudah pasti ramai dikalangan kita yang akan terguris. Saya sendiri pun terguris dalam aspek ini.

Mungkin selepas ini pihak penjara boleh menyediakan menu untuk para pesalah memilih makanan yang mereka mahu setiap hari. Pagi boleh makan nasi lemak atau cornflake. Untuk makan tengahari, pesalah boleh memilih samada nasi ayam atau rice with fishball (no pork haa). Manakala seterusnya untuk makan malam, si pesalah boleh makan boofet ataupun chinese course (9 course serving).

Kesimpulanya, adakah penjenayah-penjenayah yang mencuri, pecah rumah, pukul orang, meragut, peras ugut, jenayah kolar putih, jenayah kolar biru, rogol, liwat dan memandu dalam keadaan mabuk LAYAK untuk mendapat menu seperti di atas? Sudah la mencuri, dapat makan 'chiken chop' free lagi. Kalau macam tu, ramai la yang pakat pecah rumah malam ni.

Sudah menjadi satu lumrah, mereka yang dipenjara harus diberi layanan kelas ke-tiga kerana mereka adalah penjenayah yang tidak berfikir panjang-panjang sebelum membuat kesalahan. Mereka juga ada yang tidak punya hati perut dengan merompak harta titik peluh orang lain. Jadi mereka memang layak mendapat makanan seperti nasik, telur rebus, kuah dan timun. 

Saudara semua kena faham, apa yang saya perkatakan di atas adalah bagi mereka yang telah dibicarakan dan didapati bersalah. Dalam konteks Yang Berhormat Teresa kok, beliau belum lagi dibicarakan dan belum dijatuhkan hukum bersalah, tidak patut diberi layanan seperti yang beliau perkatakan, malah beliau tak patut ditangkap pun. 

Saya bukan backup YB Teresa tanpa asas. Saya pun bukan suka sangat tindakkan beliau. Tetapi kita harus menilai sesuatu isu secara menyeluruh dan terarah kepada konteks yang dibicarakan tanpa mencampur-aduk soal lain. Memang Teresa banyak bikin kontrevesi, tapi itu perkara lain.

Perkara pokok di sini ialah, kita menentang habis-habisan undang-undang ISA. Kita menentang undang-undang penahanan tanpa bicara. YB Teresa ditahan tanpa bicara, sudah tentu beliau komplen. Orang lain kena tahan ISA pun menyuarakan pendapat yang sama iaitu ISA - KEJAM! Saya jamin, apabila mereka yang ditahan di ISA bebas, mereka akan kata perkara yang sama dan salah satu daripadanya ialah 'makanan anjing lagi elok'.

Kalau saya tak silap, Abg Mat Sabu pun pernah cakap pasal makanan yang disedia masa beliau di ISA dulu. Ayatnya lebih kurang dengan ayat YB Teresa jugak, tapi kenapa kengkawan kita tak melenting?

Keadaan dah semakin runcing di pihak kita. Jangan kita tambahkan lagi celaru yang tidak wajar dicelarukan. Kita harus bersatu menentang ISA dan menentang kerajaan yang zalim. Kita nak pastikan wadah Pakatan Rakyat membawa seribu kebaikkan kepada rakyat dan negara. Sama-samalah kita bergerak dengan lebih rasional dan bersatu menentang musuh.

Kerajaan BN dan UMNO buat masa ini cuba sedaya upaya menterbalikkan sokongan rakyat dengan pelbagai helah dan tipudaya. Umpan juga banyak untuk mereka yang telah mula bosan dengan perkembangan Anwar, itu tidak dinafikan.

Minggu depan adalah minggu yang terakhir sebelum DSAI dihumban ke lokap. Ayuh, nyalaan cahaya reformasi masih kelihatan, suara keramat reformasi masih berkumandang, arus deras perubahan masih lagi bergerak turus, angin kebangkitan rakyat masih bertiup kencang. Semangat perjuangan reformasi tidak akan pudar selagi kerajaan yang menindas masih berkuasa.

Kita berjuang untuk negara, kita berjuang untuk menuntut kemerdekaan sebenar. Kita layak untuk mendapat layanan yang jauh lebih baik sebagai sebuah negara yang hebat. Kita layak memiliki Malaysia yang jauh lebih baik! 


RE-FOR-MA-SI !


Friday, September 19, 2008

Teresa Kok Bebas

Abg Isham memaklumkan bahawa Teresa Kok telah dibebaskan. Maklumat ini juga disahkan dalam Malaysiakini.

Sekarang tinggal RPK dan Shieh Kickdefella dan 63 orang yang masih ditahan tanpa bicara ISA. Ada yang ditahan sejak tahun 2001 lagi. Apakah nasib mereka-mereka ini.

Saya sependapat dengan Abg Bakaq kita, kalau babi sekalipun masuk ISA, kita tak setuju. RPK dan Sheih tu orang !

Surat Pakatan Rakyat Kepada Paklah

(Klik untuk lebih besar)


Sila refer klip-klip di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut kerana SEMUA jawapan terhadap tingkah laku paklah ada di sidang tersebut;

Sidang Media Anwar Ibrahim 18 Sept 2.30pm Bhg 1

Sidang Media Anwar Ibrahim 18 Sept 2.30pm Bhg 2

Sidang Media Anwar Ibrahim 18 Sept 2.30pm Bhg 3



Thursday, September 18, 2008

Klimex ! Saya YAKIN Kerajaan Akan Bertukar

Artikel di bawah adalah analisis dari artikel sebelumnya iaitu sidang akhbar Anwar Ibrahim 18 September

edyes wrote on 18Sept DSAI press confrence:


Saya percaya masa yang terdekat ini adalah detik-detik terakhir sebelum kerajaan berpindah tangan. Saya percaya Anwar dan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk membimbing negara yang kian kucar kacir ke arah negara yang lebih hebat lagi aman lagi damai.

Dengan perkembangan yang baik dalam sidang media semalam, saya yakin para penyokong pakatan akan lega dan pastinya menaruh seribu harapan demi negara yang tercinta dan demi masa depan yang lebih baik untuk semua.

Logik. Kata-kata Anwar adalah berasas sama sekali. Mungkin saya terlebih berharap, tetapi biarlah saya tertiarap dengan harapan yang menggunung ini kerana kita tiada pilihan lain. Pilihan yang kita ada ialah LAWAN TETAP LAWAN !

DSAI telah beberapa kali menegaskan, jika paklah tidak percaya dengan isu ahli parlimen kerajaan yang berpaling tadah, sila usulkan sidang tergempar parlimen. Jika paklah berani berbuat demikian, maka keberanian itu akan dikenang selamanya kerana DSAI telah mempertaruhkan segala kredibilitinya pada sidang tersebut.

Sekiranya Anwar gagal pada sidang parlimen tergempar panggilanya sendiri, sudah pasti ini juga akan dikenang oleh kawan dan lawan, akan diingati sampai bila-bila. Anwar bukan saja mempertaruhkan kredibilitinya malah mempertaruhkan karier politiknya.

Oleh demikian, paklah seharusnya berani menerima cabaran terakhir ini. Karier politik Anwar berada di hujung tanduk bersama sidang parlimen yang diusulkan.

Mengikut kata-kata paklah sendiri kononnya kerajaan BN kian kukuh, sepatutnya sebagai sebuah kerajaan yang KUKUH, adalah tiada masalah untuk menerima cabaran lawan arakian lawan itu juga telah acap kali dituduh menipu rakyat. Di manakah asas paklah dalam membuktikan sejauh mana kukuhnya kerajaan sedia ada JIKA tidak berani berdepan dengan klimex politik tempatan.

Hari persidangan parlimen tergempar itu akan menjadi titik penentu kepada politik pasca pilihanraya umum ke 13 yang lalu. Saya cabar paklah, jika paklah mahu menghentikan kecelaruan politik yang berlaku sekarang, inilah masanya dan inilah medan perang terakhir.

Inilah klimex yang kita tunggu selama ini dan kita pun tidak punya ruang lagi untuk menunggu lebih lama kerana rasa bosan itu sudah mencapai tahap yang agak kritikal. Hanya tinggal sabar yang tipis sekali.

Saya tahu ramai antara kita yang bersabar dan ramai juga yang terus bersabar memendam rasa. Kesabaran yang menguji iman dan istiqamah.

Akhir kata, saya yakin perubahan kerajaan ini akan berlaku dalam sedikit masa lagi. Ditambah pula dengan sidang akhbar DSAI 18 September (semalam) membuatkan saya semakin yakin. Percayalah, Malaysia ini perlu cepat diselamatkan, inilah masanya. Kerana kita wajar memiliki Malaysia yang jauh lebih baik!


RE-FOR-MA-SI !!

Anwar : Kalau Tak Percaya, Pergi ke Parlimen !


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.

anwar ibrahim pc call for emergency parliament meeting 180908 02"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September.

"Ini mengikut Peraturan 11 (3) Parliament sebagai respons segera terhadap politik hari ini," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.

"Jika permintaan tersebut ditolak, kami pemimpin Pakatan akan berbincang segera untuk mengambil pilihan lain.

"Kamu tidak boleh melengah-lengahkan sidang tergempar tersebut kerana majoriti ahli Parlimen sudah bersama kami.

"Kamu lihat dalam sidang Parlimen nanti jika tidak percaya," katanya.

Anwar juga berkata tiada sebab untuk beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Apa yang kita mahu ialah ahli Parlilmen, termasuk Teresa Kok, diberi hak menghadiri Parlimen pada hari Selasa," katanya merujuk kepada ahli parlimen pembangkang itu yang ditahan di bawah ISA.

"Di segi politik, ekonomi kita dalam krisis, kita tidak boleh tangguh (ambil alih kuasa)," katanya.

Malah, kata beliau, Pakatan (jika memerintah) pun sukar dalam keadaan ekonomi sekarang.

Beliau juga mendakwa Abdullah sengaja tidak mahu menerima keadaan sebenarnya.

"Jika beliau tidak percaya, pergilah ke Parlimen" kata Anwar.

bm version parliament standing orders section 11 3"Jika beliau mahu melihat butir-butir (senarai), adakan sidang tergempar Parlimen dan beliau akan lihat...jika beliau tidak percaya saya, pergilah ke Parlimen," tambahnya.

Anwar turut mengulangi bahawa beliau mempunyai jumlah penyertaan ahli parlimen BN yang cukup untuk mengambil alih kuasa.

Beliau bagaimanapun mendakwa mereka tidak mahu identiti mereka didedahkan sekarang bagi mengelak mereka daripada diganggu.

Anwar juga ditanya sama ada penangguhan pengumuman nama mereka itu akan menjejaskan imejnya di mata umum.

"Saya telah kata, kita ada senarainya, dan akan berkongsinya dengan PM. Jika gagal, kita akan ke Parlimen. Apa lagi yang anda mahu saya buat? Anda mahu saya menamakan mereka dan biarkan mereka diganggu?".

Menurut Anwar, mereka meminta beliau supaya jangan mengumumkan nama mereka buat masa ini.

Beliau menegaskan bahawa mereka yang melompat parti itu mahu jaminan keselamatan mereka sebelum nama mereka didedahkan.

Ditanya mengapa beliau tidak mahu menunggu sehingga 13 Oktober apabila sidang Parlimen disambung semula, Anwar berkata, keadaan politik dan ekonomi negara tidak mengizinkan untuk menunggu sehingga tarikh tersebut.

"Berapa lama anda boleh tunggu? Apakah visi baru dan rancangan ekonomi untuk masa ini? Sebarang kerajaan yang bertanggungjawab harus sekurang-kurangnya mempunyai satu pasukan petugas untuk menangani krisis ekonomi.

Menurut, kerajaan tidak mempunyainya tetap ia perlu ditangani dengan segera.

Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar dan ahli jawatankuasa pusat DAP, Anthony Loke.

edyes wrote:

Analisis dan komen saya di sini.

Sidang Media Anwar Ibrahim 2pm - Jangan Ketinggalan

Sementara masih sempat, jom kita saksikan sidang media yang akan bermula bila-bila masa dari sekarang.

Dijangkakan Dato Seri Anwar Ibrahim akan mengadap DYMM Agong pada hari ini dan pada hari ini juga dapat kita membayangkan bahawa DSAI bakal disumbat dalam ISA kerana telah dianggap sebagai ancaman kepada negara. atau... ancaman kepada Kerajaan BN.

Live telecast di sini dan di sini.

Hari yang sangat menarik ! DSAI Mengadap Agong

Setakat 12.28 pm tadi, indeks komposit Bursa Malaysia menjunam sebanyak 3.83 % atau 38.44 mata kepada 964.55 mata. (The Star)

Anwar akan mengadap Yang DiPertuan Agong hari ini.

Beribu-ribu bendera Malaysia telah diagihkan kepada semua bahagian PKR diseluruh negara sebagai persiapan menyambut Malaysia Baru.

Manakala Pak lah sedang bersiap sedia untuk mencekup Anwar dibawah ISA.

Hari yang sangat menarik.

LIMA Hari Tanpa INTERNET

Assalamualaikum dan salah hormat.

Lima hari tanpa internet, begitu banyak peristiwa yang berlaku minggu ini namun tidak sempat untuk saya bawakan untuk semua.

Lima hari tanpa internet, De Facto Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim Letak Jawatan.

Lima hari tanpa internet, Dato Seri Anwar Ibrahim memulakan langkah pertama dalam peringkat terakhir menumbangkan kerajaan bongkak Barisan Nasional.

Lima hari tanpa internet, Paklah pula mahukan senarai nama MP yang telah sedia untuk melakukan hijrah demi untuk menyelamatkan negara.

Lima hari tanpa internet, Pakatan Rakyat sudah ada 116 MP dan bersedia untuk mengadap agong sekiranya paklah tidak bekerjasama.

Lima hari tanpa internet, SAPP terjun dari kapal BN yang hampir karam.

Lima hari tanpa internet, sedihnya apabila mendapat berita bahawa core blogger kickdefella ditahan di bawah akta hasutan (ISA).

Lima hari tanpa internet, Anwar pula dikatakan mengancam keselamatan negara. Cuma saya tak berapa paham, DSAI ini adalah ancaman negara ataupun ancaman kepada UMNO dan kerajaan BN ?? Keselamatan DSAI adalah prioriti utama kerana dibimbangi pintu ISA menunggu beliau lagi.

Lima hari tanpa internet, portfolio kementerian kewangan bertukar. Atas alasan peralihan kuasa, masakan pokok bergoncang jika angin tiada.

Lima hari tanpa internet, saya hilang lima hari kerana datuk saya pulang ke rahmatullah pada 16 September.

Semoga roh datuk saya dicucuri rahmat meninggal di bulan puasa ini. 16 September, hari bersejarah.

Al-Fatihah

Monday, September 15, 2008

Kenyataan Nik Aziz Yang Diharamkan

Di petik dari kickdefella untuk tatapan umum !
hak cipta tak terpelihara, selamat mentelaah dengan minda terbuka...


Tangan yang menyuap nasi itu masih perit merasa dipatuk ular UMNO yang pernah mengusir PAS dari BN sehingga Nik Aziz tinggal seorang diri di Dewan Rakyat. Sebab itu Tuan Guru tidak rela melihat PAS mengalami nasib yang sama.

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

CheGu Pa, pernah berkata Abangnya tidak ’sihat’. Abangnya pernah menyeru ahli PAS untuk masuk UMNO jika benar memperjuangkan Islam. Kini mungkin dia juga sudah tidak sihat kerana beria benar membantu mempertahankan UMNO dari tenggelam.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008.

p/s Kenyataan di atas telah diarah ditarik siarannya dari Harakah. Terdapat tangan-tangan hitam di puncak Raja Laut yang begitu taksub dengan UMNO sehingga tindakan mereka pun sudah sama dengan UMNO.

Sunday, September 14, 2008

Putri Reformasi Di Serang !

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diberitakan telah diserang oleh sekumpulan lelaki ketika melawat Pasar ramadan diKg. Kerinci jam 5 petang tadi.

Aktivis parti, Sdr. Partibhan, Sdr Amin Mian dan beberapa lagi pendokong Keadilan Lembah Pantai telah cedera dibelasah ketika cuba menyelamatkan Nurul Izzah. Beliau kini selamat.

Siasatan sedang dibuat untuk mengenalpasti identiti penyerang.

Maklumat dari abang MSK.


edyes wrote:


cis, bedebah ! Perempuan pun kau nak serang !! apeke BACUL sangat orang orang yang TERDESAK nie !

LAWAN tetap LAWAN !!!

Perhimpunan Sambutan Hari Malaysia !

Pakatan Rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia pada 15 September (Isnin) di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor, bermula dari jam 7 malam.

Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato’ Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September.

Pihak polis Selangor telah meluluskan permit. Semua dijemput hadir.

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Saturday, September 13, 2008

Husam : Politik Malaysia dalam perlumbaan

Politik Malaysia dalam perlumbaan - menjatuhkan Abdullah atau menyambung hayatnya.

Abdullah menghadapi dua serangan serentak : dalam UMNO dan di luar.

Anwar menetapkan September atau mana-mana tarikh terdekat untuk bukan sahaja Abdullah dijatuhkan tetapi juga seluruh kerajaannya bertukar. Lagi dekat Anwar menghampiri matlamat ini, lagi pantas dua kumpulan lain berlari menuju garis penamat. Satu, kumpulan dalam UMNO yang melihat jika sesuatu tidak dilakukan, Anwar besar kemungkinan menjadi orang paling awal mencapai garis penamat. Abdullah tewas, Anwar berjaya.

Untuk mengelakkan kerajaan BN tumbang, Abdullah mesti diturunkan secepat mungkin. Muhyidin, hari ini, (10 September) sudah pun membuat kenyataan di Singapura, bahawa Abdullah perlu berundur lebih awal dari yang ditetapkan, Jun 2010.

Hari yang sama, Mustapa Ali, membuat kenyataan di Terengganu, menolak kemungkinan Anwar akan berjaya, dalam apa yang dilihat sebagai langkah awal ke arah melumpuhkan gerakan menurunkan Abdullah.

Selain September, Oktober dan Disember adalah garis-garis penamat untuk lumba lari dalam politik negara kita. Oktober adalah bulan mesyuarat Agung UMNO akan diadakan di mana pencalonan jawatan tertinggi UMNO akan berlangsung. Disember adalah mesyuarat Agung Pemilihan UMNO.

Tengku Razaleigh sudah mengumumkan beliau bersedia menentang Abdullah untuk jawatan Presiden UMNO. Halangan utama beliau ialah sistem kuota yang ditetapkan sejak zaman Mahathir lagi, yang memberi kelebihan kepada pemegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedia ada.

Kiranya bola yang disepak oleh Muhyidin hari ini bergolek kencang, Abdullah paling lewat akan berundur Disember ini. Mahathir yang secara sukarela keluar dari UMNO atas protes ke atas Abdullah, kini dipelawa oleh Muhyidin untuk memasuki semula UMNO.

Masuknya Mahathir untuk apa? Menjatuhkan Abdullah dari dalam dengan membantu Ku Li untuk menentang Abdullah. Lazimnya MT UMNOlah yang akan memutuskan permohonan memasuki UMNO. Jika Abdullah tahu bahawa Mahathir masuk untuk menjatuhkan beliau, beliau sepatutnya menyekat kemasukan itu. Namun, jika ia tetap diteruskan, bermakna Abdullah sudah tidak dapat menguasai MT UMNO lagi dan ini petanda awal Abdullah sedang menggelunsur turun, tidak lebih dari Disember. Sungguhpun Abdullah dan Najib sudah pun memeterai persetujuan bahawa pelan pengunduran Abdullah adalah Jun 2010, pelan itu nampaknya sudah mula tercabar.

Pelan tersebut berjaya mematikan langkah Najib sebagai potensi pencabar terdekat Abdullah. Tapi kini, pemain baru muncul iaitu Muhyidin. Sekalipun tidak jelas apa pos yang beliau sendiri akan tandingi, namun kenyataan se orang Naib Presiden kanan supaya Abdullah berundur lebih awal, akan mengubah corak permainan. Ia tidak mudah dilupuskan begitu saja.

Keputusan Permatang Pauh dan kontraversi Ahmad Ismail adalah perkembangan baru yang mewajarkan penilain semula dibuat ke atas pelan peralihan kuasa 2010. Anutan umum dalam dan luar UMNO adalah bahawa kunci UMNO untuk kekal relevan dalam menerajui kerajaan ialah Abdullah digantikan dengan segera. Daya kepimpinannya amatlah lemah dan beliau gagal meningkatkan keupayaannya mengendalikan negara sekalipun selepas tamparan hebat Mac 2008. Bahkan perkembangan sejurus selepas pilihanraya memperlihatkan dengan lebih jelas ketidakupayaan beliau.

Kemaraan Khairy dengan gaya rambonya, terakhir, di Permatang Pauh, sekali lagi mengingatkan masyarakat Malaysia penguasaan politik tiga beranak ala Abdullah yang tidak disenangi oleh segenap lapisan masyarakat. Langkah membuta tuli menaikkan harga minyak sebegitu besar telah meninggalkan kesan yang parah dalam dada rakyat.

Adakah Abdullah kecundang? Tidak semestinya. Jika UMNO bahagian kekal paralais, isyarat yang dihantar oleh Muhyidin tidak akan bersambut. Penguasaan mekanisma kuasa melalui sistem kuota mungkin mengekalkan Abdullah dipuncak kuasa sekalipun beliau nyata amat lemah dan tidak lagi popular.

Apa kesannya? Tekanan untuk mengubah UMNO melalui mekanisma di luar UMNO akan lebih rancak dan kuat selepas Disember.

Muhyidin, dan juga Ku Li, sudah tentu akan bekerja kuat untuk mendapatkan cukup pencalonan. Itu pun tujuan Muhyidin membuat jolokan terbaru ini. Untuk membangkitkan kesedaran UMNO Bahagian-bahagian. Memang Muhyidin telah mendapat imej pemimpin yang serious untuk melakukan pemulihan UMNO. Ku Li muncul sebagai pilihan selepas Najib tidak lagi dapat bergerak. Najib kini seumpama jin yang perkasa tetapi telah dibotolkan oleh pawang. Jika mereka berjaya mendapat pencalonan lebih besar, Oktober/November sudah pun cukup untuk garis penamat Abdullah boleh ditumbangkan atau tidak diketahui.

Jika Ku Li dan Muhyidin bakal menggantikan Abdullah dan Najib serentak, senario politik selanjutnya memerlukan perhitungan baru.

Jika keduanya gagal, adakah Abdullah akan membiarkan Muhyidin begitu saja?

Muhyidin mempunyai satu lagi pilihan - bersama Anwar selepas Disember.

Jika itu berlaku, potensi untuk menumbangkan kerajaan Abdullah selepas Disember masih terbuka, jika ia gagal dilakukan sebelum itu.

Di sinilah PAS diperlukan oleh Abdullah. Menyambung hayat politik beliau.

Samada PAS bersetuju atau tidak menjadi terompah kayu Abdullah, belum berbangkit. Dalam perbincangan ini, ia adalah hipotesis semata-mata.

Bilakah tarikh Abdullah lebih seronok untuk PAS menyatakan kesediaannya untuk bersama Abdullah? Tentulah sebelum Oktober. Jika PAS sanggup berbuat demikian sebelum Oktober, UMNO bahagian-bahagian mungkin menganggap itu satu kesempatan baru. Mereka mungkin mencalonkan semula Abdullah dan cadangan Muhyidin akan menikam beliau sendiri selepas ini. Abdullah kekal dipuncak walaupun lembik. Najib juga, dengan segala masalah yang menghantuinya. Tapi mungkin untuk sementara. Jika Najib akhirnya akan gugur, siapakah Naib Presiden yang nanti terpilih dalam pemilihan dan kemudiannya bergerak menggantikan Najib? Biarlah masa menjawabnya tetapi tentunya bukan Muhyidin.

Relakah PAS berketuakan seorang pemimpin lemah seperti Abdullah? Pemimpin PAS lah yang perlu menjawabnya.

Jika ini berlaku, Abdullah berjaya mencapai dua matlamat sekali gus. Mengukuhkan semula kedudukannya dalam UMNO dan Kerajaan dan menumpaskan pelan Anwar. Sekali imbas, itulah natijah positifnya.

Adakah PAS bersedia berbuat demikian? Katakan PAS bersedia. PAS menyertai kerajaan Abdullah sebelum Oktober. Ia adalah satu lumba lari, telah kita sebutkan tadi. Date linenya berkisar September dan Oktober. Satu dari cara untuk memudahkan PAS menerima cadangan bersama Abdullah,ialah ISA.

Dalam konteks ini, kenyataan pemimpin tertentu tadi perlu diperhitungkan.

Namun, siapakah yang boleh menjamin dinamisma politik Malaysia terhenti setakat itu?

Adakah Muhyidin dan Ku Li yang kita andaikan tewas itu akan berdiam diri selepas pelan perubahan menerusi UMNO ternyata tertutup? Jika mereka bergabung dengan Anwar selepas Disember, bagaimana kedudukan kerajaan Abdullah-PAS?

Adakah semua ahli Parlimen PAS akan menyertai kerajaan Abdullah-PAS atau setengahnya kekal dengan gagasan Pakatan Rakyat? Berapa yang kekal dan berapa yang beralih? Perlu diingat bahawa Muktamar PAS yang terkini meluluskan usul sebulat suara untuk memperkasakan Pakatan Rakyat. Majlis Syura PAS, seperti disebut oleh anggotanya, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dalam temuramah bersama Harakah, tidak mengizinkan kerajaan campuran bersama UMNO.

Jika yang kekal dengan Pakatan Rakyat adalah separuh, tidakkah nanti kumpulan UMNO yang akan bergabung dengan Anwar boleh mencukupi apa yang hilang? Adakah Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang kini bersetuju bersama Anwar akan lebih ghairah bersama Anwar dengan adanya PAS dalam BN? Adakah desas desus bahawa MCA juga secara senyap-senyap memperhitungkan untuk keluar dari BN dan akan menyebabkan Kerajaan Abdullah-PAS tidak dapat bertahan lama?

Jika peluang Muhyidin untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri ada bersama Anwar dan tidak melalui UMNO, apa yang menghalang Muhyidin bersama orangnya untuk menyertai Anwar?

Jika Anwar sudah mempunyai 30 Ahli Parlimen BN untuk menyeberang, Anwar hanya perlukan Muhyidin membawa sekitar sebelas orang sahaja lagi untuk menggantikan separuh ahli Parlimen PAS yang menyertai Abdullah. Bahkan sebahagian dari separuh itu boleh balik semula ke pangkuan Pakatan Rakyat.

Jika dinamisma-dinamisma ini mengambil tempat, kerajaan Abdullah-PAS akan menjadi yang terpendek dalam sejarah.

Saya tak mau parti saya berakhir menjadi Pembangkang bersama Abdullah! Janganlah kerana Abdullah, kita mempersiakan harapan jutaan rakyat Malaysia untuk satu peluang perubahan politik Malaysia.

Sekalipun ada mana-mana pihak teringin merapatkan PAS dengan Abdullah, tunggulah langit menjadi lebih cerah. Selepas Monsoon Timur Laut berlalu, Insya Allah langit politik Malaysia akan menjadi lebih terang.....

edyes wrote:

PAS for ALL ! All For PAS !

Jaga-Jaga Semua, Ops Lalang II Bermula

a
Pada 12 September 2008, kira-kira 4 hari sebelum 16 September 2008 iaitu jangkaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan, OPS Lalang 2 bermula dengan penahanan Raja Petra, Penulis Malaysia Today, Y.B. Teressa Kok Ahli Parlimen daripada Parti DAP dan juga Tan Hoon Cheng, wartwan daripada akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

RAJA PETRA

Penahanan Raja Petra dikatakan akibat daripada penulisan beliau di laman web blog beliau yang terkenal iaitu Malaysia Today. Malaysia Today adalah laman web yang paling berani dalam mendedahkan kebenaran berkenaan skandal-skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia yang disorok daripada media kerajaan.


Artikel Raja Petra yang dikatakan menyentuh berkenaan kesucian Islam dikatakan membawa kepada keselamatan dalam negeri, namun kerajaan UMNO di bawah pimpinan Dolah tidak pernah untuk membawa seorang Artis yang bernama Rosnah Mat Aris yang terang-terang mengutuk Siti Khadijah, iaitu Rasulullah yang telah banyak membuatkan penduduk di Malaysia marah berkenaan ucapan yang diberikan oleh Rosnah Mat Aris di dalam sebuah rancangan di stesen TV Malaysia.

Namun begitu, Astora Jabat yang mengemukakan seorang editor di Majalah Al Islam pernah jua membawa kekeliruan dalam masyarakat Islam dengan mengeluarkan hujah-hujah yang kontroversi dan boleh memesongkan Aqidah Ummat Islam kini.

Akhirnya, Dr Mashitah yang terlah terang-terangan mengutuk dan mempermainkan Hukum Allah berkenaan Hudud dan memperlekehkan kewajipan Solat juga dibuta tulikan oleh si Dolah ini.

AR: Sikap Double Standard Dolah ini akan mengundang bala kepada diri beliau sendiri......


TAHANAN KEDUA, TAN HOON CHENG

Selepas Raja Petra ditahan di bawah AKTA ISA, seorang wartawan akhbar berbahasa Cina daripada Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng juga ditahan.

Penahanan Hoon Cheng ini dikatakan ada kaitan dengan penulisan berita berkenaan kenyataan AHMAD ISMAIL, Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera semasa ucapannya semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang menyatakan Cina adalah kaum menumpang di Malaysia.

Apa yang meragukan adalah, apabila Ahmad Ismail yang terang-terangan mengaku beliau menyatakan sedemikian dan berdegil untuk tidak maaf dan terus menerus menghentam masyarakat Cina sehingga ada penyokongnya yang sengaja mengoyak Gambar Pemangku Parti Gerakan, Koh Tsu Koon hanya dikenakan hukuman dalaman parti sahaja dan tidak dikenakan hukuman daripada kerajaan untuk ditahan di bawah AKTA HASUTAN.

AR: Orang lain yang salah, orang lain pulak yang kena tangkap!!! DOLAH FIRAUN!!!

TAHANAN KETIGA, Y. B. Teressa Kok

Tahanan ketiga pada 12 September 2008 adalah seorang Ahli Parlimen daripada Seputeh pada jam 11:18 malam.

Penahanan Teressa Kok ini belum diketahui punca, namun apa yang pasti, kerajaan FIRAUN UMNO pasti menyatakan Teressa Kok memainkan isu perkauman dan juga isu agama berkenaan dengan penulisan papan tanda Jawi di Kuala Lumpur dan juga kenyataan benar Teressa Kok berkenaan laungan azan seperti yang difitnah oleh Khir Toyo.

AR: Apa yang pasti, mengapa penulis Utusan yang terang-terangan membuat provokasi tentang isu laungan azan tidak ditangkap? Mengapa Khir Toyo yang terang-terangan sengaja membawa keadaan yang tidak selesa dengan memfitnah Teressa Kok ini juga tidak ditahan? DOLAH FIRAUN wal MALAUN.



kredit kepada Anak Reformasi


edyes wrote:

Inilah taktik terakhir mereka sebelum berdepan dengan 16 September !

KERAJAAN PENJAJAH


Friday, September 12, 2008

RPK di ISA !!


Apalah nasib pejuang reformasi kita...

1. Semalam, kabinet mengarahkan sekatan ke atas laman web Malaysia-today milik Raja Petra Raja Kamarudin dilepaskan.

2. Hari ini, tuan punya blog pula ditahan di bawah akta ISA. Penahanan tanpa bicara !

Apakah sebenarnya yang kerajaan mahu daripada dua keputusan di atas ?


Bukankah orang yang jelas bersalah, yang sepatutnya masuk ke ISA buat masa ini ialah AHMAD ISMAIL ??

PAS Jadi Pembangkang Seumur Hidup !


PAS jadi pembangkang seumur hidup? begitu juga dengan DAP, dan PKR akan terkubur ?

Adakah pernyataan di atas adalah perkara yang dimahukan oleh segelintir 'orang dalam' Pakatan Rakyat? Atau 'orang dalam' tersebut akan mengatakan bahawa PAS tidak lagi jadi pembangkang DENGAN menyertai Barisan Nasional.

16 September adalah satu tuntutan dan panggilan yang wajib disahut oleh semua warga Pakatan Rakyat. Jika mahu Islam itu berkembang dengan lebih baik yakni lebih terarah kepada PERLAKSANAAN, maka 16 September adalah laluannya !


Kita harus bijak menyempurnakan peluang kerana peluang yang hadir itu tidak akan tiba lagi dengan sewenangnya. Pengambil-alihan kuasa pada 16September adalah satu peluang. Jika dengan 16 September, Syiar Islam itu akan mencapai suatu tahap yang tidak pernah dikecap sebelum ini, maka wajar 16 September itu disahut dengan tangan yang terbuka luas dan hati yang ikhlas.


Seumpama satu perlawanan bola sepak, andaikan pada minit ke-16 pada waktu tambahan pasukan PR mendapat satu sepakan penalty, jika orang yang mengambil sepakan itu dengan sengaja menendang bola itu ke arah BULAN, dan tiada gol yang dijaringkan di mana peluang itu terlepas begitu sahaja. Apa kata para pemain pasukan PR yang lain? Apa pula kata penyokong pasukan tersebut yang hadir ke stadium dengan penuh harapan. Bukankah ini satu pengkhianatan jika bola itu tampak sengaja ditendang ke arah bulan?


Adakah PAS mahu menjadi pihak yang bertanggungjawab mengsabotaj HARAPAN rakyat Malaysia yang mahukan sebuah kerajaan baru untuk memerintah negara ini dengan lebih adil, lebih saksama, lebih berkebajikan dan secara langsung menyelamatkan Malaysia dari pengganas kolar putih. Adakah PAS mahu dikenang sebagai pengkhianat dengan tindakan segelintir ahlinya yang mahu memeluk UMNO ?


Telah berbilang kali kita tegaskan, PAS akan mempunyai ruang yang cukup untuk melaksanakan agenda memartabatkan Islam dalam negara ini, Tetapi jika segelintir warga PAS menolak malah menggagalkan pembentukkan Malaysia Baru, bagaimana ruang itu boleh dipenuhi dan dapat digunakan?


Barisan Nasional dan UMNO sudah terbukti tidak membawa faedah yang diharapkan ke atas umat Islam di negara ini. Hanya mempunyai masjid yang BESAR dan ada masjid yang kristal, ada pelbagai kemudahan dan kelengkapan semata-mata tidak mencukupi untuk membanteras masalah social yang jelas telah sampai ke tahap yang amat membimbangkan.


Apalagi yang segelintir ‘orang dalam’ PAS mahukan? Saya tidak percaya jika jawatan dalam Pakatan Rakyat menjadi perkiraan. Adakah tawaran dari UMNO menjadi perkiraan pula?


PAS bukan ahli Pakatan Rakyat yang pasif. PAS mempunyai watak dan peranan tersendiri dalam kerajaan yang bakal bertukar wajah kelak. Kerana perjuangan PAS itu adalah perjuangan agama Allah. PAS memperjuangkan Islam, sudah tentu kita sokong. Namun langkah berpakat dengan UMNO adalah satu kemusnahan. Perjuangan Islam itu nampak diketepikan dek kerakusan jawatan.


Jika kegagalan Anwar membentuk Malaysia Baru berpunca daripada PAS, tidak mungkin PAS akan diterima lagi untuk masa-masa akan dating. PRU-12 lalu hanya akan menjadi kenangan terindah semata. Di atas pengkhianatan ini juga, PAS akan dipandang tidak kena sepanjang masa. Di manakah kehebatan PAS apabila berundur dari medan perang ketika pasukan di ambang kemenangan.



Percayalah, segelintir warga PAS telah membusukkan parti PAS yang kian disanjung. Sayang seribu kali sayang. Saya tidak pernah menyangka artikel ini keluar dari poket blog saya. Saya BUKAN memaksudkan semua warga PAS, tetapi hanya segelintir yang dimaksudkan. Klik sini untuk mengetahui siapa si segelintir itu.


Mentaliti harus diubah, Malaysia harus diselamatkan. Ingat, dengan fenamena dan situasi yang berlaku sekarang ini termasuklah propaganda dasyat, PRU-13 adalah bukan pilihanraya yang mudah untuk Pakatan Rakyat tempuhi. Atau mungkinkah ada lagi Pakatan Rakyat ketika itu JIKA kegagalan Anwar menjadi modal utama Barisan Nasional. Fikir-fikirkan


Kita semua mengharapkan happy ending . tidak sangka ada pula yang sanggup membelakangkan harapan rakyat kebanyakkan. Satu lagi permintaan, sila baca perenggan kedua terakhir (bold) berkali-kali dan sila fahaminya…


Salam


RE-FOR-MA-SI



EDYES

12 September 2008

RE-FOR-MA-SI

Agak lambat untuk saya menyampaikan ucapan DSAI ini, namun tidak pula saya ingin lepaskan peluang untuk menggantung ayat-ayat ini dalam salah satu entry yang ada.

gambar 'cute' ini saya curik dari jamil kucing the catman.




Perisytiharan Permatang Pauh

Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud “tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami”;

Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat;

Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula;

Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:

Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,
dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan
merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia
haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat
tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua,
yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin;
membersihkan institusi dan proses undang-undang dari
dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui
proses demokrasi. Democrasi itu satu kemestian, kerana
semangat keadilan yang ada dalam diri manusia
membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan
manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu
kewajipan;

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,
menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan
yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia
ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi
untuk memenuhi kerakusan individu;

Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan
penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh
segelintir golongan rakus dan mahakaya;

Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya
yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan
terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke
zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana
kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin
persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan
keadilan.

Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.

Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.

Permatang Pauh
12 September 1998

Thursday, September 11, 2008

Ada Berita Dari N.Sembilan...

GEMPAR!!Pemimpin Umno, MCA dan PPP Negeri Sembilan akan umum keluar parti hari ini - Badrul

Sidang Media bersama Pemimpin MCA, PPP dan MIC N.S
umum masuk keADILan
11 September 2008, 10 Pagi
Pejabat keADILan NS, Jalan Rahang-Tampin,
Seremban, N.Sembilan


seterusnya di sini

Quote : Anwar Pelakon Terhebat ?

Berikut adalah satu komen dalam entry sebelum ini untuk direnungkan...

golok said...

dalam kes lompat parti tu bukan rakyat yang desperate tapi anwar tu yg desperate.

dia yang bersungguh-sungguh nak jadi PM smpai sanggup rasuah MP BN utk jadi katak!

Jangan cakap orang lain boleh buat, anwar pun boleh buat.
niat tidak menghalalkan cara.

jangan lihat bila dia membangkang, semua yang dia buat tu halal, semua yang dia buat tu betul..
andai kata dia jadi PM nnt,tak semua yang dia buat tu betul..

16 september ni apa cerita? takkan anwar tak kaji betul2? jangan ckp aral melintang la ape la.. kalau dia tau ada aral melintang.. takkan dia berani war-warkan yang dia nak tubuh kerajaaan baru 16/9 ni? mcm mana planning dia tuh?takkan takde proper planning kot? or tu just perkara yang di reka utk mengalihkan perhatian isu liwat dia tuh?

aku tak cakap isu liwat tu btl tapi tak selesai kes tu dia nak timbulkan perkara lain.. nak alih perhatian rakyat ke atas dia..

pada saya blogger seumpama hakim yang tak rasmi.jika berhajat utk menjadi hakim, kena la menilau dari kedua belah pihak.. jangan bias!

kalau ada anugerah pelakon menteri terhebat, anwar lah orang nya..



ni komen saya.. komen anda?


edyes wrote:

1. Siapa kata ada rasuah di sebalik lompat?

2. Saya tak kata Anwar rasuah untuk 16/9 DAN saya tak kata Anwar tak rasuah. Bottom line, pengambil-alihan kuasa ini bertujuan untuk menyelamatkan negara dan RAKYAT.

3. Manusia merancang, Allah yang menentukan. Jika Anwar rancang 16/9, bottom line, hanya dengan keizinan Allah. InsyaAllah.

4. Siapa yang tahu ada aral melintang? dan siapa pulak yang buat aral melintang itu dengan membawa lari MP ke Taiwan. Sebab itu kena ada PLAN B atau PLAN C. Plan B = 20sept !

5. Mengalihkan perhatian LIWAT ?? come on la beb, jangan cakap takde asas. Anwar rancang nak overtake kerajaan sejak sehari lepas PRU12. dia umumkan secara terbuka pada 14 'black 14' April.

5.5 Oleh demikian, yang mengalih perhatian ialah kerajaan BN. Demi menggagalkan rancangan Anwar untuk menumbangkan BN, timbullah isu liwat bermula 28Jun. boleh fikir tak fakta nie?

6. Saya menilai kedua-dua belah pihak sama seperti blogger lain. Bias itu subjektif.

7. Siapa hakim? RAKYAT adalah hakim. Hakim yang mempunyai kuasa, kuasa undi.

8. Anwar boleh menjadi pelakon, kerana ada PACKAGE.

ok, bottom of the bottom line, kita nak kerajaan baru yang lebih berkebajikan terhadap rakyat. Bukan hanya untuk segelintir umat. Jika kerajaan yang ditubuhkan oleh DSAI seribu kali lebih baik, mengapa tidak kita memberikan secetus peluang... sepenggal adalah memadai, kita sebagai rakyat harus berani membuat perubahan, demi masa depan yang lebih baik.

Wednesday, September 10, 2008

Ahmad Ismail Di Pecat !

Mengikut laporan Abang Isham kita, Ahmad Ismail telah dibuang dari parti UMNO.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat, tolong jangan sekali-kali terima borang keahlian dari Ahmad Ismail (jika ada).

Dalam negara ini, Tiada tempat untuk Racist seperti Ahmad Ismail. Sepatutnya dia dibuang negara. Kenapa tidak di ISA kan? kami tidak sokong ISA, macamana nak cadang supaya dia masuk ISA.

Saiful Akan Buat Pengakuan: Insaf

Keadaan semakin genting, Saiful Bukhari dikatakan akan membuat satu lagi pengakuan. Namun begitu, pengakuan ini berbentuk pengakuan INSAF terhadap apa yang dilakukanya kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.

Laporan ini dibawa oleh MSK, sila klik sini.

16 September dilanjutkan bukan bermakna ianya tidak boleh berlaku. Mengalih perhatian adalah satu strategi yang dikenalpasti berkesan.

16 Sept : Ditangguhkan

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin terpaksa melanjutkan tarikh 16 September untuk ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat.

Katanya, ini kerana BN telah menghantar ramai ahli parlimennya menyertai lawatan sambil belajar di Taiwan.

"Kita pasti mempunyai jumlah (ahli parlimen) yang mencukupi, tetapi kita perlu menunggu kerana mereka kini berada di Taiwan," kata Anwar dalam laporan akhbar the Star.

Mantan timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mempunyai maklumat bahawa ahli-ahli parlimen tersebut tidak dibenarkan pulang dari Taiwan sebelum 16 September bagi menggagalkan rancangannya itu.

Pakatan Rakyat menguasai 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Sebelum ini, Anwar mendakwa beliau akan menubuhkan kerajaan baru apabila ahli parlimen BN menyertai Pakatan.

"Selepas berbincang dengan PAS dan DAP, tarikh tersebut boleh dilanjutkan walaupun sasaran kita sebelum ini, ialah 16 September," kata Anwar dalam ucapannya di kediamannya semalam.

Bagaimanapun, beliau percaya, kerajaan sekarang sukar untuk mematahkan kebangkitan rakyat.

Anwar berkata, Pakatan akan mengadakan mesyuarat petang ini atau esok mengenai persiapannya pada 16 September. - Malaysiakini


edyes wrote:

Seperti yang semua sedia maklum, 16 September bukanlah segala-galanya. Memang tarikh itu menjadi sasaran, tetapi ada ARAL melintang nak buat macamana.

Lagi cepat lagi bagus, selamatkan Malaysia. Lagi lama BN memerintah, lagi banyak yang kena songlap. Tambah pulak keadaan sekarang kapal BN dah nak karam, lagi la banyak diorang cekau. Selagi boleh...

Quote : Adakah Lompatan itu Desperate ?

quote by cikundez;

Akum.
Aku rasa normal lah tu edyes jika benar rombongan nie digunakan utk mengalihkan 16 September tu dr terjadi walaupun nampak cam desperate.Sbb inilah politik.Rasanya taktik lompat parti tu pun teknik desperate gak yg anwar rancangkan.Sorry kalau hang terasa.
jadi tak perlulah kita kondem sgt depa g wat rombongan tu.

edyes wrote:

cikundez,

Saya tak terasa pun, setiap orang berhak bersuara dan mengemukakan pendapat di blog ini. Setiap orang juga berhak mempertahankan hujahnya.

Sebenarnya, bukan Anwar yang desperate. Rakyat yang desperate dan tersepit. Anwar hanya menjalankan amanat rakyat yang mahukan negara berkebajikan.

Jika lompatan parti itu membawa lebih banyak kebaikkan kepada RAKYAT, mengapa kita perlu tolak? dan mengapa ini dikatakan desperate?

Kita nak selamatkan Malaysia, kenapa perlu tunggu jika ada peluang?

Adakah lompat itu tidak beretika berbanding pilihanraya yang penuh ketidakadilan dan penipuan?

sila refer kata-kata Abdul Khalid Samad di sini

salam

Apa kata jika Khairy Ambil Alih PETRONAS

Sebenarnya cerita nie dah beberapa kali didengari. Masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Sila refer artikel Lobi-Melobi dari Ketua Perusuh.

Terus terang saya katakan, perkara semacam ini tidak boleh dibenarkan berlaku. Jika berlaku juga, alamat hancur dan gelaplah masa depan NEGARA. Bukan saya dengki kepada menantu paklah ni, tapi kewajaran itu tiada. Haloba sungguh !

Berita Baik dan Berita Tak Baik fasal Minyak

Di sini terdapat dua berita untuk saya sampaikan kepada anda semua. Satu berita baik manakala satu lagi berita tak baik atau juga dikenali sebagai berita JAHAT.

Berita baiknya ialah - Harga minyak dunia telah menurun ke paras $102.51 per barrel iaitu paras harga ketika Najib dan kerajaan BN berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak.

Berita tak baiknya atau berita jahat ialah - Paklah tak sedar mengenai penurunan harga minyak global ini. Paklah juga tak sedar bahawa setiap kali beliau menaikkan harga minyak, tiada kajian yang mendalam seraya kenaikkan harga minyak 'glokal' adalah serta merta. Mengapa penurunan pula tidak boleh secara serta merta?

Oleh demikian, saya beranggapan harga minyak glokal ini sepatutnya kembali kepada harga asal iaitu pada paras 192sen per liter. Bagaimana pula dengan rebet yang sudah diberikan? Anggaplah itu satu pemberian ikhlas dari kerajaan BN setelah menipu rakyat bahawasanya tidak ada kenaikkan harga bahan bakar selepas PRU-12.

Cuba saudara ingat balik debat di antara DSAI dan Shabery pada 15Julai yang lalu. Anwar telah menyatakan bahawa harga minyak dunia telah sampai ke 'breaking point' dan akan menurun. Berbuih-buih mulut Shabery untuk menafikan kata-kata Anwar kononnya ia retorik semata-mata. Kini, terbukti kata Anwar ada sohihnya. Anwar seolah-olah lebih bijak dari seluruh kabinet paklah.

Ingin saya ingatkan kembali, jika kerajaan mengambil jalan sedikit bersabar pada bulan Jun lalu dengan menangguhkan kenaikkan harga minyak ke bulan Ogos, sudah pasti pada hari ini harga minyak kekal pada paras 192sen per liter. Maka tiada rakyat negara ini yang menderita akibat inflasi segera.

Maka tiadalah orang ramai berpusu-pusu ke stesen minyak yang menyebabkan jalan raya jem tak hingat, dan tiada juga pergaduhan-pergaduhan kecil sewaktu rakyat berebut-rebut mengisi minyak pada malam 6 Jun. Ingatkah saudara, saya pasti saudara adalah salah seorang yang terlibat.

Harga-harga barang keperluan, makanan dan pelbagai barangan serta perkhidmatan berasaskan logistik masih kekal harga bayarannya ditakuk lama. Semua ini kekal jika kerajaan mengambil sedikit pendekatan berhemah dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menaikkan harga minyak. Itu pasti.

Tetapi segalanya telah terlambat. Kerakusan kerajaan Barisan Nasional telah menyebabkan kerosakkan yang amat teruk kepada ekonomi negara. Menyusahkan rakyat sama sekali. Saya percaya ini semua bukanlah kemahuan rakyat tetapi hanya atas persetujuan menteri kabinet dan ahli parlimen BN sahaja.

Jika saudara mempunyai masa, silalah layari youtube mengenai debat Anwar-Shabery sebagai ulangkaji. Kita akan yakin, apa yang disasarkan oleh DSAI boleh dilakukan dan tidak mustahil harga minyak dalam negara akan berlegar sekitar RM1.50 seliter dalam masa 2-3 tahun lagi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Akhir sekali, ingin saya mengingatkan kepada semua bahawa PETRONAS adalah hak negara, hak rakyat ! Jadi, adalah menjadi tanggungjawab syarikat gergasi ini bagi mengurangkan beban rakyat sepertimana penubuhan dan permodalan asalnya ialah dari kerajaan itu sendiri.

RE-FOR-MA-SI !


EDYES

Tuesday, September 9, 2008

[LATTEST] Video Tindakkan Provokasi Ahmad Ismail !!!

[UPDATE]

Mungkin video-klip ini telah diarah-padam demi untuk melenyapkan unsur perkauman. Sorry lah. Saya akan cuba dapatkan video-klip lain yang berkaitan

SILA REFER SINI UNTUK KLIP-VIDEO BARU


Ini satu PROVOKASI yang terlalu berat untuk DIMAAFKAN !!

UMNO harus bertanggungjawab !!!!

Jika Pak Lah masih lagi mahu mempertahankan tindakan melampau Ahmad Ismail itu, maka tidak mustahil kaum Cina di negara ini akan merasa terhina dan seolah-olah diancam. Seterusnya, apa sahaja boleh berlaku.

Lebih membimbangkan apabila Ahmad Ismail menyentuh soal 'Tai Chi' dan Silat. Memang Sah ! UMNO keparat mahukan huru-hara !

We are in GREAT danger ! Please be calm or else, our nation collapse in our own lifetime...

H.Rais: Gerakan Putus Hubungan !

Menurut Laporan terbaru dari Abg Isham, Gerakan baru sahaja mengadakan sidang Akhbar di P.Pinang.

Khoo Tsu Koon telah menyatakan bahawa parti Gerakan akan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang.

Ini kerana Gerakan tidak dapat menerima kenyatan Ahmad Ismail.

edyes wrote:

Cuma yang saya tak berapa paham, depa putuskan hubungan dengan UMNO P.Pinang sahaja kah? atau Gerakan telah MELOMPAT dari BN?

Ini berita dari abang Isham kita... kekadang Abg Isham nie tersasul. ok.

Monday, September 8, 2008

Apa yang UMNO mahu ? 13 Mei? atau 13 Sept ??



Saya teramat meluat dengan sentimen yang dimainkan !!

Kenapa ISA hanya berkuat-kuasa terhadap non-UMNO sahaja????

Ok, Semua orang kenal Koh Tsu Koon. Memang beliau adalah berbangsa Tiong Hua atau lebih dikenali sebagai orang cina. Hari ini gambar beliau telah dikoyakkan dengan rakus oleh balaci UMNO dan berkemungkinan drama itu atas arahan 'director'.

Sedar atau sengaja tidak sedar, Tsu Koon adalah pemimpin kaum cina. Cuba bayangkan jika gambar pemimpin PAS dikoyakkan oleh orang-orang cina secara terbuka contohnya gambar TGHA dikoyakkan. Apa yang akan berlaku hari berikutnya??

Begitu juga dengan masyarakat cina. Apabila gambar pemimpin mereka dikoyakkan, sudah pasti kemarahan akan menyelar dengan pantas !

Tidak Syak lagi, Paklah memimpin negara ke arah kehancuran JIKA tiada tindakkan tegas di ambil !

Mengapa pula secara tiba-tiba Khir Toyo mengugut paklah tentang perihal 13 Mei kononnya peristiwa hitam tersebut mungkin akan berulang. Mengapa digembar-gemburkan oleh pahlawan pendek akal UMNO sedangkan Paklah dan Najib bersungguh-sungguh INGIN mengawal keadaan. Adakah supaya orang bersatu di bawah Paklah dan Najib?

Apa yang sebenarnya mereka mahu ??? UMNO sungguh-sungguh mencabar kaum cina supaya mereka bangkit dan akhirnya..... !

Saya tau, semangat melayu hebat. Saya yakin, melayu tetap akan bersatu menghadapi sebarang kemungkinan. Tapi apakah rasionalnya memulakan persengketaan ???

[UPDATE]

Berikut adalah ancaman dari Ahmad
Ahmad made veiled threats as well, saying that “He (Dr Koh) is a leader who is really good at tai chi but I would also like to remind everyone not to forget that the Malays are equally good at silat,’’ referring to two martial arts disciplines. - Star

kimek betul !!!!

LAWATAN SAMBIL buang duit rakyat...

49 ahli Parlimen BN berlepas ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar

Sumber : PinkTurtle & Mob1900

Rombongan Berlepas ke TAIWAN