Friday, February 18, 2011

Apa Peranan Pakatan Rakyat Dalam Membela Nasib Blogger di Mahkamah ? (Wajib Baca & Sebar!!)

Salam hormat,
 
Umpama durian dengan mentimun, golek macamana pun sang durian, elak macamana pun sang timun, pastilah hancur berkecai akhirnya mentimun itu tanpa sedikit pun merosakkan si durian. Itulah perumpamaan paling sesuai merujuk kepada perlawanan berat sebelah di antara Menteri penuh kerajaan BN dan blogger Pakatan Rakyat.
 
Blog Sharpshooter bakal menjadi blog pertama yang disaman oleh seorang menteri. Hanya kerana menggunakan kaedah 'copy & paste' dan disiarkan dalam blog sharpshooter, Din Binjai menjadi sasaran seorang menteri di sebalik puluhan blog yang turut memaparkan banyak versi berita berkenaan isu menteri rogol amah.
 
Anda semua bayangkan, seorang menteri yang gaji dan elaunnya mencecah belasan ribu akan memfailkan saman malu terhadap seorang blogger yang terdiri daripada orang kebanyakkan. Meletakkan syarikat guaman ternama seperti Shaffee & co sebagai peguam dalam kes ini menunjukkan betapa seriusnya Rais dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang blogger. Setuju atau tidak, sebenarnya itu adalah satu tindakkan bijak dari wakil kerajaan untuk melumpuhkan kekuatan blogger PR di mata kerajaan dan juga para pengamal politik. Lumpuhnya medan blog Pakatan Rakyat bermakna satu kejayaan besar buat kerajaan Barisan Nasional.
 
Setakat waktu ini belum ada lagi peguam sivil yang menampilkan diri untuk membantu blogger kita Din Binjai yang bakal menghadapi zaman gelapnya kerana harga sebuah saman dari seorang menteri pastinya mencecah jutaan ringgit. Dengan bahana perbelanjaan guaman yang meningkat baru-baru ini, harga dokumentasi untuk guaman sivil juga menceritakan jumlah kos yang tidak mampu dibebani oleh Din Binjai atau mana-mana blogger. Adakah kita ingin melihat wakil blogger kita kalah tanpa bertanding? Din Binjai tidak akan dipenjarakan untuk sebuah saman sivil tetapi akan menjadi blogger pertama yang bakal muflis kerana terbabit dalam perjuangan di dunia blog.
 
Bila menyebut dunia blog, siapakah di antara kita yang terbabit dalam dunia blog? Adakah penulis semata-mata? Adakah penyalin tampal artikel dari media lain semata-mata? Adakah pembaca tidak terbabit dalam perihal ini? Adakah penyokong Pakatan Rakyat yang menjadi pendesak utama terhadap kerajaan sedia ada tidak terbabit? Adakah pimpinan Pakatan Rakyat juga tidak dikira terbabit sedangkan selama ini peranan blogger telah diakui dan diiktiraf sebagai satu faktor kejayaan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu!
 
Kekuatan blog yang selama ini menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan pemerintah bakal direntap semahunya. Blogger akan lebih berhati-hati apabila melihat Din Binjai menjadi muflis hanya kerana aksi 'copy & paste'. Inilah langkah pertama kerajaan untuk menyekat kemaraan blog-blog baru yang tidak kurang bisa sengatnya.
 
Jika selama ini diketahui blogger-blogger aliran kerajaan banyak mendapat insentif dan elaun untuk menyerang dan mengfitnah segala elemen yang melibatkan Pakatan Rakyat, termasuklah kerajaan Penang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Tidak kurang juga fitnah yang dilempar kepada para pimpinan Pakatan Rakyat di mana Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Nizar dan Guan Eng juga tidak terkecuali. Mereka di haluan kerajaan dilihat mewah dengan habuan, tidak pernah menjadi permasalahan bagi blogger haluan PR dengan menganggap inilah peranan dalam perjuangan. Blogger PR mengambil tempat dan sedia untuk berperang di mana medan sekalipun tanpa mengharapkan balasan, apa lagi wang ringgit.
 
Perlawanan akan bermula dalam sedikit masa. Kalaulah para bloggers dapat melihat betapa pentingnya perlawanan ini. Begitu juga para pimpinan Pakatan Rakyat, mereka harus melihat perlawanan 'menteri vs blogger' ini adalah penting juga untuk mereka. Pemimpin PAS, PKR dan DAP harus peka dan mengambil berat tentang apa yang bakal terjadi jika seorang blogger disaman dan lebih memburukkan keadaan ialah apabila kepimpinan Pakatan Rakyat dilihat membisu dan tidak menghulurkan bantuan ke atas para blogger yang dihenyak kerajaan melalui menterinya.
 
Jangan jadikan persepsi buruk tercipta dan tersebar luas betapa kerajaan PR tidak bertanggungjawab dan hanya melepaskan tangan dalam isu sepenting saman ke atas blogger, setelah berjaya menguasai beberapa negeri. Harus jangan dilupa bahawa blogger memainkan peranan penting ditambah lagi dengan beberapa PRK termasuk pilihanraya negeri yang mendatang dan juga PRU yang semakin hampir.
 
Bukan satu ugutan, tetapi ingin dijelaskan bahawa Pakatan Rakyat harus memainkan peranan. Sepertimana rakyat itu harus dibela, blogger juga harus dibela! Bukan wang ringgit yang dipinta, tetapi hulurkanlah segala bentuk bantuan kepada blogger yang diserang saman,, bukan hanya kepada Din Binjai tetapi mana-mana blogger yang bakal terlibat dalam persengketaan mahkamah demi kejayaan Pakatan Rakyat itu sendiri. Ini adalah berkenaan nasib Din Binjai dan pasti lebih ramai blogger lain bakal diheret ke mahkamah sekiranya Rais menang mudah dalam kes yang bakal berlangsung ini.
 
Di samping itu juga, blogger lain dituntut memainkan peranan untuk perlawanan penting ini. Bak kata Pak Bakaq penarik beca yang pernah ditahan atas kesalahan yang melibatkan institusi kepolisian negara;
 
Hari ni hari Din Binjai. Esok lusa mungkin hari kita. Din disaman oleh menteri Umno, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berikutan hebohnya perbuatan terkutuk tibai amah. Saya tak tahu sama ada betul atau tidak Rais dah tenggek amah dia. Tapi, Rais nampaknya sangat berang. Ramai yang sebarluaskan cerita itu. Tetapi Din yang jadi pilihan Rais memuaskan amarah berangnya.
 
Percayalah bahawa kita tidak sekali-kali wajar menganggap perjuangan ini adalah perjuangan perseorangan. Kita blogger, pembaca blog, pimpinan, bawahan, facebooker, pengicau twitter dan sesiapa sahaja yang berhaluan Pakatan Rakyat adalah satu pasukan walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam sokongan, tetapi titik persamaan kita ialah menghumban Barisan Nasional dalam jasad kerajaan pusat lantas membuka lembaran baru melalui pemerintahan baru yang segar untuk rakyat, demi rakyat!
 
Mempertahankan Din Binjai Sharpshooter seumpama mempertahankan medan blog kita. Sematkan istiqomah berani dalam menyertai perlawanan penting ini bagi mempertahankan medan kita bersuara, yakni medan rakyat mencangkir berita!!
 
Suara rakyat suara keramat!! Bukan pengorbanan blogger itu sahaja wajar jadi penghargaan, malah jangan dilupa blogger itu juga terdiri daripada rakyat kebanyakkan! Bantulah blogger!!
 
 
EDYES @ edyesdotcom
bersatu kita bersatu...
 

9 comments:

5sal said...

Salam!aku harap ada peguam dalam PR akan tolong din binjai,Aku harap jangan jadi loyar buruk ja.harap2 ada YB dapat bantu dlm kes ni.Harap YB2 buka blog PR dan buka mata dan mata hati jangan buat bodoh ja.Bangun lah wahai YB2 and loyar2 bantulah Sharpshooter.

Anonymous said...

Saya merayu kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, DAP, PAS dan PKR supaya bangkit membantu SharpShooter dalam kes saman ini, jangan biarkan sdra AMIZUDIN terkapai-kapai seorang diri melawan Menteri BN Rais Yatim, bagi saya sumbangan SharpShooter kepada PR tidak boleh dinilai dengan wang ringgit sebab itu Pakatan Rakyat perlu bantu beliau.....Ayu mari kita sama-sama bantu SharpShooter, saya boleh dihubungi melalui email lagan76@gmail.com.

veteran pas said...

maaf tuan,kalau kes politik melibatkan ahli pas,setahu saya mereka mempunyai barisan peguam yg selalu membantu.
din binjai ahli pkr,saya harap biro(?) peguam PKR patutu bantu.

Anonymous said...

saya syorkan kita buat kutipan seorang RM1.00 kalau blogger sharpshooter ni perlukan bantuan kewangan. rasanya lebih dari 1 juta pembaca blog sokong PR, mereka tentu sedia menolong, RM1.00 sahaja, lebih dialu2kan. Wujudkan tabung.

Anonymous said...

Bukankah Din Binjai bekerja sbg PA YB Ong Chin Wen yg juga seorang peguam?
Mulakan usaha dr YBnya dahulu...
Stlh beliau membantu seadanya YB Ong, jd YB Ong perlulah mencari jln menghimpungkan barisan peguam PKR.

Manjungmari said...

Salam...
saya setuju cadangan anony 9:22pm.. buat kutipan paling kurang RM1 seorang pembaca...

janganlah nak dok harap sangat dengan kerajaan Pakatan.. entahlah malas nak cakap.. kang silap cakap kerajaan PR pulak saman aku...

Kita pakat tampal satu tag gambar mohon sumbangan bantuan dari pembaca, di blog massing-masing...

Kita jangan dok berharap dgn mana-mana kerajaan..
Kita cubalah berusaha sendiri,, moga-moga lebih berfaedah dari mengharap bantuan mereka...
,

bunbinban said...

kalau PKR tak bantu, apa patut kita buat, nak kena ajar ke pemimpin2 ni erti kuasa rakyat?. Aku setuju, kutip sorang seringgit, kita lawan di mahkamah dan pastu kita bagi kelas kat pemimpin2 PKR yg tabiat spesis beruk UMNO ni mcm mana nak hormat, kenang jasa rakyat marhaen. celaka betullah kalau PKR wat dek je kes sharpshooter ni. skang korang sombong, satu hari nnt korang gak mintak tolong...wat hal la dgn rakyat...

Edyes said...

Alhamdulillah, saya dimaklumkan akan ada bantuan guaman dari kepimpinan PKR selepas ini. Walaubagaimanapun, kita sebagai blogger juga harus ikhtiar.

saya bingung juga bila mengenangkan tiada pimpinan atasan yang pick up isu nie. Tapi still ok lah, bila difahamkan atasan sana akan mula support Din Binjai...

Korang bayangkan, Din Binjai tu orang kanan YB Ong, dah tentu YB Ong tolong mana yang boleh. Kalau blogger lain yang takde kena mengena dengan parti (tapi menyokong PR) dikenakan saman oleh menteri macamana agaknya?

terima kasih juga atas cadangan... saya sedang tunggu kata putus Din Binjai yg sebolehnya taknak guna no akaun dia, kalau boleh dia minta supaya guna akaun bersama sebab Din taknak dianggap ambik kesempatan.

Pejuang pun malu ambik duit yg org dok bagi, inikan pulak pemimpin yg rompak duit rakyat..

Harap semua rakan blogger sedia untuk membantu Din Binjai...

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ said...

terimakasih di atas semua sahabat2 sperjuangan yg prihatin...

untk makluman semua bab peguam dah selesai...

cumanya bab dana itu memanglah diperlukan...

Saya cadangkan blogger buat satu tabung blogger untuk bantu bukan sahaja saya tetapi juga blogger lain ...

Saya cuma mahu elakkan fitnah yang mengatakan saya mengambil kesempatan...

Seali lagi saya ucapkan jutaan terimakasih atas sokongan anda semua...lawan tetap lawan...