Thursday, September 30, 2010

Suami Mati Setelah Ambil Wang Ehsan P.Pinang ?

Artikel edyesdotcom adalah di bawah, selepas berita dari blog sengal pencacai UMNO ini;

- Dari blog pencacai

Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.

Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.

Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini.



***************************************************************

Seperti yang telah diketahui umum, lesen paling mahal sekali dalam negara ini ialah lesen judi di Genting Highland. Antara cukai yang paling tinggi diperolehi oleh kerajaan Malaysia ialah cukai judi dan hiburan di Genting Highland dan seterusnya ialah cukai-cukai sukan judi bernombor seperti Toto dan Magnum. Oleh demikian, adakah kerajaan Malaysia bebas dari hasil judi ??

Kalau diikutkan kebodohan ini, semua penjawat awam harus memulangkan semua gaji yang telah mereka terima kerana duit yang mereka terima itu sumbernya telah bercampur dengan cukai dari perniagaan judi. Kepada penerima wang ehsan dari  Jabatan Kebajikan Masyarakat juga boleh memulangkan semula wang yang telah diberi oleh kerajaan pusat, dan bayar balik bagi wang yang telah dihabiskan sebelum ini.

Harus diingat, walaupun kerajaan mengasingkan hasil cukai judi dari Genting, Toto, Magnum dan juga dari bursa saham umpamanya, tetapi dari sudut keseluruhannya kerajaan tetap mempunyai duit haram dalam poketnya. Duit yang disimpan dalam poket itu tetap duit haram, duit yang disimpan di bawah bantal itu juga asalkan ia adalah hasil judi maka ia tetaplah haram walaupun diasingkan.
 
Saya berikan satu contoh. Seorang kaki judi yang kaya dengan hasil judi tetapi tidak pernah membeli makanan dari sumber judi, tidak pernah membeli minuman dari duit judi yang diasingkan - Adakah kaki judi ini dikirakan suci dan tiada yang haram dalam darah dagingnya?

Judi? Hasil judi ?

Pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM 100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi. Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, YAB Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri KOMTAR Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas.

Justeru itu, di manakah rasionalnya duit yang seratus ringgit itu harus dipulangkan? Ini adalah gimmik politik yang paling busuk! Jika anda perhatikan gambar di atas, semua duit yg dipulangkan seolah-oleh baru dikeluarkan dari mesin ATM, semua warga emas tersebut memegang wang baru yang tiada cacat celanya(tidak komot). Adakah duit ini dari poket UMNO sendiri? atau dari Reezal Merican ?

Seperkara yang begitu menyedihkan apabila ada seorang makcik yang menangisi pemergian suaminya beberapa hari setelah mengambil wang ehsan Pulau Pinang. Apa yang sedih bukan mengenai kematian suaminya, tetapi yang sedih ialah bila makcik ini menyalahkan duit wang ehsan sebagai punca ajal suaminya. Sedih apabila makcik ini tidak mempercayai qadak dan qadar, mujur dia tidak menyalahkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai punca suaminya meninggal dunia.

Untuk pengetahuan semua, daripada peruntukkan RM20 juta kepada warga emas oleh kerajaan negeri, hanya RM10.7 juta saja yang telah digunakan dan telah diagihkan kepada 107,720 warga emas. Adalah menjadi satu musibah yang besar sekiranya semua 107,720 warga emas itu meninggal secara tiba-tiba kerana telah menerima wang ehsan Pulau Pinang.

Kepada makcik yang kehilangan suami tersayang, janganlah tambah penderitaan anda dengan memesongkan akidah sendiri. Kita memahami perasaan kehilangan suami, tetapi janganlah perasaan sedih itu ditafsirkan dengan pemikiran yang sempit kerana mungkin 107,719 orang warga emas penerima wang ehsan negeri pulau masih hidup.

Sebenarnya saya merasa agak sebak apabila memikirkan, keikhlasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh LGE menawarkan RM100 setiap tahun kepada setiap warga emas negeri P.Pinang telah dihina dan disabotaj sedemikian rupa, kerana takutnya kerajaan pusat terhadap potensi LGE sebagai pejuang rakyat. Kerajaan Barisan Nasional telah menonjolkan resamnya yang tidak langsung boleh diubah iaitu sentiasa ingin melihat kesusahan rakyat supaya kesusahan itu memaksa rakyat meminta-minta dari mereka (BN) sedangkan kerajaan P.Pinang hari ini memberi apa yang mereka (BN) tiada !

Hasrat untuk mengagihkan hasil keuntungan yang diperolehi dari pentadbiran yang telus dan tidak bocor, telah dijadikan sebagai sumber politik sempit pihak yang cemburu terhadap pencapaian negeri pembangkang, di mana ia tidak pernah dilakukan selama Barisan Nasional memerintah - Memulangkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat !

Oleh itu, saya mencadangkan agar nama 40 orang tarbus yang memulangkan dan tidak mahu menerima wang ehsan (tetapi sanggup menerima rasuah UMNO?) agar di'blacklist'kan nama mereka dari senarai penerima tahun hadapan. Bayangkan, sekiranya mereka hidup 30 tahun lagi, maka mereka akan rugi RM3ribu duit ikhlas sebuah kerajaan yang survive di atas penjimatan yang bijak.

Kepada sesiapa warga emas yang tidak mahu menerima wang ehsan, sila jangan mendaftar sebagai penerima tahun hadapan. Hari ini mungkin jumlah yang diberi adalah RM100, siapa tahu jika kerajaan P.Pinang memperolehi lebih banyak penjimatan pada masa akan datang, jumlahnya boleh jadi RM500 setahun? maka meloponglah orang bodoh piang yang menolak rezeki.

Moral of the story, orang yang bodoh selalu rugi !


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

Wednesday, September 29, 2010

Kerajaan Bakar Duit Biasiswa !!! (Mesti Baca!!)

Kenapa tak salai sekali pemandunya ?

Inilah hasilnya pelaburan bijak kerajaan Malaysia - enjin salai masak Kovalainen!

Berapa jutakah harga kenderaan paling laju di atas muka bumi ini? enjinnya juga pasti juta-juta harganya. Apakah kereta lumba Lotus Racing menggunakan minyak RON95 menyebabkan kebakaran itu berlaku, tidaklah diketahui. Tetapi apa yang diketahui ialah, enjin yang terbakar seperti gambar di atas, adalah 'total lost' sama sekali. Ia pasti mengundang kerugian yang besar.

Siapakah yang berada di belakang pasukan Lotus Racing? Tony Fernandez menjadi principle kepada pasukan ini. Orang yang bertanggungjawab memberi idea kepada penubuhan pasukan ini ialah Najib Razak. Asalnya, pasukan Lotus Racing sepatutnya berjenama pasukan 1Malaysia Racing Team, tetapi kebodohan mengatasi segalanya apabila kita melabur, mereka tetap meminggirkan nama 1Malaysia. Kesian dia, adalah lebih baik kalau pasukan ini tidak ditubuhkan dan dana itu dihenjut ke sektor pengajian tinggi umpamanya.

Untuk pengetahuan semua, 4 gergasi konglomerat telah melabur dalam pasukan Lotus 1Malaysia Racing Team. Antara syarikat konglomerat yang menyumbang adalah termasuklah Proton, Air Asia dan Kumpulan Naza dan jumlah yang dapat dikumpul ialah sebanyak 1 bilion. Daripada jumlah pelaburan ini, dapatlah Tony Fernandez mengemudi pasukan yang menduduki tangga terbawah dalam perlumbaan Formula 1.

Satu persoalan, apakah manfaat yang diperolehi oleh rakyat setelah negara mempunyai sebuah pasukan formula satu? Apakah anda pembaca setuju sekiranya saya katakan, ini adalah satu lagi projek pembaziran terancang kerajaan Barisan Nasional ?

Pembaziran itu dapat dielakkan sekiranya wang yang dapat dikumpulkan dari beberapa konglomerat terkemuka negara, dinamakan sebagai tabung khas biasiswa 1Malaysia. Ianya jauh lebih bermanfaat selain daripada memberikan pulangan yang lumayan kepada kerajaan Malaysia apabila mahasiswa-mahasiswa yang diberi biasiswa ini akan kemudiannya berbakti kepada kerajaan yang prihatin. Tetapi malangnya kerajaan yang ada hari ini adalah sebuah kerajaan yang zalim apabila menafikan hak pelajar untuk menerima biasiswa, malah kerajaan menjadikan pinjaman ini satu perniagaan apabila meletakkan kadar faedah sebanyak 4 peratus !

Berbalik kepada cerita formula satu, ada maklumat yang mengatakan jumlah yang dilaburkan oleh syarikat konglomerat ialah 500j tetapi harus diingat bahawa perbelanjaan tahunan untuk satu pasukan formula 1 adalah mencecah 1 bilion.

Ada rakan yang mengatakan kepada saya bahawa kerajaan tidak keluar walau satu sen pun untuk pasukan formula satu negara. Semua perbelanjaan yang mencecah 1 bilion semusim itu ditaja oleh badan swasta.

Memang benar, kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun untuk pasukan formula satu. Tetapi janganlah kita menganga dengan auta yang cuba menyembunyikan fakta sebenar. Walau berapa pun jumlah tajaan syarikat swasta untuk tujuan sukan negara, ia pasti akan menolak jumlah cukai tahunan yang dikenakan (income tax) terhadap mana-mana syarikat pun. contohnya, sekiranya syarikat A memberi tajaan RM 1 juta, maka apabila membayar cukai, RM 1juta akan dikecualikan. Dalam masa yang sama, jumlah cukai yang sepatutnya diterima oleh kerajaan Malaysia telah susut 1 juta di atas tajaan syarikat A terhadap sukan negara (termasuklah sukan formula satu). Jadi, adakah anda bersetuju jika saya katakan kerajaan telah terlibat secara langsung dalam perbelanjaan formula satu ?

Justeru, saya melihat kerajaan mempunyai kuasa untuk menekan konglomerat supaya mengambil bahagian bagi menubuhkan dana untuk dijadikan biasiswa. Seandainya kerajaan benar-benar mendahulukan rakyat sepertimana slogannya 1Malaysia, sepatutnya tabung biasiswa 1Malaysia lah yang menjadi pilihan untuk dibangunkan, bukan sebuah pasukan formula satu. Daripada jumlah RM 1 bilion setahun, tahukah anda berapakah jumlah mahasiswa yang boleh ditanggung oleh kerajaan melalui biasiswa percuma untuk setiap tahun?

Saya mengandaikan setiap mahasiswa yang mengambil sarjana ijazah memerlukan RM 40 ribu untuk keseluruhan yuran pengajian. Jika peruntukkan tabung biasiswa tajaan konglomerat (seperti jumlah mereka sponsor formula satu) adalah berjumlah 1 bilion, kerajaan hari ini boleh menghasilkan pengajian percuma terhadap 25 ribu pelajar IPTA dan IPTS untuk satu 'batch'.

Jumlah ini boleh ditingkatkan dari tahun ke tahun, dan akhirnya lebih ramai mahasiswa akan menerima pengajian universiti secara percuma. Tidak mustahil sampai di satu masa, semua pengajian adalah percuma dengan penglibatan seluruh konlomerat yang ada.

Tidakkah ini menjadi satu kebanggaan ? Malangnya sekali lagi, kerajaan yang ada hari ini bukanlah kerajaan prihatin, tetapi sebuah kerajaan retorik apabila dengan muka tebal meletakkan ungkapan 'rakyat didahulukan' sebagai slogan kebangsaan.

Kerajaan yang ada hari ini harus ditumbangkan dengan segenap kekuatan rakyat dan juga termasuklah kekuatan mahasiswa, kerana telah berulang kali bertindak tidak bijak dan antara keputusan yang paling tidak bijak ialah - menubuhkan sebuah pasukan formula satu, berbanding menubuhkan tabung biasiswa tajaan konglomerat nasional.

Jika para pembaca tidak mahu melihat anak-anak kita menderita ketika menyambung pelajarannya nanti, inilah masanya untuk membuat perubahan. Keberanian para pembaca untuk berubah, pasti akan mengubah nasib anak-anak para pembaca semua, atau sekurang-kurangnya ia mengubah nasib anak bangsa. Tidakkah anda bangga, jika perubahan yang anda lakukan hari ini, menjadikan hari esok semua pelajar universiti menikmati pelajaran percuma untuk setiap semester yang dilalui.

Ingin saya konsi apa yang saya rasa. Saya mempunyai sepasang anak untuk dibesarkan, setakat inilah. Tidaklah dapat saya fikirkan sekiranya saya terkorban di mana-mana, apakah nasib anak saya nanti apabila pinjamannya tidak diluluskan kerana tidak punya penjamin. Bagaimana pula ingin membayarnya pinjaman pelajaran itu sekiranya gaji yang diterimanya tidak sehebat tuntutan kehidupan di sebuah metropolis.

Terus terang saya katakan secara duniawinya, saya hidup untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya. Justeru itu, jalan yang terbaik untuk memastikan anak-anak saya menerima habuan terbaik ialah, dengan menggerakkan perjuangan rakyat hingga kemenangan rakyat itu dicapai. Kerana apabila kerajaan zalim itu tumbang digantikan dengan kerajaan rakyat, apabila kapitalis itu tumbang digantikan dengan aspirasi kebajikan rakyat. Ketika itu jika ditakdirkan saya mati, saya akan mati dalam penuh ketenangan apabila nasib anak-anak dan anak bangsa akan lebih terjamin - apabila pelajaran itu adalah percuma.

Artikel yang bermula garang tadi saya akhiri dengan sebuah emosi yang agak sentimentel kerana apa yang diperkatakan ini bukan hanya mengenang nasib anak bangsa, malah ia secara terus mengenai nasib anak sendiri. Tekadlah dengan istiqomah, kerajaan zalim harus tumbang menyembah bumi !!

Reformasi rakyat ini akan membuahkan revolusi yang akan bermula ketika robohnya sebuah kerajaan legasi penjajah ! LAWAN TETAP LAWAN !!!!!


EDYES @ edyesdotcom

Mari Berhutang !

Sebab itulah kerajaan negeri Kelantan tak lekang bayar hutang.

sumber : Malaysianews

Monday, September 27, 2010

Arwah ADUN Galas Beri Laluan...

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.

Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kemoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.
Al-Fatihah

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri parti PAS telah memberi laluan kepada pilihanraya setelah meninggal dunia hari ini. Pemergian arwah ADUN Galas telah memberikan seribu rahmat ke bumi Galas yang berada di dalam kawasan parlimen Gua Musang.

Seperti yang kita sedia maklum, apabila berlaku pilihanraya di suatu-suatu tempat, ia pasti akan meransang insfrastruktur dan ekonomi di DUN tersebut, malah ia berkemungkinan diangkat menjadi DUN anak emas kerajaan Barisan Nasional.

Warga Galas diminta bersedia untuk menyambut gula-gula UMNO yang berbentuk projek mee segera mengetar jalan-jalan kampung, malah jalan yang ditar itu mungkin sampai ke perkarangan rumah anda sekiranya anda mengaku menyokong BN sekeluarga.

Pasti banyak jambatan atau jamban usang bakal ditawarkan pembaharuan atau dinaik-taraf dalam menifesto segera kerajaan pemerintah, tetapi hanya akan berlaku sekiranya BN menang. Jangan dihairankan sekiranya wang benar-benar jatuh dari langit hasil ehsan kerajaan Barisan Nasional. Wang ini halal untuk diambil sekiranya tidak mengundi mengikut yang ditelunjukkan dan menjadi haram sekiranya mengundi bagi pihak yang memberi, itu rasuah namanya.

Penduduk Felda Sungai Buaya yang sehingga hari ini masih menunggu baki Ringgit Malaysia 49 ribu boleh mengambil kesempatan untuk sama-sama berkempen sambil memohon bakinya yang belum Najib bayar segera dilunaskan. Sekiranya kerajaan Najib buat tak tahu atau bahasa kampungnya 'buat bodoh', maka anda wajar menceritakan kebohohan anda ketika pilihanraya Hulu Selangor kepada warga DUN Galas.

Seluruh jentera kerajaan pusat termasuklah pejabat Perdana Menteri pasti hadir untuk cubaan memenangkan pihak kerajaan. Najib juga pasti akan sekali lagi mengungkapkan tawaran sepertimana yang dia lakukan di Sibu, tetapi ungkapan kali ini mungkin bukan 'You help me, I help you', tetapi berbunyi 'demo tolong kawe, kawe tulong demo, buleh dok?'. Perlu diingat, rasuah juga ada yang halal (sekiranya dari pihak kerajaan).

Untuk jentera pilihanraya PAS, jadikanlah kekecewaan di Manik Urai sebagai pedoman yang paling berharga untuk menghadapi pilihanraya Galas. PAS sebagai parti abang yang punya banyak pengalaman pasti akan memberikan yang terbaik dalam pilihanraya yang bakal dipukul dan dipalu oleh Barisan Nasional sebagai titik kebangkitan setelah dimalukan di Sibu.

Untuk PKR pula, ini adalah satu medan ujian yang penting kerana pilihanraya akan berlaku sejurus sebelum pengundian pemilihan dijalankan. Oleh itu, calon-calon yang bertanding, baik dari jawatan timbalan presiden, atau naibnya dan paling penting para calon pemudanya dapat menunjukkan warna sebenar dalam menghadapi realiti pilihanraya - yang berliku-likang.

Ini terutamanya bagi calon-calon ketua AMK, dapat kita melihat sejauh mana peranan yang dijalankan oleh setiap calon samada mencapai apa yang disasar atau tidak langsung berdaya saing. Jadikanlah medan pilihanraya ini medan sebenar untuk berperang dengan kebejatan BN, maka pukul lah habis-habis tanpa belas kasihan, tidak seperti pertandingan pemilihan yang bersifat kekeluargaan. Di sinilah para ahli Keadilan melihat kesungguhan pemimpin AMK mereka dalam menjalankan tugas, dan juga kepimpinan tertinggi juga wajar bijak melayani asakan wartawan.

Semua jentera pilihanraya harus dihidupkan enjinnya malam ini juga. Ini adalah pilihanraya ke-12 pada pasca 8 Mac. Justeru, pengalaman berdepan dengan jentera UMNO dan Barisan Nasional harus dijadikan pedoman terbaik, demi mempertahankan kerusi DUN Galas!

Pengundi negeri Kelantan yang selalu mengaku mereka bijak politik, harus membuktikan kebijaksanaan mereka itu tidak boleh dijual beli dengan uwang ringgit. Terjemahkanlah kebijakkan itu melalui satu kemenangan yang menjadi signal bagi jalan keluar kerajaan BN pada jasad Putrajaya.

Ayuh, tunjukkan mereka jalan keluar ! Buktikan kuasa rakyat itu kuasa keramat !!


EDYES @ edyesdotcom

Veteran UMNO Keluar Parti Ketika Hadiri Rumah Terbuka Cabang Rembau!!


Berlaku di majlis jamuan hari raya dan rumah terbuka Keadilan Cabang Rembau, seorang veteran UMNO yang pernah menjadi ADO Jempol, bekas s/u sulit Reily Jefry ketika itu Menteri Kerja Raya, juga bekas s/u sulit lim liong sik, bekas pimpinan pemuda UMNO Teluk Kemang dan sekarang ini sebagai usahawan berjaya.

Veteran yang cukup dikenali sebagai kawan rapat Isa Samad (sehingga sekarang), telah terbuka hatinya apabila mendengar pidato Chegubard yang banyak menyentuh isu keselamatan rakyat dan isu gadaian maruah bangsa yang dilakukan oleh UMNO.

Dengan rasa insaf, dengan fikiran terbuka, veteran berumur 62 tahun (yang biasanya takkan berubah dari menyokong UMNO) dengan begitu semangat mengumumkan keluarnya dari parti keparat UMNO!! Dan beliau yakin, ramai lagi rakan-rakannya dalam UMNO akan mengikut jejak langkah beliau.

Beliau adalah Hj Md Noor Daud.
 
Perkara ini berlaku secara spontan, atas keinsafan seorang insan yang kita selalu jangkakan hidup dan matinya untuk UMNO semata-mata. Tetapi perkiraan politik Malaysia hari sudah sangat berbeza dan telah melalui fasa-fasa perubahan yang menampakkan kesan positif.
 
Kerana hari ini, bukan hanya anak muda yang berjaya melepaskan diri dari kongkongan 'projek pembodohan rakyat' tajaan kerajaan Barisan Nasional, malah pengundi di saluran yang paling sukar untuk ditembusi, paling sukar untuk dirayu undinya juga boleh direformasikan dengan pendekatan yang menjurus kepada realiti. Percayalah bahawa mereka yang berumur ini tidak berminat dengan frasa-frasa retorik kerana resamnya bagi seorang veteran, mereka terlebih dahulu merasa garam.
 
Saya berani jamin, ini bukanlah satu kes terpencil. Ramai lagi penerima pencen akan beralih arah kerana tidak lagi mempunyai ikatan berbentuk risiko sekiranya mereka menyebelahi pembangkang. Saya yakin seperti yang disebut oleh Md Noor Daud, bahawasanya ramai lagi rakan-rakannya akan menyonsang arus bagi merentas perubahan demi untuk memastikan kesilapan mereka suatu masa dulu dapat ditebus, walaupun tidak dapat mengembalikan jumlah sebenar tanah rezab melayu yang telah tergadai.
 
Jika kita sebagai anak muda mempunyai peluang, tarbiyah dan pujuk jika perlu supaya orang-orang terdekat memahami apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Supaya mereka melihat komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat adalah wadah yang paling sesuai untuk berjuang, tidak kiralah apa lingkungan umurnya. Masih belum terlewat untuk mereka yang biru tegar meninggalkan parti lama dengan politik lama dengan menyertai parti baru dengan politik baru - iaitu memulangkan harta kekayaan negara kepada rakyat.
 
Masih lagi belum terlambat untuk setiap saudara sekampung kita yang berada di sebelah sana untuk berhijrah, sepertimana pepatah orang putih yang berbunyi 'better late than never'. Ingatlah, mereka yang menyertai Pakatan Rakyat, mereka yang menyertai Parti Keadilan Rakyat, adalah mereka-mereka yang berani! 



Ralat Teknikal dan Penjelasan edyes;
 
1. Peralatan asal untuk recording audio-visual menghadapi masalah, jadi saya terpaksa menggunakan kamera handphone untuk detik2 penting seperti di atas.

2. Kesilapan teknikal apabila menangkap gambar itu secara vertikal, sepatutnya secara horizental.

3. Berita baiknya ialah, ralat senget itu boleh dipulihkan menggunakan kebanyakkan video editor, manakala berita buruknya pula ialah, window SEVEN telah menyebabkan kebanyakkan video editor tidak boleh berfungsi seperti biasa, oleh sebab itu juga, anda perlu sengetkan kepala anda untuk menonton klip video di atas dengan lebih jelas.

4. klip video di atas akan dibuang setelah saya berjaya mencapai video editor yang mesra dengan windows SEVEN.

kesulitan amat dikesali

Datuk Kamarul Tumbang Di Teluk Kemang!

Setinggi tahniah diucapkan kepada YB Ravi di atas kemenangan 'bergaya' bagi merebut jawatan Ketua Cabang Teluk Kemang, menumpaskan calon yang berkapasiti Ahli Parlimen. Kelibat YB Ravi sepanjang hari di Glory Beach Resort menampakkan hasil lumayan apabila memperolehi 279 undi berbanding YB Teluk Kemang, Datuk Kamarul memperolehi hanya 135 undi.

Satu kemenangan solid untuk ADUN Bandar Port Dickson. YB Ravi diberi signal yang jelas untuk meneruskan agenda-agenda parti selaku Ketua Cabang Teluk Kemang. Datuk Kamarul pula boleh menumpukan tugasannya kepada rakyat sebagai Ahli Perlimen Teluk Kemang.  Saya percaya ada hikmah dan kelebihannya apabila Ahli Parlimen itu bukan seorang ketua cabang.

Tepat jam 2.30 petang, Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Port Dickson berlangsung dengan dirasmikan oleh calon ketua AMK iaitu saudara Badrul Hisham Shaharin atau nama komersialnya Chegubard.

Delegasi Cabang Teluk Kemang juga menamakan DS Anwar Ibrahim sebagai presiden dan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon untuk Timbalan Presiden KEADILAN. Cabang Teluk Kemang juga mencalonkan Chegubard sebagai Ketua AMK manakala bagi calon naib presiden, YB Fuziah, YB Nurul Izzah, YB Gobala Padang Serai dan Dr Lee Boon Chye telah dipilih.

Pemilihan 2010 adalah pertembungan yang bersifat kekeluargaan. Walaupun setiap calon mempunyai agenda dan pendekatan yang berbeza, namun saya percaya arusnya masih sama dan matlamatnya juga sama, apatah lagi di atas nama perjuangan.

Mereka yang terpilih haruslah bersikap sayang terhadap mereka yang kalah iaitu sayang kerana potensi untuk sama-sama berbakti untuk parti itu lebih bermanfaat, dan bicarakanlah betapa yang kalah itu tetap diperlukan bagi menjayakan misi, visi dan agenda perubahan. Bagi yang tertewas, haruslah berjiwa besar dengan meletakkan kepentingan parti jauh di hadapan sebagai satu keutamaan. Buanglah sifat rajuk yang membunuh semangat juang, tegak dalam istiqomah dan bersama dalam jamaah bagi misi nasional yang jauh lebih gergasi.

Dengan segala keputusan di atas, kita berharap demokrasi itu akan terus subur bersama harapan rakyat yang menuntut agar keadilan itu dapat dibuktikan dengan sebenar-benar demokrasi. PKR adalah parti rakyat, parti untuk rakyat, maka dengan menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat menjadikan PKR sebuah parti yang harus diangkat bersama dokongan Gagasan Pakatan Rakyat.

Tahniah Teluk Kemang !

YB Ravi ketika memberi ucapan alu-aluan sebagai Pemangku Ketua Cabang


Chegubard Merasmikan MATC Teluk Kemang


Untukmu Zunar...

Berikut adalah satu komen dari saudara Mohd Ali Suratman yang terpapar di bawah entri penangkapan kartunis Zunar tempohari, sila hayati... (bukan Nurhayati yang rumahnya belakang mesejid tuuu)

Assalammualaikum Sdra. Mengapa Zunar dijadikan Kambing hitam untuk membendung kebencian rakyat kepada UMNO ?. Mengapa kita masih tidak mahu menerima hakikat kebenaran bahawasanya Kebobrokan parti UMNO sekarang adalah disebabkan oleh perlakuan buruk yang telah dilaku dan dipaparkan oleh sesetengah pemimpin kita. Mengapa setelah lebih dari setengah abad UMNO berkuasa, hanya diakhir-akhir sepuluh tahun kebelakangan ini Rakyat membenci UMNO. Relakah kita ?, tetapi itulah hakikatnya, Rakyat telah membenci kita. UMNO dibenci hanya disebabkan oleh kerakusan beberapa (?) pemimpin UMNO sekarang.

Wahai pemimpin, Rakyat mendengar dan Rakyat bercerita. Tidak ramai antara Rakyat yang bernasib baik dapat melihat dengan mata kepala mereka akan kebobrokan kamu. Bukankan kamu tahu bahawa Allah itu sifatnya maha mengetahui. Mengapa masih mahu berselindung, melindungi dan dilindungi. Anda yang melakukan kerenah tetapi mengapa kami Rakyat yang menerima celaan dan ejekannya. Orang Melayu malas, Melayu mudah lupa, Melayu rasuah, Melayu busuk, boleh dibeli dan sebutkan sahaja apa yang tidak pernah diperkatakaan mereka kepada kami orang biasa sebagai orang Melayu.

Ahli UMNO itu Melayu tidak kiralah apa jua keturunannya. Melayu,Jawa,Arab,Bugis, Banjar, Minang, Melanau, Bajau, mamak dan lainnya. Melayu itu semestinya Islam, itu dalam perlembagaan. Tetapi, mengapa perkara sekecil aurat pun tidak dapat di pegang, dianut dan ditaati, malah disindir dan diperkecilkan. Rasuah, tamak, gelojok, dengki, fitnah, prasangka, dan gila jantina yang banyak nikmat dunianya masih tidak dapat dibuang.Al-Quran dijadikan simbol amanah diletakkan di hadapan tetapi aurat tidak terjaga sopannya. Bibir, tangan dan jari penuh digincu merah, suara segar penuh kebencian, hasutan dan perwatakan. Akhirnya, mahu juga didoakan mohon keberkatan Allah. Jangan ini dijadikan tanggapan orang terhadap budaya kita orang Melayu.

Wahai Pemimpin, Zunar hanya seorang penulis dan pelukis. Melukiskan apa yang telah terlihat dan terjadi dengan harapan dapat menyedarkan mereka. mereka yang tersalah sikap lakunya. Mustahil ada bukti kecelaan yang boleh ditunjukkan. Pun sekiranya anda berlurus bendul seperti Menteri Nazri maka anda akan di kutuk siang malam oleh kaum sepolitik kamu. Dimana letaknya darjat kita sebenarnya?.

Membaca Komik itu suatu hiburan sejak kita kecil dahulu. Hantu, Tarzan, Megat Terawis, Beano itu bacaan zaman kami kanak-kanak remaja di tahun-tahun lima dan enam-puluhan. Tiada TV suratkhabar pun jarang sekali. Pun kami tak menjadi tarzan.

Kebencian Rakyat kepada UMNO bukan kerana komik Zunar. Zunar tidak dapat mempengaruhi minda kami. Mungkin kamu menganggap anak-anak kami keluaran sekolah, kolej dan universiti tempatan tidak dapat membezakan buruk baiknya sesuatu yang di pegang, dilihat, dibaca dan dipunya. Kiranya itulah tanggapan kamu wahai pemimpin, tepat sungguh anggapan orang akan tahaf pendidikan kita kini telah termusnah. Mengapa Kartun Zunar dibimbangi hingga ke tahaf mengerunkan. Wasallam.

Semoga jualan buku kartun Zunar akan semakin laris berkadar terus dengan tekanan KDN terhadapnya. Percayalah, penangkapan Zunar hanya akan menambah ilhamnya sebagai kartunis sinis.

Saturday, September 25, 2010

Dalil-Dalil Mengapa Rafizi Tidak Layak Menjadi Ketua AMK !!

Rafizi Ramli dan Calon Timbalannya


Bermula dengan baik untuk dicalonkan jawatan Ketua AMK apabila menjual nama Anwar Ibrahim ke sana ke mari dan diberi laluan mudah apabila Azmin Ali bergerak memperkenalkan Rafizi di mata akar umbi. Ini calon yang tidak punya kekuatan diri. 

Menjual nama Anwar Ibrahim adalah tiket yang paling mudah untuk mendapat pencalonan kerana mentaliti ahli yang melihat pilihan Anwar ialah pilihan tepat tanpa mengambil kira kriteria sebenar seorang ketua AMK dalam latar masa yang kritikal sepanjang penggal yang mendatang.

Tergamakkah seseorang itu mengaku ingin bertanding kerana disuruh oleh Anwar? Umpama orang yang tiada pendirian, hanya ingin bertanding apabila disuruh berbuat demikian, dan Anwar telah nafi meletakkan calon yang direstu. Rafizi juga dengan tidak segan menafikan kata-kata yang pernah dilafazkan olehnya tidak lama dulu di Pulau Pinang. Faizal ketua AMK Balik Pulau menjadi saksi hidup yang merakam setiap kata-kata Rafizi yang sanggup menipu dengan mengatakan Anwar Ibrahim memintanya bertanding. Lebih meloyakan, dalam dakwaannya Rafizi, pencalonannya sebagai ketua AMK mendapat restu dari Anwar sendiri seolah-olah Anwar Ibrahim mahukan kemenangan di pihak Rafizi.

Rafizi cuba memilih jalan senang untuk dinaikkan selaku ketua AMK, mengakui dirinya telah teruji sejak penangkapan Anwar Ibrahim 1998. Semua sedia maklum, Rafizi telah mencikaikan sejarah kebangkitan pejuang reformasi apabila mengatakan reformis jalanan itu bersifat romantis dan harus ditinggalkan demi menuju ke Putrajaya. Sungguh angkuh! 

Saya ingin tegaskan, tanpa reformis jalanan, jangan mimpi untuk bersenang lenang merentasi halangan demi halangan ke Putrajaya. Kerana kita pasti 'round' terakhir sebelum mencecah PRU-13 pasti disulami keganasan yang jauh lebih hebat. Adakah kaum-kaum pejabat seperti Rafizi akan berdepan dengan watercanon FRU sekiranya kebangkitan rakyat sekali lagi dituntut di jalan raya?

Ketika artikel ini sedang digarap, kita mendapat berita bahawa pejabat kartunis Zunar telah di'ambush' dan Zunar sendiri telah ditangkap dan dilokap. Bergegas ke tempat kejadian ialah Latifah Koya. Di manakah Rafizi ketika kejadian ini? Juga tidak ketahuan di mana calon bakal U-turn Sam. Chegubard pula berada di Kemaman.

Penangkapan Zunar adalah detik-detik permulaan kezaliman yang bakal kita hadapi di bawah regim Najib, yang berkemungkinan lebih ganas dari era Mahathir kerana kita sedar Najib itu sentiasa mahu selamat. Selamat pada Najib, maka musibahlah pada penentangnya. Apakah orang flip-flop seperti Rafizi yang kita kira belum teruji ini mampu mengumpul angkatan muda untuk menghadapi semua ini? Hari ini Zunar, sampai masanya pasti giliran Anwar !

Masih kita ingat apabila Rafizi dikecam oleh sebilangan besar anak muda Keadilan kerana keangkuhannya menuduh semangat reformis adalah romantis, Rafizi membuat pusingan 180 darjah apabila mengaitkan dirinya dalam gerakkan reformasi 1998. Malangnya, ia terus dibidas dan lebih mengejutkan apabila ratu reformis Nora Reformasi membidas sekeras-kerasnya betapa kak Nora sendiri tidak langsung mengenali siapa Rafizi. Saya juga tidak mengenali Rafizi, lebih malang apabila otai seperti Mat Saman Kati juga tidak mengenali Rafizi. Bagaimana Rafizi mampu menggerakkan AMK jika tidak berkesempatan selama ini bersua muka dan bekerjasama dengan AMK negeri? Fikir-fikirkanlah logiknya.

Dalam debat tempohari, tidak satu pun gerak kerja yang dibentangkan oleh Rafizi. Apakah menawan Putrajaya itu semudah duduk di atas meja rundingan? Sekejap mengakui dari golongan elitis, sebentar pula mengakui bukan golongan elitis dan berasal dari kampung. Dengan angkuhnya Rafizi juga mendakwa mencari dana untuk menggerakkan anak muda kononnya membayar gaji mereka yang bekerja untuk parti. Mungkin bagi Rafizi, inilah kriteria yang membolehkan dirinya menang bertanding jawatan ketua AMK sedangkan saya yakin anak muda Keadilan tidak memandang duit semata-mata (seperti perwakilan UMNO). Anak muda Keadilan bukanlah lembu yang dicucuk hidung, adalah menjadi satu penghinaan apabila mengaitkan wang ringgit dengan semangat semulajadi anak muda.

Satu faktor yang ingin saya katakan menjadi dalil terpenting mengapa Rafizi Ramli tidak layak diangkat sebagai pemimpin berjawatan ketua AMK, iaitu faktor merajuk! Di akhir program debat, Rafizi telah membuat pengakuan bahawa dia melepaskan jawatan kerana tidak bersetuju dengan ezam yang ketika itu berada di penjara. Setelah meletakkan jawatan, Rafizi merajuk ke luar negara. Inikah ciri pemimpin yang sesuai menerajui jawatan ketua AMK ?

Cuba saudara bayangkan, sekiranya terdapat perbezaan pendapat dengan Kak Wan sebagai contoh, masalah tidak selesai dan Rafizi letak jawatan lalu melarikan diri. Apakah yang akan terjadi kepada AMK ketika itu apabila ketuanya lari meninggalkan meja rundingan? Itu baru hal sekecil perbezaan pendapat yang tidak dapat diselesaikan. Apakah musibahnya kepada AMK apabila pejabat AMK diserbu polis? ataupun ketika demonstrasi, Rafizi hanya beri arahan dari dalam kereta bertinted gelap. Ataupun lebih realitinya, sekiranya Anwar dihumban ke Sungai Buluh, mampukah Rafizi menggerakkan bala tentera Angkatan Muda Keadilan, jika penggerak local seperti MSK pun tak kenal, jika tidak punya jaringan perhubungan yang repulsif? Persoalan inilah perlu diambil perhatian oleh semua pejuang-pejuang AMK.

Rafizi Ramli, sudahlah kita dapat tangkapnya menipu, berdolak-dalik dalam menegakkan pendirian, dan baru-baru ini kita mendapati Rafizi Ramli cuba meniru bulat-bulat apa yang telah diusahakan oleh chegubard. Seperti yang kita maklum, Chegubard jelas melakar misi, visi, permasalahan dan sasaran gerak kerja, tup-tup di selangor semalam Rafizi juga dah ada sasaran gerak kerja dengan menamakan Koperasi Anak Muda, sedangkan sebelumnya Chegubard telah berada di sana lebih awal dengan nama Konsotium Anak Muda.

Rafizi Ramli penipu, peniru dan berdolak-dalik di antaranya. Untuk pemilihan kali ini, tolak calon bernama Rafizi Ramli, tolak calon dolak-dalik, calon penipu dan peniru, dan yang paling penting, tolak calon wahyu. Kerana AMK itu ahlinya berpendirian tetap dan berpegang kepada prinsip perjuangan.


EDYES @ edyesdotcom

Friday, September 24, 2010

Debat 3 Penjuru Pada Perspektif Juwaini Abdul Rahman

[UPDATE 29SEPT 8PM]

PERHATIAN! TERDAPAT RALAT DALAM ENTRI INI.

Saya benar2 kesal kerana menyangka tulisan di bawah yang saya petik sepenuhnya adalah sebenarnya bukan nukilan Amin Ahmad, tetapi Juwaini Abdul Rahman.

Oleh demikian saya memohon maaf sekiranya kesilapan di pihak saya mengelirukan semua pembaca. Saya akan buat satu entri baru untuk membetulkan keadaan kerana saya perlu menangkap semua pembaca entri ini pada period sebelum pengumuman ini.

[UPDATED]



Salam revolusi,

Artikel di bawah saya salin dan tampal ke blog ini kerana pandangan kongklusif Juwaini Abdul Rahman tidak jauh bezanya dengan apa yang saya gambarkan dalam entri ringkas saya mengenai debat bersejarah tersebut. Entri yang dimaksudkan adalah di sini.

Kepada siapa yang terlepas mengikuti debat calon AMK dan tidak berkesempatan untuk menonton rakaman debat tersebut, tulisan Juwaini Abdul Rahman di bawah menceritakan siapa sebenarnya mereka yang di pentas. Hayatilah perspektif penulis kerana perspektif ini berada dalam landasan realiti.

Sepanjang-panjang tulisan Juwaini Abdul Rahman dalam artikelnya di bawah, hanya satu perkara sahaja yang tidak saya setujui, apabila Juwaini menyatakan Rafizi adalah calon terbaik AMK (dibandingkan dengan chegubard sebagai calon yang mempunyai blueprint yang realistik untuk memperkasakan sayap AMK). Juwaini melihat Rafizi sebagai calon terbaik sedangkan apa yang saya lihat, rafizi tidak lain dan tidak bukan, hanya seorang penipu dan peniru - akan saya jelaskan dalam entri yang seterusnya. Itu adalah hak Juwaini dalam penulisannya di atas pengamatannya sendiri, kita wajar menghormati pengamatan beliau sepertimana pelontar komen di blog edyesdotcom menghormati pendirian edyes. 

Oleh demikian, luangkanlah masa untuk melihat bagaimana Juwaini Abdul Rahman mengadili para calon ketua AMK dari perspektifnya sendiri. Pasti banyak yang disetujui.


SEPUTAR DEBAT CALON KETUA AMK

Oleh: Juwaini Abdul Rahman

Pada 18 September 2010, bertempat di Taiping Golf Resort, telah dilangsungkan satu ‘debat’ 3 penjuru (asalnya 4 penjuru) antara calon Ketua Angkatan Muda Keadilan. Saya berasa bertuah kerana telah menjadi salah seorang penonton dan mengambil bahagian dalam acara tersebut. Saya ke sana dengan ditemani oleh dua orang adik lelaki saya.

Debat tersebut telah dipengerusikan oleh saudara Afendi aka Matsamankati dan disertai oleh saudara Hasmi, saudara Rafizi dan saudara Badrul Hisham.

Saya tidaklah terlalu berminat untuk mengulas apa yang mereka perkatakan sebab saya rasa mereka sudahpun menulis tentang manifesto dan harapan mereka di blog peribadi mereka. Saya hanya berminat untuk membincangkan kekuatan, kelemahan dan pandangan peribadi saya terhadap peluang mereka untuk memenangi kerusi Ketua AMK itu.

Pidato mereka dimulakan dengan saudara Hasmi membuka gelanggang, diikuti oleh saudara Rafizi dan diakhiri oleh saudara Badrul.

Dari segi kekuatan, saudara Hasmi mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terutamanya di kalangan komuniti Jalan Telawi dan Sekolah Politik IKD. Beliau adalah seorang penulis yang pandai menari dengan mata pena dan papan kekunci. Tulisannya sentiasa penuh dengan idea dan potensi untuk diperkembangkan menjadi gagasan massa.

Saudara Hasmi juga merupakan seorang yang sangat idealis. Beliau melihat dunia ini dari sudut pandangan seorang manusia yang punyai jiwa yang bersih. Saya tidak pasti samada sifat idealis ini merupakan satu kekuatan atau kelemahan untuk dirinya. Kalau saya mahu beliau jadi sahabat saya, saya akan sentiasa yakin dia takkan mengkhianati saya. Kalau saya memilih untuk beliau jadi lawan saya, saya tahu dia takkan main kotor untuk menewaskan saya.

Kendatipun secara peribadinya saya lebih hampir secara peribadi dengan beliau berbanding dua calon lain, tapi secara realistiknya saya tidak fikir beliau akan memenangi pertandingan ini atas sebab-sebab yang akan saya nyatakan kemudian. Dari perspektif sebagai seorang alumnus Sekolah Politik IKD yang mementingkan diri, saya lebih suka beliau kalah. Pada pandangan mata saya, beliau adalah seorang budayawan dan penulis yang hebat. Dalam bahasa anak muda, beliau adalah seorang yang cool. Beliau akan hilang ‘aura’ cool itu apabila beliau memegang jawatan politik seperti Ketua AMK.

Saudara Rafizi pula adalah seorang elitis (berdasarkan pengakuan beliau sendiri walaupun di akhir sesi beliau menolak label elitis tersebut) dan ahli ekonomi yang pintar. Saya tidak layak untuk mempertikaikan merit seorang yang mempunyai ijazah berganda dalam bidang kejuruteraan dan perakauan. Tambahan pula beliau merupakan seorang bekas pelajar terbaik SPM di MCKK dahulu. Makanya dari segi intelektual dan kredibiliti, saya tidak punyai alasan untuk mempertikaikan kehebatan beliau.

Dari sudut pidatonya, beliau adalah seorang yang mempunyai kemahiran berpidato yang baik. Seorang yang mengutamakan isi (hujah) berbanding kulit (gaya). Isu-isu bukan tradisional (ekonomi) yang dibawanya juga bersifat terkini dan merupakan luahan rasa hati anak-anak muda di Malaysia. Isu pembelian kereta, isu pemilikan rumah, isu gaji di Malaysia yang terlalu rendah dan sebagainya, kalau didengari oleh anak-anak muda Malaysia, saya pasti mereka akan memilih beliau sebagai pemimpin masa depan negara. Malahan kalau saya punyai kuasa memilih dalam PKR, undi saya sudah tentunya untuk beliau.

Tapi, ada tapinya…

Calon ketiga yang turut sama bertanding nanti adalah saudara Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard. Saya melihat saudara Badrul merupakan seorang penarik massa (crowd puller) yang kuat. Pidatonya hebat, agresif dan penuh isi. Beliau mendapat sokongan dari anak-anak muda. Hal ini dapat dibuktikan melalui laungan reformasi yang beliau terima sebelum sesi perdebatan ini dimulakan dan bilangan kehadiran penyokong beliau dari kumpulan penunggang motorsikal yang saya sudah lupa namanya. Tumpuan beliau dalam pidato adalah lebih ke arah memperkukuhkan parti yang mana hal ini berbeza dengan idealisme saudara Rafizi yang lebih menumpukan ke arah menarik undi seluruh masyarakat Malaysia.

Saudara Badrul menjelaskan usaha-usaha yang akan beliau lakukan dari aspek perkaderan (recruiting) ahli baru dan gagasan memperkasakan parti. Beliau membentangkan permasalahan yang wujud dalam sayap AMK dan (kredit untuk beliau) idea-idea yang telah, sedang dan akan beliau lakukan untuk menangani permasalahan tersebut. Dalam banyak hal, saya melihat beliau sebagai antitesis kepada saudara Rafizi (dan juga KJ!) dari sudut cara pemikiran dan tindakan beliau. Saudara Badrul adalah seorang yang praktikal (street smart) manakala saudara Rafizi adalah seorang yang lebih ke arah teoretikal (book smart). Kalau mereka berdua sanggup bergandingan, saya pasti mereka akan menjadi regu masa depan yang ideal untuk memimpin Malaysia.

Sekarang saya akan mengulas dari sudut peluang ketiga-tiga calon pula. Saya menggunakan analogi lumba kuda yang merupakan salah satu analogi paling saya gemari. Saya melihat saudara Badrul sebagai kuda terkuat/terlaju (strongest horse), saudara Rafizi sebagai kuda terbaik (best horse) dan saudara Hasmi sebagai kuda stallion (white horse).

Majoriti akhbar siber menulis saudara Hasmi sebagai ‘dark horse’, tapi saya menolak perlabelan ini kerana bagi saya, cukup sukar untuk saya ketemu sisi gelap pada diri saudara Hasmi (selain dari tabiat merokok beliau!). Namun demikian, saya rasa beliau terlalu ‘baik’ untuk memenangi pertandingan ini. Beliau tidak pandai ‘menikam’ kawan dan lawan. Kalau dalam AMK wujud jawatan Mursyidul Am atau spiritual leader (not in a religious way!), saya fikir itu jawatan terbaik untuk beliau. Bahkan beliau sendiri mengakui beliau lebih berusia berbanding dua orang lawannya itu. Kematangan beliau itu juga dizahirkan melalui diplomasi yang beliau tunjukkan dalam perdebatan ini apabila beliau menjadi timbangtara/pengimbang kepada saudara Rafizi dan saudara Badrul yang dilihat agak cenderung menarik audiens ke arah ekstrem kiri dan ekstrem kanan. (Jangan ditanya siapa pihak kiri mahupun pihak kanan! Siapa yang tonton debat ini, pasti tahu siapa leftist dan siapa mainstream). Kematangan saudara Hasmi ini saya rasa ada kalanya akan menggugat peluang beliau untuk menang pemilihan kali ini.

Saya fikir saudara Badrul akan memenangi pertandingan ini. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat berbanding saudara Rafizi yang dikatakan sebagai calon yang baru (walaupun anggapan ini salah!) dan tidak dikenali. Beliau juga mempunyai blueprint yang realistik untuk memperkasakan sayap AMK. Walaupun demikian, saya ulangi sekali lagi pandangan saya yang saudara Rafizi adalah calon terbaik untuk jawatan ini walaupun saya sedar beliau mungkin menghadapi kesukaran untuk menang biarpun (dikatakan) beliau mendapat ‘endorsement’ dari pimpinan tertinggi parti.

Apapun sebagai ahli baru PKR (tetapi penyokong lama PKR khususnya dan PR umumnya!) saya rasa sesiapapun yang menang, AMK akan berada di dalam tangan yang selamat. Semoga pertandingan ini dijalankan dengan penuh integriti dan berdiri atas dasar perjuangan sebenar.

Namun demikian, terdapat beberapa persoalan peribadi yang saya rasakan masih belum terjawab.

1. Kenapa Rafizi memilih YB Amir sebagai regu beliau? Tanpa memilih untuk bersifat prejudis, saya tidak merasakan YB Amir merupakan gandingan yang sesuai untuk beliau dari segi kewibawaan. Mungkinkah orang lain ada jawapannya?

2. Ketua AMK seharusnya memberi keutamaan ke arah memperkasakan parti atau memenangi pilihanraya? Saya melihat saudara Badrul mengutamakan parti dan saudara Rafizi lebih ke arah mahu menawan Putrajaya.

3. Salah satu idea paling berwawasan dalam pertandingan debat tersebut adalah cadangan saudara Hasmi supaya Perdana Menteri dipilih secara terus oleh kesemua rakyat Malaysia yang layak mengundi. Ini idea yang hebat bukan? Kenapa saya katakan begitu? Kerana 52% dari pengundi Semenanjung Malaysia tidak menerima Barisan Nasional sebagai parti pemerintah mereka.

Zunar Juga Turut Ditahan !!

Zunar baru sahaja ditahan polis dari pejabatnya - Gudang Karton di Brickfileds.

Ketika berita ini di tulis Zunar sedang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya. Sebelum ke IPD Petaling Jaya - Zunar akan dilaporkan dahulu di rumah pasong Brickfields.

Peguam Latifah Koya mengikuti Zunar dalam kereta yang berasingan. Setakat ini belum di ketahui apakah tuduhan yang akan di hadapi oleh Zunar.

Pada jam 8.00 malam ini MB Perak Nizar akan melancarkan buku terbaru Zunar yang di beri nama Cartoon- o- Phobia. Pelancaran ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan China di Jalan Maharaja Lela Kuala Lumpur.

 
sumber: lebai tt

Pecah Berita - Gedung Kartun Zunar di Serbu !!


Pejabat Zunar di Brickfieldsd pada ketika ini sedang di serbu polis.

Pejabat ini ialah pejabat Gedung Karton.

Apa yang sedang di serbu tidak di ketahui.

Latifah Koya sedang dalam pejalanan ke Gedung Karton.

Malam ini Zunar akan melancarkan buku karton terbarunya CARTOON -O-PHOBIA. MB Perak Nizar akan melnacarkan buku ini.

sumber : lebai tt


Menurut Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, pejabatnya yang juga menempatkan Kafe Kartun diserbu oleh sepuluh anggota polis yang diketuai oleh ASP Ari Krishna daripada balai polis Brickfields.

"Kami diberitahu bahawa laporan polis telah dibuat berhubung penerbitan buku itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Zunar berkata selain buku terbarunya itu, turut dirampas adalah beberapa lukisan kartunnya. - mkini

Azmin Nyanyu atau Nyanyuk ?




Zaid Ibrahim menempelak Syed sosialis dengan menuduh pemimpin nombor dua PKR itu nyanyuk. Secara emosinya saya katakan, itu adalah satu tuduhan yang berat ke atas seorang pemimpin yang telah banyak berkorban untuk masyarakat dan parti PKR khususnya. Atas sebab itu juga saya cuba untuk hubungi Zaid bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Lewat semalam saya berjaya dapat nombor Zaid, tetapi hari ini saya jumpa satu entri yang menceritakan maksud sebenar Zaid Ibrahim disebalik perkataan nyanyuk yang diungkapnya dalam temubual FMT. Entri tersebut adalah dari blog haris ibrahim.

Sesiapa sahaja pasti tidak setuju dengan tindakkan Zaid memperlekeh Syed. Tetapi secara sedar juga kita wajar melihat provokasi awal telah berlaku sebenarnya, di mana kedudukkan dan peranan Zaid Ibrahim sebagai penyelaras Pakatan Rakyat telah diperkecil dan dipertikai oleh Syed Hussin Ali.

Sejurus kemudian, Azmin pula menyerang Zaid tanpa usul periksa. Azmin tidak menyedari apakah maksudnya 'nyanyuk' yang diungkap oleh Zaid? Sebagai adik beradik dalam satu parti, mengapa tidak Azmin bersemuka atau sekurang-kurangnya menelifon Zaid bertanyakan hal tersebut?

Akhirnya, telah dikenalpasti bahawa apa yang disebut oleh Zaid bukanlah 'nyanyuk' yang kita anggap melampau jika dilemparkan ke atas seorang yang separuh umur sedangkan orang itu belum nyanyuk. Telah didedahkan dalam blog haris, Zaid menggunakan perkataan 'nyanyu' iaitu kurang satu 'k' daripada perkataan 'nyanyuk'. Jadi di manakah rasionalnya seorang Azmin Ali? Bukan UMNO yang dihadapinya dalam pemilihan 2010, jadi mengapa pendekatan lebih muafakat tidak di ambil untuk selesai masalah ?

Untuk pengetahuan semua, 'nyanyu' dan 'nyanyuk' adalah dua perkataan yang punya maksud berbeza. Mungkin kita boleh kata Syed Husin itu 'nyanyu' kerana menyerang Zaid yang semakin menyerlah dalam arena pertandingan 'kalah mati' timbalan presiden, manakala kita boleh katakan Azmin sebagai 'nyanyuk' kerana tidak sedar bahawa pemilihan ini adalah pemilihan dalam keluarga.

Saya sangat menghormati Syed yang sosialis kerana pengorbanan beliau yang besar. Tetapi saya juga dapati Azmin Ali adalah jauh lebih tidak rasional dari Anwar Ibrahim apabila bertindak melulu dan nampaknya sombong bersama team wawasannya.

Thursday, September 23, 2010

Ceramah Umum Sempena AidilFitri di Bandar Sri Sendayan, Seremban

SEMUA DIJEMPUT HADIR !! Mereka yang di Felda Sendayan, Labu, Gadong, KLIA, Seremban, Rombau...

Ceramah Umum sempena eidulFitri


Tarikh : 23 September 2010 (Malam nie lah)

Masa : 9.00 mlm

Tempat : Bandar Sri Sendayan (keluar tol Seremban/Labu, hala ke Pusat Kualiti Alam)
Penceramah : YB. Azmin Ali, YB Fuziah Salleh, YB Zuraidah, YB Dato Kamarul, cheGuBard dan YB Taufek

Pertanyaan lokasi sila hubungi 0129781707 Sani, Ketua AMK Rembau.

Wednesday, September 22, 2010

Rosmah Pembazir Wang Rakyat !!

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengumumkan bahawa sidang kemuncak "First Ladies" bakal diadakan bermula 11 Oktober hingga 13 Oktober ini.

Menurutnya, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

Beliau berkata, lebih daripada 20 wanita pertama dari seluruh dunia dijangka hadir untuk mewujudkan satu platform baru dalam meningkatkan kesedaran dunia global bagi menceburi bidang pelaburan, pembangunan, kebajikan dan pendidikan.
Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses Kuala Lumpur.

Oleh : edyesdotcom
Putrajaya International Convention Centre atau dalam singkatannya PICC adalah satu kemegahan yang melengkapkan Putrajaya sebagai sebuah bandaraya pengurusan pemerintahan pintar negara. Tetapi malangnya ia tidak langsung menarik perhatian 'wanita ulung' negara untuk mengadakan konvensyen yang melibatkan wanita ulung seluruh dunia.

Memilih hotel Palace of The Golden Horses, iaitu satu-satunya hotel bertaraf 6 bintang di negara ini sebagai venue untuk meraikan 20 'wanita pertama' adalah suatu pembaziran yang harus ditentang sekeras-kerasnya. Apa jua yang dibelanjakan sepanjang 3 hari sidang kemuncak itu adalah wang rakyat yang sepatutnya disalurkan dengan lebih berhemah memandangkan Malaysia berada di landasan bankrapsi menurut Idris Jala.

Berapakah jumlah wang rakyat yang bakal dihabiskan bagi memberi laluan kepada Rosmah dalam program anjuran di bawah tajaannya? Atau adakah wang yang digunakan untuk konvensyen ini dikeluarkan dari poket persendirian Perdana Menteri?

Mungkin separuh daripada perbelanjaan sepanjang 3 hari konvensyen ini dibiayai oleh syarikat swasta dengan maksud sama, sponsor. Mungkin juga program ini ditaja sepenuhnya oleh konglomerat tertentu dan tidak menggunakan wang rakyat. Saya tidak punya info tentang bajet-bajet yang diperuntukkan dalam penganjuran sidang kemuncak 'wanita pertama' ini.

Tetapi harus diingat, setiap sponsorship tetap akan digalas ganti dengan pengurangan cukai setara dengan jumlah sponsor yang dikeluarkan. Oleh demikian, wang yang sepatutnya untuk kegunaan rakyat tetap berkurangan dalam jumlah yang sama dalam konteks pengecualian cukai terhadap sponsorship konglomerat atau syarikat swasta terbabit. Ia sepertimana yang berlaku dalam penajaan pasukan F1 lotus racing team sepertimana dijelaskan di entri 'Adakah kerajaan tidak taja pasukan F1 Malaysia ?'

Berbalik kepada cerita konvensyen Rosmah, walaupun saya berpendapat bahawa konvensyen yang melibatkan 'first lady' dari segenap dunia ini tidak banyak memberi manfaat yang menyeluruh ke atas rakyat Malaysia, namun jika ia menjadi satu keperluan global yang membolehkan negara ini lebih dihormati, saya menyeru agar sebarang bentuk penjimatan wang rakyat wajar diberi perhatian. Justeru itu, saya mencadangankan Putrajaya International Convention Centre sebagai venue yang paling sesuai, yakni bersesuaian dari segi penjimatan wang ringgit dan juga secara tidak langsung meletakkan bandaraya pusat pemerintahan negara yang serba pintar di mata dunia. PICC juga milik anak syarikat kerajaan iaitu Perbadanan Putrajaya.

Walaupun saya adalah blogger yang pro-pembangkang, saya cuba untuk berfikiran rasional demi aspek-aspek kepenglibatan Malaysia dalam program-program bertaraf dunia. Adalah begitu menghairankan, mengapa tidak isteri kepada Perdana Menteri Malaysia memilih untuk lebih berjimat demi wang rakyat yang bakal digunakan untuk program sidang kemuncak 'first lady' yang akan dilangsungkan pada 11-13 Oktober nanti. Kerajaan sering melaungkan kempen beli barangan buatan Malaysia, mengapa tidak konsep yang sama digunakan iaitu memilih pusat konvensyen milik kerajaan Malaysia?

Apa yang amat saya sesalkan ialah, Malaysia mempunyai infrastruktur terbaik bertaraf dunia seperti PICC dan tidak kurang hebatnya KLICC yang terletak bersebelahan dengan menara berkembar Petronas yang sememangnya dibina untuk konvensyen antarabangsa. Tetapi mengapa memilih hotel termahal seperi Palace of The Golden Horses? Adakah ini satu cubaan untuk Rosmah menunjukkan kuasanya dalam arena pemerintahan negara? Tergamakkah kita membiarkan pembaziran terancang ini berlaku di hadapan mata sedangkan ada rakyat kita di Johor yang hanya sekeluarganya makan dedak untuk terus hidup?

Sebagai sebuah negara yang berada di ambang bankrapsi (sekiranya tidak berhemah dalam perbelanjaan negara), kerajaan sepatutnya mendahulukan program-program yang bersifat memperkasakan rakyat merentasi kaum (bukan PERKASAkan rakyat yakni proses perkauman sempit) sepertimana yang dicanang dalam slogan 1Malaysia 'rakyat didahulukan'. Ini sedikit sebanyak membuktikan betapa slogan 1Malaysia adalah retorik semata-mata.

Dengan berita seumpama ini, saya akan memperkukuhkan semangat untuk meneruskan kempen 'Selamatkan Malaysia' dari sebuah kerajaan yang meletakkan beban rakyat sebagai tilam empuk mereka !

Bottom line, janganlah sesekali persiakan kuasa rakyat yang telah diperuntukkan dalam kaedah demokrasi. Selamatkanlah negara ini melalui hak anda sebagai pengundi dan jalankanlah peranan sebagai pejuang yang merebut kemerdekaan melalui undi yang dibuang dalam perhitungan PRU-13 kelak.

Setiap seorang dari anda yang mengambil bahagian dalam misi 'Selamatkan Malaysia' adalah pejuang dalam menumbangkan sebuah kerajaan legasi penjajah. Revolusi 308 yang tercetus dari kebangkitan rakyat hanya akan bermula ketika tumbangnya kerajaan Barisan Nasional. Tidak boleh tidak, Lawan Tetap Lawan!!

Siap sedialah untuk menjadi sebahagian dari revolusi ini.

REFORMASI adalah sebahagian dari sebuah REVOLUSI !!


EDYES @ edyesdotcom - 22Sept2010 - 1.10am

Terowong atau Terlopong ? (Mesti Baca!!)

Terowong dasar laut antara Malaysia-Singapura adalah antara pilihan yang sedang diteliti kedua-dua negara, bagi merealisasikan Perkhidmatan Pengangkutan Transit Aliran Deras (RTS) antara Johor Bahru dan Woodlands (Singapura), seperti mana yang dipersetujui dalam pertemuan Mei lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata walaupun ia membabitkan kos yang tinggi, namun ia adalah pilihan yang lebih mesra alam.

Oleh : edyesdotcom
 
Lebih tinggi kos yang dibabitkan, maka lebih untunglah 'alibaba'nya.
 
Pada kadar kebiasaannya, 'ali baba' yang dimaksudkan adalah merujuk kepada orang melayu yang mendapat tender lalu mencagarkannya kepada bangsa lain, seperti menjual maruah bangsa. Konsep ini juga dikenali sebagai konsep ketuanan melayu umnoputra.
 
Tetapi dalam konteks berita gembera seperti di atas, 'ali baba'nya sedikit berbeza. Tender yang bakal diperolehi oleh rakyat Malaysia, manfaat sepenuhnya diperolehi oleh ketuanan Singapura.
 
Manfaat sebenar untuk rakyat Malaysia dan rakyat negeri Johor khususnya hanya akan dapat dirasai sekiranya jambatan bengkok direalisasikan dengan Selat Tebrau kembali bercantuman. Itulah manfaat sebenar yang juga simbul kemenangan rakyat (setelah kalah di pedra branca).
 
Musibah demi musibah sentiasa akan melanda rakyat Malaysia terutamanya jika ia melibatkan negara sekecil Singapura. Kerajaan Malaysia pimpinan Najib akan sentiasa tunduk kepada Singapura selagi Najib menjadi PM. Adakah kerana Najib dikatakan pernah bertemu seorang model Monggolia di Singapura, dan ada rakaman CCTV menjadi bukti? Tidaklah saya ketahuan.
 
Berbalik kepada kisah pembinaan terowong dasar laut. Samada anda percaya atau tidak, pembinaan terowong dasar laut bagi laluan lokomotif transit aliran deras (RTS) walaupun separuhnya dibiayai oleh kerajaan Singapura, ia tidak lain dan tidak bukan hanya akan menjadi satu alasan supaya tambak johor tidak lagi relevan untuk dirobohkan.
 
Ini kerana apabila terbinanya terowong pintar yang menghubungkan Malaysia dan Singapura, maka sebengkok mana pun jambatan bengkok yang diusulkan, ia akan dilihat satu pembaziran kerana pembinaan terowong pintar pasti akan melibatkan jumlah perbelanjaan lebih sepuluh kali ganda berbanding sebuah jambatan.
 
Kos-kos perbelanjaan yang melibatkan dasar laut secara logiknya bersifat sangat tinggi. Ini termasuklah umpamanya pembinaan kabel letrik dasar laut yang bersumberkan empangan Bakun di Sarawak. Kos pembinaan kabel dasar laut merentasi Laut China Selatan itu perbelanjaannya seperti membina beberapa buah stesen janakuasa letrik di sekitar semenanjung Malaysia yang mampu menampung jumlah letrik yang sama seperti sumber melalui kabel yang merentasi laut dalam. Akhirnya pembinaan kabel letrik dasar laut itu dilihat sangat tidak relevan walaupun empangan Bakun boleh membekalkan kuasa letrik kepada 3 kali borneo. Ia satu pembaziran, namun lebih menyedihkan, ia merupakan satu pembaziran yang terancang.
 
Begitu juga dengan cadangan pembinaan terowong JB-Singapura, ia pembaziran terancang. Sama juga seperti sebuah bank di Indonesia yang dibeli jauh di bawah harga sebenar oleh bank GLC Malaysia iaitu Maybank, dikenalpasti sebagai pembaziran terancang. Jika kerajaan rugi, menteri kita untung berjuta, jadi apa yang nak mereka hairankan ?
 
Oleh demikian, saya menyeru semua rakyat Malaysia agar memberi sokongan sepenuhnya dalam kempen 'Selamatkan Malaysia' dari perampok-perampok durjana yang bertopengkan pemimpin bangsa! Kita juga harus selamatkan Malaysia daripada dipimpin oleh suspek pembunuhan kejam ala Datuk Sosilawati kerana ia sama sekali menjejaskan segala rundingan dua-hala negara terutamanya melibatkan negara Singapura. Rundingan yang akhirnya tidak menyebelahi negara kerana telurnya pemimpin kita kemas digenggam dan dipicit-picit sekiranya tidak mendengar kata. Inilah antara faktor utama mengapa kempen 'Selamatkan Malaysia' harus disambut dengan hati terbuka.
 
Ayuh, bangkitlah menyahut sebuah revolusi !! Janganlah biarkan diri anda dan keluarga anda diperbodohkan lagi, setelah keturuan kita dibodohkan oleh penjajah. Legasi mereka yang berbincang sebuah kemerdekaan boneka, harus ditentang habis habisan !!
 
Bangkitlah anak muda, bangkit lah dari lena yang dicandu semangat nasionalisma!!! 
 
 
EDYES @ edyesdotcom - 22Sept2010 - 2.45am

Tuesday, September 21, 2010

Mat Saman Kati Sokong Chegu Bard !

Sumber Gambar : FB Madness Mohd Zuhairi Khamis's

Oleh : Mat Saman Kati

Ramai yang menjangkakan debat calon Ketua AMK akan panas. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, dan ada yang mengatakan hambar.

Aku tak tau apakah kriteria yang digunakan untuk menilai sama ada ianya panas, sejuk, hebat atau hambar. Tapi aku yakin, mereka yang merasakan ianya hambar kerana tidak ada tuduh menuduh, hujah-menghujah ala Presidential Debate Amerika…atau pun macam debat Anwar-Shabery Cheek.

Tetapi.. apabila Presidential Debate diantara Obama dan Hillary juga dikatakan hambar oleh CNN. tidak ada tuduh menuduh, tidak ada kontradiksi kerana mereka dari parti yang sama. Dasar yang sama, misi yang sama dan visi yang sama. Mungkin hanya pendekatan yang berbeda.

Itu sebab aku tak pernah menyebut debat itu debat ala-Presidential, sebaliknya hanya menyebut Debat 4 penjuru. Mungkin kalau Shamsul Iskandar ada pada malam tu, mungkin panas sikit. Tetapi oleh kerana Sam tak ada, nak kutuk sapa?

Persiapan malam tu pun ada kekurangannya. Aku ingatkan, bila buat kat tempat best macam Taiping Golf Resort, peralatan pun bagus, tapi sound-system kaput. PA system ceramah aku pun tak buat kacau macam tu. Aku rasa macam nak baling mikrofon.

Internet connection pun teruk…so sapa yang tengok live malam tu sori la. Anaz dah buat apa yang terdaya.

Itu kelemahan..tapi aku juga minta hangpa faham. Program itu dibuat dengan zero budget. Team UREKA main terjun saja…kalau jadi..jadilah. Kami mahu menjadi perintis. Lepas ni, aku dengar dah ada orang lain nak buat. IKD nak buat, MyDemocracy Watch pun nak buat. Aku kata..bagus.

Dalam sessi pertama, sessi pidato..aku tak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Hasmi. Aku rasa macam mengikuti kelas sejarah untuk menaikkan semangat. Tak ada blueprint, perancangan dan wawasan yang disampaikan oleh Hasmi. Kalau ada pun, mungkin aku tak faham.

Ini diikuti denga Rafizi. Memang bagus. Cara penyampaian yang jelas dan dia dapat menerangkan visi dan misinya dengan jelas dalam masa 20 minit yang diberikan. Kalau nak berbahas, aku rasa dia menang.

Kemudian Chegu Bard. Kelebihan Chegu Bard ialah memukau penonton. Aku cuma pernah dengar ceramah Chegu Bard mungkin dua kali. Tapi mungkin kerana kelebihan dia berceramah yang menyebabkan orang Pas selalu sangat panggil dia. Dan Chegu Bard juga berjaya merangkumi semua yang aku nak dengar. Tentang macam mana nak perkukuhkan AMK, macam mana nak cari duit…dan yang paling penting, Chegu Bard menetapkan kepentingan iaitu bagaimana nak memenangi pilihanraya.

Kalaulah debat tersebut dijalankan secara format Akademi Fantasia, Hasmi out dipusingan pertama.

Sessi kedua ialah dialog dengan penonton.

Sebelum program ini dijalankan, kami telah berbincang tentang segala kemungkinan. Mungkin ada yang provokatif…mungkin ada yang membangkitkan persoalan peribadi. Dan mungkin juga ada yang akan menanyakan soalan budak darjah satu.

Akhirnya kami bersetuju bahawa apa saja yang akan terjadi akan menampakkan imej AMK itu sendiri. Biar saja.

Kalau ada penonton tunjuk gambar Chegu Bard berpeluk dengan Maya Karin…mampuih pi la. Kalau ada yang nak kutuk Rafizi pun…kutuk la.

Tapi itu semua tidak terjadi. Cuma ada soalan provokatif dari Juwaini dan Dawai Kokot. Yang tu aku suka.

Semua soalan yang lain dapat dirungkai oleh Chegu Bard dan Rafizi dengan baik, tapi bila soalan provokatif dari Juwaini yang bertanyakan kepada Rafizi tentang punca dia meninggalkan AMK dulu menyebabkan aku sudah kurang berminat dengan Rafizi.

Rafizi meninggalkan AMk kerana tidak bersetuju dengan Ezam berkenaan dengan kemasukan wanita muda dalam AMK. Benar..itu soal prinsip. Tapi kalau tak bersetuju…terus ambil keputusan letak jawatan, aku jadi fobia.

Macam mana kalau dah jadi Ahli Parlimen, kemudian tak setuju dengan Ketua Whip atau tak setuju dengan Presiden…Rafizi letak jawatan kerana prinsip?

Sorry la. Zulkifli Nordin, Jamal, Osman, Zahrain, Wee Choo Keong…semuanya letak jawatan dan keluar parti kerana prinsip. Yang naya…tukang gantung bendera, tukang tampal poster.

Oleh kerana dia kata dia yang cari duit untuk parti…aku rasa dia patut teruskan bidang kemahiran dia. Aku tak nampak Rafizi boleh memimpin Generasi Reformasi. Apa yang aku nampak, Rafizi lebih banyak menceritakan tentang apa yang dia buat…berlainan dengan Chegu Bard yang lebih banyak mengiktiraf peranan orang lain. Mungkin itu sebabnya Chegu Bard lebih diminati.

Apabila Dawai kokot memberikan label ‘elitist’ kepada Rafizi, Rafizi cuba memberikan analogi Aung San Su Kyi. Lagi la aku pissed-off. Aung San Su Kyi diangkat oleh rakyat Burma, tetapi Rafizi diturunkan oleh Anwar Ibrahim. Gone!!

Dan sesuatu yang janggal dan mungkin ditertawakan oleh Hishamuddin Rais ialah apabila Generasi Reformasi memakai baju batik. Nasib baik perut tak boroi.

Aku lebih suka pendekatan Chegu Bard. Walaupun tak ditawarkan apa-apa jawatan oleh Sam, dia terus buat kerja. Dan apabila dia mengutamakan pemerkasaan AMK untuk menghadapi pilihanraya, yang tu aku setuju. AMK cuma hidup atas nama saja. Nak menghadapi pilihanraya, jentera pilihanraya kena kuat.

Duit belum tentu menguatkan jentera. Yang perlu ialah semangat dan kerja kuat dari ahli-ahli yang komited. Betul duit itu perlu, tapi itu bukan yang utama. Sebaliknya, yang tinggal dalam parti adalah mereka yang tak berduit. Mereka yang nak cari duit, keluar parti.

Satu lagi kesilapan Generasi Reformasi ialah apabila mengumumkan barisan kepimpinan bayangannya. Dah la tak ada sorang pun wanita muda didalamnya, ditambah pula dengan sejarah Rafizi yang bertindak meletak jawatan kerana menentang percantuman wanita muda dalam AMK. Apa pun alasan yang diberi, persepsinya ialah Generasi Reformasi anti-wanita.

Lebih teruk..apabila Rafizi mengumumkan mereka yang didalam barisannya tanpa persetujuan mereka yang terbabit. Salah seorang darinya ialah Chang Lih Kang yang dikatakan termasuk didalam barisan kepimpinan Generasi Reformasi. Sedangkan Chang Lih Kang ialah running-mate Chegu Bard. Sebiji stail Azmin.

Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki tapi aku lebih berkeyakinan terhadap Chegu Bard untuk memperkasakan AMK.

Untuk pemilihan kali ini, aku sokong Chegu Bard.

Sunday, September 19, 2010

Sepintas Lalu - Debat Anak Muda Calon Ketua AMK






Sejarah terpahat - anak muda bertempur secara sehat - pentas terbuka untuk perlawanan di padang yang rata - ketiga-tiga calon penuh semangat - moderatornya juga punya sengat - bersaing tanpa melukakan pesaing - pakej yang ada pada setiap calon sebenarnya saling lengkap melengkapi - pertembungan antara retorik dan realiti - dua memilih untuk agenda menawan putrajaya dan satu memilih untuk mereformasikan AMK - menawan 4.6 juta pengundi baru satu agenda satu suara - tiada serangan yang menyentuh peribadi - mencedok kegemilangan zaman reformasi sehingga ada yang mencuri - ada calon yang mengakui setara raja petra di dalam penulisannya - ada calon yang lebih mempromosi calon lain - ada calon yang masih menyebut nama ezam - politik baru asas perjuangan - revolusi iran dan perancis habis dikupas - tidak semua calon meletakkan tawaran hakiki sekiranya terpilih menjadi ketua AMK - tidak semua calon mempunyai idea baru yang menggegar dunia - tidak semua calon yang mendedahkan mekanisma terbaik bagi menjana kewangan AMK - prinsip perjuangan menjadi pegangan - landskap politik negara menuju kemuncaknya - radikal itu perlu? - budayawan itu perlu? - elitis itu perlu? - tolak calon wahyu - tolak calon kayu - pilihlah pemimpin yang berjuang untuk melaksanakan kata-kata


Penilaian Ringkas
5 - outstanding
4 - above espectation
3 - meet espectation
2 - below espectation
1 - sucks


Keterampilan :
Chegubard - 3.5
Rafizi - 4
Hasmi - 4

Pidato :
Chegubard - 3.5
Rafizi - 4
Hasmi - 5


Sambutan Audience :
Chegubard - 4.5
Rafizi - 2
Hasmi - 3.5

Pengisian :
Chegubard - 4.5
Rafizi - 2
Hasmi - 2

Emosi :
Chegubard - 4
Rafizi - 2.5
Hasmi - 4.5

Menjawab Soalan :
Chegubard - 4
Rafizi - 3
Hasmi - 4

Keyakinan Untuk Menerajui AMK :
Chegubard - 5
Rafizi - 2
Hasmi - 3

(Penganjuran)

Persiapan - 4
Promosi - 4
Aturcara - 3
Venue - 4
Kelancaran - 2.5
Refreshment - 3
Keseluruhan - 3.5

ps: cubaan, cubaan, cubaan untuk tidak bias !

Saturday, September 18, 2010

Debat dan Pidato 3 Penjuru Oleh Calon Ketua AMK - Malam Ini !!


Jangan lepaskan peluang untuk turut serta menempa sejarah baru rakyat Malaysia yang akan berlangsung malam ini di bumi kamunting. Sejarah permulaan suara demokrasi sebenar !

Sekiranya tak dapat hadir, sila layari laman penganjur - UREKA (Universiti Terbuka Perak).

Untuk makluman lanjut dan pendaftaran, sila klik di sini

Friday, September 17, 2010

Selamat Jalan M Rajoli...



M. Rajoli telah meninggal dunia... Semoga rohnya dicucuri rahmat... Alfatihah

Saya meminati lakonan beliau kerana stylenya ada iras2 PRamlee... Untuk pengetahuan semua, semasa sihatnya M.Rajoli, beliau tidak meninggalkan solatnya ketika penggambaran... siap berwirid lagi dan meluangkan masa membaca Quran ketika menunggu scene...
sumber di bawah;


Berita yang lebih sahih sukar dikesan, tetapi twitter artis di atas sudah cukup untuk menceritakan pemergian M.Rajoli.