Monday, October 11, 2010

Najib Pasrah - Ku Li Menjadi Raja !

BN belum memutuskan calonnya yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana menteri berkata, perkara itu telah dibincangkan "tetapi keputusan akan dibuat kemudian". Beliau memberitahu pemberita demikian di lobi Parlimen ketika ditanya sama ada Tengku Razaleigh Hamzah (kanan) akan menjadi calon BN di Galas.

Najib juga secara rasminya mengumumkan Tengku Razaleigh, yang juga ahli parlimen Gua Musang, akan mengetuai jentera pilihan raya BN di Galas.

Menurutnya, surat yang memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenainya. telahpun dihantar. Sehubungan itu, Najib yang mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh pagi ini berkata, jentera pusat akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Tengku Razaleigh.

Tengku Razaleigh sebelumnya telah bersetuju untuk menjadi pengarah pilihan raya kecil BN di DUN Galas yang akan berlangsung pada 4 November ini. Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang.-mkini
Bicara EDYES:

Najib Pasrah, kerana semuanya terserah kepada Ku Li untuk memenangkan BN di Galas. Siapa pun calonnya Galas, pastilah individu tersebut adalah orang Ku Li atau bahasa senangnya proksi Tengku Razaliegh.

Kemenangan Galas adalah sangat penting baik di pihak BN dan tidak kurang pentingnya di pihak PR. Halatuju PRK deposit Barisan Nasional di Batu Sapi dan pilihanraya Negeri Sarawak terletak di tangan Galas. Tengku Razaliegh harus diberi privilage sepenuhnya demi sebuah kemenangan yang penting ini. Oleh sebab itu juga, Najib atau sesiapa sahaja tidak mungkin dapat melangkaui siapa sahaja yang diletakkan sebagai calon melainkan diperkenalkan oleh Ku Li. BN nak menang? Perlu ikut cakap Ku Li.

Oleh demikian, mari kita lihat apakah yang didahulukan oleh pemimpin kayangan berjiwa rakyat Tengku Razaliegh Hamzah. Kebijaksanaan Ku Li dituntut untuk mewakili rakyatnya di Gua Musang dan Kelantan demi membaham segala keegoan kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional.

Sebanyak 118 projek tertangguh di seluruh negeri kelantan menjadi pertaruhan Ku Li andainya pemimpin berdarah istana ini benar-benar memikirkan nasib negeri majoriti 98 peratus melayu Kelantan. Ku Li dengan kapasiti yang ada di saat ini, boleh mendesak agar kesemua, atau separuh, atau suku dari sejumlah 118 projek itu diluluskan segera sebelum hari mengundi kunjung tiba.

Satu perkara yang paling penting yang wajar disentuh oleh Ku Li ialah, tidak lain dan tidak bukan iaitu isu wang royalti minyak PETRONAS - demi rakyat Kelantan, demi pembangunan lebih pesat di seluruh Kelantan. Inilah peluangnya Ku Li untuk meletakkan dirinya sebagai raja sebenar negeri Kelantan lantas mencipta sejarah yang tidak akan dilupakan oleh rakyat negeri Kelantan, andainya berjaya membuka fail royalti dan menyelesaikannya atas kekuatan politik yang ada pada beliau hari ini.

Sepertimana kata-kata Ku Li di atas pentas PAS tempohari, royalti minyak dari sedutan syarikat PETRONAS di perairan Kelantan adalah hak kepada kerajaan negeri Kelantan untuk diagihkan kepada rakyat melalui pembangunan sebenar negeri Kelantan. Bukan melalui keterbengkalaian KESEDAR dan Jabatan Pembangunan Pusat di Kelantan semata-mata.

Sama-sama kita nantikan, apakah perjuangan Ku Li di akhir hayat politiknya berjaya membersihkan segala kesilapan-kesilapan sepanjang lebih 30 tahun bergelumang dalam kancah politik tanahair. Atau kita akan lihat sekali lagi Tengku Razaliegh diperkuda, dipermain dan dipergunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Harap-harap Ku Li lebih bijak untuk melayani UMNO dengan kapasiti terbarunya - Raja Gua Musang !


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION !

No comments: