Thursday, October 7, 2010

Mari Kenal Rahimi Melalui Blog Din Binjai !

Salam perjuangan,

Pada waktu ini saya dicengkam kesibukkan menguruskan sesuatu. Saya tidak sempat mengulas lebih lanjut dan bagi saya, biarlah orang yang benar-benar mengenali siapa Rahimi Osman iaitu Chegubard, Zulkifli Ibrahim dan Din Binjai, seterusnya menceritakan apakah yang sebenarnya dilakukan oleh Rahimi Osman.

Mengikut sefahaman saya, Rahimi Osman sebelum ini menyebelahi DSAI sehingga sanggup membuat pengakuan bersumpah bagi meringankan beban Anwar menghadapi fitnah 2. Berikut adalah petikan-petikan utama dari blog sharpshooter (Din Binjai);

Ya memang benar kata Chegubard, sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang diamanahkan menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam. Manakala 2 orang amk dari N9 diamanahkan pula menjaga Rashid. Siapa Rashid? Mengapa Rahid? Sharpshooter akan dedahkan kemudian.

Memang lucu, lawak & pelik, mengapa Rahimi membuat pengakuan setelah lebih daripada 2 tahun????

Rahimi mungkin terlupa bahawa Sharpshooter waktu tu bersama Zulkifli Ibrahim (gambar kiri) yang waktu itu telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi kerana waktu itu beliau cukup tidak yakin & takut Najib yang waktu itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri

Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau di benarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini'
Baca selanjutnya di sini

Zulkifli Ibrahim - Antara yang memberi perlindungan kepada Rahimi.

Seperkara lagi, saya rasa kekecohan yang berlaku pada sidang media di Restoran Lotus itu adalah sebuah drama yang telah diaturkan untuk menampakkan suasana itu memberi kelebihan kepada pihak Rahimi.

Di bawah adalah link-link yang penting mengenai penipuan Rahimi Osman untuk rujukkan pembaca;

BEKAS KAKITANGAN PEJABAT ANWAR LANCAR KEMPEN PRK GALAS BAGI PIHAK UMNO - CHEGUBARD

RAHIMI PEMBOHONG - SHARPSHOOTER
 
VIDEO SIDANG MEDIA RAHIMI - SHARPSHOOTER
 
KECAM TINDAKKAN GANGGU SIDANG MEDIA RAHIMI - CHEGUBARD
 
PEGUAM ANWAR AKAN SAMAN RAHIMI
 
APA HUBUNGAN RAHIMI DENGAN EZAM ? - SHARPSHOOTER
 
 
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

No comments: