Wednesday, October 6, 2010

BUKAN LIWAT TETAPI LEWAT !!


Saya adalah antara yang terawal memecah berita mengatakan seorang lagi dakwa diliwat. Ketika itu sekitar jam 3 petang iaitu sejam sebelum press confrence yang sepatutnya dilangsungkan di Lotus Family Restaurant Klang.

Maklumat ketika itu sangat kabur memandangkan pihak kami tahu akan ada laporan polis dari pihak Rahimi, tetapi tidak mengetahui apakah intipati laporan polis tersebut sehingga sampai masa PC pada jam 4 petang. PC tersebut juga berakhir dengan pantas kerana ada ganguan dari kumpulan yang tidak berpuas-hati dengan apa yang dilakukan oleh Rahimi - ibarat bermuka-muka apabila sebelum ini memberikan sokongan penuh pada Dato Seri Anwar Ibrahim termasuklah membuat dua akuan bersumpah pada tahun 2008.

Butir-butir akuan bersumpah tersebut tiada dalam pengetahuan saya tetapi difahamkan Rahimi mengaku bahawa semua dakwaan Saiful ke atas adalah tidak benar dan satu lagi ialah mengaitkan ezam lahanat sebagai salah seorang pencetus konspirasi Fitnah Liwat 2.

Oleh sebab kita sudah menghidu bahawa kemungkinan aduan polis hari ini adalah kerana kononnya Rahimi diliwat, teka-teki ini terjawab apabila bukanlah LIWAT sebenarnya yang dilapurkan, tetapi LEWAT membuat lapuran ke balai polis bahawasanya Rahimi telah dipaksa membuat pengakuan bersumpah pada tahun 2008 lalu.

Persoalannya di sini, mengapa setelah lebih dua tahun membuat akuan bersumpah, kini membuat aduan pula mengatakan dirinya dipaksa? Mengapa tidak membuat report polis selepas 2-3 hari atau selepas sebulan setelah membuat akuan tersebut? 

Malaysia tidak lagi gempar walaupun sekiranya Rahimi mengaku diliwat. Rakyat dari pelbagai golongan masyarakat telah jelak dan meluat dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan ke atas Anwar Ibrahim, yang akhirnya akan menimbulkan overkill. Rakyat kebanyakkan pasti akan lebih tertanya-tanya mengapa Anwar tidak putus-putus diserang gerombolan? Dan mengapakah berita separuh hangat ini hadir disaat wisel sepak mula pilihanraya Galas ditiupkan hari ini?

Untuk pengetahuan semua, Che'Gubard adalah antara individu yang bertanggungjawab membawa dan menemankan Rahimi sewaktu dia membuat pengakuan bersumpah. Sudah pasti Che'Gubard tahu apakah yang sebenarnya berlaku ketika akuan bersumpah itu dilafazkan.
Berikut adalah apa yang dibicarakan oleh CheGubard yang mengenali Rahimi sejak dari awal penglibatannya menjadi pembantu peribadi Anwar ;

Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.
Sila baca selanjutnya di blog Che'Gubard di sini.

Di bawah ini adalah butir-butir Press Confrence yang tidak sempat berlangsung ekoran kekacauan yang melanda secara tiba-tiba. Jauh di sudut fikiran saya mengatakan, ini adalah umpama sebuah drama lakonan, wallahualam;




Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan - oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.


Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahimi yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

Pada sidang akhbar yang penuh dengan wartawan dan jurugambar ini, Rahimi dengan tenang cuba berdialog dengan kumpulan berkenaan.

"Hentikan sidang akhbar ini! Berapa yang engkau dibayar? Kami tahu apa yang berlaku antara engkau dan Saiful,” jerit seorang lelaki yang kemudiannya dikenali sebagai M Jayabalan berulang-kali.

Rahimi kemudian dengan tenang berkata: "Ini tidak ada kena mengena (dengan perbicaraan di mahkamah). Bagaimana boleh saya berunding jika awak terus menjerit?”

Jayabalan bersama enam yang lain diketuai oleh K Sureshkumar yang menyatakan hasrat bertanding jawatan naib presiden PKR mendakwa mereka berkempen bersama Rahimi ketika pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Juga kelihatan berada bersama kumpulan itu adalah penyokong PKR yang pernah berkempen di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang dimenangi oleh anak perempuan Anwar - Nurul Izzah.

"Kami berada di sini bagi menyokong Anwar. Tidak ada apa untuk didedahkan,” kata Sureshkumar, yang juga adalah pembantu khas Anwar yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal masyarakat India.

Turut berada di lokasi adalah beberapa anggota polis yang memantau perkembangan itu.

Mengapa mengadu tiga tahun kemudian?

Ketika dihubungi, peguam Anwar - N Sankara - menafikan dakwaan bahawa akuan bersumpah itu dibuat secara paksaan.

Pada awalnya, tegas beliau, Rahimi disenaraikan sebagai salah seorang saksi pembelaan Anwar dan dia (Rahimi) membuat akuan bersumpah itu secara sukarela.

Sankara menegaskan bahawa Rahimi tidak dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah itu, tetapi sebaliknya membuatnya secara sukarela.

Lagi pula, tegasnya, mengapa Rahimi menafikannya sekarang selepas kira-kira tiga tahun berlalu.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan