Monday, October 11, 2010

PROTON Hampir Jadi Penyebab Kemalangan Maut !!

Memandangkan sahabat baik saya yang melalui detik cemas ini, mahu ianya diceritakan dengan tepat dan tanpa rekayasa, maka saya mengambil keputusan untuk memaparkan segala isi email yang saya terima tanpa sebarang pengolahan.

Kebetulan, saya tidak punya ruang masa yang banyak untuk mengulas lebih lanjut. Sila hayati peristiwa benar yang dilalui oleh sahabat saya yang dikenali sebagai Mr. Pet;

Morning my bro,

This is something to be put inside your blog.

Benda ni berlaku dalam 3-4 bulan lepas, since aku byk kena pi overseas & travel, aku x sampat nak buat report/complaint..

Time ni aku ada kat Teluk Ramunia yard.. dalam kul 11am after aku abis buat keje inspection kat jacket platform & kapal, aku nak pi lunch..

Bila aku masuk je kunci & turn the key on, tetiba bunyi hon kat keta aku.. aku confuse gak time tu so aku matikan balik… then aku masukkan kunci lagi skali pastu aku masuk gear (D), keta aku gerak dalam 4-5 m pastu…… KEBABBBBOOOMMMMMMM!!!! Hahaha… airbag aku pecah… bersepai cover dia… pulak tu particles cover tu melayang nyaris kena member aku yg duk sebelah… airbag tu kena kat tangan aku, sakit gila…

Aku terbayang kalau benda ni jadi kat highway n kalau aku tgh driving 110km/j, confirm aku terbabas & silap2 boleh ilang nyawa… aku trauma gak laaa sikit2… mmg aku pasni nak ban proton punya produk.. sedih gak sebab aku beli keta ni mahal gila… time tu gen2 tgh mahal sebab keta ni full-specs.. dlm 70k++ on the road price kalau x silap…

Ok, letak la dlm blog kau tapi jgn reka2 citer… bila tetiba keluar dlm paper yg gen2 kena pull back, aku mmg terkejut laaa.. rupanya mmg betul keta ni problem… statement dlm paper yg cakap hon tetiba boleh berbunyi & airbag boleh suddenly pecah mmg exactly the same mcm yg aku kena… yang aku x puas hati bila tgk dlm tv, org proton ckp benda ni minor defect & x boleh sebabkan accident.. gile ke apa..

Ok ciao.. inform aku bila dah dpt email ni..

Thanks. - Hanizakry

Nasib baiklah kau Pet, aku rasa itu satu wahyu untuk kau tamatkan zaman bujang.

Kepada PROTON, harap lebih bertanggungjawab ke atas kesilapan teknikal yang boleh menyebabkan marabahaya kepada pengguna jalan raya, samada yang menggunakan PROTON atau kenderaan jenama lain.

Hulurkan pampasan sewajarnya kepada mangsa daripada kecuaian sendiri sebuah konglomerat PROTON !

Gambar-gambar dibawah saya paparkan sebagai bukti;





Sila klik sini untuk melihat video mengenai isu di atas.

EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION 

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan