Thursday, May 31, 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT SIRI KE-5 : GILIRAN P.PINANG 2hb JUN 2012


Kenyataan Rasmi
31 Mei 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT SIRI KE-5 : GILIRAN P.PINANG 2hb JUN 2012

Jelajah Merdeka Rakyat telah memasuki siri ke-5 dengan memilih Permatang Pauh sebagai gelanggang pidato perdana. Melihat kepada 4 siri jelajah sebelum ini, setiap siri menampilkan pelbagai kejutan dan keistimewaan tersendiri. Apa yang pasti secara keseluruhannya program Merdeka Rakyat mendapat sambutan hangat luar biasa bagaikan hari keramaian untuk rakyat setempat berhimpun menyatakan sokongan untuk sebuah kemerdekaan yang baru - kemerdekaan rakyat.

Dari sudut penyampaian dan pengisian, bantuan teknologi alat pandang dengar digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup berbeza. Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang sebenarnya berlaku.

Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya masing-masing dengan kehadiran yang membanggakan, Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan utama Pakatan Rakyat dengan imej mengkagumkan. Kemudian di Tg Piandang pula menyaksikan satu himpunan rakyat yang luar biasa ramainya. Memandang Tg Piandang sebagai kawasan terpencil, kehadiran hampir 10 ribu menceritakan kebangkitan Perak utara condong kepada Pakatan Rakyat tidak mampu dihadang.

Jelajah Merdeka Rakyat seterusnya menjengah Johor di Pasir Gudang. Suatu ketika dahulu ceramah ditempat yang sama kehadirannya tidak pernah mencecah angka 100. Adalah menjadi cabaran besar buat Seketariat Jelajah Merdeka Rakyat (SJMR) untuk memastikan sambutannya menyamai benchmark di Tg Piandang seminggu sebelumnya. Tetapi semangat reformasi itu berada di mana-mana waima kubu kuat Umno sekalipun berkecai tidak sekuat mana lagi. Akhirnya matlamat tercapai di Pasir Gudang apabila hampir 10 ribu membanjiri Dataran di Jalan Betik 1. 

Jelajah Merdeka Rakyat di Johor juga disaksikan secara langsung dari seluruh dunia melalui saluran internet dengan unique viewer mencecah angka 7 ribu. Menggunakan teknologi Ustream di channel Merdeka Rakyat, pasukan SJMR mengenalpasti kebanyakkan pengunjung adalah dari luar negara yang kita sedia maklum mempunyai maklumat yang terhad. Maka peluang untuk menyaksikan secara 'live' ini tidak dilepaskan dan turut berharap agar siaran langsung akan diteruskan dalam siri Merdeka Rakyat akan datang.

Siaran langsung (LIVE) siri Merdeka Rakyat di pautan berikut;
 
Oleh demikian, di atas permintaan ramai, pasukan SJMR bersedia untuk membawakan siaran langung dalam siri jelajah Merdeka Rakyat seterusnya iaitu di Pulau Pinang. Kali ini, pasukan SJMR mengambil peluang untuk menampilkan siaran berbentuk HD yang akan menghasilkan siaran lebih berkualiti berbanding kejayaan siaran sebelum ini di Pasir Gudang. Sumbangan pelbagai pihak dan individu juga sangat dialu-alukan bagi menjamin kelangsungan pada siri-siri akan datang khususnya siri Merdeka Rakyat. 

Selepas kejayaan bermakna di Johor, destinasi seterusnya Jelajah Merdeka Rakyat adalah seperti berikut :
 
Pelancaran MERDEKA RAKYAT peringkat P.Pinang
Tarikh & Masa: 2 Jun 2012, 8.45malam,
Lokasi: 
Padang Awam, Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh. 
(pertanyaan 012-4775588 Zulkifli Ibrahim)


Semua diminta sama membantu hebahan ini dan hadir beramai - ramai bagi bersama membangkitkan dan membawa gelombang MERDEKA RAKYAT ke utara semenanjung Malaysia bermula dengan Pulau Pinang. 

Suatu yang agak berbeza dalam isri jelajah kali ini ialah kemunculan Sdr. Raymond Ahuar, Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR. Ketua Pemuda persatuan yang mewakili ratusan ribu kaum Murut ini akan tampil menerangkan apa rasionalnya tindakan beliau dan ini akan menjadi antara indikasi penting politik nasional kerana Sabah yang semala ini menjadi 'simpanan tetap Umno' sudah berubah wajah.
Raymond Ahuar
Menyentuh mengenai serangan keganasan mutaakhir ini yang dilakukan oleh samseng tajaan parti regim penguasa, seketeriat telah bersedia. Sesungguhnya tindakan ganas mereka ini melengkapkan lagi syarat kejatuhan sesebuah regim. Jelajah ini akan memfokuskan semula rakyat dalam isu pokok khususnya menjelang pilihanraya umum.

Sekian



che'GuBard 
Seketeriat Jelajah Merdeka Rakyat

Hina Sultan: Aduka Taruna Tidak Bersalah !!

Mahkaman memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.

NONEKhairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.Pengantin yang baru

Wednesday, May 30, 2012

LIVE: Pendedahan Skandal Najib-Scorpene Oleh SUARAM di Bangkok


Free live streaming by Ustream
Streaming by Ustream
SAMM dgn kerjasama NGO sekutu di Thailand telah sedia untuk siaran 'live' dari sidang media peguam Peranchis yang akan dedah bukti terbaru.

Buat masa ini, usaha SAMM untuk menyiarkan LIVE telecast Pendedahan Skandal Najib-Scorpene dari Bangkok sedang dalam proses. Ada dua channel yang terlibat dan kami akan pastikan sekurang-kurangnya salah satu channel berfungsi dengan baik. Terima kasih

Ahmad Shabery Cheek Harus Minta Maaf dan Mengaku Salah!



Kenyataan Terbuka 
29 Mei 2012

Ahmad Shabery Cheek Harus Minta Maaf dan Mengaku Salah Bukan Berdalih Sehingga Memberi Maklumat Salah

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek agar mohon maaf, mengakui kesalahan dan bertanggungjawab penuh atas kejadian kemalangan  yang menyebabkan 17 orang cedera ketika sambutan Hari Belia, Sabtu lalu.

Bermula dari menyalahkan takdir kononya semua yang berlaku sudah takdir dan kemudian menipu kononya semua mangsa termasuk keluarga menerima kejadian tersebut dan tidak menyalahkan penganjur dengan mengatakan semua mereka redha, sedangkan keluarga mangsa dalam proses menyaman penganjur.

Terbaru pula Menteri terbabit cuba mengalihkan isu dengan memberikan maklumat salah kononya semua berpunca kerana tidak ada badan mengawal selia acara sukan seperti itu dan Kementerian akan mewujudkan badan yang mengawal selia. ini satu maklumat yang salah.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini telah tampil dengan penjelasan kepada menteri belia dan sukan bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor.

Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor 
theSun.
"Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Beliau mengulas kenyataan menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mahu mengkaji penubuhan badan induk sukan berkenaan dengan alasan, tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan lebih berkesan. 
Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

"Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami," kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.



SAMM melihat semua ini berlaku kerana terlalu ghairah dan terdesak dalam menganjurkan satu acara bagi menarik seramai mungkin anak muda bagi membina persepsi kononya anak muda bersama Umno Barisan Nasional bagi membantu merena membina momentum pru yang terdekat ini. 

Dalam kegahirahan tersebut maka hiburan disalahgunakan oleh Bn bagi tujuan memperdaya anak muda berkumpul. 

Hiburan tidak salah tetapi disalah guna Bn secara melampau dengan mengenepikan aspek moral termasuk keselamatan bagi tujuan meraih sokongan anak muda. Ternyata kecederaan dan kemalangan sabtu lalu ialah hasil keghairahan dan usaha terdesak tersebut, nyawa anak muda menjadi taruhan untuk meraih sokongan politik.


Penganjuran tanpa aspek keselamatan dan tanpa pemantauan serta kelulusan badan profesional sukan bermotor dalam sambutan hari belia dibawah kementerian, umpama lumba haram dan ia amat memalukan. Justeru itu, pihak yang bertanggungjawab harus diadili.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Monday, May 28, 2012

Penganjur Cuai Cuba Menyalahkan Mangsa, Menteri Harus Lebih Bertanggungjawab!!

YB Nurul Izzah turut diiring SAMM Selangor dan Wilayah untuk melawat mangsa di Hospital Putrajaya

Kenyataan Terbuka
28 Mei 2012

PENGANJUR CUAI CUBA MENYALAHKAN MANGSA, MENTERI HARUS LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius kejadian yang hampir melibatkan kehilangan banyak nyawa dalam sebuah acara sukan permotoran anjuran Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya awal pagi semalam.

Merujuk laporan Portal Malaysiakini, dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.

Kecelakaan tersebut sepatutnya boleh dielak namun oleh kerana penganjur tidak mengendahkan aspek keselamatan, malah penganjuran sukan berisiko tinggi seperti 'drag race ' itu tidak ubah seperti penganjuran sebuah perlumbaan drag haram. 

Bagi SAMM, pihak penganjur utama Himpunan Sejuta Belia termasuk menterinya harus bertanggungjawab tanpa berdolak-dalik menyalahkan takdir dan pihak lain terutamanya penonton yang menjadi mangsa penganjuran yang tidak selamat. Seharusnya kecelakaan seperti ini boleh dielak jika ciri keselamatan diutamakan.

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan juga seolah-olah melepaskan batuk di tangga dengan menganggap kononnya kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain. Sebagai menteri bertanggungjawab, kenyataan Ahmad Shabery Cheek harus lebih bijak dan berhemah selain daripada 'menyalahkan tuhan'.

SAMM juga mengutuk taktik penganjur yang menghalang daripada berita ini tersebar dengan merampas kamera mangsa dan penonton yang mengambil gambar kejadian. Kejadian di Hospital Putrajaya lebih menyedihkan apabila pelawat dan waris mangsa disekat daripada masuk ke ruang menunggu kecemasan. Taktik kotor cubaan menutup berita ini walaubagaimanapun tidak berjaya.

Pagi ini, Wakil SAMM Selangor dan Wilayah turut mengiringi Nurul Izzah selaku Naib Presiden PKR yang hadir bersolidariti melawat mangsa kejadian. Menurut mangsa, kejadian semalam adalah merupakan hari malang buat belia negara apabila penganjur cuai cuba menyalahkan orang awam yang tidak bersalah.

Sekian


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



Saturday, May 26, 2012

Orang Umno Nie Celaka!!



Hilang sabar timbang rasa apabila seorang pakcik tua cedera di kepala, DSAI tidak dapat sembunyikan amarahnya lalu mengherdik
"CELAKA ORANG UMNO NIE CELAKA!!"
Ini tabiat mana-mana regim di hujung dunia, tertekan dan terdesak... Aku jamin inilah deposit terbesar untuk Umno dikafankan dalam PRU ke-13!!

Edyes

Friday, May 25, 2012

LIVE!! Saksikan Pidato Perdana MERDEKA RAKYAT Johor Secara Langsung!!



Maklumat awal di sini

Ayuh Saksikan Gangguan Umno di Pidato Merdeka Rakyat Johor Malam Ini Secara LIVE!! (25Mei)



Kenyataan Rasmi
25 Mei 2012

PIDATO PERDANA MERDEKA RAKYAT BOLEH DIIKUTI SECARA 'LIVE'

Tarikh 28 April sempena himpunan rakyat BERSIH 3.0 yang merupakan himpunan terbesar rakyat yang pernah berlaku dalam tanah air ini wajar di kenang sebagai himpunan MERDEKA RAKYAT.

Rakyat dari perbagai latar bangkit dengan berani menuntut hak warga. Ia satu gelombang kesedaran rakyat. Namun ia difitnah dgn perbagai tohmahan.

Maka jelajah MERDEKA RAKYAT telah diadakan bagi membawa semangat gelombang kesedaran hak warga ke seluruh pelusuk tanah air. Rakyat harus bangkit berani menuntut hak masing - masing. Bangkit dari ketakutan dan ugutan regim.


Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya. Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan Pakatan Rakyat dengan imej yang berbeza. Bantuan teknologi alat pandang dengar digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup berbeza.


Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang sebenarnya berlaku.


Terakhir 18 Mei lepas walaupun diberi masa 5hari untuk persiapan dan mobilisasi, program Jelajah MERDEKA RAKYAT telah menggemparkan pekan kecil utara Perak. Hampir 10ribu rakyat dari perbagai latar telah sama bersemangat menghadiri program ini di Pekan Tanjong Piandang, Parit Buntar.

Destinasi seterusnya ialah :

Pidato Perdana bersama DS Anwar Ibrahim & pimpinan PR
Pelancaran MERDEKA RAKYAT peringkat Johor

Tarikh & Masa: 25Mei, 8.45malam,
Lokasi: Jalan Betuk 1, Kota Masai (Depan Pejabat Keadilan Pasir Gudang)
(pertanyaan 0197080692) - sebar

Semua diminta sama membantu hebahan ini dan hadir beramai - ramai bagi bersama membangkitkan dan membawa gelombang MERDEKA RAKYAT ke negeri paling selatan ini.

Paling istimewa hari ini atas permintaan ramai maka program pidato perdana siri jelajah MERDEKA RAKYAT ini akan mula disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Pengguna internet boleh menggunakan pautan seperti dibawah :

link ringkas: 
http://ustre.am/KVHd


Mohon kerjasama semua menyebarkan pautan ini. Walaubagaimanapun ini kali pertama pasukan Seketeriat Merdeka Rakyat melakukan siaran langsung maka ia masih peringkat ujian. Komen dan cadangan untuk memperbaikinya amat dialukan.

Menyentuh mengenai serangan keganasan mutaakhir ini yang dilakukan oleh samseng tajaan parti regim penguasa, seketeriat telah bersedia. Sesungguhnya tindakan ganas mereka ini melengkapkan lagi syarat kejatuhan sesebuah regim. Jika program jelajah ini diserang maka keganasan serta tindakan tidak bertamadun mereka juga akan disiarkan ke seluruh dunia secara langsung.

Sekian


che'GuBard
Seketeriat Jelajah Merdeka Rakyat

Wednesday, May 23, 2012

Gempar!! Umi Hafilda Guna Ilmu Ghaib !!

Poster untuk program 25hb Mei 8.30pm di Nibong Tebal, Penang

Ini pula banner tarikh yang sama jam 9.00pm di Masai Johor, berdekatan dengan program Merdeka Rakyat Johor
Persoalan: Apakah ilmu yang digunakan oleh Umi Hafilda untuk bergerak secara kelajuan cahaya dari P.Pinang ke Johor setelah berceramah jam 8.30pm.

Jika ceramah Umi Hafilda berakhir selepas 25 minit, maka Umi Hafilda hanya memerlukan 5 minit untuk bergerak 700 km meter. dengan kelajuan 140km/minit.

Sila klik di sini untuk makluman program Merdeka Rakyat Johor

23, 24, 25 Mei - Merdeka Rakyat Johor !! Sebarkan!!


Pra 'Merdeka Rakyat' Negeri Johor pada 23 dan 24 Mei 2012, sebelum kemuncak Merdeka Rakyat Johor pada 25 Mei 2012;

Istimewa: Tayangan Video BERSIH 3.0 - "MERDEKA RAKYAT"

Dapatkan DVD 45minit dokumentari ringkas terbitan SAMM dengan harga rakyat...



MALAM KEMUNCAK MERDEKA RAKYAT 

Tarikh 28 April sempena himpunan rakyat BERSIH 3.0 yang merupakan himpunan terbesar rakyat yang pernah berlaku dalam tanah air ini wajar di kenang sebagai himpunan MERDEKA RAKYAT.

Rakyat dari perbagai latar bangkit dengan berani menuntut hak warga. Ia satu gelombang kesedaran rakyat. Namun ia difitnah dgn perbagai tohmahan.

Maka jelajah MERDEKA RAKYAT telah diadakan bagi membawa semangat gelombang kesedaran hak warga ke seluruh pelusuk tanah air. Rakyat harus bangkit berani menuntut hak masing - masing. Bangkit dari ketakutan dan ugutan regim.

Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya. Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan Pakatan Rakyat dengan imej yang berbeza. Bantuan teknologi alat pandang dengar digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup berbeza.

Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang sebenarnya berlaku.

Terakhir 18 Mei lepas walaupun diberi masa 5hari untuk persiapan dan mobilisasi, program Jelajah MERDEKA RAKYAT telah menggemparkan pekan kecil utara Perak. Hampir 10ribu rakyat dari perbagai latar telah sama bersemangat menghadiri program ini di Pekan Tanjong Piandang, Parit Buntar.

Destinasi seterusnya ialah :
Pidato Perdana bersama DS Anwar Ibrahim & pimpinan PR
Pelancaran MERDEKA RAKYAT peringkat Johor

Tarikh & Masa: 25Mei, 8.45malam,
Lokasi: Jalan Betuk 1, Kota Masai (Depan Pejabat Keadilan Pasir Gudang)
(pertanyaan 0197080692) - sebar

Lokasi ini dipilih bagi sama mengangkat isu rakyat khususnya yang berkaitan projek pembangunan terbaru yang jelas tidak mendengar suara rakyat.

Semua diminta sama membantu hebahan ini dan hadir beramai - ramai bagi bersama membangkitkan dan membawa gelombang MERDEKA RAKYAT ke negeri paling selatan ini.

Sekian


che'GuBard
Seketeriat Jelajah Merdeka Rakyat

Tuesday, May 22, 2012

Bekas Pendakwaraya Kanan(Kes Liwat), Dato Yusof Kini Bersama Pasukan Pembelaan @AnwarIbrahim


Dato' Yusof Zainal Abidin yang merupakan bekas pendakwaraya kanan (kes liwat 2), tampil di mahkamah Jalan Duta hari ini sebagai barisan peguam pembelaan untuk Anwar Ibrahim. Kehadiran beliau sebagai peguambela mengejutkan banyak pihak.

Ternyata angin perubahan yang melanda negara membuatkan golongan yang semakin condong meninggalkan regim bukan sahaja berlegar di kalangan rakyat biasa, artis, bekas polis dan tentera, malah bekas pendakwaraya yang pernah menekan/menuduh Anwar Ibrahim sendiri kini sudah bersama. 

Kemenangan Anwar Ibrahim dalam siri kes liwat pada tanggal 901 memberi kesan yang besar untuk rakyat bersama meninggalkan sebuah regim yang zalim dan bersedia untuk sebuah kerajaan yang baru bakal dibentuk sejurus PRU-13.

Kapal sudah semakin usang, badai kebangkitan terlalu besar untuk dihadap. Ayuh semua bersama Pakatan Rakyat, kita bentuk sebuah negara baru di mana rakyat menjadi tuan dan kebajikan menjadi keutamaan. 

Tahniah Dato Yusof kerana memilih untuk membela DSAI yang suatu ketika dulu adalah seteru. Samada atas dasar profesionalisma atau sokongan terus, apa yang lebih penting ialah anda bersama di atas tajuk melawan kezaliman! 


Edyes Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Penahanan Trio Pemimpin Rakyat Buktikan Pihak Polis Terus Diperkuda Regim

Kenyataan Media
22 Mei 2012

Penahanan Trio Pemimpin Rakyat Buktikan Pihak Polis Terus Diperkuda Regim, Ayuh Tolak Umno/Bn PRU Rejim PRU-13

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat pendakwaan yang akan dikenakan kepada Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, Ketua Umum PKR YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin Ali di Mahkamah Jalan Duta pada 22 Mei 2012 amatlah tidak logik berdasarkan pendirian awal regim terhadap Perhimpunan BERS✔H.

Mengimbau kembali, dalam BERS✔H 2.0 jawatankuasa pemandu perhimpunan telah memohon menggunakan Stadium Merdeka untuk diadakan perhimpunan pada 9 Julai 2011 tetapi telah ditolak oleh regim dengan pelbagai alasan dan tipu helah. Akhirnya perhimpunan tersebut disuraikan dengan penuh trajis dan zalim dengan memperkudakan pihak polis.

Kali ini pada BERS✔H 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012, jawatankuasa pemandu perhimpunan tersebut telah mengumumkan Dataran Merdeka adalah tapak yang sesuai berhimpun memandangkan segala tuntutan pada BERS✔H 2.0 masih tidak diendahkan oleh regim. Justeru, Dataran Merdeka tetap diumumkan sebagai lokasi perhimpunan dengan mengambil semangat nama memerdekakan rakyat daripada kekotoran sistem pilihanraya di Malaysia ini.

Tinjauan SAMM mendapati, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn sengaja bersilat lidah apabila awalnya mengumumkan bahawa tidak akan menghalang perhimpunan BERS✔H kerana ianya tidak menggugat keselamatan negara. Apabila Dataran Merdeka menjadi pilihan, tiba-tiba regim seperti terkena renjatan elektrik akhirnya pihak polis meminta perintah mahkamah untuk tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebarang aktiviti perhimpunan pada 28 April hingga 1 Mei 2012. Dalam masa yang sama, Stadium Merdeka yang diharamkan kepada rakyat untuk berhimpun pada BERS✔H 2.0 dibenarkan pula untuk perhimpunan 28 April 2012. 
Zulkifli Ibrahim(kiri) Pengarah Seketariat SAMM ketika mengetuai perarakan
Tindakan memagar kawasan jalan memasuki ke Dataran Merdeka juga adalah perancangan licik regim dengan niat menimbulkan suasana kurang senang serta penuh provokasi. 
Akhirnya pihak polis menyuraikan perhimpunan BERS✔H 3.0 pada 28 April 2012 yang lepas paling ganas dan begitu menggila seolah-olah dirasuk hantu. Tindakan polis bukannya menyuraikan perhimpunan tetapi mengejar para demonstran dengan penuh dendam kononnya ada anggota mereka telah meninggal.
Apakah kewajaran pihak polis untuk menyamar sebagai peserta perhimpunan BERS✔H sepertimana yang diakui oleh Menteri KDN turut menjadi persoalan? 
Apakah kewajaran larangan penggunaan Dataran Merdeka? Apakah kewajaran menutup semua akses masuk atau jalan ke Dataran Merdeka?

Justeru, SAMM melihat pendakwaan ke atas ketiga-tiga pemimpin rakyat ini mempunyai muslihat tersembunyi dan cubaan menakut-nakutkan rakyat dengan akta perhimpunan yang baru ini. Kerajaan harus belajar daripada sejarah kebangkitan rakyat di dunia ini. Jika rakyat makin ditekan, rakyat akan terus bangun melawan.

Pendakwaan ini juga hanya cubaan untuk melewat-lewatkan perubahan total pentadbiran negara kepada kerajaan baru dan dalam pada ini juga, regim semakin rakus mengaut sisa-sisa kekayaan negara dengan tamak agar mereka boleh senang lenang jika regim tidak lagi berkuasa.

Ayuh, SAMM mencabar seluruh anak muda untuk bersama-sama menolak regim UMNO/BN pada PRU-13 dan bangun melawan penipuan yang bakal berlaku pada PRU-13 nanti. Anak Muda perlu bangkit dengan maruah, bukan bacul dengan mengadaikan negara pada regim yang tidak bertanggungjawab


Zulkifli Haji Ibrahim
Pengarah Sekretariat
SAMM Kebangsaan

Thursday, May 17, 2012

KDN Harus Jawab - Apa Peranan Anggota Polis Menyamar Sebagai Peserta BERSIH ?




Kenyataan Umum
17 Mei 2012

MENTERI DALAM NEGERI HARUS PERJELAS PERANAN ANGGOTA POLIS MENYAMAR DALAM PESERTA BERSIH.

Hampir 3 minggu telah berlalu sejak sejarah berlakunya himpunan rakyat terbesar dalam negara ini iaitu BERSIH 3.0. Himpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil yang harus ditandakan sebagai himpunan perpaduan kerana jelas semangat persaudaraan perbagai kaum dan latar belakang rakyat yang hadir sendiri secara sukarela telah dicacatkan dengan tindakan ganas polis dibawah arahan regim penguasa. 

Pada 7 Mei, SAMM telah menghantar satu memorandum memperjelaskan tindakan ganas dan jenayah yang melibatkan anggota polis ketika himpunan BERSIH 3.0. Dalam memorandum tersebut juga disenaraikan anggota polis yang jelas gambar mereka dirakam terlibat melakukan jenayah kekerasan. (klik sini untuk membaca memorandum)

Perbagai persoalan timbul dan masih tidak mampu diperjelaskan oleh pihak regim khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien. Malah bukan sahaja gagal memperjelaskan beberapa persoalan penting tetapi regim bertindak memusing dan menyelewengkan beberapa fakta penting pula. Namun sebenarnya ia semakin memerangkap regim dan mengelirukan orang ramai.

Terbaru pada 14 Mei lepas dalam satu sidang media di Putrajaya, Hishamuddin dengan jelas menyatakan 21 orang terdiri dari 141 individu yang tersenarai dan telah diiklankan dalam media kononya melakukan keganasan dalam himpunan BERSIH 3.0 telah menyerah diri. Apabila diasak oleh wartawan mengenai kenapa tindakan hanya pada orang awam tidak melibatkan polis yang bertindak ganas, Hishamuddin menyatakan antara 21 orang yang menyerah diri itu ada anggota polis juga.

Perhatian semua ditarik balik kepada gambar 141 orang yang kononya mengganas atau merusuh. Gambar ini konon diambil dari rakaman polis yang merakamkan secara rawak merakamkan individu yang merusuh. Bila ditanya pada sebelum itu ketika penyebaran gambar dibuat PDRM dengan yakin menyatakan individu yang diiklankan untuk desak serah diri itu semuanya dirakamkan melakukan keganasan. Tidak ada satupun dari 141 orang yang disiar gambarnya menggunakan seragam polis. Sebaliknya 14 Mei lepas Hishamuddin menyebut ada anggota polis serah diri kerana gambar mereka disiarkan.

Ini membawa maksud pengakuan dari Hishamuddin ada anggota polis berpakaian biasa juga bertindak ganas dan merusuh dalam Himpunan BERSIH 3.0. Menteri Dalam Negeri harus tampil menjelaskan perkara ini segera. Jika tidak beliau harus meletakkan jawatan kerana jelas Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam merancang mempergunakan anggota keselamatan untuk menimbulkan kekacauan untuk memberikan kelebihan politik kepada parti politik penguasa regim.

Bagi pihak SAMM dan organisasi - organisasi Muda yang menghantar memorandum ke Bukit Aman pada 7 Mei lepas satu jawapan dan penjelasan rasmi dituntut. Kejadian 28 April jelas telah menimbulkan perbagai persepsi negatif rakyat kepada pihak keselamatan. Sehingga kini langsung tidak ada tindakan diambil. Sebaliknya PDRM terus angkuh dipergunakan untuk memburu orang ramai.

SAMM memberikan perhatian serius dalam isu peristiwa 28 April lalu dan perjuangan mendapatkan pilihanraya bebas dan adil. Kini SAMM sudah menyiapkan satu DVD khas dokumentari yang memperjelaskan BERSIH 1, Bersih 2.0 dan memperjelaskan kejadian BERSIH 3.0. DVD ini walaupun disiapkan oleh tenaga amatur muda tetapi ia merupakan dokumentari lengkap bagi memahamkan rakyat mengenai perjuangan BERSIH 3.0. 

SAMM juga melalui sekutu organisasi masyarakat muda (ORMAS muda) di luar negara akan turut mengadakan program menonton dokumentari ini bagi memahamkan orang muda khususnya tetangga asean mengenai perjuangan rakyat Malaysia menuntut pilihanraya bebas dan adil.

DVD ini dijangka akan dilancarkan minggu hadapan (23 Mei) dan sudah mula boleh didapati di pasaran.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Bersama @AnwarIbrahim Dalam Jelajah "MERDEKA RAKYAT" Peringkat Perak di Parit Buntar !! (18 Mei)


Pidato Perdana

Jelajah MERDEKA RAKYAT (pasca BERSIH 3.0) peringkat Perak

Tarikh : 18 Mei (Jumaat)

Masa: 9.00 mlm

Lokasi : Dataran Rakyat, Pekan Tg Piandang, Parit Buntar


Bersama YB DS Anwar Ibrahim, YB Datuk Saifuddin Nasution, YB Datuk Ngeh Kor Ham, 


YB Dr.Mujahid, YB Dr. Md Nur Manuty, YB Yunus Jamhari



Tayangan Khas Video Dokumentari BERSIH "Merdeka Rakyat" terbitan SAMM

Semua dijemput hadir. Sebarkan !

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Beli 2 Gelaran Datuk RM 1 Juta


Lihat baik-baik quote di bawah;
“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Apa tindakkan SPRM? Cukupkah sekadar bermaaf-maafan?


Orang yang sama inilah mengepalai senaman bontot di depan rumah Datuk Ambiga. Jelas terbukti mereka yang cenderung menyokong kerajaan (bersama pangkat dan kedudukan) telah dilindungi bukan sahaja dari penguatkuasa tempatan, tetapi dilindungi polis malah SPRM sendiri. Adalah suatu kezaliman apabila setiap agensi yang sepatutnya bertindak neutral diperkuda semahunya...

Masihkah ada di antara kita yang menyokong bentuk kezaliman sebegini?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Wednesday, May 16, 2012

BERSIH 4.0 - Jika Najib Menipu Untuk Menang !

BUKAN SATU AMARAN - HANYA SATU JANJI




JIKA NAJIB MENIPU UNTUK MENANG


Orang ramai telah sedar. Orang ramai telah tahu. Orang ramai sudah mendengar. Orang ramai telah membaca. Orang ramai telah melihat bukti. Kini orang ramai yakin bahawa Najib Razak sedang bersekongkol merancang dengan SPR untuk menang menipu dalam PRU13 ini.

Najib Razak dan kuncu-kuncunya dalam United Malays National Organisation sedar bahawa parti ini tidak lagi mendapat sokongan orang ramai. Najib Razak juga sedar suara-suara sumbang dalam partinya yang mempertikaikan kepimpinannya semakin kuat kedengaran.

Di hari pelancaran Tibai bulan lalu – Ibrahim Ali secara terang-terang telah berkata kepada laman Malaysia Kini bahawa telah tersedia pemimpin yang lebih berkeupayan dari Najib Razak untuk mengambil alih. Ibrahim Ali bukan terlepas cakap. Suara Ibrahim Ali adalah suara Mahathir Muhamad. Malah Daim Zainuddin yang kini dalam satu tongkang dengan Mahathir sendiri sedang ‘mengomel’ ke hulu ke hilir. Tanpa berlapik atau bersopan Daim telah mempertikaikan keupayaan Najib untuk memimpin.

Mahathir dan Daim melihat Najib Razak ini amat ‘lembik’. Mereka melihat Najib Razak tunduk kepada pemintaan orang China dan orang India. Malah Mahathir minggu lalu dalam Berita Harian telah berkata yang Najib ini amat lemah. Mengikut harapan Mahathir jika Najib mendapat sokongan kuat maka undang-undang ISA tidak akan dimansuhkan.

Pucuk pimpinan dan kuncu-kuncu gerombolan United Malays National Organisation juga melihat Najib Razak ini sedang menjadi satu beban yang maha berat untuk dipikul. Berat yang dimaksudkan disini bukan berat badan Rosmah Mansor. 

Memang betul ramai pemimpin United Malays National Organisation bukan sahaja tidak suka dengan kerenah Rosmah Mansor malah menyampah melihat muka Si Rosmah ini. Sayangnya para pemimpin ini tidak berani bersuara. Malah Mahathir Muhamad yang dikatakan berani bersuara lantang ini pun akan ‘kelu’ bila berhadapan dengan Rosmah Mansor. Mungkin inilah ‘power’ bomoh dari Mumbai yang dilanggan oleh Rosmah.

Walau apa pun dikatakan tentang Rosmah – masih ada pekara lagi yang lebih berat dari berat badan Rosmah yang sedang menghimpit Najib Razak. Berat yang dimaksudkan ini ialah kes Najib Razak yang akan dibuka di mahkamah Peranchis. Ini kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene. Kes ini telah menjadi berita dunia walau pun akhbar harian di Malaysia telah memadamkan berita ini. 

Akhbar Malaysia tidak melaporkan tentang Tuan Hakim Mahkamah Peranchis Monsieur Roger Le Loire telah membuat kenyataan yang beliau akan memanggil : Razak Baginda, Najib Razak dan ayah Altantuya, Profesor Setev Shaariibu – sebagai saksi. Najib Razak ketika jual beli kapal selam ini adalah Menteri Pertahanan akan di sapina. Sesudah disapina , jika Najib gagal datang ke Paris maka nama Najib Razak akan di senaraikan ke dalam nama orang yang dikhendaki oleh Interpol. Saheh kes ini kes berat – lebih berat dari sanggul Rosmah Mansor.

Orang ramai juga telah diberitahu bahawa pada ketika ini - di meja SUARAM ada terlentang satu salinan kopi fax dimana Najib Razak telah meminta 1 bilion dolar atau 3 bilion ringgit sebagai duit komisen dari syarikat DCNS - Direction des Construction Navales – syarikat pembuat kapal selam Scorpene. Ini baru satu fax. Belum lagi muncul gambar-gambar Najib bersama Altantuya bercanda-canda dengan Inang-Inang di kota Paris.

Bayangkan betapa terseksanya ahli United Malays National Organisation memikul dua ekor biawak hidup – saekor benama Rosmah dan sekor lagi bernama Najib.

Justeru, untuk menyelamatkan diri, Najib Razak wajib menang besar di PRU13 yang akan datang ini. Hidup mati Najib Razak dan Rosmah Mansor bergantung kuat dengan keputusan pilihan raya ini. Musuh-musuh politik Najib Razak sedang menunggu untuk menendangkan Najib jika keputusan PRU13 ini tergerlincir.

Cuba perhatikan dengan rapi bagaimana Muhyiddin Yassin yang tidak ada kebolehan untuk tersenyum tetiba telah ketawa terbahak-bahak apabila melihat 300 ribu anak semua bangsa turun ke jalan raya pada 28 April yang lalu. Perhatikan betul-betul Timbalan Perdana Menteri ini telah tidak bersuara - senyap bin bisu – tidak mengeluarkan kenyataan mengutuk Bersih 3.0. Maknanya – Muhyiddin amat suka apabila Najib Razak dikepong rakyat kerana ini akan membuka jalan untuk Muhyiddin sendiri naik tahtha.

Najib Razak sedar akan semua ini. Sepenakut dan sebodoh Najib, dia masih cuba menyelamatkan diri. Justeru kita lihat pelbagai perancangan licik sedang disusun oleh kuncu-kuncu Najib. Perancangan ini adalah untuk menipu dalam PRU13 ini. Najib mahu menang besar. Jika Najib menang besar maka geng 3M - Mahathir Mukhriz dan Muhyiddin - akan senyap tidak bersuara.

Cara Najib dan SPR merancang untuk menipu ini bukan tidak diketahui. Satu Malaysia tahu tentang tentang projek kad pengenalan segera yang telah diberikan kepada Mat Bangla dan Mat Indon untuk membolehkan mereka mengundi. Projek kad pengenalan segera ini telah pertama kali digunakan di Sabah. Rakyat asal Sabah cukup marah. Mereka mengugut Najib sehinggakan Najib tunduk bersetuju menubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat kes kad pengenalan segera ini.

Orang ramai juga tahu bagaimana banyak nama pengundi telah dialih atau dihilangkan terus. Orang ramai juga tahu banyak kawasan pengundian secara haram telah diubah. Orang ramai juga tahu bagaimana secara mendadak lebih dari 1 juta pengundi baru telah didaftar di Selangor. Orang ramai juga tahu bagaimana SPR telah mengubah undang-undang untuk meneruskan undi pos dan memperkenalkan sistem undi awal.

Mungkin orang ramai tidak tahu bahawa undi pos kali ini bukan hanya untuk Sang Suami yang bertugas. Sang Isteri yang duduk mengangkang di rumah pun kini telah menjadi pengundi pos.

Mungkin orang ramai tidak tahu tentang sistem undi awal. Sistem ini akan diperkenalkan untuk pertama kalinya diPRU13 ini. Undi awal ini adalah untuk mereka yang bukan askar atau polis tetapi bertugas pada hari mengundi. Mereka ini terdiri dari pekerja SPR dan pengamal media. Bunyinya cukup demokratik.

Tetapi dibelakang konsep demokratik undi awal ini ialah perancangan jahat SPR untuk menipu.

Orang ramai wajib disedarkan tentang bagaimana dengan licik SPR telah menambah pekerja SPR dari 100,000 ke 240,000. Penambahan ini mungkin bertujuan untuk memantapkan kerja di hari pengundian. Tetapi sebenarnya ini adalah rancangan licik untuk menipu undi.

Bagaimana pengundi awal boleh menipu? Cara penipuan ini dilakukan cukup senang. Semua pengundi awal ini telah dikecualikan oleh SPR dari dicalit dengan dakwat kekal. Mungkin para pembaca akan tertanya-tanya – mengapa ini dilakukan? Kenapa mereka mengundi awal tetapi tidak guna dakwat kekal? Kenapa mereka spesial?

Jika pembaca bertanya maka para pembaca yang budiman telah sedar bahawa penipuan sedang dirancang. Pengundi awal - 240,000 pekerja SPR - tidak dicalit dakwat ini akan mundar mandir ke hulu ke hilir – bertukar-tukar tempat - untuk mengundi berkali-kali. Ini adalah sebahagian dari rancangan jahat untuk memenangkan Najib Razak dan gerombolan United Malays National Organsiation dalam PRU13 nanti.

Pada 28 April lalu 300 ribu anak semua bangsa telah turun ke jalan raya menuntut diadakan satu pilihan raya yang bersih dan adil. Jumlah 300 ribu yang berdemo dijalan raya adalah jumlah yang paling besar dalam sejarah politik negara. 300 itu adalah mereka yang menyokong 8 tuntutan Bersih untuk memastikan PRU13 ini akan dijalankan dengan bersih dan adil.

Tetapi dari gerak langkah politik Najib Razak kelihatan Si Najib ini akan terus mengadakan PRU13 ini tanpa mempedulikan 8 Tuntutan Bersih. Tanpa mempedulikan tuntutan orang ramai. Suara 300,000 warga yang turun ke jalan raya itu untuk Najib bukan suara rakyat.

Justeru, kita semua wajib mengingatkan Najib Razak bahawa Marcos juga menang dalam pilihanraya dengan menipu. Suharto juga menang dalam pilihan raya dengan menipu. Husni Mubarak dari Mesir juga menang amat besar dalam pilihan raya dengan cara menipu. Apa terjadi kepada mereka semua?

Di Manila Marcos menjangka penipuanya akan memanjangkan kuasanya. Di Jakarta Suharto berharap penipuan dalam pilihan raya akan memberikan dia mandat untuk terus berkuasa. Di Mesir Husni Mubarak membuat congak bahawa dia telah menang walau pun dengan menipu maka dia akan terus menjadi Presiden.

Semua anggapan ini meleset. Orang ramai di Manila turun ke jalan raya untuk menghumbankan Marcos walau pun Marcos menang. Orang ramai di Jakarta turun ke jalan raya walau pun Haji Muhamad Suharto menang. Di Mesir Husni Mubarak menang besar tetapi anak muda turun ke jalan raya untuk menghumbankan Mubarak.

Sesudah Marcos, Suharto dan Mubarak dihumbankan sebuah lembaga SPR baru ditubuhkan. Pilihanraya baru diadakan sekali lagi. Inilah yang sedang kita lihat berlaku di Mesir pada minggu ini. Rakyat mesir sedang mengadakan pilihan raya dengan SPR yang baru ditubuhkan.

Lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah tidak diyakini oleh orang ramai tetapi tidak diganti oleh Najib. Bersih telah menuntut agar ahli-ahli lembaga ini meletakan jawatan. Parti Pas telah memberi amaran kepada lembaga SPR untuk berundur. Parti Keadilan Rakyat telah membuktikan bahawa Pengerusi dan Timbilan Pengerusi SPR adalah ahli United Malays National Organsiation. Semua ini tidak dipedulikan oleh Najib. Amat jelas lorong Marcos, lorong Suharto dan lorong Mubarak sedang diambil oleh Najib Razak. 

Jika lembaga SPR ini tidak meletakan jawatan sebelum PRU13. Jika 8 tuntutan Bersih tidak ditunaikan. Jika United National Organisation menang dengan cara menipu. Maka rakyat Malaysia wajib mengikut lorong rakyat Filipina, lorong rakyat Indonesia dan lorong rakyat Mesir. Kita semua – warga Malaysia - wajib ke jalan raya sesudah pilihan raya. Bukan 300 ribu yang wajib turun tetapi berjuta. Ini bukan satu amaran. Ini adalah satu janji untuk kita mengadakan satu lagi pilihan raya yang bersih dan adil.(TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
 SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
 : 03-22-72-40-45

Tuesday, May 15, 2012

Bersama @cheGuBard Dalam Ceramah Pasca BERSIH & Tayangan khas Video BERSIH Terbitan SAMM

Ceramah Pasca BERSIH & Tayangan khas Video BERSIH Terbitan SAMM

Tarikh : 16 Mei (esok)
Masa : 8.30 malam

Tempat : Depan Kem PGA Kubang Badak, Parlimen Kuala Nerus

Penceramah : che'GuBard (SAMM), YM Raja Kamarul Baharin (AMANAH), Ust Riduan Hashim (PAS) dan sdr Safwan.

Tayangan video bermula jam 9 malam

Anjuran SAMM Terengganu

Friday, May 11, 2012

KERAJAAN DIDESAK UNTUK SEGERA HAPUSKAN TOL DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN




Kenyataan Terbuka
11 Mei 2012

KERAJAAN DIDESAK UNTUK SEGERA HAPUSKAN TOL DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

Merujuk kepada dua plaza tol di atas Lebuhraya Persekutuan iaitu Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Kerajaan Malaysia supaya SEGERA melupuskan kutipan di kedua-dua plaza tol tersebut.

Ini berikutan pelbagai usaha telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam menyedarkan umum betapa kutipan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau bukan sahaja telah memperolehi modal pembinaan, malah telah menghasilkan keuntungan lebih 500 peratus. Angka ini sudah cukup untuk mendesak kutipan tol dihapus serta-merta.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan frasarana yang baik untuk rakyatnya termasuklah pembinaan lebuhraya. Setelah kos pembinaan yang dikeluarkan oleh konsesi telah selesai, sepatutnya tiada lagi kutipan wang dari rakyat. Tidak timbul soal pengurangan harga tol mahupun kenaikkan harga tol, tiada rundingan lagi harus berlangsung - lupus segera kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau!

Tinjauan SAMM mendapati, Lebuhraya Persekutuan adalah lebuhraya yang sentiasa 'jammed'. Tahap kesesakkan lalulintasnya juga melampau dan diburukkan lagi dengan barisan yang sangat panjang ketika beratur untuk membayar tol di Plaza Batu Tiga. Tujuan membina lebuhraya adalah untuk memudahkan, tetapi apa yang berlaku sangat menyusahkan rakyat. Walaupun tersekat beberapa jam, bayaran tolnya tetap sama dan ini adalah kejam kerana ia berlaku setiap hari!

SAMM dengan ini menegaskan sekiranya kerajaan terus berkeras tidak peduli masalah rakyat, maka satu demonstrasi besar akan berlangsung di atas antara lebuhraya paling sibuk dalam negara iaitu Lebuhraya Persekutuan. Rakyat tidak harus bersabar lagi dengan karenah kerajaan yang terlalu menyebelahi konsesi dan korperat yang mengaut keuntungan berbilion-bilion. Ini dasar kerajaan yang berselindung disebalik slogan 'rakyat didahulukan'!

SAMM menyambut baik kerahan demonstrasi 13 Mei yang diatur sendiri oleh rakyat yang terpaksa melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari, bersama sengsara kesesakkan lalulintas dan derita kutipan tol.

Sekian.


"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"


EDYES REDUAN
Solidariti Anak Muda Malaysia
www.anakmudamalaysia.com

Tuesday, May 8, 2012

DESAK ANGGOTA POLIS TERLIBAT JENAYAH KETIKA MENGENDALIKAN #BERSIH 3.0 TAMPIL DAN SERAH DIRI (Gambar Polis Yang DIkehendaki)




MEMORANDUM
KEPADA       :           POLIS DIRAJA MALAYSIA
DARIPADA  :            SOLIDARITI ANAK MUDA SAMM (SAMM)    
                                    DAN 28 PERGERAKAN ANAK MUDA SERTA MAHASISWA
TARIKH         :           7 MEI 2012
TAJUK           :           DESAK ANGGOTA POLIS TERLIBAT JENAYAH KETIKA MENGENDALIKAN #BERSIH 3.0 TAMPIL DAN SERAH DIRI

Pada 28 April 2012 yang lepas telah berlansung himpunan rakyat Malaysia terbesar dalam sejarah negara. Lebih 250 ribu orang secara sukarela telah datang ke Kuala Lumpur untuk menuntut hak warga untuk punya proses pilihanraya bersih, bebas dan adil. Himpunan ini berlansung dalam suasana penuh festival aman dan meriah dalam mood bantahan yang jelas. Sehinggalah peristiwa insiden tembakan air kimia dan gas pemedih mata di jalan raya berhampiran Dataran Merdeka berlaku.

Kalau ada pun kesalahan ialah kerana halangan (barricade) polis telah ditolak itupun turut melibatkan beberapa individu yang meragukan dan disyaki TURUT LIBATKAN anggota polis berpakaian biasa. Perintah mahkamah iaitu melibatkan kawasan padang (hijau) Dataran Merdeka tetap jauh dan tidak dimasuki. Adakah dengan hanya menolak halangan dan kemudian berundur menghalalkan tindakan ganas polis melakukan tindakan ‘membabi buta’ mengganas di hampir seluruh bandaraya Kuala Lumpur selepas itu?

Polis segera dengan kerjasama media serta pimpinan regim penguasa terus memburukan penganjur dan orang awam terlibat dengan perbagai tuduhan. Polis juga telah menyenaraikan puluhan malah dijangka ratusan akan disenaraikan orang awam sebagai orang yang dikehendaki. Kita tidak menghalang proses keadilan untuk berlaku jika benar terdapat unsur jenayah.

Namun, bagaimana dengan anggota polis yang turut terlibat dengan kegiatan keganasan dan jenayah yang berlaku ?

SAMM dan 28 organisasi massa muda dan mahasiswa dengan ini mendesak :

1.      PDRM  tampil memberikan penjelas mengenai

a.       kewujudan ramai anggota polis menyamar sebagai demonstran, sila nyatakan berapa jumlah dan dedahkan siapa mereka ? Jika tidak maka kita tidak boleh menolak cakap – cakap dikalangan awam dimana polis menghantar anggota dikalangan demonstator sebagai agen provokasi.
b.      bagaimana gambar – gambar di kawasan kawalan ketat polis digunakan oleh blogger – blogger pro regim penguasa, adakah polis membenarkan dan melindungi blogger pro regim penguasa pada hari tersebut dan dalam pada masa yang sama mengasari dan mencuri kad memori wartawan yang bertugas ? atau polis berkongsi bahan yang mereka perolehi dengan blogger pro umno ?

2.      PDRM harus melakukan siasatan

a.       Khabar angin kononya ada anggota polis yang mati telah menjadikan polis bertindak diluar batasan. Ini dimulakan oleh cybertrooper pro regim. Yang bertanggungjawab memulakan khabar angin dengan tujuan untuk memperdaya semua anggota bertugas pada hari tersebut harus dihukum jika tidak jelas ia satu yang dirancang untuk memperdayakan semua anggota pada hari tersebut.

3.      Semua kegiatan ganas dan jenayah yang dilakukan oleh anggota harus disiasat dan diambil tindakan. Adalah satu lawak jenaka apabila atasan PDRM bersungguh menyiarkan foto senarai orang awam untuk serah diri tetapi seolah tidak punya rekod anggota sendiri yang mengganas pada hari tersebut. Antara kesalahan yang dilakukan secara jelas dan ada beribu rakaman video dan gambar dan seumpamanya ialah :

a.       Secara sengaja merosakkan harta benda awam termasuk menembak gas pemedih mata ke kedai dan kenderaan. Ada ramai saksi menyaksikan bagaimana polis merosakkan gerai – gerai peniaga yang ditutup contohnya di sekitar Masjid India.
b.      Memukul secara beramai – ramai dan bertalu – talu orang awam yang ditahan walaupun tidak melawan termasuk menggunakan senjata tumpul.
c.       Mencuri barangan orang awam seperti wang tunai, kamera, memori kad, telefon bimbit dan lain – lain
d.      Memaki hamun dengan penuh sifat anti perkauman dan permusuhan agama secara sengaja terhadap orang awam yang ditahan.
e.       Menahan orang ramai ketika sedang makan, di dalam hotel, perkarangan rumah ibadat dan dalam perjalanan pulang.
f.       Polis menghalau orang ramai yang sedang makan jelas merugikan peniaga kerana ramai terpaksa beredar tanpa sempat membayar makanan.
g.      Menghalakan senjata kepada orang awam termasuk orang biasa yang tidak terlibat, orang tua, wanita dan kanak – kanak.
h.      Ada kes sekeluarga ibu, bapa dan anak – anak ditahan di hotel hanya kerana menimpan pakaian kuning.
i.        Ada juga laporan beberapa kes orang awam yang membonceng motosikal dan memandu motokar ditahan beramai – ramai ditengah jalan ditarik keluar kenderaan, kenderaan dirosakkan dan mereka dipukul hanya kerana mereka berpakaian kuning walaupun dalam perjalanan untuk balik.
j.        Tindakan juga harus diambil kepada anggota yang gagal mengawal kenderaan atau secara sengaja memandu dengan melanggar orang awam

4.      Polis dan orang awam adalah mangsa pada hari tersebut.

a.       Semua operasi pada hari 28 April 2012 diakui oleh beberapa pimpinan regim termasuk Menteri Dalam Negeri dipantau sepenuhnya, maka semua yang berlaku adalah dalam kawalan penguasa.
b.      Orang awam yang hadir lebih 250,000 orang, (ada sumber menyebut) kekuatan anggota polis pada hari tersebut ialah kira – kira 10,000 orang. Bayangkan akibatnya jika sememangnya dirancang untuk merusuh ? tetapi yakinlah ia hanya untuk menyatakan bantahan secara aman dan tidak lebih dari itu.
c.       Polis bukan musuh orang awam sebegitu juga orang awam sepatutnya bukan musuh polis. Dalam kes 28 April, Polis dan orang awam adalah mangsa regim penguasa yang takut dengan bayang – bayang sendiri. Jika sejak dari awal kalau Dataran Merdeka dibenarkan diguna, maka keadaan akan aman berkumpul dan bersurai dan anggota polis juga tidak terseksa bertugas begitu teruk. Lihat sahaja demonstrasi Anti Lynas di Kuantan semua mampu dikawal dan aman.
d.      Anggota polis bertugas juga perlu sedar sememang dirancang mereka dimangsakan. Apa keperluan untuk anggota polis bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan dengan melalui ribuan orang awam yang sedang marah kerana baru sahaja ditembak dengan gas pemedih mata, ada pergerakan tanpa keperluan dan kawasan tersebut jelas boleh dielakkan ? Disyaki arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja dibuat untuk menjadikan anggota polis tersebut sebagai umpan. Ini satu penghinaan oleh atasan kerana menjadikan anggota polis mangsa pada hari tersebut.

Kesan terhadap kejadian 28 April amat dalam. Imej PDRM dan orang awam begitu terjejas. Ini semua angkara regim penguasa. Suasana ini tidak bagus untuk negara. Semua harus sedar bahawa apa yang berlaku ialah ramai anggota polis diperdaya untuk bertindak sedemikian rupa, termasuk di’ brainwash’ dengan perbagai fakta songsang pro regim penguasa. Keadaan harus diperbaiki segera jika tidak hari 28 April itu yang harus dikenang dari aspek positif sebagai #Hari Merdeka Rakyat  tetapi jika tidak diperbaiki imejnya maka ia akan dikenang sebagai #Hari Rusuhan Polis.

Dengan ini SAMM dan 27 ormas muda serta mahasiswa Malaysia juga terpaksa untuk mula menyenaraikan gambar – gambar anggota polis yang telah diperdaya oleh regim penguasa untuk bertindak diluar batasan undang – undang untuk tampil menyerah diri. Jika tidak ada penjelasan dan tindakan serius dari pihak atasan PDRM atau regim penguasa sendiri, kami tidak teragak – agak untuk membuat edaran awam dengan menyenaraikan anggota yang terbabit dalam risalah dan poster.

Akhir sekali ditegaskan polis / anggota keselamatan bukan musuh kita yakinlah polis juga mangsa diperdaya regim penguasa untuk bertindak sedemikian rupa. Mengajak seluruh anak muda untuk bersama untuk sama membaiki imej hubungan orang awam dan agensi keselamatan utama negara ini.

Isu keganasan anggota polis yang diperdaya dan dipergunakan oleh regim penguasa ini juga tidak seharusnya melarikan fokus rakyat Malaysia bangkit untuk menuntut pilihanraya bersih, bebas dan adil. Tuntutan rakyat jelas bersihkan daftar pemilih sebelum pilihanraya umum berlansung. Proses pembersihan SPR harus dimulakan dengan pemecatan atau perletakan jawatan Pengerusi SPR dan Timbalanya yang jelas ahli Umno. Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya ahli parti politik. Jika ini tidak diendahkan maka bersedialah untuk mopbilisasi rakyat lebih besar lagi.

che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
Solidariti Anak Muda Malaysia
email :
chegubard@gmail.com
website :
www.anakmudamalaysia.com
blog :
http://chegubard.blogspot.com

Organisasi Masyarakat (Ormas) Muda dan mahasiswa yang turut mendokong memorandum ini

2. Malaysia Youth and Students Movement (DEMA)
3. Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI)
4. LimaPulohB Kolektif (50B)
5. Diskopi Kolektif
6. Angkatan Rakyat Muda
9. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10. Pemuda Sosialis
11. Kelab Mangsa PTPTN
12. Free Public Forum (FPF)
13. Civil Society Committee LLG
14. Sunflower Electoral Education (SEED)
15. Distrobuku Kolektif
16. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
17. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
18. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)
19. Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
20. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
21. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
22.Pro-Mahasiswa Nasional
23. Kelab Rakan Islah Malaysia
24. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
25. Sisters in Movement
26. Sinergi Gerakan Mahasiswi
27.Majlis Pimpinan Mahasiswa Nasional
28. Institut Bangsar Utama (IBU)
29. Student Power Group


Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan