Saturday, August 6, 2011

Wan Azizah Ganti Anwar Jika Perlu ?



Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengakui pernah terlintas di fikiran bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang berdepan dengan dakwaan demi dakwaan salah laku seks – patut bersara dari politik.
Tetapi bukanlah sekarang, kata Wan Azizah.

Apatah lagi, ketua umum PKR itu perlu membela dirinya dalam perbicaraan kes Liwat II yang akan bermula pada Isnin, tambahnya.
Malaysiakini mengemukakan soalan berkenaan kepadanya dalam satu temubual minggu lalu bagi menanggap sejauh manakah dakwaan berkenaan menjejaskan kepemimpinan Anwar setakat ini.
"Sebelum ini, ya – ketika dia menjadi profesor di (Universiti) John Hopkins. Saya gembira dengan kehidupan (pada waktu itu).
NONE"Saya perlu berterus terang. Kami merupakan keluarga biasa (pada waktu itu) – anak-anak berada di sana (Amerika Syarikat), melanjutkan pengajian, meneruskan kehidupan dan kami seronok.
"Tetapi kini ada pilihan (yang pelu dibuat). Saya fikir, dalam keadaan politik yang teruk pada masa ini, bukan sahaja Anwar yang diperlukan. Semua orang diperlukan.
"Seorang individu tidak dapat membuat banyak perubahan, tetapi setiap orang dan setiap rakyat Malaysia boleh melakukannya. Inilah yang saya ingin lihat," katanya.
Wan Azizah juga berkata, beliau akan kembali ke arena politik semula sekiranya Anwar kecundang dalam perbicaraan kes ini.
"Sekiranya saya diperlukan, tentulah. Tetapi terdapat ramai lagi pemimpin lain yang sudah teruji...
"Saya bukanlah sangat seorang ahli politik. (Tetapi) saya rasa saya ada imej yang berupaya menyatukan orang ramai," katanya lagi yang meletakkan harapan tinggi kepada barisan pemimpin muda.

Pelan A, B, C
Ditanya sekiranya beliau merasakan bahawa Anwar akan kembali ke dipenjara, Wan Azizah berkata beliau meletakkan harapan supaya perkara itu tidak akan berlaku.
"Janganlah doa begitu," katanya sambil tertawa kecil.

Beliau turut menggesa wartawan supaya turut optimis bahawa Anwar tidak akan dipenjarakan dan keluarganya membuat rancangan atas dasar yang sama.
NONE"Tentulah ada pelan kecemasan – pelan A, pelan B dan pelan C," katanya lagi.

Namun, Wan Azizah tidak dapat memberi gambaran jelas sekiranya andaiannya itu meleset.
Lalu siapa yang akan mengetuai Pakatan sekiranya ia dapat menguasai Putrajaya tanpa Anwar?
"Apabila keadaan itu berlaku, kita akan buat keputusan. Walaupun jika Pakatan berkuasa, kita masih perlukan semak dan imbang. Anda tidak boleh ada kuasa mutlak, anda tidak boleh (jadi) diktator," tegas Wan Azizah.
PKR juga telah melatih ramai pemimpin muda untuk mengisi kedudukan pemimpin lama, katanya lagi.


EDYES wrote:
Buat masa ini terus terang saya katakan, DSAI paling layak menerajui Malaysia apabila Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir. Pengalaman dan hubungan luar DSAI selama berbelas tahun menjadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah faktor utama mengapa saya berpendapat beliau adalah susuk paling layak.
Namun harus diingat, bukan jawatan Perdana Menteri yang menjadi agenda kita. Saya percaya ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat yang berkaliber untuk menerajui negara dan susuk itu tidak semestinya Datuk Seri Wan Azizah, walaupun DSWA merupakan Presiden PKR. Oleh demikian, siapa bakal Perdana Menteri bukanlah satu persoalan, di samping tidak salah jika menyebut DSAI sebagai calon utama.

Apa yang lebih penting sekarang ini ialah, dengan segala kederat menumbangkan sebuah kerajaan penggadai maruah agama dan bangsa, perompak khazanah negara, penindas rakyat, pencemar hak dan undang-undang dan juga penjual kewarganegaraan negara. Inilah pakej paling menarik dalam meneruskan perjuangan.

Sebuah perjuangan yang tidak harus dilepaskan oleh setiap insan yang mengejar hak dan keadilan rakyat.


1 comment:

leekonu said...

Saturday, August 6, 2011
SelangorKu: Paderi Didahulukan JAIS Dibelakangkan
Petikan dari malaysiakini

Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

Itulah sikap seorang ketua kerajaan yang beragama Islam di negeri Selangor.

Sepatutnya dia perlu terlebih dahulu mendapatkan laporan dari JAIS yang juga agensi di bawah pentadbirannya, kemudian barulah dia hubungi paderi berkenaan.Kalau JAIS salah barulah dia nyatakan kekesalan atau minta maaf.

Tapi dalam hal ini suasana sudah menjadi terbalik hanya semata-mata hendak jaga dan hendak kejar undi dari kristian dan juga kerana takutkan DAP.

Saya tak mau mengulas panjang-panjang. Sekarang semuanya telah terbukti depan mata kita. Fikirkan sendiri apa akan jadi kepada kita sekiranya mereka-mereka memerintah negara ini kelak.

Politik mereka sudah melebihi had dan batasan....
Posted by ruang bicara faisal at 10:52 PM