Saturday, October 30, 2010

Ansari Mungkin Kalah ! Atau Mahu Kalah ?



Khabar angin tersebar luas di sekitar Batu Sapi dan Sandakan. Hanya mereka yang berada di sana 4 hari pertama selepas penamaan calon sahaja yang tahu situasi sebenar apa yang berlaku di Batu Sapi.

Mengikut culaan awal dari satu sumber yang berjaya di'smuggle' keluar dari bilik gerakan BN menunjukkan bukan Keadilan yang mendahului, dan bukan juga Barisan Nasional yang mendahului. Anda mungkin pelik untuk mengetahui berita ini tetapi bagi yang hadir sebagai petugas dan pemerhati di Batu Sapi, banyak berita kurang enak untuk halwa telinga setiap penyokong Pakatan Rakyat.

Orang cina sebaik Tian Chua dimarahi oleh ketua Cabang Batu Sapi seharusnya menjadikan berita ini pelek. Mustafa Kamil di arah supaya keluar dan tidak membantu juga di anggap pelik. Mujur YB Fuziah hadir membawa panji penyelamat setelah Mustafa Kamil dan Tian Chua di'sekat'. Jangan kita lupa bahawa YB Fuziah adalah seorang yang optimist, memandangkan beliau juga seorang motivator yang cukup motivated. Gerakan untuk memenangkan Ansari kembali bergiat lancar.

Chegubard juga telah memainkan peranannya di Batu Sapi dengan sempat hadir di tiga ceramah walaupun hari sebelumnya kelihatan sugul kerana ramai petugas yang sudah 'lari' berikutan peristiwa di Airport Sandakan sehari sebelumnya. Sebagai seorang pemimpin yang tidak kenal erti mengalah, Chegubard hadir sebagai penceramah di beberapa tempat yang turut dihadiri oleh YB Fuziah Saleh dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Tiga hari pertama selepas hari penamaan calon adalah kritikal sekali. Seterusnya setelah seorang pemimpin tempatan yang sepatutnya diangkat menjadi calon tetapi dipinggirkan iaitu Ahmad Thamrin Zaini telah berjaya disejukkan hatinya (di sini), semua gerak kerja pilihan raya kembali bersemangat untuk memberi kemenangan kepada Ansari. Walaupun mengikut kedudukan culaan menunjukkan Keadilan berada di tempat tercorot, namun tidaklah kita pasti samada masih sempat untuk memperbaiki keadaan atau - terlewat sudah!

Kerja keras setiap petugas dikerah, rumah-rumah kampung dan rumah teres semua dilawat dan disinggah. Mereka juga tahu apa yang mungkin berlaku disebalik kemenangan Ansari. Mereka yang turun di Batu Sapi kini benar-benar mahukan kemenangan untuk Keadilan demi 'untuk mengajar Ansari Abdullah' !

Maka tidak hairanlah mengapa si Ansari itu dua kali terjatuh ke Laut dalam minggu yang sama. Jika sekali mungkin boleh dikatakan nasib, tetapi apabila berlaku kali kedua dalam masa singkat - itu kita panggil suweyyyy!

Walaupun Keadilan mungkin kalah di Batu Sapi, kita semua harus berjiwa besar untuk menerima kekalahan ini. Bak kata pemimpin PAS, "kita kalah dah biasa". Saya bukan berniat untuk melemahkan semangat, saya masih katakan kita punya peluang walaupun YB Fuziah optimis dengan nombor-nombor dan persen-persennya. Saya masih mengharapkan kemenangan untuk Pakatan Rakyat.

Harapannya, Galas menjadi pengubat luka. Kerana sepengetahuan saya, kita jauh mendahului di Galas. Dalam politik macam-macam boleh berlaku, di Batu Sapi pun macam-macam telah berlaku. Ada yang boleh diexpose, ada yang bersifat confidential. Oleh kerana itu, saya akhiri ulasan pendek ini dengan sebuah doa dan harapan agar sama-sama kita usaha ke arah menumbangkan Barisan Nasional, yang angkuh lagi zalim !


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
aramaite suda balik KL bahh

Thursday, October 28, 2010

Mencuri Populariti Calon Lain Untuk Menang ?



PILIHLAH PASUKAN YANG 'FIRM' DENGAN CALON YANG LENGKAP-MELENGKAPI !!

Kali ini saya ingin menyentuh perihal pemilihan calon-calon naib ketua AMK. Untuk calon naib ketua, hanya 3 sahaja yang akan dipilih oleh setiap ahli AMK yang mengundi.

Bagi mereka yang ingin sebuah pasukan kepimpinan AMK yang mantap, dengan tiap-tiap seorang daripada naib ketuanya 'firm' dengan tugasan yang telah dikhaskan dan diatur sebaiknya - calon dari Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi adalah yang paling idelistik yang menyentuh segala faktor-faktor realiti.

Mari kita berbicara dengan fakta logik. Setiap ahli perlu mengundi 3 calon naib ketua yang difikirkan layak dan sesuai kena dengan tempatnya. Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi mempunyai 3 orang calon naib ketua yang solid dengan sokongan akar umbi dan ketiga-tiga calon ini juga sangat jelas dengan kebolehan masing-masing bagi menjayakan agenda yang telah digarap bersama demi sebuah harapan - perubahan positif yang rapid untuk menjadikan AMK sebuah sayap pemangkin kebangkitan sebenar anak muda!

Seperti yang dikatakan tadi, setiap calon naib ketua Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi mempunyai tanggungjawab tersendiri. Ada calon naib ketua yang diberi tugas mengembalikan persepsi terhadap AMK dan Keadilan Pusat, agar kita tidak lagi diletakkan sebagai parti paling lemah dalam gagasan Pakatan Rakyat. Ada calon naib ketua yang diberi tugas untuk memastikan pergerakan AMK di borneo mendapat perhatian sewajarnya dan ada calon naib ketua yang bertanggungjawab memastikan kesaksamaan kaum minoriti tidak dipinggir.

Masing-masing mempunyai portfolio yang berkait rapat dengan agenda perubahan yang dibentangkan demi AMK yang progresif.

Bicara soal logiknya yang saya maksudkan di sini ialah calon naib ketua dari pasukan Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi mempunyai 3 orang naib ketua, maka pilihlah ketiga-tiga naib ketua ini kerana ia sebuah matematik mudah yang menjadikan pilihan Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi adalah pilihan yang logik !

Apa yang dikatakan tidak logik pula ialah - apabila sesebuah gerup itu mengambil hampir semua baki calon naib ketua untuk dijadikan 'chai' yang akhirnya dilihat 'chai cacamerba asal jadi'. Permainan ini sebenarnya adalah satu jalan selamat untuk calon jawatan tertinggi AMK dengan mengambil setiap calon naib ketua, lantas disumbatkan sekali dalam satu chai untuk ditempur sesama naib ketua itu bagi merebut 3 tempat. Ini tidak logik.

Mencilok calon naib ketua pasukan lain dengan meletakkan dalam 'chai' dan cubaan untuk mencilok timbalan ketua AMK pasukan lain (kerana tersalah bawak timbalan) merupakan perkara yang lebih tidak logik. Tidaklah saya pasti samada calon naib ketua yang digambarkan menyertai pasukan itu benar-benar maklum mengenai lamaran air liur tak bercincin itu.

Bayangkan sekiranya sebuah gerup yang hebat dan dibuktikan kehebatan itu dengan kumpulan perarakan dan kumpulan kompang ketika hari penamaan calon, mempunyai 4 orang naib ketua, atau 5, atau mungkin 6 (tanpa pengetahuan naib ketua yang lain) dan tidak mustahil 9. Asal dapat dibisikkan perkara yang sama di setiap telingan naib-naib ketua AMK yang bertanding mewakili kumpulan ini dengan ayat komersial "undi untuk kau SOLID".

Cuba saudara-saudara pejuang AMK fikir dan bayangkan, di dalam sebuah pilihanraya kecil DUN, mana mungkin satu parti itu meletakkan 2 calon dalam DUN yang sama. Atau apakah mungkin Parti Keadilan Rakyat menghantar 3 orang calon untuk bertanding menentang calon UMNO di sebuah pilihanraya kecil Parlimen ?

Tanpa menifesto visi dan misi yang jelas, tanpa menghiraukan walaupun pasti ada naib ketua dari pasukan ini bakal terkorban, mereka masih menambah jumlah naib ketua.

Sifirnya mudah, mengumpul naib-naib ketua AMK bagi satu tujuan iaitu mencuri populariti naib-naib ketua yang bertanding demi melepaskan kesumat si ketua, di atas signal ketua kepada si ketua.

Jika AMK dipimpin oleh ketua pasukan ini serta timbalan dan naib-naibnya (yang telah dirancang siapa 'chai' sebenar yang bakal peroleh undi), alamatnya sampai ke'tua' AMK akan mundur seribu bahasa.

Ingatlah wahai ahli dan kepimpinan Cabang AMK, ketika saudara bertekad menyertai Keadilan bagi menentang ketidakadilan, ketika itulah saudara semua diishtihar sebagai pejuang. Jika pun bukan pejuang keadilan, sekurang-kurangnya ialah pejuang rakyat, atau sebaliknya. Resam sebenar seorang pejuang itu ialah apa yang anda sedang fikir ketika ini, kerana itulah perjuangan anda dan kerana itulah yang akan anda perjuangkan!

Jika demi mengembalikan kegemilangan AMK itu dianggap satu perjuangan, maka saya katakan Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi adalah wadahnya.

AMK akan lebih gemilang dari mana-mana zaman gemilangnya di bawah keazaman dan kepimpinan seorang tokoh penggembeling revolusi anak muda. Siapakah yang saya maksudkan? Siapapun yang saya maksudkan, pasti ketika ini susuk tokoh itu telah tergambar difikiran anda, tidak lain dan tidak bukan itulah tokohnya.

Jadikanlah pergerakkan AMK ini sehebat ombak besar, kerana apabila sampai masa AMK bangkit, ia akan menjadi Tsunami!!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
aramaite dari sandakan

Wednesday, October 27, 2010

Tamrin Akhirnya Dapat Dihubungi Oleh Che'GuBard






Seorang yang berjiwa besar ! Itulah kata-kata yang dilontar oleh che'GuBard sewaktu berada di perkarangan depan rumah Tamrin selepas pertemuan di antara Tamrin, pasukan che'GuBard dan kepimpinan utama AMK Sabah. Turut bersama dalam perjumpaan ini ialah YB Chang Lih Kang, YB Ong, YB Yunus Jamhari, Dr Nicholas, Dr. Jurin Gunsalam, Exco AMK Zulkifli Ibrahim serta ketua-ketua AMK Cabang di Sabah.

Pertemuan serba santai yang berlangsung kira-kira 2 jam itu membawa seribu erti kepada semua yang hadir apabila Tamrin menegaskan pendiriannya untuk bersama dengan Keadilan bagi merampas kerusi Parlimen Batu Sapi walaupun beliau dikatakan calon yang paling layak untuk bertanding. Ini kerana Tamrin dikatakan adalah pilihan lebih popular Keadilan Sabah berbanding calon Pakatan Rakyat Batu Sapi Ansari Abdullah, namun kepimpinan parti telah membelakangi hasrat anak tempatan Sandakan khususnya.

Walaupun tidak dicalonkan, Tamrin tetap optimis untuk terus kekal bersama dan perbincangan berkenaan jentera pilihanraya Batu Sapi yang disulami dengan luahan rasa selama 2 jam itu benar-benar harus melegakan semua pihak. Inilah sikap seorang pemimpin yang sanggup berkorban dan memberi laluan ketika beliaulah calon yang dikatakan lebih berpeluang untuk membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya menjadi isyarat penting kebangkitan rakyat Sabah untuk PRU akan datang.

Justeru, walaupun Ansari telah dipilih sebagai calon, jentera pilihanraya Keadilan Sabah dan seluruh kekuatan AMK Sabah harus berpadu untuk memastikan bumi Borneo Utara juga menyahut cabaran gegak gempita tsunami politik 8 Mac di semenanjung emas sepertimana yang berlaku di Sibu.

Biduk berlalu kiambang bertaut! Ayuh buktikan walau pertembungan sepuluh penjuru berlaku di sebuah pilihanraya kecil sekalipun, asalkan semua pihak memainkan peranan dengan cerdik dan cermat, asalkan semua jentera pilihanraya Pakatan Rakyat bersatu hati serta bertindak bijak dalam segala isu yang dilontarkan, saya percaya kita mampu mengalahkan semua calon yang bertanding !

Akhir kata, saya amat berharap agar apa yang telah berlaku dalam pilihanraya yang melibatkan Keadilan kali ini tidak menjadikan ia sebuah lagi unpopular decision oleh pihak yang bertanggungjawab memilih calon, demi mencapai sebuah lagi kemenangan pilihanraya sekecil Batu Sapi.

RE-FOR-MA-SI

P/S:  Thamrin ialah Pengerusi MPN Sabah, tokoh tempatan Sandakan yang disebut-sebut bakal dinamakan menjadi calon tetapi walaupun bukan beliau yang dinamakan sebagai Calon BS, beliau terus bersama melawan regim Barisan Nasional.

 
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
aramaite dari sandakan

Sanggyong Terbalik Di Hadapan Che'GuBard !!


Kejadian ini berlaku betul-betul di hadapan kenderaan yang dinaiki oleh Chegubard ketika di dalam perjalanan ke Kota Baharu bagi program pra-penamaan calon - sehari sebelum hari penamaan calon.

Secara tiba-tiba Sanggyung berwarna hitam berpusing tiga kali sebelum ia terbalik ke dalam longkang di bahu jalan. Mujurlah Aidil SAMM yang memandu ketika itu tidak panik dan mujur juga Sanggyung yang berpusing itu tidak menyonsang arus dan seterusnya perlanggaran berlaku.

Adakah che'GuBard berhenti dan membantu mangsa kemalangan? Apakah yang berlaku kepada mangsa kemalangan walaupun kenderaan itu terbalik dan kemek?

Sila ke blog Sharpshooter untuk mengetahui kesudahan ini.

EDYES (runoutoftime)

Tuesday, October 26, 2010

Kronologi Hari Penamaan Calon di Galas dan Batu Sapi !

LAPORAN LANGSUNG Proses penamaan bermula jam 9 pagi bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah dan DUN Galas di Kelantan.

8.00am - Di Batu Sapi, lalulintas sesak di sekitar dewan masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon kerana sebelah laluan jalan ditutup.

Penyokong BN yang membawa bendera berhimpun di depan dewan. Tempat penyokong BN berhimpun ialah di Padang Besar Sandakan, kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.

Di Galas, lalulintas lancar. Cuaca juga baik. Ratusan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di depan Masjid Tengku Faiz Petra, yang terletak tidak jauh dari pusat penamaan calon.

Perarakan ke pusat penamaan calon akan bermula selepas solat hajat.

9.02am: Pusat penamaan calon di Batu Sapi dibuka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bersedia menerima kertas pencalonan daripada mereka yang berhasrat bertanding.

9.05am: Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusof tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi Setiausaha Agung BN Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden MCA Datuk Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut mengiringi Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

9.06am: Di Batu Sapi, calon PKR Ansari Abdullah adalah yang pertama tiba untuk menyerahkan borang penamaan. Sambil tersenyum, beliau melambai kepada penyokongnya sebelum menuju ke kaunter pencalonan.

Seminit kemudian, ketua SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula memasuki dewan untuk menyerahkan borangnya.

9.10am: Calon PBS yang mewakili BN Linda Tsen menyerahkan borang pencalonannya. Semua ketiga-tiga calon utama kemudiannya bersalaman.

9.11am: Di Galas, penyokong Pakatan yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang mula berarak dari masjid dengan diketuai oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang diiringi pemimpin Pakatan yang lain.

Sebelum itu, dengan diimamkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mereka menunaikan solat hajat di masjid berkenaan.

Kehadiran mereka disahut dengan takbir oleh penyokong di sepanjang jalan berkenaan menuju ke pusat penamaan calon.

9.19am: Penyokong Pakatan di Galas dihalang oleh sekatan, namun mereka terus berselawat dan melaungkan takbir.

9.22am: Di Batu Sapi, semua tiga calon utama - Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS) - telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati minuman ringan. Masih belum ada calon Bebas yang tampil mengemukakan borang pencalonan meskipun sebelum ini SPR melaporkan lebih 27 borang pencalonan sudah dibeli.

Di Galas, berlaku ketegangan seketika apabila sekatan berkenaan menyukarkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad yang cuba ke pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang. Ia diburukkan lagi dengan ribuan penyokong yang membanjiri kawasan sekitar. Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.

9.23am: Dr Zulkefli Mohamad akhirnya berjaya melepasi sekatan polis. Beliau diiringi oleh presiden PAS - Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS - Nasharudin Mat Isa, naib presiden PKR - Azmin Ali, Menteri Besar Selangor - Tan Sri Khalid Ibrahim dan supremo DAP supremo Lim Kit Siang.

9.30am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan.

9.39am: Penyokong PAS dan beberapa pemimpin Pakatan cuba memasuki dewan penamaan calon, tetapi polis hanya membenarkan mereka yang mempunyai pas sahaja masuk. Antara mereka yang tidak dibenarkan masuk ialah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

9.44am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP dan membuat ucapan ringkas kepada penyokong Pakatan. Beliau menggesa mereka bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Pakatan pada 4 November ini.

9.48am: Di Batu Sapi, keadaan lebih tenteram di luar pusat penamaan calon. Penyokong dan pemimpin ketiga-tiga parti yang bertanding bergaul dengan satu sama lain tanpa sebarang ketegangan.

10am: Pegawai pilihan raya SPR di Batu Sapi memaklumkan bahawa tempoh penamaan calon telah berakhir.

Hanya tiga calon mengemukakan borang mereka.

Mereka adalah Ansari Abdullah (PKR), Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS).

Nama mereka dipamerkan di papan kenyataan untuk semua pihak membuat bantahan jika ada. Tempoh masa untuk berbuat demikian adalah dari 10 hingga 11 pagi.

Di Galas, pegawai pilihan raya juga membuat pengumuman yang sama. Katanya, hanya dua calon yang telah mengemukakan borang mereka.

Mereka adalah - Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno).

10.10am: Di Batu Sapi, penyokong ketiga-tiga parti memulakan kempen dengan melaungkan slogan dan kata-kata semangat masing-masing.

Yang paling lantang adalah, penyokong Pakatan dengan jeritan "Batu Sapi, kita tawan" dan "Reformasi", menenggelamkan teraiakan oleh pihak BN, yang kebanyakannya mereka terdiri daripada ahli Puteri Umno.

Penyokong SAPP pula dilihat kurang memberi reaksi dalam 'perang mulut' itu dan lebih berminat mengibarkan bendera parti sahaja.

10.14am: Di Galas, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan. BN pula membalas dengan paluan gendang mereka.

Membuat ucapan politik serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon oleh SPR.

Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, namun paluan gendang daripada BN dibiarkan terus bergema.

10.31am: Seorang komander Pasukan Gerak Am yang berpakaian tentera memeriksa kedua-dua sekatan yang didirikan oleh PAS dan juga Umno.

Beliau disindir oleh penyokong PAS yang memberikan tepukan dan berkata "Datuk jadi calon!" dan " Baju dah hijau tu" sambil disambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.

Bagaimanapun bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong PAS mula keletihan dan berehat seketika. Paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti seketika juga.

Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. Ia berjaya penyokong kedua-dua pihak mengejek satu sama lain yang mungkin boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini.

DISALIN DARI MALAYSIAKINI DAN DITAMPAL DI BLOG EDYESDOTCOM (running out of time lah)

Anak Klate Gedebe !!??


Catatan santai saya dalam entri sebelum ini (di sini) telah disalah erti sehingga ada yang menyamakan edyes dengan UMNO lahanat.

Jangan salah faham, saya adalah penyokong kuat negeri kelantan, tetapi bukan dalam bolasepak lebih-lebih lagi ketika bertemu N.Sembilan.

Adakah saya benar-benar memperlekeh anak kelantan? saya jawab berbentuk point di bawah;

1. Dalam entry ini, saya tulis sebagai catatan santai. Oleh itu, seharusnya ia dibaca dgn santai dan ada part yang sayay berseloroh (jenaka).

2. Dalam keadaan ngantuk akibat kurang tidur selama beberapa minggu, saya lupa nak masukkan satu point untuk menghentam FAM, iaitu saya sangat TIDAK bersetuju Sathiananthan digangtung ketika perlawanan S/F dan final edisi kali ini. kalau nak gantung, sila gantung lepas Final. Ini kata-kata dari seorang penyokong N.Sembilan.

3. Saya sangat menghormati TGNA, Saya sanjung Husam, dan saya kerap kali membuat kenyataan dalam blog edyesdotcom bahawasanya, kita harus amalkan dasar pandang Kelantan! kerana negeri 98% orang melayu ini tetap hebat walaupun 188 projek telah dibekukan oleh pusat.

4. Melayu kuasai ekonomi kelantan, adakah kerana faktor orang cina adalah minoriti? Kuala Pilah kampung den pun melayu menjadi majoriti dan cina minoriti, tetapi dalam 10 kedai di pekan K.Pilah, satu sahaja kedai melayu. Kalaulah susuk seperti TGNA memerintah Malaysia sejak tahun 50an, mungkin hari ini melayu menguasai lebih 30% kuasa ekonomi dalam negara.

5. Mengenai perkara gedebe kelantan mencalarkan kereta. Ini berlaku kepada rakan2 saya ketika final tahun lalu. Dan niat saya berseloroh dengan tidak bermaksud untuk double standard kepada saudara pembaca yang menyokong Kelantan.

6. Saya taknaklah cerita apa yang berlaku tahun lepas di mana depan mata saya anak nogori kena belasah. Masa tu baru pukul 3 petang, game belum mula lagi, kelantan belum kalah lagi, tetapi telah ada yang menjadi mangsa. Saya sendiri meleraikan pembelasahan itu sebab saya pakai baju merah dan buleh kecek klate deh, jadi saya sedikit berani. Dalam peristiwa tu juga, ramai anak kelantan yg cuba meleraikan dan memaki hamun gedebe yang buat hal tu.

7. Semua kena faham, bukan semua yang gedebe negetif, ada juga yang gedebe positif. Bagi saya, menjadi gedebe adalah tidak salah malah digalakkan, tetapi biarlah gedebe yang positif contohnya gedebe terhadap FAM, gedebe terhadap UMNO.

8. Kepada pengomentar yang marah kepada penulisan ini, harap dapat baca semula dan kali ini biarlah dalam intonasi santai. Sayang sekali jika anda tidak kenal pendekatan saya terhadap negeri Kelantan.

9. Jika berkesempatan, anda boleh tanya blogger Topeng Perak Unmasked apakah edyes seorang yang memusuhi anak kelantan? sedangkan anak cina pun saya tidak sesekali ingin bermusuh inikan pula anak melayu kelantan. Kawe rama saing2 nge ore klate, jange demo maroh ko kawe deh...

10. Akhir sekali ingin saya nyatakan, saya adalah antara individu yang cuba membuka minda rakyat Malaysia supaya mereka sedar dan arif bahawa penyokong kelantan sebenarnya telah dianiaya oleh media arus perdana dan juga oleh FAM itu sendiri.

Apapun, tak salah kalau saya katakan bahawa N.Sembilan akan mempertahankan kejuaraan. hahaha nantikan entry analisis perlawanan akhir sehari sebelum sepak mula. Hari ini kita raikan proses penamaan calon di Galas dan di Batu Sapi.

Tiket Final RM30 - Boikot ke Final Piala Malaysia !!


Catatan Santai dalam kemarahan (dan kengantukkan)...

1. Harga RM30 untuk satu tiket adalah sangat tidak berbaloi. Dalam saingan separuh akhir di Paroi, harga tiket baru RM8 dan persembahan semi-final tidak jauh berbeza dengan persembahan perlawanan akhir. Sepatutnya harga sekitar RM15 sahaja dan harga RM20 masih boleh diterima.

2. Dengan RM30 kalau tengok wayang hari Rabu, boleh masuk 5 panggung dan tonton 5 filem. Kita andaikan satu filem bersamaan 2 jam, ini bermakna dengan RM30 kita dapat menonton 10jam. Wow!

3. Kedudukan pasukan Malaysia di tangga 140 dunia, RM30 untuk perlawanan akhir pasukan tempatan adalah tidak wajar sama sekali melainkan dijemput Maher Zain untuk buat persembahan ketika waktu rehat.

4. Bagi pelanggan ASTRO yang tidak mempunyai channel sukan, dengan menambah RM30 anda akan dapat siaran sukan ESPN dan pelbagai perlawanan bolasepak antarabangsa selama sebulan!

5. Memenangi pingat emas sukan SEA hasil gol reflek dari pihak lawan tidak boleh dijadikan alasan untuk FAM menaikkan harga tiket perlawanan akhir.

6. Adakah kenaikkan harga tiket ini adalah kerana untuk menampung projek-projek mee segera yang sedang berlangsung di Galas?

7. FAM sebagai badan induk bolasepak negara telah melacurkan sukan bolasepak.

8. Daripada culaan yang dibuat secara rawak, ramai peminat bolasepak di pihak kedua-dua seteru zaman bolasepak baru Malaysia iaitu N.Sembilan dan Kelantan akan mengambil jalan memboikot perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2010.

9. Saya telah ambil keputusan untuk menyokong pasukan Negeri Sembilan secara eksklusif dari rumah melalui channel 801 atau TV1, yang mana commentator paling kurang mengarut.

10. Jom ramai-ramai kita bertindak bijak dengan tidak menghadiri stadium Bukit Jalil hari Sabtu ini, sesungguhnya wallet anda akan rabak dan oleh demikian saya sarankan tonton sahaja dari rumah.

11. Jimat dan selamat daripada membiarkan kenderaan anda dicalar oleh gedebe Kelantan - sekiranya N.Sembilan menang perlawanan tersebut.

12. Tengok kat rumah ada replay !

Kalau stadium bukit jalil tetap penuh, kita telah memberi signal kepada FAM bahawa tindakkan mereka mengundang kenaikkan harga tiket sebagai satu kejayaan. Justeru, mohon signal yang jelas akan terpacar dalam perlawanan Akhir yang serba muram dengan jumlah penontot yang sangat kurang !

Ayuh, desak FAM untuk bertindak lebih cerdik demi nyawa bolasepak tempatan.

FAM Tak Pernah Bijak - Ulasan edyes ketika FAM flip-flop mengenai pengambilan awang import.

Sunday, October 24, 2010

Debat 1 Lawan 1 Antara che'GuBard dan Shamsul !! - Sejarah Paling Ditunggu !!

Klik untuk dibesarkan

Untuk pembacaan yang lebih mudah, saya tulis semula petikan dalam surat jemputan pelawaan debat oleh penyelaras kempen Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi, Zulkifli Ibrahim;

Tarikh : 23 Oktober 2010

KEPADA

Sdr Shamsul Iskandar Md Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat

CABARAN DEBAT

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 seharusnya digunakan sepenuhnya oleh anggota untuk memilih kepimpinan parti perbagai peringkat dengan menyedari cabaran yang bakal dihadapi. Pemilihan ini seharusnya diwarnakan dengan budaya politik baru berasaskan idea, nilai dan rekod seseorang pemimpin. Untuk itu anggota seharusnya dibekalkan dengan maklumat secukupnya.

Namun sedikit menggusarkan apabila dilihat kewujudan kempen secara tidak sihat.

Ada di sebuah negeri di mana ada anggota tak hadir kerana kononya wujud ugutan untuk tidak hadir dan di sebuah negeri lain, penganjur dihubungi oleh ketua Cabang di mana ketua cabang tersebut dihubungi oleh individu yg bertanding jawatan utama AMK pusat mempertikaikan bagaimana kami boleh masuk buat program di Cabang tersebut. Ada ketua AMK negeri yg bertindak beri amaran itu dan ini.

Kami mengecam politik kempen seperti ini. Malah kami juga mengarahkan semua penyokong agar tidak melayan serangan peribadi sebaliknya fokus dengan agenda jelas dan praktikal yang ingin dibawa.

Bangkit dari kegusaran serta menginsafi di atas kesedaran ini. Maka saya selaku penyelaras kempen bagi 'anak muda penerus perjuangan reformasi' demi memperkasa budaya politik baru maka kami mempelawa saudara shamsul iskandar untuk debat terbuka dengan che'GuBard.

Sebelum ini di Taiping sememangnya sudah diadakan debat namun pada masa itu saudara shamsul 'terlepas' dari berdebat kerana ketika itu konon kerana mahu menjadi naib presiden.

Debat ini juga seharusnya diadakan antara Chang Lih Kang dan Khairul Anuar yang bertanding timbalan ketua AMK pusat.

Sekian

Anak muda pendesak perubahan

Zulkifli ibrahim
Penyelaras Kempen
Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi


EDYES wrote:

Saya percaya saudara Shamsul Iskandar akan menyahut pelawaan debat oleh che'GuBard sepertimana yang dikatakan oleh blogger terkenal sharpshooter di sini. Walaupun sehingga jam 6.30 petang 24 Oktober, masih belum ada sebarang jawapan ataupun khabar angin yang mengatakan pelawaan debat ini akan disahut oleh ketua AMK Pusat yang ingin mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 4 tahun lalu.

Pada tanggal 18 September 2010, sebenarnya telah diadakan debat calon-calon ketua AMK, satu program debat yang menjadi sejarah kepada perjuangan reformasi anak muda. Wacana debat ini dianjurkan bagi memberi ruang dan peluang kepada semua calon yang bertanding menunjukkan menifesto awal - apakah yang bakal diwarnakan kepada AMK sekiranya pendebat dipilih menjadi ketua AMK Pusat. Lanjut mengenai debat tempohari sila klik di sini dan di sini.

Adalah agak malang bagi AMK itu sendiri, sejarah debat anak muda ala-presidential debate menyaksikan ketidak-hadiran ketua AMK kerana kununnya ketua itu akan bertanding ke tahap yang lebih tinggi dalam Pemilihan 2010 iaitu bagi jawatan naib presiden. Walaupun ketika itu Shamsul Iskandar sudah mengumumkan bertanding jawatan naib presiden, tetapi harus di ingat bahawa beliau masih lagi seorang Ketua AMK Pusat dan wajar menghadiri program debat tersebut bagi memberi sokongan (atas kapasiti ketua AMK).

Namun begitu, cuaca panas yang disangka sampai ke petang tiba-tiba hujan di tengah hari. Shamsul Iskandar telah memilih untuk membelok kanan dan kanan lagi (dua kali kanan kita boleh tafsirkan sebagai U-Turn) untuk kembali ke pentas pertandingan ketua AMK yang sepatutnya sudah ditinggalkan oleh Shamsul sepertimana yang telah beliau umumkan sebanyak dua kali, salah satu daripadanya di Johor. Sila klik di sini untuk melihat bagaimana Shamsul Iskandar mengumumkan untuk bertanding jawatan naib presiden Keadilan Pusat.

Saya tidak pandai untuk mengaitkan ceritera perlumbaan jawatan AMK ini dengan cerita fantasi kanak-kanak perlumbaan arnab dan kura-kura. Apa yang saya tahu ialah kura-kura kerap didefinisikan sebagai haiwan yang lembab dan ia sering kali dikaitkan dengan gerakan yang lemah dan lambat. Adakah resam kura-kura ini berlaku dalam AMK ketika penggal 2007-2010 menjadi tanda tanya - maka debat inilah medannya untuk menjelaskan sesuatu.

Ramai juga yang berpendapat Shamsul Iskandar mengelak daripada program debat di Taiping anjuran Ureka.asia tersebut dengan memilih untuk mengumumkan bertanding di jawatan naib presiden. Saya fikir ini bukanlah sifat seorang ketua AMK dan saya yakin Shamsul Iskandar tidaklah sebacul ini walaupun tindakkan 'U-Turun' itu sedikit sebanyak mencalarkan imej beliau sebagai seorang ketua sehingga dikatakan ada penyokong Sam yang lari kerana sikapnya yang flip-flop. Kini Shamsul Iskandar berpeluang untuk menebus segala keraguan yang ditimbulkan oleh beliau sendiri - dengan menerima panggilan debat che'Gubard.

Andaikata debat ini tidak diberi perhatian oleh Shamsul Iskandar, maka punahlah peluang untuk beliau menjelaskan mengapa hanya lebih kurang 50 cabang AMK sahaja yang lengkap, juga persoalan mengapa terdapat ahli yang diugut supaya tidak menghadiri majlis kempen calon Ketua AMK Pusat. Begitu juga dengan persoalan apakah sesebuah negeri itu tidak boleh dikempen oleh pihak lain. Inilah peluang untuk Shamsul Iskandar menjawab persoalan yang kian diragui dan di samping itu juga, menunjukkan ciri-ciri ketua AMK sebenar.

Surat rasmi telahpun dihantar oleh pihak cheGuBard sepertimana yang dikepilkan di atas dan masih lagi menunggu jawapan dari Shamsul Iskandar. Tarikh dan masa akan ditentukan selepas mendapat persetujuan oleh kedua-dua belah pihak. Debat ini dijangka akan berlangsung selepas 30hb September mengikut kesesuaian masa di pihak Shamsul mahupun che'GuBard. Venue pula terserah kepada Shamsul samada mahu ia dilaksanakan di Jasin atau mana-mana tempat jua asalkan sesuai, pasti che'GuBard akan hadir.

Pihak che'GuBard juga bersedia untuk menganjurkan Debat 2 Penjuru - Anak Muda Penerus Reformasi, sekiranya mendapat kata putus persetujuan dari pihak Shamsul Iskandar. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Apa yang penting, pelawaan debat ini wajar disahut dengan penuh rasa kasih sayang, kerana adik dan abang ingin bertempur dalam latihan sparing, demi menghadapi musuh sebenar pada masa akan datang.

Pernah seorang rakan memberitahu saya satu permasalahan, dengan mengatakan keadaan muda-mudi sekarang ini gawat apabila Ketua Pemuda UMNO tidak mampu menjalankan tugas dengan baik, dan Ketua Pemuda UMNO itu begitu korup sehinggakan exco sekelilingnya kaya raya. Saya katakan, baguslah kalau begitu gamaknya perangai seorang Ketua Pemuda UMNO, apa yang hendak dihairankan. Lantas rakan saya menambah, seteruk-teruk seorang Ketua Pemua UMNO, dapat dilihat Ketua AMK lebih teruk. Walaupun mungkin tidak korup, tetapi lebih teruk dan agak ketinggalan.

Saya cuba mengalih pandangan dengan mengatakan, Tantawi itu apa kurang dan lebihnya. Sekarang ini gawat kerana tiada pemimpin muda yang benar-benar perform, tetapi keadaan gawat ini tidak diambil kesempatan oleh Angkatan Muda Keadilan.

Berbalik kepada perkara debat, sekali lagi saya menjadi antara anak muda pendokong keadilan yang menaruh harapan agar debat ini berlangsung dan juga menaruh kepercayaan bahawa debat ini akan menemui kejayaan dengan kedua-dua belah pihak saling memberikan respon seperti yang diharap.

Sama-sama kita nantikan jawapan bertulis mahupun vokalis daripada susuk Shamsul Iskandar, agar debat satu lawan satu ini menjadi kenyataan. Pastinya akan mendapat liputan yang meluas dan ianya adalah satu peluang untuk melebarkan sayap AMK kepada lebih ramai anak-anak muda yang dahagakan perubahan. Katakan kepada anak muda ini, bahawasanya perubahan itu harus didesak, bukan ditunggu !


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

Saturday, October 23, 2010

Ini Jawapan Seorang Ulama Dalam Mempertahankan Rosmah Mansor!!



Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya. Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang. Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak. "Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum.

Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari. "Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."

Edyes wrote:

Cuba fikir baik-baik, siapa yang perlu menasihati siapa dalam konteks ini? Jika kita lihat selingan video festival busana di sini, maka dapat anda lihat antara yang hadir dalam festival ini ialah Perdana Menteri Malaysia iaitu suami kepada Rosmah Mansur yang menjadi penaung festival tersebut. Jadi bukankah sebagai Perdana Menteri dan juga sebagai suami, adalah menjadi tanggungjawab Najib untuk memberi nasihat atau berbuat sesuatu agar kesucian Islam tidak dikaitkan dalam festival yang menghina nama Muhammad S.A.W.

Ulamak muda UMNO mengatakan pihak pembangkang sengaja memperbesar-besarkan isu festival busana ini, tetapi sedarkah wahai ulamak najis babi (gelaran yang diberikan oleh Pak Bakaq) bahawa festival itu bukan sahaja menghina Islam dengan pakaian-pakaian mendedahkan pangkal dada, bukan sahaja boleh memesongkan akidah anak muda-mudi Islam apabila menganggap pakaian-pakaian menonjol yang ditonjolkan itu adalah trend yang dibenarkan dalam Islam, festival itu telah menghina junjungan besar Nabi Muhammad dengan menterbalikkan lambang nama Rasulullah SAW.

Masih kita ingat suatu ketika dahulu, seorang blogger telah ditangkap kerana kesalahan menterbalikkan bendera Malaysia. Hari ini, Rosmah mansur juga harus didakwa kerana menjadi penaung kepada Festival yang berkemungkinan dengan niat menjatuhkan maruah Islam apabila tulisan khat yang menjadi lambang nama Muhammad SAW diterbalikkan. Penganjur dan penaung harus sekurang-kurangnya memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran jahat ini.

Menjawab persoalan di antara tanggungjawab penganjur dan penaung, siapa yang lebih harus dipersalahkan? Saya mengambil jawapan yang paling tepat dari laman Pak Bakaq si penarik beca;
Saya teringat apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar: Allah melaknat khamar (minuman keras), peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pembuatnya, pemesan produknya, pembawanya, orang yang dibawakan khamar kepadanya dan pemakan keuntungannya (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah).
Oleh demikian, tidak kiralah samada Rosmah itu penaung atau penganjur, adalah jelas penglibatan Rosmah dalam program mewah yang secara terus menghina Islam dan Rasullullah SAW itu sendiri harus dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab. Apatah lagi suaminya berada bersama ketika majlis ini berlangsung. 

Justeru, saya ingin menasihati Ulama muda UMNO supaya tidak menjual nama baik Islam demi untuk sebuah kehidupan sementara di dunia ini. Kamu sebagai Ulama muda telah mengeluarkan kata-kata yang mengundang cacian terhadap diri sendiri dan sesungguhnya masih ada ruang untuk kesalahan itu diperbetulkan, berbanding mempertahankan yang bathil !


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

Kebathilan Islamic Fashion Festival - Fitnah atau Benar ?

Blog edyesdotcom telah menerima sepotong komen yang mengatakan Islamic Fashion Festival adalah satu fitnah besar. Saya kurang arif, apakah yang dikatakan fitnah itu. Adakah fitnah itu dimaksudkan kerana penglibatan Rosmah-Najib? Atau fitnah itu hadir kerana perbezaan yang ketara di antara laman web yang tertera dengan apa yang telah dilaporkan berlaku di Monte Carlo, Monaco.

Komen tersebut dicatat dalam entri di sini. Komen yang mengatakan saya menabur fitnah adalah satu tuduhan berat. Komen tersebut memaparkan juga sebuah laman rasmi untuk IFF yang sekiranya dibuka, semuanya baik-baik dan semuanya bertutup litup. Itu yang berlaku di negara ini, tetapi jangan difikir apa yang berlaku di Monaco itu boleh dimaafkan dengan sebuah laman wed yang serba sopan.

Ingin diingatkan, Islam di peranchis bukan bermakna Islamnya boleh mendedahkan pangkal lengan (bagi wanita). Islam di eropah adalah sama hukum-hakamnya berbanding Islam di Malaysia, di Arab Saudi, cuma Imamnya sahaja berbeza. Imam Abdullah Badawi yang membawa mazhab hadhari adalah sebuah kes terpencil.

Oleh demikian, saudara pembaca rujuk komen yang saya maksudkan di bawah ini dan nilailah sendiri setelah melihat video di bawah sekali.


pis said...

gambar yang saudara blogger kembarkan adalah fitnah golongan tahap dajal yang telalu hina. sila tuan blogger edyesdotcom dapatkan web site yang sebenar untuk menarik balik fitnah tahap dajal ini suadara ini. saya kesian saudara tertipu dan menipu orang lain. bertaubatlah saudara. sila layari http://www.islamicfashionfestival.com.my/ hentikan fitnah yang amat dasyat ini.




Untuk pengetahuan, Blog edyesdotcom kini tidak lagi boleh diupdate ketika waktu office hour. Kemungkinan disebabkan oleh segelintir umat di pejabat yang tidak senang dengan penulisan saya di blog ini yang mungkin mengganggu waktu bekerja saya dan saya ambil positif akan perkara yang berlaku ini.

Friday, October 22, 2010

Rosmah Mansur Harus Respon !! Fakta IFF Yang Perlu Anda Ketahui !

Berani buat, berani tanggung !

Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang cediakawan agama yang pandai mentafsir hukum. Tetapi sekurang-kurangnya saya masih berada dalam keadaan yang sedar lagi waras untuk menimbang tara batas-batas agama terutamanya dalam konteks halal dan haram, aurat dan bukan aurat serta mahram dan bukan mahram. Saya juga dapat membezakan sedikit sebanyak tulisan-tulisan khat samada ianya tertulis kalimah Allah dan Muhammad berbanding lukisan bertemakan arca.

Jadi ingin saya kongsi sedikit luahan rasa yang membuak-buak penasaran setiap kali Islam itu dihina. Ia kerap berlaku secara global terutamanya selepas berlaku serangan 11 September di New York hampir sepuluh tahun yang lalu.

Selama ini acap kali kita mengutuk dan mengecam sekerasnya pelukis-pelukis eropah yang tergamak mencemar kesucian agama Islam dengan melakar wajah Junjungan Besar nabi kita Muhammad S.A.W. Kita berarak dan berdemonstrasi di hadapan kedutaan, kita juga melancarkan pelbagai boikot terhadap negara yang terbabit. Itulah antara tanggungjawab kita sebagai umat islam - mempertahankan kesucian agama Allah !

Hari ini kita sekali lagi diuji, dan ujian ini datangnya tidak jauh dari kalangan kita. Bentuk fizikal ujian ini adalah isu berbangkit mengenai tatacara pemakaian islam yang diraikan dalam sebuah majlis yang diberi nama 'Islamic Fashion Festival'. Banyak isu di dalam isu, antara yang menjadi persoalan ialah ucapan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang mengaku sebagai 'wanita pertama', ucapan yang cukup membuatkan setiap umat Islam di negara ini rasa terhina. Pembaca boleh rujuk ucapan penuh Rosmah Mansur di bawah selepas artikel ulasan ini.

Dalam masa yang sama, perkara yang paling tidak boleh diterima sesiapapun yang mengucap dua kalimah syahadah ialah apabila tulisan khat yang diukir sempena nama Muhammad S.A.W yang telah diterbalikkan lalu menjadi hiasan utama sehelai gaun seksi yang mendedahkan pangkal bahu. Sila klik di sini untuk melihat sendiri betapa hinanya maruah dan pegangan agama bagi mereka yang terlibat dalam menjayakan sebuah majlis ala-barat yang disulam atas nama Islam. Sepatutnya akhbar Utusan Malaysia melaporkan peristiwa hitam ini sebagai 'mencemar kesucian Islam' sebagai tajuk muka depan berbanding laporan seorang ahli parlimen bukan islam memberi tazkirah di sebuah surau.

Sebagai seorang Islam dan isteri kepada Perdana Menteri, pesta fesyen 'islam' yang mendedahkan aurat ini harus ditegur dan tidak sepatutnya digalakkan. Tetapi apa yang berlaku ialah ianya seolah-olah dianjurkan walaupun festival ini diadakan di Monaco dan menurut maklumat yang diterima, satu lagi festival yang sama akan diadakan pula di Kuala Lumpur pada bulan November 2010! Maklumat lebih lanjut boleh ada dapati dalam artikel salin tampal di bawah dan menurut artikel tersebut, Rosmah Mansur adalah penaungnya pesta pencemaran agama ini. 

Persoalannya, di manakah pemahaman islam seorang isteri Perdana Menteri di negara yang mengaku bahawa Islam adalah agama rasminya? Berapa juta ramainya ahli-ahli UMNO termasuk pemimpinnya yang beragama Islam, yang benar-benar berani untuk pertahankan kesucian Islam apabila tidak bangun menentang kejahilan ini? Adakah wakil-wakil rakyat UMNO kecut untuk menentang kebathilan apabila memikirkan ianya melibatkan Rosmah Mansor?

Bangkitlah wahai insan yang mengaku Allah itu tuhan yang esa dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Pertimbangkanlah untuk menghadapi realiti ini dengan dada yang lapang terbuka, betapa kita harus berbuat sesuatu sebelum banjaran titiwangsa terbalik memenuhi segenap ruang di lembah kelang.

Ingatlah, bertindaklah di atas isu besar yang tidak mungkin diselit walau sedikit toleransi ketika nama Rasul Allah, Nabi kita Muhammad S.A.W diterbalikkan untuk menjadi hiasan pelindung buah dada! Astagfirullahalazim !!

Di bawah ini saya persembahkan fakta-fakta "Islamic Fashion Festival" yang perlu anda ketahui, demi bersama-sama bangkit menentang pencemar agama yang sebenar!! Wallahualam

EDYES @ edyesdotcom

klik di sini untuk origin bagi artikel yang dipetik dari page FB

Klik untuk besarkan gambar


Fakta-fakta yang PERLU anda tahu mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)

Previously on Mari umat Islam, BATALKAN penganjuran IFF yg akan diadakan di KL : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=480134507188&set=a.480134467188.289379.345034017188&ref=fbx_album

Fakta-fakta ini den sendiri kutip dari ucapan Rosmah Mansur semasa majlis pembukaan Islamic Fashion Festival (IFF) Gala Dinner dan Fashion Show yg penuh glamer pada 10 Ogos 2010 lalu di Monaco. Gambar di atas diambil dari website Rosmah Mansur : http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=223

1] Cuba lihat garis yg telah den garismerahkan tu. Rosmah Mansur (RM) sendiri mengaku bahawa beliau (goli den guno word ni) sendiri mengaku bhw beliaulah penaung IFF.

2] Lihat pula garisan biru. Bukan Putera Monaco tu yg jemput RM tapi RM yg jemput Putera Monaco. Apa maknanya? Ini bermakna IFF memang berasal dari Malaysia dan sengaja diadakan ditempat glamer iaitu Monaco dengan bertujuan menarik perhatian global.

3] Ok sekarang kita terus rujuk pada point-point ucapan RM. Link : http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=223

4] Point no. 6 : I believe the IFF has selected the right venue to showcase the Muslim fashion ensemble and we certainly hope that Monaco can help be the gateway to the European market for Islamic inspired fashion from Malaysia.

Apo yg boleh den ulas, fesyen-fesyen separuh bogel versi cop halal JAKIM yg diragakan oleh model-model omputih yg seksi di Monaco memang sah hakcipta terpelihara dari Malaysia. Siap dgn cop SIRIM lagi bai.

5] Point no. 13 : In reality, there are many Muslim fashion designers who get their inspiration from the high fashion world and give it a hijab-friendly twist, successfully blending the two. Their ensembles, nevertheless, still capture the true grace and beauty of a woman without turning her into an object of desire.

Inilah ucapan paling CELAKA yg pernah diucapkan oleh RM. Maksud dari ucapannya kelihatan baik. Kalau Ulama’ Muda UMNO faham English Language, tentu diorg kagum dgn RM. “Masyaallah syeikh, anta lihat nasihat ana sudah didengari oleh RM”. Tetapi realitinya tidak begitu. Malam itu jugak model-model omputih seksi meperagakan pakaian Islam. Pakaian Islam kepalo abah kau! Korang tengok gambar ni : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=478319392188&set=a.478319382188.284735.345034017188&ref=fbx_album

Betul la kata RM tu iaitu tidak menjadikan fesyen pakaian muslimah sebagai penarik hawa nafsu lelaki. Tetapi hakikatnya tidak. Ini kata-kata seorang munafik bai.

6] Malam itu jugak junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W dihina dgn penuh glamer di Monaco. Tulisan khat yg tertulis nama Muhammad (tulisan arab/jawi) menjadi corak hiasan di dada seorang model yang seksi. Tulisan arab terbalik lak tu. Ini betul-betul penghinaan yg paling besar yg tak pernah den saksikan secara live dalam seumur hidup den.

Kalau dulu korang bantah iklan Hari Raya TV3 versi Santa Claus/1Malaysia/Freemason krn iklan itu menghina umat Islam dan juga akidah. Tetapi sekarang penghinaan dari IFF di Monaco itu lebih besar lagi. Den dah tak tahu nak cakap apo laie dah. Korang tgk sendiri la gambar ni : http://1.bp.blogspot.com/_AnovcU-a9ZY/TL3laF595EI/AAAAAAAALFc/wIg196PASIw/s1600/40905_162051640486086_100000437524741_396269_2453639_n.jpg

7] Point no. 21 : I would also like to thank the sponsors, Tourism Board of Sarawak and everyone who have worked hard and contributed to the success of the IFF showcase. Not forgetting, the founder of IFF for their initiatives and the wonderful and talented designers who are slowly but surely making waves and impact in the Muslim fashion world.

Peh. RM terus terang bagitahu sapo yg sponsor IFF di Monaco. Banyak betul duit Lembaga Perlancongan Sarawak (LPS) ni bai. Selalu kita sponsor perkara-perkara yg berkaitan dgn kita. Takde pulak den nampak gambar model memperagakan pakaian orang Iban pada malam tu. Model pakai spenda orang Iban pun takdo. Walaupun spenda skrng ni duti free. Oh lupo pulak den. Malam tu khas utk Islamic Fashion Festival versi Syaitan.

Apsal LPS boleh sponsor RM? Den punyo sangko baik, sudah tentu lah Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud nak bodek RM supaya dia kekal memerintah Sarawak sampai mampos. Sepatutnya bodek Najib sebab dia PM tapi Taib Mahmud bodek RM. Heran jugak den.

Tapi mana LPS dapat duit? Dah tentu la dapat dari hasil mahsul negeri Sarawak. Hasil mahsul ini datang dari cukai, balak, minyak dlll. Ia sepatutnya dimanafaatkan utk rakyat negeri Sarawak. Jadi wal hasil balik asal. IFF yg dibuat secara besar-besaran dgn penuh glamer di Monaco pada malam itu sebenarnya menggunakan duit rakyat. Den mmg kesian la dgn rakyat Malaysia ni. Manjang kono tipu. Cubo cakap dgn den, apa untungnya IFF kpd rakyat miskin negara ini?

8] Naluri den kuat mengatakan bahawa kematian wakil rakyat di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi sebenarnya adalah rahmat buat kita untuk mengenali lebih dekat siapa dia RM. Lihat mcm mana RM berkuasa meminda tarikh Prk ikut suka.

Walhal, RM tahu kalau Prk dijalankan selepas 4 Nov 2010, semua org akan tahu kewujudan penganjuran IFF di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Jumaat 5 Nov 2010 nanti. Ia bakal dijadikan modal buat Pakatan Rakyat jika Prk dibuat selepas 5 Nov 2010. Cerdik jugak RM ni bai. Tapi syukur, info dan gambar dari Monaco banyak mendedahkan kerja jahat RM.

9] Sekarang apa tindakan kita? Bagi den, amar makruf nahi mungkar. Kalau Konsert Adam Lambert kita boleh turun beratus-ratus orang menunjukkan protes, IFF yg bakal dilakukan bulan depan di KL juga menuntut aksi yg serupa.

Bukan setakat protes, IFF wajib dihalang dari dianjurkan. Ia lebih hina dari zina. RM cuba menggambarkan pada dunia ini lah pakaian Islam. Ia akan menimbulkan fitnah kpd umat Islam 1Dunia. Realitinya, penganjuran IFF bermatlamat menghina agama Islam. Jika tidak, mana datangnya fesyen tulisan khat ‘Muhammad’ di dada model di Monaco? Korang nak pakaian yg sama diperagakan di KL nanti?

10] Mufti Selangor Ishak Baharom pernah dilucutkan jawatan melalui pengaruh Tun Mahathir kerana menghalang pertandingan Ratu Cantik yg membabit perempuan Islam pada tahun 1997. Itulah harga yg dibayar oleh Mufti Ishak Baharom. Tapi beliau relax sehingga menghembuskan nafasnya yg terakhir dgn tenang. Beliau dikenang rakyat sebagai pembela Islam. Mufti lain?

Jadi den menyeru korang yg kenal mufti-mufti di negeri korang, supaya menyalurkan info tentang IFF yg akan diadakan di KL nanti. Mano tahu diorg pun samo menentang IFF mcm kito.

11] Untuk langkah awal, korang boleh join forces dgn Ostad Tantawi. Untuk info : http://www.malaysiakini.com/news/145956 . Juga menyertai fanpage ini : http://www.facebook.com/pages/Rosmah-Mansur-sila-minta-maaf-pada-umat-islam/163629210328599

12] Den takut RM akan menjadi seperti Dr. Aminah Wadud. Menafsir Islam ikut suka.

13] Korang boleh share dan tag gambar ni tanpa keizinan KBSB.

- Atih

Thursday, October 21, 2010

Laporan Polis Terhadap Founder 'Islamic Fesyen Show' !



Semalam, waktu aku on the way ke Stadium Paroi untuk menonton perlawanan bola di antara Negeri Sembilan menentang kehadiran Johor FC di perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, saya terima satu mesej yang agak mengejutkan dari sahabat yang pernah ditabalkan sebagai 'samseng kampung Panchor'. Mesejnya berbunyi begini;

Bro. Lu ada sban x? Jom wat report polis hina islam fesyen show. Jd mat balai plak kita. - Aduka Taruna
Aku tak tokok tambah pun apa yang aduka sms pada aku. Cuma bila aduka sebut mat balai dalam smsnya, aku teringat pada calon ketua AMK hahahaha. Apa yang bermain di fikiran aku masa itu ialah - Aduka Taruna ada kat Seremban? Apa yang dibuatnya, takkan balik kampung tengah-tengah minggu ?

Pagi nie baru aku sedar rupanya perbicaraan Aduka Taruna di Mahkamah Seremban bermula hari ini. Itulah puncanya kenapa Aduka berada di Seremban. Rujuk berita di bawah;

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini, semalam memulakan perbicaraan kes remaja yang didakwa menghina institusi kesultanan Johor menerusi laman blognya.

Khairulizam Abdul Ghani, 29, adalah seorang juruteknik komputer didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.my.

Dalam perbicaraan semalam, dua saksi dipanggil memberi keterangan iaitu jurugambar polis, Konstabel Wan Khairul Al-Jufri Hashim, 24 dan Penolong Pengurus Maybank Seremban, Fazlita Abd Wahab, 42.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah memaklumkan, sepanjang perbicaraan yang dijadual berlangsung selama tiga sehingga esok, beberapa saksi terlibat akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Khairulizam yang memakai kemeja putih hadir ke mahkamah diwakili peguam bela, Mohd Radzlan Jalaludin.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 7.25 malam dan 9.05 malam, pada 22 Januari lepas di No. 297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini.

Jika disabitkan kesalahan, Khairulizam boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Khairulizam bertindak menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan 26 Januari lalu atas perbuatannya itu.

Sinar Harian
Inilah semangat anak muda! Besok nak masuk mahkamah untuk bicara hal hina sultan, hari nie ajak aku pergi balai nak laporkan penghinaan Rosmah-Najib terhadap kesucian Islam - yang melibatkan tulisan khat nabi Muhammad S.A.W. Lebih dasyat apabila tulisan khat kalimah Muhammad itu diterbalikkan dan diletakkan di paras kemaluan pada design baju "fesyen islamic' itu !

Aku terpaksa menolak permintaan Aduka kerana janji aku pada anak untuk menonton bolasepak perlu ditunaikan. SMS tu pun masuk masa aku dah nak sampai ke Paroi Jaya. Takkan aku nak U-Turn pulak hahaha...

Aku puji semangat Aduka sebab walaupun hari nie dia berdepan dengan perbicaraan Mahkamah, tetapi semangat untuk membawa pengkhianat agama ke muka pengadilan itu amat wajar dipuji. Kehinaan yang berlaku terhadap islam tidak harus sekali-kali dipandang enteng. Lebih memeritkan apabila ia berlaku di dalam sebuah negara yang mengaku Islamic dan lebih menyedihkan apabila ia dinaungi oleh seseorang yang mengaku muslim (dan mengaku sebagai wanita pertama).

Aku nasihatkan Aduka supaya tumpukan kepada perbicaraan yang akan ditempuhi selama beberapa hari mulai hari nie. Untuk kes penghinaan ke atas Islam oleh gerombolan ini, kita serahkan kepada Tantawi dan para sahabatnya.

Kepada yang ketinggalan keretapi, sila rujuk entri di sini untuk lihat betapa beraninya mereka menggunakan kalimah Muhammad terbalik ke atas pakaian yang direka khas untuk perempuan muslim (tetapi seksi sekali) di atas nama 'islamic fesyen show' !

Bersama-samalah kita memelihara nama baik agama Islam dengan gerakan-gerakan yang cuba menggagalkan program serba menghina ini. Penampilan pakaian di dalam festival itu tidak langsung melambangkan ciri-ciri islam apabila setiap tudung yang dikenakan, tetap mendedahkan rambut - juga seperti stail 'wanita pertama' negara ketika memasuki ruangan Masjid.

Kesucian agama Islam perlu dipertahankan!! Hanya satu jalan terbaik untuk mengembalikan kegemilangan Islam di tanah air ini, iaitu dengan menumbangkan regim UMNO !!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

Wednesday, October 20, 2010

UMNO MEN'CILAKA'KAN ISLAM !!! NAMA MUHAMMAD S.A.W DITERBALIKKAN !!!

Klik gambar untuk dibesarkan

Ini satu perkara yang tidak langsung boleh ditoleransi !! UMNO harus bertanggungjawab kerana penglibatan Suami-Isteri Perdana Menteri Malaysia dalam program 'Festival Feshen Islam' ini.

Untuk gambaran lebih tepat, sila ke blog sahabat di sini

Ceramah Chegubard Menghentam Kerajaan Najib !!

Chegubard adalah susuk yang digeruni oleh gerombolan Najib. Pernah sebelum ini di parlimen, Anwar Ibrahim ditemui oleh Hishamudin (atas arahan Najib) untuk menasihatkan supaya Chegubard dikawal agar tidak terlalu mengkasari pihak kerajaan.

Kalau inilah rupa bentuk kerajaan 53tahun merdeka, ia wajib ditentang dan ditumbangkan !!

Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan mendengar pidato Chegubard, sila jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menghayati kelima-lima siri klip ceramah di bawah;

Ceramah Chegubard di Nibong Tebal, Siri 1



Siri 2


Siri 3


Siri 4


Siri akhir

Monday, October 18, 2010

SAM DI ARAH OLEH AZMIN UNTUK MENENTANG KEBANGKITAN CHEGUBARD !!


Sapa yang tak tau Anwar tak suka Chegu Bard? Serupa macam Anwar tak suka Zaid. Sebabnya, tak ada orang yang berani lawan cakap Anwar macam Chegu Bard dan Zaid. Anwar hanya mahu orang-orang yang menurut cakap dia. Kalau nak ikut cakap Anwar, yang tu tak ada masalah. Tapi kalau Anwar ikut cakap Azmin, yang tu susah la.


Anwar tau, Shamsul Iskandar akan kalah kalau bertanding dengan Chegu Bard. Jadi dia suruh Rafizi masuk. Dan Rafizi diback-up oleh Azmin. Dimana ada Azmin…disitu ada Rafizi. Rafizi diminta oleh Anwar berjumpa Chegu Bard untuk berbincang. Tetapi syarat perbincangan utama ialah..Rafizi Ketua, Chegu Bard Timbalan.


Bila Chegu Bard kata “boleh blah”..Rafizi balik mengadu kat Anwar. Tapi Anwar kata…”kalau tak boleh deal..lawan la!” Itu sebab Rafizi masuk untuk bertanding. Dan dia kaut semua mereka yang pernah bekerja dengan pejabat Anwar. Sim, Amir, malah Nik Nazmi pun tumpang tui.


Bukan itu saja, Rafizi dijanjikan akan mendapat sokongan dari Shamsul Iskandar. Sam diminta untuk melepaskan jawatan Ketua AMK dan bertanding Naib Presiden. Tapi apa yang berlaku tak mengikut perancangan. Orang-orang Sam tak ikut Rafizi, tapi lari kat Chegu Bard. Mana yang kutuk Chegu Bard pun..dah mula puji chegu Bard.


Bila pencalonan bermula…Rafizi ketinggalan. Dan diminggu terakhir pencalonan, Anwar tau Rafizi tak boleh cari makan dan dengan cepat strategi dipinda. Sam perlu balik untuk bertanding Ketua AMK.


Isyarat pertama untuk menyuruh Sam bertanding Ketua AMK datang dari Cabang Gombak. Azmin mencalonkan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK..dan bermulalah era malap Rafizi. Sejak itu, Team Generasi Reformasi semakin malap.


Sam juga sedar, kalau dia lawan Chegu Bard, peluang dia tipis. Tapi kalau dia lawan Anwar dan Azmin…lagi teruk. Dan oleh kerana Sam juga seorang Anwaristas yang wala kepada Anwar, maka dia menurut kehendak Azmin. Aku sebut Azmin sebab dalam PKR, Anwar yang dengar cakap Azmin…bukan Azmin yang dengar cakap Anwar.


Semalam hari pencalonan. Aku ingatkan Rafizi sorang yang sakit perut dan tak dapat hadir menghantar borang pencalonan…rupanya hampir keseluruhan Team Generasi Reformasi sakit perut!! Macam mana nak jadi reformis? tu belum kena simbah air asid, belum kena cota FRU. Baru kena gertak dengan Anwar sikit…dah cari pil Chi Kit Teck Aun.


Petikan dari sebuah artikel yang ditulis oleh Mat Saman Kati di blog ureka.asia


*********************************************************


EDYES wrote:



Sokongan terhadap Sam telah menjunam ketika Sam mengumumkan untuk bertanding naib presiden. Pada waktu itu, banyak penyokong Sam mula mencari networking dengan chegubard malah sudah ada yang berjanji akan setia dengan chegubard kerana yakin beliau akan menerajui AMK penggal 2010-2013. Mereka telah menemui chegubard dan berjanji akan memberikan sokongan yang solid.


Apabila Sam U-TURN, mereka yang sudah terlajak menyokong Chegubard ini tiada pilihan selain daripada terus menyokong chegubard kerana tindakkan U-TURN dalam perjuangan itu tiada dalam kamus hidup mereka. Apatah lagi yang hendak digambarkan jika yang U-TURN itu adalah seorang Ketua. Penyokong Sam yang telah menyokong Chegubard sekali lagi menemui Chegubard untuk menyatakan setia dan tidak kurang juga yang memanggil chegubard untuk sama-sama berkempen sedangkan sebelum ini hanya membantu Sam.


AMK memerlukan seorang ketua yang boleh bergerak sendiri dan boleh mobilisasi sejumlah anak muda untuk sama-sama berjuang. Sebagai Ikon REVOLUSI, kemenangan Chegubard akan membuka lembaran baru kepada AMK dan pastinya akan lebih ramai anak muda menyertai PKR. Penyertaan mereka yang non-partisan juga akan bertambah kerana semangat dan aura 'rebelion' yang dibawa oleh Chegubard mudah dicenderungi dan akan menjadi ikutan semua anak muda yang tinggi semangat melawan.



Shamsul Iskandar pula telah diberi ruang yang cukup banyak untuk membawa AMK ke aras yang sepatutnya - sebuah sayap pemuda yang digeruni lawan. Sam bukan hanya memegang AMK selama satu penggal tetapi sebenarnya lebih dari sepenggal kerana sebelum itu Sam telah memangku jawatan ketua AMK yang telah dilepaskan oleh arwah Ezam.
 
Sam mula memegang jawatan pemangku ketua sejak dari tahun 2006 hingga pemilihan tahun 2007. Pada pemilihan 2007, Sam tidak ditentang oleh Chegubard Walaupun Chegubard mendapat banyak pencalonan kerana ketika itu beliau sedang menumpukan pengajian di Korea. Apakah yang dilakukan oleh Shamsul Iskandar setelah diberi peluang selama lebih dari satu penggal atau lebih dari 4 tahun sebagai ketua AMK selain daripada memancung ketua-ketua AMK negeri sedia ada ketika itu?
 
Selepas diberi laluan oleh Chegubard pada pemilihan 2007 dengan harapan Sam memperkuatkan AMK sedia ada, Sam telah mengkhianati peluang yang diberi dengan melemahkan jaringan AMK sedia ada apabila mengenepikan ketua AMK negeri yang telah establish dengan segenap kekuatan. Akhirnya Sam gagal dalam misi memperkasakan AMK di kebanyakan negeri.
 
Sam tidak berjaya membina kekuatan utuh walaupun 4 tahun lamanya masa telah dihabiskan. Daripada 222 parlimen, AMK cuma ada 163 cabang sahaja. Daripada 163 cabang, hanya 50 cabang sahaja yang lengkap sepenuhnya iaitu yang lengkap carta organisasi daripada ketua hingga semua jawatankuasa termasuklah 25 exco.
 
Selama 4 tahun menerajui AMK, Sam tidak menitik-beratkan data entry senarai nama keahlian apabila ia juga tidak dikemaskini dengan baik. Ini mencerminkan pengurusan yang tidak teratur dan corong-corong pengkadiran juga mengecil kerana terdapat kelewatan dalam menguruskan senarai keahlian. AMK yang dipimpin oleh Sam banyak mencetus kontrovesi apabila ada tangan-tangan ghaib yang menyebabkan pertukaran suka sama suka mahupun sebaliknya, senarai ahli bertukar cabang mengikut kepentingan individu tertentu.
 
Terdapat juga satu kes di mana seorang pimpinan AMK negeri yang telah dilucutkan jawatan timbalan AMK negeri dengan hanya menggunakan teks sistem pesanan ringkas (SMS). Kecelaruan serba cacamerba ini berlaku sewaktu Sam menjadi Ketua AMK. Mengapa perlu mengekalkan Shamsul Iskandar sedangkan lebih satu penggal setengah telah diperuntukkan kepada dia dan hasilnya tidak memberangsangkan malah AMK dianggap lembab bak kura-kura. AMK di era Sam juga dilihat sebagai tukang lapor kepada pihak polis dan hanya tahu menyatakan kecaman demi kecaman terhadap kerajaan tanpa tindakkan berstrategi yang boleh memberi gentar terhadap kerajaan pemerintah.
 
Saya tidak mahu menyentuh berkenaan mengapa Sam bertindak U-Turn walaupun inilah lauk paling sedap untuk digoreng oleh mana-mana penulis. Bagi saya, biarlah Sam U-Turn kerana kita semua telah kenal betapa Shamsul Iskandar ini tidak mempunyai keberanian sebagai seorang pemimpin, tetapi hanya menurut perintah. Oleh itu, membuat pusingan U itu tidaklah diherankan, apatah lagi kiranya ia adalah arahan dari Azmin - Individu yang tidak mahu melihat AMK diterajui oleh skuad rebelion. Peristiwa Shamsul Iskandar mengelak debat di antara semua calon yang bertanding adalah susuatu yang memalukan. Ia pasti bertujuan untuk menutup segala kelemahan dan kudis-kudis yang takut dibongkar secara live serta ditonton oleh semua pemerhati, media dan pengundi.
 
Perkara mengapa Sam U-Turn telah dijelaskan dalam petikan Mat Saman Kati di atas tetapi perkara yang tidak dijelaskan ialah peristiwa di mana seorang ketua AMK yang melarikan diri dengan bersembunyi di dalam ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut, ketika anak-anak buahnya yang lain termasuklah Chegubard sedang bertempur dengan FRU. Ketika itu demonstrasi anti-ISA sedang rancak berlangsung dan ketika FRU mengganas, Ketua AMK ini dapat dilihat mengambil nafas di dalam bangunan ibupejabat PAS.
 
Cuba saudara semua fikir, apakah yang mampu dilakukan oleh Shamsul Iskandar sekiranya Anwar Ibrahim disumbatkan semula ke dalam penjara kelak? Bolehkah Shamsul Iskandar menggerakkan pemuda untuk menggertak kerajaan? Hanya Chegubard sahaja yang mampu membawa kebangkitan anak muda di atas faktor ikon yang ada dalam semangat juangnya.
 
Ada lagi perkara yang boleh saya sentuh tetapi saya juga cuba mengambil sikap mengelakkan politik selak kain. Apa yang ditulis di atas adalah faktor-faktor kelemahan Shamsul Iskandar dalam mentadbir sebuah organisasi penting dan sedikit mengenai faktor keberanian seorang pemimpin.
 
Saya mohon semua ahli agar tidak mensia-siakan penggal terpenting dalam sejarah reformasi iaitu tahun 2010-2013 sebagai tahun yang paling mencabar apabila DSAI berkemungkinan besar dihumban ke penjara. Pilihlah 'Penerus Momentum Reformasi', supaya perjuangan ini akan menjadi lebih hidup dan lebih mekar di selekoh terakhir sebelum mencecah Putrajaya. Janganlah tersilap pilih kerana andai calon kura-kura yang terpilih, mungkin kita hanya sampai ke sekitar tasik Putrajaya sahaja - resam si kura-kura apabila berjumpa tasik.
 
Kemenangan Chegubard akan membawa perubahan total dalam organisasi AMK yang popularitinya menjunam ketika ini, lantas memberi harapan baru untuk AMK dan seterusnya melangkah gagah menembusi Putrajaya.
 
Penerus Momentum Reformasi - Ke Arah Perlaksanaan Deklarasi Permatang Pauh 1998 !
 
 
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan