Tuesday, October 26, 2010

Tiket Final RM30 - Boikot ke Final Piala Malaysia !!


Catatan Santai dalam kemarahan (dan kengantukkan)...

1. Harga RM30 untuk satu tiket adalah sangat tidak berbaloi. Dalam saingan separuh akhir di Paroi, harga tiket baru RM8 dan persembahan semi-final tidak jauh berbeza dengan persembahan perlawanan akhir. Sepatutnya harga sekitar RM15 sahaja dan harga RM20 masih boleh diterima.

2. Dengan RM30 kalau tengok wayang hari Rabu, boleh masuk 5 panggung dan tonton 5 filem. Kita andaikan satu filem bersamaan 2 jam, ini bermakna dengan RM30 kita dapat menonton 10jam. Wow!

3. Kedudukan pasukan Malaysia di tangga 140 dunia, RM30 untuk perlawanan akhir pasukan tempatan adalah tidak wajar sama sekali melainkan dijemput Maher Zain untuk buat persembahan ketika waktu rehat.

4. Bagi pelanggan ASTRO yang tidak mempunyai channel sukan, dengan menambah RM30 anda akan dapat siaran sukan ESPN dan pelbagai perlawanan bolasepak antarabangsa selama sebulan!

5. Memenangi pingat emas sukan SEA hasil gol reflek dari pihak lawan tidak boleh dijadikan alasan untuk FAM menaikkan harga tiket perlawanan akhir.

6. Adakah kenaikkan harga tiket ini adalah kerana untuk menampung projek-projek mee segera yang sedang berlangsung di Galas?

7. FAM sebagai badan induk bolasepak negara telah melacurkan sukan bolasepak.

8. Daripada culaan yang dibuat secara rawak, ramai peminat bolasepak di pihak kedua-dua seteru zaman bolasepak baru Malaysia iaitu N.Sembilan dan Kelantan akan mengambil jalan memboikot perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2010.

9. Saya telah ambil keputusan untuk menyokong pasukan Negeri Sembilan secara eksklusif dari rumah melalui channel 801 atau TV1, yang mana commentator paling kurang mengarut.

10. Jom ramai-ramai kita bertindak bijak dengan tidak menghadiri stadium Bukit Jalil hari Sabtu ini, sesungguhnya wallet anda akan rabak dan oleh demikian saya sarankan tonton sahaja dari rumah.

11. Jimat dan selamat daripada membiarkan kenderaan anda dicalar oleh gedebe Kelantan - sekiranya N.Sembilan menang perlawanan tersebut.

12. Tengok kat rumah ada replay !

Kalau stadium bukit jalil tetap penuh, kita telah memberi signal kepada FAM bahawa tindakkan mereka mengundang kenaikkan harga tiket sebagai satu kejayaan. Justeru, mohon signal yang jelas akan terpacar dalam perlawanan Akhir yang serba muram dengan jumlah penontot yang sangat kurang !

Ayuh, desak FAM untuk bertindak lebih cerdik demi nyawa bolasepak tempatan.

FAM Tak Pernah Bijak - Ulasan edyes ketika FAM flip-flop mengenai pengambilan awang import.

15 comments:

Unknown said...

apesal nk kutuk gedebe klate??
xsangke saudara memusuhi org klate...
xsemua kami jahat!
anda mseh ader pragai umno!

Anonymous said...

Penulisan begini memusuhi anak anak kelantan bukan ciri seorang berilmu saperti tuan

Anonymous said...

Allah mencipta manusia dengan berbagai keunikan. MANUSIA YANG MENCALAR, MEMBUNUH, BERZINA, MINUM ARAK, bukan nya rakyat sesebuah negeri atau negara.

Anonymous said...

anda manusia jenis mana !!!!!!

Anonymous said...

Gedebe orang kelantan menyebabkan jatuhnya parti rasuah yang tolak islam. baiknya org negeri sembilan parti rasuah tetap kekal dinegeri sembilan. Ni perangai org bodoh

merbok said...

kalau taknak pi stadium dok tengok tv kat rumah laa bro. tak payah laa nak ulas panjang-panjang.. apa laa hang ni..

kan org kelate dah marah tuu... hishh tak senonoh betui.

Edyes said...

catatan santai saya telah disalah erti. jangan salah faham, saya adalah penyokong kuat negeri kelantan, tetapi bukan dalam bolasepak lebih2 lagi ketika bertemu N.Sembilan.

adakah saya benar-benar memperlekeh anak kelantan? saya jawab berbentuk point di bawah;

1. Dalam entry ini, saya tulis sebagai catatan santai. Oleh itu, seharusnya ia dibaca dgn santai dan ada part yang sayay berseloroh (jenaka).

2. Dalam keadaan ngantuk akibat kurang tidur selama beberapa minggu, saya lupa nak masukkan satu point untuk menghentam FAM, iaitu saya sangat TIDAK bersetuju Sathiananthan digangtung ketika perlawanan S/F dan final edisi kali ini. kalau nak gantung, sila gantung lepas Final. Ini kata-kata dari seorang penyokong N.Sembilan.

3. Saya sangat menghormati TGNA, Saya sanjung Husam, dan saya kerap kali membuat kenyataan dalam blog edyesdotcom bahawasanya, kita harus amalkan dasar pandang Kelantan! kerana negeri 98% orang melayu ini tetap hebat walaupun 188 projek telah dibekukan oleh pusat.

4. Melayu kuasai ekonomi kelantan, adakah kerana faktor orang cina adalah minoriti? Kuala Pilah kampung den pun melayu menjadi majoriti dan cina minoriti, tetapi dalam 10 kedai di pekan K.Pilah, satu sahaja kedai melayu. Kalaulah susuk seperti TGNA memerintah Malaysia sejak tahun 50an, mungkin hari ini melayu menguasai lebih 30% kuasa ekonomi dalam negara.

5. Mengenai perkara gedebe kelantan mencalarkan kereta. Ini berlaku kepada rakan2 saya ketika final tahun lalu. Dan niat saya berseloroh dengan tidak bermaksud untuk double standard kepada saudara pembaca yang menyokong Kelantan.

6. Saya taknaklah cerita apa yang berlaku tahun lepas di mana depan mata saya anak nogori kena belasah. Masa tu baru pukul 3 petang, game belum mula lagi, kelantan belum kalah lagi, tetapi telah ada yang menjadi mangsa. Saya sendiri meleraikan pembelasahan itu sebab saya pakai baju merah dan buleh kecek klate deh, jadi saya sedikit berani. Dalam peristiwa tu juga, ramai anak kelantan yg cuba meleraikan dan memaki hamun gedebe yang buat hal tu.

7. Semua kena faham, bukan semua yang gedebe negetif, ada juga yang gedebe positif. Bagi saya, menjadi gedebe adalah tidak salah malah digalakkan, tetapi biarlah gedebe yang positif contohnya gedebe terhadap FAM, gedebe terhadap UMNO.

8. Kepada pengomentar yang marah kepada penulisan ini, harap dapat baca semula dan kali ini biarlah dalam intonasi santai. Sayang sekali jika anda tidak kenal pendekatan saya terhadap negeri Kelantan.

9. Jika berkesempatan, anda boleh tanya blogger Topeng Perak Unmasked apakah edyes seorang yang memusuhi anak kelantan? sedangkan anak cina pun saya tidak sesekali ingin bermusuh inikan pula anak melayu kelantan. Kawe rama saing2 nge ore klate, jange demo maroh ko kawe deh...

10. Akhir sekali ingin saya nyatakan, saya adalah antara individu yang cuba membuka minda rakyat Malaysia supaya mereka sedar dan arif bahawa penyokong kelantan sebenarnya telah dianiaya oleh media arus perdana dan juga oleh FAM itu sendiri.

apapun, tak salah kalau saya katakan bahawa N.Sembilan akan mempertahankan kejuaraan. haha nantikan entry analisis perlawanan akhir sehari sebelum sepak mula.

Anonymous said...

Kita bedal kau pun cara santai gak. Anda dah mengakui anda memang bodoh kerana cuba memperbodohkan org kelantan dengan cara yang santai

Unknown said...

brehhh.. maaf klu ambo bsikap agak krass.. ckup kmi ore klate dihina2 di media massa.. wlaunpn kta blainan ngeri.. kta bersatu dlm menjahanamkn umngok!

Anonymous said...

Sama sama lah kita menyokong pasukan masing masing dan persoalkan FAM tentang harga ticket yang agak mahal itu. Kebanyakan penyokong bolasepak Kelantan dan NS adalah orang yang sederhana pendapatannya. Takkanlah FAM ingin mengaut keuntungan drp mereka itu. Jikalau rasuah dapat di hapuskan, tentu banyak wang yang dapat di selamatkan. Bukannya drp penonton bolasepak.

Jangan lah kita terbawa bawa dengan pendekatan yang tersalah (tulis/tafsir). Sapertiyang di sebutkan di atas ALLAH MENCIPTA MANUSIA DENGAN BERBAGAI KEUNIKAN.

Anonymous said...

5. Mengenai perkara gedebe kelantan mencalarkan kereta. Ini berlaku kepada rakan2 saya ketika final tahun lalu. Dan niat saya berseloroh dengan tidak bermaksud untuk double standard kepada saudara pembaca yang menyokong Kelantan.

seloroh seloroh jugak.. santai pun santai gak.. tapi ni sebenarnya caci dalam puji... pastu nak cover line.. pirah..

Unknown said...

kawe brehhh...
tegur boleh ore klate.. tp
stop lh caci maki kami...

Edyes said...

kawe lagu mano pung bereh jaa... kawe berahi sungguh tgk set klate stimbuk selangor 3-1 maghin dulu..

kalau lagu tu game set klate, jange kato negeri semile, negeri sepuluh pung dokleh mene...

Pue said...

aku ore kelate...
apo hok bro edyes tu kato ado btl jgk... kalu kito sayang ko kelate kito, jaga molek akhlak kito bl duk stadium nati dan duk mano2 pun... sek kito sendiri tunjuk perangai hok xmolek ko ore ramai...so, jgn duk marah ko ore kok se la...tgk dl bakpo ore oyak gitu ko sek kito...mesti ado sbb nyoh..kadang2 aku malu dan xtau nak jawab gapo bl kwn sekejo aku hok bangsa cina tnya bakpo ore kelate ni terlalu agresif lajok?? melampau lajok dio kato... samo2 kito pakat ubah perangai kito... biar ore respek ckit ko sek kito... apo2 pun,harap2 kelate menang la tahun ni piala malaysia... gomo kelate gomo!!

Edyes said...

takdo la gitu... bagi kawe semuo samo cumo lebih denge kure joh... buke sume org nogori perange molek, buke semua perange nate... samo la klate ko, kedoh ko, cino ko, melayu ko...

yg penting, kita pandai kawal diri sendiri dulu.. dok..? ke guane?