Thursday, February 11, 2010

Memang Lembab Hadi Nie... Lembab 2 Jam ++!

Tunggu lebih 2 jam, jumpa 20 minit... Boleh buat aduan kepada JK displin tak?


Dalam masa 20 minit, manakan cukup nak beri penjelasan kalau asyik nak berkias sahaja.

Setelah bersemuka sendiri dengan penyokong Khalid Samad berhubung isu tindakan disiplin terhadapnya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih gagal memuaskan hati penyokong ahli parlimen Shah Alam itu.

Pertemuan tertutup selama hanya kira-kira 20 minit itu berlangsung pada 5 Februari lalu di Hotel Intekma Shah Alam. Bagaimanapun, kelewatan Abdul Hadi - lebih dua jam - menyebabkan banyak soalan dan "isu-isu besar" tidak dapat diajukan kepadanya.

"Tidak puas hati itu bukannya apa, sebab masa dialog itu pendek. Kita tunggu lama tetapi akhirnya (peluang itu) berlalu begitu," kata pemangku yang dipertua (YDP) PAS Shah Alam, Azli Yusof.

PAS Shah Alam menghantar surat untuk bertemu dengan Abdul Hadi susulan keputusan mesyuaratnya pada 31 Januari yang tidak puas hati terhadap tindakan jawatankuasa disiplin parti yang menggantung jawatan Khalid.

Pada 29 Januari, pengerusi jawatankuasa itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga naib presiden parti mengumumkan, Khalid dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali bersalah, masing-masing terhadap dua pertuduhan terhadap mereka.

Ekoran itu, Khalid digantung jawatan sebagai YDP Shah Alam dan anggota biro politik manakala Dr Hasan hanya diberikan amaran bertulis. Keputusan tersebut yang dianggap berat sebelah mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk di blog.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Azli berkata tidak perlu diadakan pertemuan kedua dengan Abdul Hadi walaupun pertemuan pada Jumaat lalu gagal memuaskan hati banyak pihak.

'Suka menghukum ahli'

"Kalau buat sekali lagi, jawapan (Abdul Hadi) sama juga," katanya.

Dalam pertemuan tersebut kira-kira jam 11.30 malam, hanya tiga soalan sempat diajukan kepada Abdul Hadi oleh anggota Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan Himpunan Penyokong PAS (HPP).

Soalan pertama berkisar tindakan PAS yang didakwanya "suka menghukum ahli berbanding menyelesaikan isu sebenar" iaitu kerajaan perpaduan dengan Umno. Anggota dewan itu juga berkata, teguran Khalid terhadap Dr Hasan - yang menyebabkan beliau digantung - dibuat berdasarkan tindakan Dr Hasan yang dilihat lari daripada landasan Pakatan Rakyat.

Sementara soalan kedua daripada ketua Muslimat PAS Shah Alam, Zarina Dzulkifli menyentuh soal pendirian parti berhubung tahaluf siasi (kerjasama politik) bersama PKR dan DAP.

Manakala pemimpin HPP berbangsa Cina mengajukan soalan berhubung kegagalan PAS mendepani isu-isu berkaitan bukan Islam di Selangor. Menjawab kesemua soalan itu tidak sampai sepuluh minit kepada 80 pemimpin dan ahli akar umbi PAS di Shah Alam, Abdul Hadi mempertahankan keputusan jawatankuasa disiplin yang disifatkannya sebagai tindakan "untuk mengatasi kelemahan manusia".

Menurut ahli parlimen Marang itu, kelemahan-kelemahan manusia perlu ditegur dan dinasihat. Kalau ditegur, dinasihat tidak berhasil, perlu diambil tindakan untuk mendisiplinkan.

'Hukuman sangat ringan'

Abdul Hadi juga menyifatkan "tindakan yang ringan" itu sebagai ujian terhadap kesetiaan pemimpin terbabit kepada parti Islam itu. Beliau juga menyifatkan keputusan yang diambil itu sangat ringan berbanding dengan keputusan (pada tahun-tahun) yang lalu. 

Menurutnya, kalau masa dulu, tokoh popular PAS, Almarhum Abu Bakar Hamzah dipecat kerana dituduh mengeluarkan kenyataan akhbar yang bercanggah dengan pusat. Menurut Hadi, Abu Bakar membuat kenyataan sendiri, maka jawatankuasa disiplin ambil keputusan memecatnya daripada PAS berapa tahun.
Namun begitu, jelasnya, Abu Bakar tidak masuk Umno walaupun dipecat dan akhirnya diterima balik menjadi ahli PAS.

Presiden PAS juga menyifatkan kesalahan Khalid dan Dr Hasan hanyalah kesalahan disiplin, bukannya kesalahan maksiat.

"Cumanya adap kita berjemaah, kadang-kadang rukuk dulu (sebelum) daripada imam, sujud dulu daripada iman," kata Abdul Hadi berkias.

Menyentuh soal pembocoran rahsia parti yang dituduh terhadap Khalid, Abdul Hadi menegaskan bahawa ahli PAS mesti disiplinkan berhubung perkara itu. 

Beliau dipetik berkata: "Hal yang begitu tidak boleh dibuka. Dalam kerajaan ada OSA (Akta Rahsia Rasmi), kita tidak ada undang-undang itu." 

Menjawab soalan Zarina, Abdul Hadi menegaskan parti hendaklah didahulukan jika bercanggah dengan pendirian Pakatan.

"Antara dua ini, sekiranya berlawanan antara parti dan Pakatan, yang mana kita hendak dahulukan? Mesti didahulukan parti, bukan Pakatan," Hadi dipetik berkata.

Dahulukan Parti daripada Pakatan ? atau dahulukan jawatan menteri daripada ke longkang perjuangan bersama Pakatan?

8 comments:

zargus2702 said...

-jgn slahkan dia, dia trtdor mase ngah siap2 nk pg hotel tue..tue yg lambat..dan korang pasti ke yg dtg tu hadi?..wa rase stopa ali ar yg datang, die mnyamar mcm cite mision imposible tue..hadi kan sentiasa ade kt rusila?utk isu2 penting bkn sume rakyat kna mnghadap die kat rusila utk mndgr pnjelsan?..xpun dia mnghadiri semninar di luar negara..

-wa musykil la ngan berita nie..

Daftar syarikat said...

FAIL dalam menjalankan tugas sebagai Presiden. GAGAL menepati masa sampai 2 jam?

majid said...

lu memang celaka le edyesdotcom, kalau tak suka pada hadi pun cari maklumat betul betul, lu dgn aduka sama je jahanam, nak membetulkan jemaah tapi lebih dari yahudi perangai, kata dah berhenti berblog, munafik lu ni, sebelum nafas berhenti baik lu segera bertaubat menabur fitnah pada hadi

Anonymous said...

majid, w kenal sama lu punya bahasa. lu sp ler bro. lu ampu sangat tgha. wa dah panggil hadi tu tuanguru dan tak panggil pas terengganu olang pas. wa panggil lu pelacur umno.

Anonymous said...

hebat sdra fitnah..syabaslah..klau tak suka sekali pn,jgnlh pakat hentam.dptlah dr sumber yg benar.

ape2 pn sybslh sdra.camni ke yg nk mmprjuangkn PAS reform??hancurlh jemaah dpt org cmni..

http://misabah.blogspot.com/2010/02/jangan-tuduh-presiden-pas-dengan-melulu.html

s/p: muhasabahlah sdraku seislam..apakah yg tlh kita lakukan untuk jemaah islam??

sama-sama kita muhasabahkan diri.moga-moga kita tergolong di kalangan jemaah yg diredhai ALLAH Ta'ala..

Anonymous said...

inikah yang dikatakan pejuang...ciss bangsat hang edyesdotcom

Anonymous said...

YA Allah , berilah petunjuk kepada penulis2 blog ni agar ditapis penulisannya..takut ini menjadi persoalan kepada mereka di akhirat kelak..

ahli PAS Kemaman said...

edyes,

kamu ahli PKR jgn skali² caci dan fitnah Presiden @ Tuan Guru kami...

bertaubat lah...