Tuesday, September 7, 2010

Polis DiRaja KDN !! Terbukti Polis Balaci Kerajaan !!

Tan Sri Musa Hassan mengakui luahannya berhubung campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, adalah merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata, campur tangan itu yang melibatkan tindakan mengeluarkan sesuatu arahan tanpa pengetahuannya dan tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.

"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan ianya terbukti membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Ditanya lebih lanjut tentang campur tangan itu, Musa memberitahu, sesetengah individu mempunyai kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Katanya lagi, pihak polis menjalankan tugas selepas mendapat laporan atau aduan orang ramai dan sekiranya wujud campur tangan sedemikian sehingga menganggu siasatan, pihak polis pula yang dipersalahkan.

"Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan tuduh polis terima rasuah. tetapi pada hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis," katanya.

Menjawab satu soalan, beliau sentiasa bersikap terbuka dan berterus terang selagi percaya tindakannya itu di jalan yang betul.

"Saya hanya luahkan perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan.

"Saya sentiasa mengingatkan bakal KPN akan datang supaya menjadi pemimpin yang baik dan jangan biarkan sesiapa mempengaruhinya melakukan perkara melanggar undang-undang dan berhati-hati kerana banyak kritikan perlu dihadapi.

"Jika kita komited, ikhlas dan jalankan tugas untuk Allah, kita tidak akan kecewa," katanya lagi.

Dalam pada itu, Musa turut memberitahu, beliau hanya mengetahui tempoh tamat kontraknya selepas diumumkan melalui satu sidang akhbar dan bukannya dimaklumkan terus kepadanya.

"Saya tidak dimaklumkan apa-apa berhubung penamatan kontrak saya ini dan mengetahuinya selepas satu kenyataan akhbar," katanya.

Musa dalam satu wawancara Mingguan Malaysia Mac lalu mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menerima tekanan sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.

Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

Musa dalam wawancara itu menegaskan bahawa hanya KPN yang boleh memberi arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957.


edyes wrote:

Terbuktilah sebenarnya pihak polis bukan hanya menjaga keselamatan awam, tetapi menjaga kepentingan politik kerajaan, kepentingan peribadi individu di dalam kerajaan dan memastikan kerajaan terus berkuasa dengan slogan 'by hook or by crook'. Ini menunjukkan pihak polis tidak menjalankan tugasnya dengan amanah kerana telah bertindak bias terhadap parti UMNO yang memerintah.

Maka kita tidak hairan mengapa banyak kes yang tidak disiasat kerana melibatkan individu berprofile tinggi, maka kita juga tidak hairan mengapa berlaku 'case close' apabila diarahkan oleh KDN kerana ia mungkin menjejaskan kredibiliti pihak kerajaan.

Pihak polis sepatutnya menjadi satu badan berkecuali dan bertindak adil sepertimana dalam sumpah setianya. Melindungi orang awam adalah menjadi keutamaan pihak polis, berbanding melindungi pesalah yang bertaraf menteri seperti kes raba bontot Jamaludin Jarjis.

Dengan kenyataan Musa Hasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa selama ini rakyat berdepan dengan badan berkuasa yang menyalahi undang-undang serta mempraktikkan sebuah kerajaan yang mengamalkan pemerintahan kuku besi.

Justeru, di manakah rasionalnya untuk kita mempercayai pihak yang berkuasa ?

4 comments:

Incek Akim said...

tapi kenape skrg baru musa hassan bagitau kt org ramai? takut kontrak abis awal ke?

Anonymous said...

skrg baru sedar langit tu tinggi musang woi...dah tak de kuasa lu tau la nanti.Jgan dok buat simpati la musang..over is overrr.

Anonymous said...

masa ada kuasa dulu yes boss aje...

Anonymous said...

lanchow la musang, dah kena terajang dan dihina baru nak cakap... tu pon pasal kononnya anak ustaz, kena jujur dalam tugas konon bagi nasihat kat bakal kpn. chibai betul, mas pegang jawatan, belasah semua demonstran tanpa ada belas kasihan.... nantila kalau dah bersara betul, lu pulak kami belasah kalau jumpa kat mana mana kebun!!!

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan