Wednesday, September 1, 2010

Sultan Selangor Tarik Gelaran Datuk !!

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menggantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu atau juga seringkali dikenali sebagai OC Phang.

Dalam satu kenyataan, setiausaha kerajaan negeri Selangor berkata keputusan itu dibuat oleh Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada 19 Ogos lalu.

Ling dikurniakan keahlian darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992.

Pada 29 Jun lalu, bekas presiden MCA itu didakwa atas pertuduhan mengikut seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Putrajaya.

Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.
 
 
Berita penuh di sini. edyes tak sempat nak ulas, harap maklum. Cuma satu sahaja saya nak cakap, Jemaah menteri ketika itu terlalu BODOH, atau dengan sengaja membodohkan diri mereka kerana setiap dari mereka melakukan perkara yang sama!!

Stupid lah !!

2 comments:

Mozas said...

Jawapan untuk putar belit Malaysiakini dan PAS mengenai gambar Guan Eng sembelih lembu. Bodoh! Bahasa Melayu asas pun puak ni bodoh! Baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/09/pas-dan-malaysiakini-putar-belit-ayat.html

Anonymous said...

lanchow la... biawak kuning hanya berani gantung jer bukan tarik!!