Monday, September 6, 2010

Adakah APCO Yang Lulus Terbit Iklan Raya TV3 ??


Salam 1Agama,

Kontrovesi iklan raya yang diterbitkan atas brand TV3 telah sampai ke kemuncaknya apabila TV3 melalui Buletin Utama edisi 5 September telah memohon maaf kepada semua masyarakat muslim yang terguris dengan penyiaran iklan tersebut.

Dengan memasukkan unsur santa clause iaitu simbol perayaan krismas dan juga unsur bunga teratai yang menjadi lambang kepada upacara keagamaan budha, dapat kita lihat dengan mata kasar bahawa apa yang cuba ditonjolkan dalam iklan tersebut adalah peralihan dari slogan 1Malaysia terbitan UMNO dan APCO, menjadi slogan baru iaitu 1Agama.

Kepada rakan-rakan yang masih ketinggalan dan tidak sempat melihat iklan tersebut, sila klik di sini untuk melihatnya sendiri dan seterusnya menilai, adakah ianya boleh memesongkan akidah anak-anak kita yang menontonnya sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri?

Setelah iklan tersebut diselidik dengan lebih halus seperti yang dikaji dalam blog aulakalimah, ianya menghasilkan sesuatu yang lebih memeranjatkan. Dapat didedahkan bahawa dalam iklan tersebut juga dapat dilihat tulisan jawi atau tulisan Al-Quran yang dipaparkan dalam keadaan terbalik, dan menara masjid yang 'ditokok' menjadi bentuk salib! Inilah kerja-kerja propaganda barat untuk mengelirukan umat Islam, malangnya ia disambut oleh media perdana yang dipelopori kerajaan pemerintah. 

Ketelanjuran ini adalah disifatkan melampaui batas. Memohon maaf semata-mata disebalik melindungi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penyiaran iklan tersebut sememangnya tidak berbaloi. TV3 harus lebih respon dan bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka lakukan! Ia umpama si perogol yang dilepaskan hanya setelah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Justeru, TV3 atau lebih dikenali sebagai RTM3, harus mendedahkan siapakah yang melulus-terbit iklan yang berniat jahat tersebut. Diikuti dengan mendedahkan siapakah atau kumpulan manakah yang melakukan kerja akhir menyiapkan iklan tersebut, diikuti mendedahkan director iklan dan juga perekacipta storyboard bagi iklan yang diklasifikasikan sebagai 18PL itu.

Demi menghalang sebarang agenda memurtadkan orang-orang Islam secara licik dan halus dilakukan secara terancang seperti iklan raya lari akidah terbitan TV3, pihak pembangkang atau NGO orientasi Islam harus memulakan langkah segera menyiasat dan memberkas mereka-mereka yang terlibat dan yang paling penting, menghambat siapakah yang menjadi dalang utama.

Kerajaan hari ini sememangnya tidak boleh lagi diharap dalam menjaga kesucian Islam apabila mereka bersama dengan agen yahudi. Persoalannya, adakah iklan promo raya TV3 itu berkaitan dengan APCO, yang menjadi konsultan kepada kerajaan Barisan Nasional? Tiada apa yang mustahil dilakukan oleh kerajaan pemerintah hari ini apabila telur mereka dipegang erat oleh anasir barat.

Staf TV3 yang mempunyai maklumat adalah digalakkan untuk membuat pendedahan sepertimana yang dituntut. Sesungguhnya pendedahan yang berjaya dilakukan akan menyelamatkan umat Islam daripada terus diasak arus kemurtadan yang sentiasa dicanang oleh barat keparat.

Kepekaan masyarakat Islam di negara ini dalam mentafsir iklan tersebut sangatlah dipuji. Semoga kita semua selamat bersama Islam di dunia dan akhirat InsyaAllah.

Takbir !!

3 comments:

Harimau-Menaip said...

AllahuAkbar!

Anonymous said...

Aku pun tak perasan iklan tu kat TV3..punyalah lama aku tak tgk TV3 haha..mmg aku dah jrang tgk medai kelentong nih heee

makpo said...

apo la bingai sangat ko nih?

ko tak tahu ke? iklan Pasforall yg sama mcm logo israel tu pun apco buat jugak.