Thursday, June 10, 2010

Sultan Punya Hak ! Dengan Hanya Sebuah Titah ! (Mesti Baca !!)

"Datuk Rahim hanya berkata bahawa Sultan Johor mempunyai hak untuk menarik balik darjah kebesaran itu tanpa sebarang sebab dan saya menghormati hak itu,"

"Baginda (Sultan Johor) masih raja saya dan sebagai anak watan Johor, saya tetap menghormati baginda,"

Begitulah kata-kata seorang anak jati negeri Johor setelah kebesaran yang telah dikurnia, ditarik balik. Gelaran itu adalah kurniaan sultan dan sultan berhak untuk memberi dan menarik balik sebarang pemberian walaupun tanpa sebab. Kita hormati hak ini, hak dan kuasa raja dan sultan.

Sekitar pagi hari ini, kita dikejutkan satu berita di mana Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Chua Jui Meng, hari ini mengesahkan bahawa Istana Johor telah menarik balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepadanya. Anugerah yang ditarik balik ialah darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Johor dan Datuk Seri Paduka Mahkota Johor, yang kedua-duanya membawa gelaran Datuk, oleh Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar.

Walaubagaimanapun Datuk Chua Jui Meng masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.

Pada mulanya saya sedikit terkeliru kerana menyangka pemimpin berketurunan cina dari negeri Johor yang dilucutkan gelaran tersebut adalah presiden MCA memandangkan secara kebetulan, kedua-duanya dari Johor dan nama keluarga kedua-dua pemimpin ini adalah sama iaitu Chua. Bezanya, seorang Chua telah bertindak meninggalkan Barisan Nasional manakala seorang lagi Chua pernah memalukan negeri dan negara apabila tertangkap kelakunya ketika basah serta tidak bermoral, kini dipilih oleh perwakilan MCA untuk menjadi peneraju. Anda juga pasti sedikit keliru di atas beberapa kebetulan, pemimpin manakah sebenarnya dilucutkan jawatan antara dua nama pemimpin berbangsa cina tersebut.

Setelah meneliti kesinambungan yang berlaku, saya tertarik dengan kesabaran yang ditunjukkan Datuk Chua melalui respon yang diberi setelah kehilangan gelaran daripada sultan negeri kelahiranya. Saya nampak kekecewaan beliau apabila tidak lagi diberi kepercayaan untuk memegang gelaran negeri.

Dalam masa yang sama, saya juga pasti keputusan baginda sultan menarik balik gelaran ini mempunyai sebab-sebab wajar yang tertentu demi kedaulatan dan kesucian Kesultanan Johor itu sendiri.

Dalam sistem politik Melayu yang berteraskan sistem feudal, peranan raja dan sultan selain daripada menjadi payung kepada rakyat dan dahan yang merimbun untuk rakyat berpaut, raja dan sultan juga berperanan sebagai ketua agama bagi setiap negeri yang diperintahnya, serta ketua adat istiadat negeri. Sultan yang adil lagi bijaksana dengan kuasa eksekutif miliknya pasti akan menzahirkan negeri di bawah naunganya berada dalam kondisi yang baik, serta nasib rakyatnya yang terjamin. Raja dan sultan menjadi imam dalam memimpin rakyat ke arah kesejahteraan.

Sebagai balasan, rakyat akan menjunjung kasih ke atas titah raja dan sultan di samping rakyat juga mengharapkan ehsan raja dan sultan menerajui negeri dengan penuh kebijaksanaan. Oleh demikian, kita sebagai rakyat sentiasa merafak sembah untuk menagih kasih baginda. Raja dan sultan itu tempatnya kita memohon supaya segala permasalahan yang melanda negara dapat diselesaikan dengan kuasa yang ada ditangan baginda.
 
Sedangkan kuasa raja dan sultan itu mampu untuk memberi dan mengambil kembali gelaran yang telah dikurnia, sedang kuasa raja dan sultan itu, mampu menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan negeri, sedang kuasa raja dan sultan itu walaupun sudah diperkurangkan ketika era pemerintahan Tun Mahathir, mampu menidakkan kuasa legislatif sebuah mahkamah tinggi; Saya percaya raja dan sultan itu mampu berbuat sesuatu yang sedikit sahaja titahnya, demi martabat agama dan bangsa. Saya percaya, demi agama islam yang suci, sebagai ketua agama bagi setiap negeri dan sebagai ketua agama kepada negara, pasti raja dan sultan boleh melakukan sesuatu bagi menghalang negara ini terus menjadi pusat kepada ibu kemaksiatan. Sedangkan negara ini, islam agama resminya.
 
Kuasa raja dan sultan itu, seharusnya mampu untuk menidakkan kebejatan judi bolasepak itu dilesenkan di bumi Malaysia ini. Cukuplah sudah lesen judi loteri yang yang telah dikuatkuasakan sebelum ini, menjadikan taik judi bangsa dan agama, sanggup beratur mengecai nasib sejurus sebelum menunaikan fardu Jumaat. Cukuplah lesen judi yang segunung besarnya di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa, menjadikan taik judi bangsa dan agama itu, sanggup berhutang along demi sat lekuk dan raja spade yang dicari. Jangan jadikan kegilaan sukan bolasepak itu menular menjadi satu judi yang akan memperjudikan nasib bangsa ini.
 
Kuasa eksekutif yang ada pada raja dan sultan itu sudah terbukti melebihi daripada kuasa sebuah kerajaan yang tergamak menggadai maruah melalui cadangan atau keputusan meluluskan satu aktiviti yang sepatutnya diharamkan sepanjang zaman, bukan semata-mata kerana secalit pelepasan sempena piala dunia. Kuasa raja dan sultan itu melalui Majlis Raja-Raja, masih mampu untuk menafikan sebuah lesen yang mengalirkan keringat wang rakyat memasuki kaunter-kaunter judi walaupun beberapa jam sebelum sepak mula berlangsung.
 
Dengan kuasa raja dan sultan, melalui hanya sebuah titah dari baginda, pasti akan dijunjung penuh titah itu di atas segala batu jemala yang menjunjung daulat. Sempena hari Jumaat yang jatuh pada tanggal 11 Jun, iaitu esok dari hari ini, Kurniakanlah titah kebawah duli, yang menghalang judi sukan bolasepak itu dihalalkan.
 
Apabila gerombolan ketuanan melayu itu gagal melaksanakan tanggungjawab dengan betul, apabila gagasan ketuanan rakyat itu tidak berupaya menghalang kebejatan terancang, siapa lagi yang boleh diharapkan selain daripada ketua agama, ketua bangsa dan ketua negara?
 
Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah
Sultan adil sultan disembah
Sultan zalim sultan disanggah
 
Ampun tuanku, ampun tuanku, ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun.


EDYES - 10 JUN 2010 - 10.45PM

6 comments:

raja gopal said...

peranan raja-raja melayu!?? ermm majlis raja-raja nak menuntut haramkan judi? ntah! satgi kalau aku komen lebih-lebih depa kata hasutan terhadap raja-raja melayu!..

ignore ja laa puak-puak raja ni.. takdak satu faedah pun yang menguntungkaan rakyat..

tempat bernaung? hehehe tak paa laa terima kasih ja laa.. dah lama dah aku berdikari tak payah guna raja pun aku hidup selesa jugak...

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kalau lah P.Ramlee masih hidup tentu beliau akan ketawa . Dalam filem "Hang Tuah" lakonan P.Ramlee . Pangkat dan darjat Dato'Laksamana Hang Tuah pun ditarik balik atas arahan Sultan . Esok esok kalau da semua kool boleh dapat balik . So kecik punya hal la!

Edyes said...

kalau lah sedara betul2 paham artikel nie.. hehe

reversed-forward psichology

JAMILKUCING said...

Askm edyes. abg jamil abac artikel awak sebanyak 3 kali.dan memahamis emuanya. nice.artikel yang menarik.dan untuk pengetahuan edyes abg jamil bekas pembantu peribadi tengku mahkota johor.abg jamila da satu blog yang tuanku dan anak-anak baginda ada masuk.selalu komen tetapi abg jamil tidak di benarkan publish but must delete.

abg jamil nak amsukan artikelyou di sana ok. but abg jamil tak boleh letakan dari mana abg jamil dapat.sebab akan merbahayakn you ok. me they will not going to do anything. harap you tak keberatan.

Kalau you nak link tu sila send privert masage kat abg jamil ok.

Edyes said...

salam bang jamil pencinta kucing...

saya cuma berharap agar kesucian agama islam itu terpelihara. Dari sini, saya memohon agar kuasa yang ada pada raja dan sultan dapat menghalang negara ini dari kebejatan demi kebejatan yang dilakukan oleh pihak yg tidak amanah dan bertanggungjawab. Ini terutamanya dari aspek agama islam itu sendiri.


tulisan blog ini juga adalah bebas untuk disalin tampal.

JAMILKUCING said...

Thank you Edyes.and your welcome. teruskan.kita sama-sama menaip,menulis secara jujur dan ikhlas tanpa perlu ada rasa takut demi agama dan bangsa.

Ini link tu. you can come and komen tapi yg tak elok abg jamil akan delete.

http://jamilkucing.wordpress.com