Khalid masih lagi MB, cuma rombakkan yang sebelum ini dicanang hanya melibatkan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor. Oleh demikian, TS Khalid dapat menumpukan rentak pembangunan negeri selangor.
Azmin Ali lebih 'Ahli' untuk membawa cabaran besar membimbing negeri Selangor di peringkat parti manakala TS Khalid akan lebih cenderung untuk menjadi nakhoda di peringkat kerajaan negeri.
TS Khalid sendiri memohon agar rombakkan berstrategi ini dilakukan.
berikut adalah sedikit sedutan dari mkini;
Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.
"Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah.
"Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya.
1 comment:
Presiden, Ketua, Pengerusi atau Pesuruhjaya sesebuah parti tidak semestinya akan memegang jawatan tertinggi dalam sesuatu organisasi kerajaan (sama ada Perdana Menteri, Speaker ataupun Menteri Besar).
Dr. Hidayat adalah mantan Presiden Parti Keadilan Sejahtera dan meletak jawatan setelah dilantik menjadi Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat (Speaker Parlimen Indonesia) mengantikan Amien Rais.
http://www.pk-sejahtera.org/v2/main.php [www.pk-sejahtera.org]
Pendekatan ini bagi mengasingkan kuasa peringkat KERAJAAN dan kuasa peringkat PARTI dan dengan ini pemimpin akan dapat memfokuskan kerja semaksimum mungkin dan karenah politik dapat diminimumkan..
Alhamdulillah, pendekatan PKS Indonesia yang mengasingkan kuasa KERAJAAN dan kuasa PARTI, telah diikuti oleh PKR selangor.
Mohon agar negeri-negeri lain di Malaysia juga akan melakukan langkah yang sama terutamanya negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Lepas ini teringin nak lihat Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mengikuti langkah yang sama seperti Selangor, dimana ketua parti negeri dan Menteri Besar sesebuah negeri harus disandang oleh orang yang berbeza.
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22426#705052
Post a Comment