Monday, August 10, 2009

Kenyataan Loke Siew Fook


Adalah tidak adil sekiranya saya tidak menyiarkan artikel ini.

Terpulang kepada anda semua untuk menilai. Ini adalah penjelasan daripada Ketua Pemuda DAP mengenai isu yang diketengahkan oleh YB Kulim BB.

Banyak isu yang mencerminkan DAP sebagai anti-islam / anti-gerakan islam. Isu ini juga sedikit sebanyak telah mengguris hati umat islam yang membaca komen pada blog tersebut. Pernyataan DAPSY itu menjadi punca, dan harus dipertanggungjawabkan.

Saya harap penjelasan yang diberikan menjadi satu pengajaran kepada semua pemimpin DAP supaya tidak mengambil mudah dalam memberi kenyataan, Method yang digunakan juga mungkin mendatangkan musibah sepertimana komen yang kesat lagi melucahkan terhadap nama baik Islam di blog Mighty Pen.

berikut adalah penjelasan Loke Siew Fook;


SAYA HINA ISLAM?

Saya mendapat tahu bahawa ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk seorang Ahli Parlimen PR yang cuba menghentam saya kononnya saya menghina agama Islam. Mereka menggunakan pelbagai saluran; komen dalam blog saya, emel dan sebagainya untuk mencaci saya dengan perkataan-perkataan rasis dan menjijikkan.

Ya, memang saya mengeluarkan satu kenyataan beberapa hari lepas untuk mengutuk seorang penulis dalam Utusan Malaysia yang bernama Mohd Ridhuan Tee berkenaan dengan isu apa yang dikatakan olehnya sebagai "anak luar nikah" Teoh Beng Hock.

Saya merasakan tulisannya cukup tidak sensitif terhadap perasaan keluarga Beng Hock dan tidak adil terhadap bayinya yang tidak berdosa. Yang pertama, Beng Hock bukan seorang penganut Islam dan beliau tidak tertakluk kepada hukum agama Islam.

Saya tidak mempertikaikan hukum agama Islam tetapi adalah tidak adil untuk Ridhuan Tee untuk mengenakan "moral judgement" ke atas Beng Hock. Yang keduannya, kenyataan daripada Ahli Parlimen tersebut mengatakan bahasa yang digunakan oleh DAPSY mencaci agama Islam (petikan daripada sebuah blog).

Saya ingin menegaskan bahawa bahasa-bahasa yang tidak senonoh tersebut BUKAN sebahagian dari kenyataan saya tetapi adalah komen-komen daripada pembaca blog tersebut yang saya tidak bertanggungjawab.

Saya tidak tahu samada YB tersebut sengaja memutarbelitkan fakta atau tidak faham baca kenyataan akhbar. Memang kita menyedari bahawa ada sesetengah pihak yang kerja mereka saban hari ialah cuba mengambarkan DAP sebagai parti anti-Islam.

Agenda mereka cukup diragui dan sememangnya ada "udang di sebalik batu".

Rakan-rakan dan para penyokong PR khasnya dari PAS di NS yang pernah mendengar ceramah saya mengenali siapa saya dan cara pemikiran saya. Saya menghormati semua agama dan kaum. Saya tidak akan membalas orang yang menggunakan perkataan yang cukup rasis terhadap saya dengan perkataan yang sama. Kalau kita dalam PR mempunyai fikiran begitu, kita hanya akan jatuh dalam perangkap UMNO!

Saya yakin majoriti orang Muslim di Malaysia menolak cara pemikiran yang rasis seumpama itu.

Saya "reproduce" kenyataan saya di bawah ini dan terpulanglah kepada orang ramai untuk menilai kenyataan tersebut.

Media Statement by Loke Siew Fook in Petaling Jaya on Tuesnesday, 4th August 2009:Mohd Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock’s family and two chinese language dailies!

It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.

Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.

By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.

DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan