Monday, August 31, 2009

BIADAP!!


Adakah ini satu cubaan untuk mencetuskan huru-hara perkauman? Siapakah yang akan bertanggungjawab sekiranya meletusnya pergaduhan antara kaum apabila orang-orang islam UMNO memijak kepala lembu?

Saya adalah seorang pemain catur yang agak hebat pada satu masa. Sewaktu di asrama dulu, saya tinggalkan makan tengahari untuk bermain catur. Di atas buah yang mewakili raja(king), terdapat tanda salib untuk menunjukkan buah itu adalah raja oleh kerana saiz king dan queen adalah sama. Maka tanda salib itu membezakan antara keduanya agar tidak tersalah jangka.

Apabila datang seorang kawan lalu tanpa bertanya, terus mematahkan tanda salib itu dengan alasan ia adalah tanda salib. Hujah beliau dikukuhkan lagi dengan mengatakan adalah syirik untuk menyimpan tanda salib tersebut. Saya bertanya kepada kawan tu, adakah kamu mempercayai tanda salib yang kamu patahkan tu? Tidak percaya katanya. Seterusnya saya berkata, jika tak percaya pada tanda salib mengapa kamu patahkan tanda tersebut seolah-olah salib itu mempunyai satu bentuk kuasa. Kawan saya terdiam untuk berfikir sejenak dua.

Terus terang saya katakan, saya tidak mempercayai agama lain beserta dengan medium perantaraannya. Patung-patung adalah medium perantaraan, salib adalah medium perantaraan, begitu juga dengan 'lembu'. Tapi itu bukan bermakna saya menyimpan patung dewa di ruang tamu sebagai hiasan. Tiada keperluan untuk itu tetapi berkenaan hal salib yang terdapat pada kepala raja buah catur, ianya adalah keperluan untuk membezakan antara king dan queen. Tidaklah juga saya katakan boleh untuk menggantung tanda salib pada rantai leher. Itu kena faham.

Oleh demikian, puak melayu Islam UMNO yang tergamak untuk sembelih seekor lembu dan ambil kepala lembu lalu mengusung serta memijaknya umpama kaum primitif. Dari suatu sudut, ini adalah satu hinaan terhadap anutan agama lain. Dari satu sudut lagi, ia mencerminkan bahawa puak islam UMNO yang terlibat dalam perarakkan itu mempercayai lembu tersebut adalah tuhan bagi kaum hindu. Secara langsung atau tidak langsung, mereka(UMNO) mengiktiraf lembu tersebut sebagai tuhan.

Provokasi melampau antara agama ini tidak sepatutnya berlaku. Ini adalah satu sebab utama mengapa UMNO harus ditolak dan dilupuskan dari muka bumi ini. Perjuangan mereka sudah jauh tersasar malah kerakusan mereka menjual maruah bangsa sangat keterlaluan. Kononnya apa yang dilakukan adalah untuk Melayu dengan slogan "Hidup Melayu", tetapi mengapa perlu satu provokasi yang boleh menghancurkan semua bangsa?

Dengan peristiwa seumpama ini, UMNO telah sekali lagi membuktikan bahawa mereka tidak layak untuk diberi kepercayaan untuk meneraju negara ini. UMNO terlalu kotor untuk bicara soal perjuangan...


Di bawah adalah artikel dari Azmin Ali berikutan isu kepala lembu ;

Saya terpanggil untuk membantu memanjangkan kupasan sahabat saya, Dr. Muhammad Nur Manuty berhubung isu kepala lembu yang diusung oleh segelintir manusia upahan yang gagal mengawal nafsu amarah mereka. Kupasan ini cukup menarik dan mudah difahami bagi mereka yang berpegang teguh kepada tuntutan Al Quran. Saya bersetuju dengan Dr. Muhammad Nur Manuty, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?
Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan oleh Allah SWT di dalam Al Quran yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” ( Al-An’am: 108 )

Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Usaha UMNO untuk merampas kerajaan Negeri Selangor dengan apa cara sekalipun menuntut semua pihak supaya berhati-hati dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, KEADILAN menuntut agar tindakan segera hendaklah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan provokasi ini. Undang-undang (penal code) yang sedia ada mempunyai ruang untuk maksud ini. Siasatan tegas perlu dibuat without fear or favor ; siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembu), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya ?

KEADILAN memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain.

AZMIN ALI


4 comments:

Anonymous said...

nanti hari raya korban cam na yek...

kpasu guy said...

Salam Ramadan Edyes,

Satu lagi fahaman dan prinsip sayang salah dibawa oleh perjuangan UMNO.

Kita didewasakan oleh cara salah, sentimen perkauman memang kuat. Sebagai contoh jika orang bukan Melayu meninggal ada sesetengah orang menyebut 'mampuih' di kampung saya. Setelah dewasa dengan sendiri saya tukar kepada meninggal walaupun menggunakan loghat utara yang pekat.

Tanya balik kepada UMNO, siapa yang untung berarak kepala lembu?
Memang mereka ketinggalan dari segenap segi.

Anonymous said...

Mereka akan mencetuskan isu perkauman bila dah tertekan.Membenci kuil hindu samalah dengan membenci kaum tersebut.Politik perkauman sempit ni akan menjahanamkan mereka.

Edyes said...

Hairan bin Ajaib...

polis langsung tak muncul?

FRU pun takde?

sedangkan apa yang berlaku boleh menyebabkan ketegangan antara kaum... tapi polis tak bertindak?

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan