Friday, August 7, 2009

Anwar Pengkhianat ?

Ya, memang benar Anwar Ibrahim seorang pengkhianat. Anwar pengkhianat UMNO !

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membawa rakyat ke jalanan untuk menentang kezaliman!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyedarkan orang-orang melayu betapa UMNO itu perompak khazanah negara dan penjual maruah bangsa!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berani menentang Mahathir sedangkan beliau masih mempunyai pilihan untuk menyusur arus perdana yang penuh kepincangan dan rasuah!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membongkar pelbagai rahsia pemimpin UMNO yang selama ini menyonglap hak milik rakyat.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membawa satu revolusi terhadap pemikiran bangsa melayu bahawa orang melayu takkan hilang di dunia walaupun tanpa UMNO.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau sanggup menongkah arus sewaktu menjadi orang nombor dua negara demi menjaga kepentingan rakyat maka beliau ditendang dan diaibkan!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau sanggup dipenjara dan di ISAkan demi usahanya membanteras rasuah oleh kepimpinan utama UMNO!

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau bakal memulangkan harta rakyat yang telah menjadi mahligai-mahligai serta kekayaan pemimpin UMNO yang diluar batasan akal.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau akan mengheret pembunuh-pembunuh rakyat Malaysia yang disembunyikan oleh gerombolan UMNO.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghalang ramai pemimpin UMNO mencekik rakyat dengan projek-projek bersulam rasuah yang akhirnya merugikan harta kerajaan yang juga hak milik rakyat.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyatukan parti-parti pembangkang di bawah satu bumbung yang kukuh.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyedarkan bangsa Malaysia betapa kita harus bersatu menumbangkan UMNO yang penuh kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.

Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau mengorbankan usia emas beliau untuk berjuang bersama rakyat, berjuang demi kepentingan rakyat.

Anwar memang seorang pengkhianat, tetapi pengkhianatan beliau membawa seribu manfaat terhadap rakyat bawahan supaya bangkit menuntut keadilan demi sebuah negara yang mementingkan kebajikan rakyat.

Kesedaran tahun 1998 dan sub-klimexnya pada 2008 diterjemah dari pengkhianatan Anwar Ibrahim terhadap rejim UMNO. Ayuh bangkit menentang kezaliman ! Ayuh heret pemimpin rasuah ke medan pengadilan! Pengkhianatan yang membawa rahmat, yang menyedarkan umat!

Anwar Ibrahim, si pengkhianat UMNO!


4 comments:

mountdweller said...

Tepat sekali!

Edyes said...

yes uncle MDweller.

panik betul puak2 UMNO sampai orang no 2 pun sanggup ucap pengkhianat pada DSAI... betulla tu, khianat usaha UMNO untuk membaruakan bangsa Malaysia...

melor45 said...

Siapa khianati siapa.Mahyuddin masa jadi MB dulu dengan raja pun dia khianat,kata orang-orang Johor dulu kenapa Muhyiddin dak dilantik semua sebagai MB.Siapa yang gadaikan tanah kepada negara luar siapa yang hancurkan bahasa melayu dan tulisan jawi kalau bukan pimpinan UMNO.Siapa yang menjadi promoter majlis maksiat macam program sueheboh tu kalau bukan puak UMNO.

acoi said...

anwar mungkin pendekar bg PKR tp tetap penkhianat bg PAS...hrp next election PAS x bekerjasama ngan PKR dan DAP ni.ALLhuakbhar

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan