Thursday, August 13, 2009

Exco Berdamai : Sila Haramkan Penjualan Arak di Kawasan Majoriti Melayu Islam

Dua exco kerajaan Selangor yang bertegang urat berhubung isu penjualan arak hari ini berdamai secara terbuka di depan wartawan di sidang media khas Pakatan Rakyat.

Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, dan Ronnie Liu, seorang ahli jawatankuasa pusat DAP, berjabat tangan di depan media dan mengadakan sidang akhbar bersama.

Turut hadir, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyifatkan pergeseran terbuka antara kedua-dua "sudah selesai".

OK FULLSTOP. LIHAT BAWAH PULAK.


SHAH ALAM 12 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melabelkan pengusaha premis perniagaan yang menjual arak di kawasan majoriti Islam sebagai bodoh.

Beliau berkata, mereka sepatutnya menjual minuman keras di kawasan yang mempunyai pasaran pembeli.

''Kalau masih jual juga mereka bodohlah. Takkan nak jual nasi lemak di kawasan orang yang makan keju," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Rang Undang-Undang Perkhidmatan Negeri Selangor (Selesa) 2009 di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan kerajaan negeri yang membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Islam dengan meminta premis perniagaan menguatkuasakan konsep kawalan sendiri.

Menjawab soalan sama, Abdul Khalid menjelaskan, beliau tidak bermaksud menggalakkan orang Islam membeli arak tetapi menyerahkan sepenuhnya kepada pemilik premis untuk menguatkuasakan kawalan penjualan sendiri.

Beliau juga meminta kerjasama Pas untuk mencari kawasan majoriti Islam yang masih ada premis arak.

''Jadi tugas rakan-rakan kita dalam Pas ialah pergi cari tempat yang dia fikir tak betul (kawasan majoriti Islam yang ada jual arak) dan kita akan bincang.

edyes wrote:

ok, MB khalid pun kata peniaga arak di kawasan majoriti Islam adalah bodoh kerana salah market. Maknanya kalau bukan bodoh, mereka yang menjual arak di kawasan majoriti orang melayu merupakan satu bentuk penghinaan dan provokasi.

Pastikan tiada lagi kawasan melayu yang terdedah kepada penjualan arak. Atau kita orang melayu islam boleh datang ke kedai tersebut, rampas dan hancurkan arak yang dijual kerana kita rasa terhina dan diprovoke!

Boleh ke macam tu?

2 comments:

Anonymous said...

psttt khalid ....pssttt.....bila nak tutup kilang arak batu 3....ckp boleh laaa....hehe

dino_yp@yahoo.com said...

Sila haramkan arak seluruh Malaysia!

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan