Sunday, October 11, 2009

Culaan di edyesdotcom menunjukkan calon PAS mendahului

Mengikut peti undi yang dibuka pada 4 hari lalu, undian telah memihak kepada PAS dengan majoriti yang amat memberangsangkan. Dengan masa mengundi yang hampir tamat dalam beberapa jam lagi, diharapkan momentum undian dapat dikekalkan.

Kepada yang masih belum mengundi di ruangan vote di atas, sila buang undi anda sebelum tempoh waktu pengundian tamat.

Buat masa ini, calon PAS mendapat 167 undi manakala calon BN pula menerima hanya 18 undi. Majoriti setakat ini ialah 149 undi. Tiada undi rosak.

Moga-moga dengan semangat memelihara maruah, calon PAS akan benar-benar berjaya mengalahkan calon BN. Ini diumpamakan sebagai 'Bagan Pinang mengalahkan RASUAH !'

Sama-sama kita ikuti perkembangan lanjut proses pengundian PRK N31 Bagan Pinang di beberapa blog yang memberikan live / semi-live information. Antaranya ialah;

Blog PerisikRakyat
Zorro Unmask
PinkTurtle
WartaMaya
Albanjari
cenangau
Pakkaramu

dan termasuk juga sumber berita 'neutral';

Malaysiakini
Mstar

Saturday, October 10, 2009

Maruah Atau Rasuah ?

Salam Reformasi,

Pertama sekali, dukacitanya dimaklumkan bahawa saya tidak dapat bersama rakan-rakan di Bagan Pinang atas sebab-sebab yang tak mampu dielakkan. Jelas saya agak terkilan kerana tidak dapat membantu jentera pilihanraya pada PRK kali ini yang signifikasinya ia berlaku di Negeri Sembilan, tanah tumpahnya darahku. Di negeri orang kita turun, tapi tak dapat berjuang di negeri sendiri.

Mengenangkan anak sulung yang baru baik dari pembedahan pembuangan tonsil (baru discharge petang tadi), saya mengambil keputusan untuk stay online memandangkan adalah terlalu suntuk untuk saya bertolak selewat hari ini. Lagipun, PRK kali ini tidak ada lagi barong pilihanraya, tiada lagi peraih undi, tiada lagi kidung si perayu undi. Kerana negara kita ini sangat demokrasi, maka kita tidak dibenarkan walaupun menampal sticker parti pada kenderaan sendiri. Diulangi - kenderaan sendiri.

Walaupun mukadimah di atas agak panjang, tetapi terus terang saya katakan, tiada hujah untuk malam ini. Kerana malam ini, kita ingin beri peluang kepada pengundi Bagan Pinang untuk berfikir sejenak dua sebelum melelapkan mata. Apakah mereka akan memilih untuk memelihara maruah, atau memelihara perasuah. Di manakah letaknya maruah diri dan integriti dalam menentukan siapakah pemimpin tempatan mereka, yakni siapa wakil rakyat mereka.

Pilihlah pemimpin kamu dikalangan orang yang bersih, nilaikanlah. Setiap insan punya maruah dan harga diri, letakkanlah nilai maruah dan harga diri itu melebihi kepentingan yang membawa rebah. Kita mampu melakukan perubahan, arus reformasi tidak dapat lagi dibendung, badai perubahan tidak mampu lagi di hadang.

Jika kita benar-benar ingin bejuang menegakkan agama Allah di bumi melayu ini, peluangnya telah terhidang. Apakah kita rela melepaskan peluang untuk berjuang menegakkan syiar Islam? Tiada lagi platform yang lebih baik, demi anak bangsa kita. Bersama kita mencipta perubahan, membina sebuah negara rakyat. Dari rakyat kepada rakyat, untuk rakyat.

Sekali lagi saya menyeru kepada pengundi Bagan Pinang, peliharalah maruah dari dicemari unsur rasuah.

Friday, October 9, 2009

Debat : Siapa Pengkhianat Melayu ?

dipetik dari kedahlanie;

Sehubungan dengan beberapa siri kenyataan berbentuk tohmahan dan juga isu Pilihanraya Kecil (PRK) Bagan Pinang tentang Pengkhianatan Melayu terhadap Ketua Pembangkang YB Dato Seri Anwar Ibrahim, kami mewakili pemuda Pakatan Rakyat bersetuju menganjurkan Debat Terbuka di Bagan Pinang, Negeri Sembilan bersempena PRK kali ini.

Debat Terbuka ini adalah merupakan medan terbaik untuk rakyat Malaysia mendapat penjelasan dan gambaran sebenar dari batang tubuh YB Dato Seri Anwar Ibrahim pada setiap tuduhan dan dakwaan liar dari pimpinan tertinggi UMNO/BN pada setiap kali berlangsung pilihanraya kecil di dalam negara ini.

Kami merasakan sudah tiba masanya rakyat diberi ruang dan peranan yang sebenar menghayati proses demokrasi sepertimana tercatat didalam perlembagaan negara. Kami juga yakin program debat ini akan menjadi satu panduan serta bimbingan pendidikan politik yang sihat di negara ini dan dalam pada masa yang sama dapat mewujudkan suasana pilihanraya yang bebas, aman, adil dan harmoni serta membina ketamadunan bangsa Malaysia.

Oleh yang demikian kami juga yakin program Debat Terbuka ini akan menjadi penunjuk aras terhadap keberkesanan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memainkan peranan bebas berkecuali dan juga media elektronik serta cetak juga mendapat manfaat yang selama ini dikongkong di dalam kekangan parti pemerintah.

Dalam pada itu kami yakin dengan berlangsungnya program Debat Terbuka ini, rakyat dapat melihat sejauh mana keikhlasan dan kejujuran pimpinan UMNO/BN untuk merealisasikan retorik politik mereka tentang 1Malaysia. Kami yakin dan percaya bahawa kepimpinan tertinggi UMNO/BN akan merebut peluang ini untuk memperlihatkan kebenaran usaha gigih mereka. Justeru, kami ingin melihat sejauh mana keberanian YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyahut cabaran Debat Terbuka ini.

Cuma kekuatiran kami ialah sindrom kedayusan dan kebaculan pimpinan tertinggi UMNO/BN akan terus menular dari dulu kini dan selamanya !

SURAT RASMI KEPADA TPM MALAYSIA

Kepada :
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
( PNBS, SPMP, SPMJ, PSM, SMJ, BSI, PIS )
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Pelajaran
Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Barat
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62690 Putrajaya.

7hb Oktober 2009 / 18 Syawal 1430’H


YAB Tan Sri,

Jemputan Debat Terbuka Bersama YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim,
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Tajuk: Siapa Pengkhianat Melayu ?

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk. Semoga surat ini menemui YAB Tan Sri di dalam keadaan kesihatan yang baik.

2. Sepertimana yang dimaklumi oleh YAB Tan Sri, kempen Pilihanraya Kecil Bagan Pinang ini dicemari dengan pelbagai tuduhan negatif dan berniat jahat terhadap YB Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pemuda Pakatan Rakyat percaya ini ialah siri tuduhan liar tanpa asas yang telah dilemparkan bertujuan untuk menarik sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Tuduhan sebagai pengkhianat dan agen Yahudi terus dimainkan meskipun rakyat sudah sedia maklum ianya adalah fitnah lama dan satu pembohongan yang nyata.

3. Pihak YAB Tan Sri juga tidak ketinggalan di dalam memainkan isu lapuk dan bankrap idea ini apabila baru-baru ini telah melabelkan YB Ketua Pembangkang sebagai Pengkhianat Melayu. Justeru, kami mewakili saf kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat dan juga generasi muda Malaysia merasa terpanggil untuk menganjurkan satu Debat Terbuka di antara YAB Tan Sri dan YB Ketua Pembangkang. Kami merasakan program Debat Terbuka adalah medan yang terbaik bagi memberikan penjelasan sepenuhnya tentang siapakah pengkhianat Melayu yang sebenarnya kepada rakyat Malaysia khususnya para pengundi di kawasan N.31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

4. Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan kesudian dan keberanian YAB Tan Sri menyahut cabaran debat yang akan dianjurkan menurut maklumat seperti berikut :

Hari : Jumaat
Tarikh : 9 Oktober 2009
Masa : 9 malam
Tempat : Mana-mana tempat di kawasan Pilihanraya Kecil N.31 Bagan
Pinang yang akan dipersetujui secara bersama dengan pihak YAB Tan Sri.
Cadangan tempat :-

i. Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Port Dickson
ii. Dewan Politeknik Port Dickson, Teluk Kemang
iii. Dewan Institut Latihan Ilmu-Ilmu Islam, Port Dickson

Moderator : Tokoh akademik

5. Pihak kami juga mencadangkan supaya kaedah dan dan tatacara Debat Harga Minyak dan juga debat YAB Lim Guan Eng dan YB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon digunapakai untuk program Debat Terbuka ini.

6. Kegagalan YAB Tan Sri memberi maklumbalas positif terhadap cabaran ini menzahirkan ketidakupayaan kepimpinan tertinggi UMNO/BN di dalam memberikan penjelasan kepada isu sebenar yang berkaitan dengan tajuk Debat Terbuka ini.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,


Hj Nasrudin Hassan (Ketua DPP)
Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua AMK)
Loke Siew Fook (Ketua DAPSY)


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

edyes wrote:

Ada Beran ka Muhyeedin?

Anwar : Kesedaran Rakyat Tolak Rasuah

Syabas buat rakyat Malaysia yang menitikberatkan kepimpinan bersih dari rasuah sebagai syarat utama menilai pentadbiran yang memerintah!

Berdasarkan bancian dan tinjauan pendapat yang dikelola Merdeka Centre jelas memperlihatkan hasrat rakyat agar rasuah sirna dan tidak membarah seumpama wabak yang membunuh.

Tatkala wacana ekonomi sejagat sarat dengan anjuran mengangkat nilai dan etika sebagai salah satu langkah menjamin kelangsungan kemakmuran, pimpinan negara seakan-akan tuli dari saranan sedemikian.

Kedudukan negara yang merosot dari tempat 43 ke 47 apabila dinilai Indeks Persepsi Rasuah tidak membantu kita pulih dari kelembapan ekonomi.

Janji perubahan tergelincir rebah bukti longgarnya iltizam pemerintah. Rupa-rupanya mantera perubahan hanya demi imbuhan politik.

Mana tidaknya, ketika dicanang segenap pelusuk agenda baru buat negara, bakal calon yang dipilih adalah dari kalangan perasuah. Namun rakyat sedar permainan politik sebegini dan mereka pastinya menghitung waktu untuk menghukum.

ANWAR IBRAHIM

Bertolak Ke Bagan Petang Ini !

InsyaAllah, sebaik saja anak saya discharge dari hospital pantai tengahari nie, saya akan terus ke Bagan Pinang. Mungkin bersama biras saya yang kampungnya tak berapa jauh dari N31 iaitu Kampung Paya (kalau saya tak silap).

Di sana saya akan berkumpul dengan group PAS Selangor sepanjang saki baki tempoh berkempen atau bersama dengan blogger kehormat Pakatan Rakyat group PerakExpress kelolaan MSK. Ambik la satu dua task untuk hari mengundi nanti.

Sebaik sahaja edyes bertolak ke Bagan Pinang, kemungkinan tiada entri sepanjang berada di sana melainkan mendapat ehsan dari rakan2 blogger untuk menggunakan equipment yang membolehkan edyes membuat entri. Namun begitu, para pengunjung boleh update di blog edyes terutamanya untuk berita kelas pertama dalam rangkungan sebelah kanan.

Sama-samalah kita berdoa agar beroleh kemenangan yang genting dalam PRK kali ini. Segala-galanya bermula pada tanggal 8 Mac 2008, dan dapat kita lihat dan rasai bahawa PRK Bagan Pinang adalah sebuah penamat bagi UMNO.

Sekiranya kemenangan N31 Bagan Pinang berpihak kepada Pakatan Rakyat, maka kita akan menyaksikan satu detik yang amat bersejarah iaitu detik yang memastikan kita bakal memperolehi sebuah kerajaan yang baru pada tanggal PRU13 kelak. Kerana di sinilah buktinya rakyat menolak rasuah dan rakyat memerlukan sebuah kerajaan pro-rakyat yang tulus.

Ayuh ke Bagan Pinang, jangan dilepaskan detik yang bersejarah ini. Ayuh semua ke Bagan Pinang.

Thursday, October 8, 2009

Mengenali makhluk biru tua

Info yang sangat berguna...


1] Isa pemerintah N9 yang paling lama iaitu bermula pada tahun 1982-2004. Selama 22 tahun menjadi MB, tiada satu Universiti pun didirikan di N9. Isa tidak mendesak kerajaan pusat untuk membawa satu universiti di N9.

2] Di zaman Isa, Isa telah merancang bandar-bandar baru di N9.Jika tidak silap ada 4 bandar baru yang dirancang. Hampir kesemua bandar-bandar baru itu gagal dibangunkan seperti yang di'planning'. Kita sendiri boleh lihat apa jadi di Bandar Baru Serting.

3] Dalam banyak bandar-bandar baru yang dirancang Isa, hanya Bandar Baru Nilai yang menjadi sikit. Itu pun kerana faktor ia terletak di tengah KL dan Seremban. Ia juga pengaruh faktor KLIA dan Nilai itu adalah kawasan industri. Pecaya atau tidak, setelah semua dibangunkan, Isa lupa nak buat masjid untuk BBN(Bandar Baru Nilai). Setelah ditegur barulah Isa bina masjid. Tapi masjid yang dibina itu jauh dari penempatan dan tidak mempunyai tanah wakaf kubur. Jika tidak kerana student Usim dan student Matrikulasi UIAM, Masjid BBN tidak meriah.

4] Dalam kempen Isa di Bagan Pinang, Isa kutuk Kelantan. Isa tidak tahu ramai orang N9 kutuk Isa kerana Melaka lagi hebat dan maju dari Melaka. Sedangkan N9 mempunyai banyak advantage dari Melaka. Antaranya, N9 lebih dekat dengan Lembah Klang. Kepesatan di Lembah Klang sepatutnya melimpah ke N9 bukan ke Melaka. N9 ada rel keratapi tapi tidak untuk Melaka. Isa memang gagal bersaing dengan Melaka. Bagaimana negeri yang tidak ada keretapi seperti Melaka boleh lagi maju dari N9 ?? Poning den..

5] Bila bercakap pasal sesebuah negeri, orang akan lihat Ibunegeri negeri itu. Ibunegeri bagi N9 ialah Seremban. Maleh den nak cito. Terus terang Seremban dipanggil pekan mati. Tiada bangunan-bangunan tinggi, sempit dan kelihatan tidak tersusun. Penulis berani mengatakan bandar Kota Bharu di Kelantan lebih maju dan besar dari Seremban. Sejak Mat Hasan jadi MB, barulah Seremban ni cergas sikit. Barulah orang Seremban merasa jalan bertingkat dan jalan berterowong.

6] Isa bila jadi MB N9, agak lembap mencari pelabur luar. Tiada inisiatif sendiri. Hanya mengharapkan kerajaan pusat membantu N9. Komitmen Isa kurang dalam perihal perekonomian. Isa memang dilihat tidak kreatif dalam menjana ekonomi N9.

7] Secara keseluruhannya, Isa gagal menyeimbangkan kemajuan antara N9 barat dan N9 timur.
N9 barat lebih maju sedikit dari N9 timur kerana adanya kemudahan Lebuhraya Utara Selatan atau PLUS Highway. Kawasan timur N9 seperti Gemas, Gemenceh, Rompin,Kuala Pilah, Jelebu, Palong memang mundur jika nak dibandingkan dengan kawasan barat N9 seperti Nilai, Rembau dan Tampin. Tidak banyak pembangunan yang dibawa Isa ke timur N9. Itu sebab kita dah boleh agak mengapa penduduk N9 timur lebih dahsyat mencarut lebih dari saudara-saudaranya di N9 barat.

8] Dari kalangan ahli Umno veteran N9, Isa dilihat banyak playsafedalam percaturan politiknya.
Akibatnya, Isa tidak kuat melobi dalam pentadbiran Tun Mahathir supaya lapangan terbang antarabangsa, KLIA dibina di N9. Konon nak jaga hati Tun Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jika Isa berani dan pandai melobi, tentulah KLIA tidak terletak di Sepang tetapi di N9. Tun Mahathir ketika itu berminat dengan Padang Besar, Selangor, tetapi tahu N9 tiada lapangan terbang. Tetapi Isa langsung tidak menyakinkan Tun bahawa lapangan terbang baru amat sesuai didirikan di N9. Adakah Isa tidak mahu menyinggung perasaan Tun kerana menjaga kedudukannya di dalam Umno lalu mengenepi kepentingan negeri dan rakyat N9? Kesian, orang N9 dapek siso-siso jo dari KLIA.

9] Di Nilai, sudah menjadi rahsia umum bahawa Isa mempunyai hubungan yang istimewa dengan Dato' Gan. Dato' Gan adalah pemilik dan pemaju BBN(Bandar Baru Nilai). Nilai College dan Inti College juga milik Dato' Gan. Alamat Nilai College bermula dengan nombor 1. Dipercayai rumah Isa di Nilai Spring adalah dihadiahkan oleh Dato' Gan. Sangat besar rumah itu. Semasa dizaman kegemilangan Isa, lebih 50 orang yang akan ikut Isa main golf. Tetapi setelah Isa didapati bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana terlibat dengan politik wang (baca:rasuah) dan digantung keahlian Umno selama 3 tahun, hanya Dato' Gan seorang yang ikut Isa main golf.
Semangat setiakwan mereka berdua tidak dapat dipertikaikan.Patutlah dato' Gan banyak dapat projek di N9 terutamanya di Nilai.

10] Isa dan penduduk Sendayan. Harapan 500 penduduk Sendayan mahu jadi jutawan seperti saudara-saudara mereka di Felda LBJ Johnson, Labu hanya tinggal harapan semasa Isa menjadi MB N9. Dipercayai Isa mahu menukar status tanah peneroka Sendayan agar harga tanah di situ semakin tinggi. Isa, ekau nak jadi broker ko?

11] Isa dan Mufti. Isa tidak mempunyai hubungan yang baik dengan mufti N9 iaitu Sheikh Murtadza. Sudah beberapa kali Isa cuba menamatkan kontrak mufti ini tapi dihalang oleh Yang diPertuan Besar N9. Ini menyebabkan Isa juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Yang diPertuan Besar N9. Sudah ada percubaan supaya Isa tidak dilantik menjadi MB N9 oleh Yang dipertuan Besar N9, tetapi Isa diselamatkan oleh Tun Mahathir. Penulis mendengar sendiri luahan Isa ini. Ironinya, untuk Bagan Pinang, Tun tidak menyelamatkan Isa.

12] Info bonus. Isa tidak dilahirkan di N9. Isa lahir di negeri Melaka.

13] Info trivia. Sebelum menjadi ahli politik, Isa adalah seorang guru.

Semua point-point di atas adalah berkaitan dengan Isa semasa dia menjadi Menteri Besar N9.

Sumber dari BaganUtama

Wednesday, October 7, 2009

Adakah Rakyat Benar-Benar Didahulukan ?

Acap kali saya tertanya-tanya, adakah benar 1Malaysia ini rakyatnya didahulukan? Bagaimana ungkapan "1Malaysia rakyat didahulukan" yang kini terdapat di merata tempat jika dibandingkan dengan realiti yang sebenar.

Di manakah ertinya rakyat didahulukan, apabila kita dipaksa menggunakan minyak RON95 sedangkan pengeluaran minyak negara adalah dari jenis minyak yang sangat berkualiti. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya didahulukan minyak yang berkualiti. Bukan kita ingin minta percuma, tetapi adalah memadai jika harga minyak RON97 kekal pada harga sebelumnya dan harga minyak murah RON95 menggantikan harga minyak RON92.

Tidak saya nafikan, minyak RON95 berprestasi sederhana baik dan bukanlah teruk sangat walaupun enjin akan berbunyi lebih kasar dan minyak RON95 akan cepat habis kerana kadar pembakaran yang kurang sempurna. Namun apabila kerajaan meletakkan RON95 sebagai minyak pilihan untuk diisi oleh rakyat, ia seolah-olah tidak mendahulukan rakyat kerana minyak berkualiti hasil dari bumi Malaysia dibawa keluar untuk kegunaan rakyat eropah. Adakah ini bermakna rakyat eropah didahulukan atau rakyat yang berduit didahulukan?

Boleh atau tidak, minyak yang disedut di Terengganu, Sarawak dan Kelantan di jual dalam negara dengan harga RM2 seliter dan kita hentikan import minyak arab yang busuk itu? Boleh atau tidak? Selebihnya barulah kita eksport minyak negara ke luar. Kita masih lagi net exporter iaitu pengeluaran melebihi penggunaan dan kita masih lagi mempunyai potensi mengeluarkan minyak baru di Kelantan. Jika ini dilakukan, barulah kita nampak ungkapan "1Malaysia rakyat didahulukan" terkesan.

Sekarang ini dapat kita lihat, hampir semua stesen minyak Petronas telah melupuskan penjualan minyak RON97 dan menggantikan dengan minyak RON95. Mengapa tidak beri kami pilihan? Tinjauan saya juga mendapati, terdapat juga beberapa stesen minyak yang mengikuti jejak langkah Petronas dengan hanya menjual RON95 di stesen minyak masing-masing. Saya menjangkakan mungkin trend ini diikuti kerana terdapat margin keuntungan yang lebih apabila menjual minyak RON95 berbanding margin keuntungan sedikit untuk penjualan RON97. Apabila ini berlaku, seolah-olah rakyat dipaksa menggunakan minyak murah semata-mata memberi keuntungan maksima kepada pengusaha minyak yang haloba dan juga tidak dinafikan pasti ada pihak yang mengaut untuk berganda dengan pengagihan minyak murah RON95. Sebabnya ialah, minyak RON95 dijual dengan harga yang melebihi sepatutnya. Dasat bukan? Al-maklumlah, Rakyat Diutamakan.

Bila fasal isi minyak pun kerajaan tak bagi pilihan, paksa isi minyak murah yang mana kadar pembakaran tak sempurna yang boleh menyebabkan enjin diselaputi karbon dengan lebih cepat dan menyebabkan ketukkan pada enjin (bunyi kasar). Akhirnya, kenderaan kesayangan akan lebih kerap menyinggahi bengkel-bengkel kereta yang sedikit sebanyak mencekik hasil rakyat.

Oleh demikian, saya menyeru kepada semua rakyat tidak kiralah penyokong Pakatan Rakyat ataupun penyokong Barisan, agar kembali berfikir akan ungkapan yang sering dimainkan oleh kerajaan pemerintah, adakah rakyat benar-benar didahulukan?

Sepatutnya, apabila kerajaan mencanang ungkapan Rakyat Didahulukan, maka rakyat seharusnya didahulukan dengan telus. Tiada isu yang menunjukkan rakyat tidak didahulukan. Ini baru isu minyak RON95 yang diutarakan, belum lagi termasuk isu-isu lain seperti 'mengapa harga proton jauh lebih murah dijual di luar negara bersama spek yang hebat berbanding harga yang mahal dijual pada rakyat tempatan'.

Sebagai rakyat, kita berhak untuk memiliki kehidupan yang jauh lebih baik. Kehidupan yang tidak tertekan di sebalik kesenangan segelintir gerombolan perompak hasil warisan bangsa. Mungkin kita adalah golongan yang telah selamat dari segi kerjaya, namun sedar atau tidak, ramai lagi anak bangsa kita yang merempat di bumi sendiri. Ada kalanya kita wajar memikirkan nasib orang lain, kerana nasib baik kita adalah mungkin disebabkan nasib kurang baik orang lain.

Hidup yang hanya sekali ini, jadikanlah ia lebih bermakna dengan berjuang menuntut keadilan sejagat, berjuang demi agama, berjuang demi kebajikan rakyat. Marilah sama-sama kita pastikan, pembentukkan sebuah negara yang hebat bukan hanya dengan pembangunan semata-mata, tetapi kebajikan rakyat yang diutamakan.


Tuesday, October 6, 2009

Kemenangan PRK N31 Bagan Pinang : PAS atau UMNO ??

SALAM HORMAT,

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, DIHARAP DAPAT MELUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK MENGUNDI PRA-PRK BAGAN PINANG.

ADAKAH PAS AKAN MERAMPAS BAGAN PINANG ATAU ISA SAMAD BERJAYA MEMBUAT 'COMEBACK'? SILA BUANG UNDI ANDA PADA POLL DI ATAS.

UNDI POS ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

TERIMA KASIH

Monday, October 5, 2009

GEMPAR Bagan Pinang : Tsunami 11 Oktober !


Tarikh 11 Oktober adalah satu debaran di mana salah satu Tsunami pasti berlaku pada hari tersebut. Samada Tsunami itu adalah gelora badai samudera yang setinggi beberapa tingkat bangunan ataupun Tsunami klimex kebangkitan rakyat bakal berlaku sebaik sahaja pengumuman kemenangan calon Pas pada PRK Bagan Pinang

Seluruh Bagan Pinang terdedah kepada risiko Tsunami dalam keadaan semasa 'echo' daripada gempa 7.6 skala ritcher Rabu lalu. Risiko ini juga terdedah kepada ratusan ribu warga pinggir pantai Port Dickson termasuklah puluhan ribu penyokong-penyokong pakatan rakyat dan tidak ketinggalan risiko ini terhadap ribuan penyokong rasuah.

Bukan saya pinta malapetaka ini berlaku malah minta disimpangkan. Ini kerana ketika ini saya sedang menemani anak sulung yang baru selesai pembedahan pembuangan tonsil di Hospital Pantai (bangsar). Jika Gempa bumi 8.8 skala ricther berlaku, pastinya gegaran yang terlalu kuat itu menjejaskan struktur bangunan lereng bukit Hospital Pantai ini di mana terletaknya ward anak saya. Bukan saya pinta gempa bumi berlaku lagi, namun ia adalah tafsiran dari pakar yang mengatakan gempa bumi lebih dashat bakal berlaku. Sila amati berita yang baru diterima di bawah;

JAKARTA: Ketika Sumatera Barat masih berduka dilanda gempa bumi 7.6 skala Richter yang mengorbankan lebih 600 orang dan ratusan lain hilang setakat tengah hari ini, Indonesia dikejutkan dengan kemungkinan gempa lebih besar melebihi 8.0 akan berlaku.

"Gempa berukuran 7.6 pada 5.16 petang Rabu lalu yang menggoncang Padang bukan termasuk "skala besar". Itu bukan gempa yang sering kita perbincangkan bakal terjadi, yakni gempa dahsyat lebih dari 8.0 yang memicu tsunami," katanya dalam satu kenyataan.

Danny, dalam penyelidikannya di luar pantai Sumatera selama 12 tahun bersama rakan penyelidik, Prof Kerry Sieh, dari Nanyang Technology University (NTU, Singapura, yakin akumulasi tekanan dapat mengakibatkan gempa 8.8 dan kekuatan gempa itu adalah kira-kira 30 kali lebih besar berbanding gempa Rabu lalu.

"Secara ilmiah, saya boleh katakan gempa yang dahsyat itu mungkin berlaku esok, lusa, bulan depan, atau mungkin tahun depan. Paling tidak, itu akan terjadi dalam 10 tahun akan datang.


Walaubagaimanapun, saya percaya Tsunami klimex kebangkitan rakyat juga boleh berlaku pada tanggal 11 Oktober nanti. Adalah menjadi satu sejarah apabila rakyat sekali lagi menolak parti yang mempertaruhkan kredibiliti dengan meletakkan calon yang pernah dibuktikan bersalah ke atas dakwaan rasuah. Sekiranya calon tersebut kalah di Bagan Pinang, sudah tentunya dapat kita baca bahawa rakyat telah sedar tanggungjawab membuang undi itu adalah satu tanggungjawab yang menentukan hala tuju pemerintahan negara. Samada terus dikuasai oleh gerombolan rasuah atau, memberi satu mesej kepada kerajaan iaitu rasuah yang merosakkan bangsa harus ditolak habis-habisan dan inilah detik yang paling sesuai mengungkapkan janji perangi rasuah.

Kita semua sedia maklum, Isa Samad adalah calon warga tempatan. Tetapi apakah dengan alasan tersebut para pengundi boleh berkompromi dengan simbol rasuah? Memang kita akui Isa Samad mempunyai jasa memerintah Negeri Sembilan selama lebih dua dekad, namun ingin saya bertanya apakah jasa Isa Samad dalam 10 tahun terakhir pemerintahannya selain daripada menjadikan Negeri Sembilan penternak virus JE dan Bandar Seremban yang turut dikenali sebagai bandar terbengkalai sewaktu era pemerintahannya terutamanya dalam 10 tahun terakhir.

Jadi, dengan pencapaian yang tidak seberapa serta kebolehan Isa Samad memiliki beberapa syarikat besar di atas nama kroninya, 'sumbang'an seperti ini seharusnya membuatkan warga Bagan Pinang gigil sebelum memangkah dan semoga kesedaran itu terbit memandangkan Tsunami boleh berlaku bila-bila masa untuk menghentam pantai Port Dickson sepertimana yang diberitakan di atas.

Sebagai anak jati Negeri Sembilan, saya tahu sejarah terutamanya sejarah kejatuhan Isa Samad. Ini termasuklah sewaktu bertanding sebagai calon Parlimen Jempol pada PRU 2004 dengan mengetepikan Khalid Yunus. Pemilihanya sebagai calon kerusi parlimen sebagai platform untuk jawatan naib presiden UMNO, seraya itu juga beberapa pondok panas dibakar sebagai tanda protes di mana warga Jempul mahukan Khalid Yunus. Rakyat Negeri Sembilan semua tahu sejarah Isa Samad, apalah jasanya jika dibandingkan dengan skandalnya yang membolehkan beliau melobi habis-habisan untuk jawatan Naib Presiden yang juga kononnya calon 'favorite'.

Akhir kata, sama-samalah kita berdoa agar Tsunami badai tidak berlaku terhadap warga Port Dickson. Kita juga berdoa agar warga Bagan Pinang gigil untuk memangkah calon rasuah kerana tidak mustahil juga mala petaka itu berlaku di kala sekumpulan umat meng-agungkan kemungkaran Allah yakni membenarkan kemenangan terhadap pelaku rasuah.

RE-FOR-MA-SI

EDYES
5-10-2009
9pm
Ward C533 Hospital Pantai

Peluang BN untuk Menang adalah Cerah !

Samada anda percaya atau pun tidak, itu adalah hak tuan punya diri. Namun jauh di sudut hati anda pasti bersetuju dengan apa yang saya katakan. Saya percaya peluang BN untuk menang dalam PRK kali ini adalah sangat tinggi di atas beberapa faktor logik yang bisa kita bicarakan sepanjang tempoh berkempen.

Faktor yang pertama ialah undi pos, tak perlu saya cerita betapa undi pos ini adalah talian hayat paling berkesan dalam mana-mana pilihanraya. Hatta undi pos ini juga pernah menjadi talian hayat yang sangat bermakna apabila ia membantu menambahkan jumlah majoriti parlimen Kepala Batas dan juga termasuklah dikatakan membantu menantunya Perdana Menteri ketika itu di Parlimen Rembau. Begitulah hebatnya undi pos yang boleh diletakkan sana sini.

Mengikut kata Hishamudin Rais, undi pos sepatutnya digunapakai oleh angkatan tentera yang sedang bertugas di luar negara, para tentera yang sedang bertugas di Bosnia seumpamanya, atas sebab sedang menjalankan tugas maka di sinilah gunanya undi pos. Bukan terhadap angkatan tentera yang berkawat di kem latihan dan bukan untuk angkatan tentera yang sedang bertugas di dalam kem masing-masing. Seperti mana seorang pemandu bas, pengendali tol, pekerja hotel dan mana-mana individu yang sedang bekerja pada hari PRK diadakan, mempunyai peluang dan masa untuk membuang undi. Atau apakah mereka yang sedang bertugas ini berhak juga mengundi secara pos di atas alasan bertugas di hari PRK dijalankan? Adakah seramai 4ribu dari askar kem di Bagan Pinang dikerah untuk bertugas menjaga PRK Bagan Pinang pada hari mengundi tersebut?

Faktor kedua yang menunjukkan peluang BN untuk menang kali ini cerah adalah, faktor calon. Isa samad adalah warga tempatan, dibesarkan pula di Bagan Pinang. Selama 22 tahun merompak Negeri Sembilan dan hampir-hampir menukar nama Negeri Sembilan Darul Khusus kepada Darul Khinzir, terus terang cakap saya anak jati Negeri Sembilan rasa bersyukur kerana Isa Samad tak sempat tukar nama negeri seperti yang disebutkan tadi.

Isa Samad pernah dibuktikan bersalah kerana kes rasuah politik. Dia tidak dipenjarakan namun menerima hukuman yang lebih berat iaitu gantung sampai tiga tahun. Orang biasa macam kita kalau kesalahan memiliki dadah akan dikenakan gantung sampai mati tetapi Isa Samad dikenakan hukuman yang lebih kejam iaitu gantung sampai tiga tahun. Dalam hukuman itu, mati atau tidak mati terpulang kepada Bahagian Teluk Kemang.

Dengan kata lain, Isa Samad dan rasuah kita ibaratkan 'bagan pinang di belah dua'. Begitu juga ahli-ahli UMNO bahagian Teluk Kemang, termasuklah juga kebanyakkan ahli UMNO yang terlibat dengan rasuah yang juga menyokong pemimpin rasuah. Tapi agak menghairankan, penyokong UMNO satu Malaysia masih lagi ada yang menyokong UMNO dan BN walaupun UMNO mencalonkan Isa Samad yang juga 'bagan pinang dibelah dua' dengan rasuah. Apakah ahli-ahli UMNO satu Malaysia dengan sengaja menyokong perlakuan rasuah?

Apabila Ahli UMNO tak kesah untuk menyokong calon rasuah, mengundi untuk calon yang 'corupted' pada 11 Oktober nanti, maka sebab itu saya katakan peluang UMNO untuk mendapat kemenangan dalam PRK kali ini adalah tersangatlah cerah.

Namun begitu, segala ketentuan adalah hak milik Illahi. Mungkin penduduk Bagan Pinang sedar sebaik sebelum memangkah, menyedari bahawa tangan dan jari yang hendak memangkah itu gigil, dengan persoalan "Adakah aku akan mengundi seorang pemimpin rasuah tegar?", maka di sinilah penentunya samada si polan yang gigil nak memangkah itu samada menyokong rasuah haram atau memikirkan masa depan anak cucu lantas memberikan undi kepada calon dan parti harapan bangsa untuk mengubah negara ini menjadi sebuah negara yang lebih bertanggungjawab terhadap rakyat.

Banyak lagi isu, tak sempat saya muatkan. Sedih bila diri sudah tak terkata mengenai isu RON95 yang melampau-lampau dan juga isu insuran 3rd parti yang di pandang hina oleh pemimpin kerajaan zalim !

edyes
4-10-2009
5.03pm