RM35 Juta untuk pembinaan sebuah dewan adalah suatu angka yang dilihat tidak munahsabah, malah lebih parah apabila dipersoalkan projek pembinaan dewan tersebut dianugerahkan melalui rundingan terus.
Banyak lagi persoalan yang perlu dijawab. Pertama sekali, apakah surat yang tular di pelbagai media sosial ini sahih?
Kedua, adakah ini satu kelebihan untuk sebuah negara yang berada dalam keadaan darurat? Kerana kelulusan surat tersebut bertarikh 11 Januari, kebetulan sama tarikh dengan pengishtiharan proclamation darurat.
Ketiga, di manakah rasionalnya pembinaan sebuah dewan berharga RM35 Juta ketika rakyat dan negara sedang bergelut menghadapi bencana Covid-19.
Turut dibangkit oleh netizen, apakah ini satu usaha akhir MY, dengan menghantar projek RM35j ke Pagoh sebelum tumbangnya sebuah kerajaan tanpa majoriti sokongan MP?
Ikuti kenyataan YB Akmal yang dilapor Malaysiakini;
Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meminta penjelasan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung peruntukan RM35.4 juta yang akan dibelanjakan bagi membina sebuah dewan di kawasan Parlimennya, Pagoh.Akmal mendakwa sepucuk surat dari unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) kepada Jabatan Kerja Raya berkaitan perkara itu telah tular di media sosial.Jika isi kandungan surat tersebut sahih, Akmal mempersoalkan jika wajar untuk mengeluarkan belaja jutaan ringgit untuk sebuah dewan di saat negara sedang bergelut dengan wabak Covid-19.“Bukankah lebih elok keutamaan dana diberikan untuk meningkatkan kemampuan petugas barisan depan atau mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat menghadapi darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP)?” soal Akmal dalam kenyataan hari ini.Akmal turut menyatakan bahawa tarikh surat itu sama dengan dengan pengumuman penguatkuasaan darurat, iaitu 11 Januari.“Adakah ini bermakna ketika darurat kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh bertindak sesuka hati membelanjakan wang rakyat dalam keadaan parlimen digantung?“YAB perdana menteri, kami mohon pencerahan,” katanya lagi.
- Muhyiddin Menamakan Hishamuddin Sebagai TPM - Sumber TMI
- Kesihatan PM Merosot dan Sedang Terima Rawatan di Negara Jiran?
- Zahid Beri Sokongan Bertulis Kepada Anwar - Annuar Musa
- BN Pecat Setiausaha Agongnya Tan Sri Annuar Musa!!
- Perubahan Kerajaan | Hanya Tunggu Budi Bicara Agong - Anwar
- Kerajaan Hari Ini Tidak Boleh Diharap - Anwar
- Zeti Menafikan Dakwaan Tanpa Menyentuh Soal SD
- TERKINI | Kenyataan DSAI Dedah Dr. Zeti Terkait Skandal 1MDB
- Selamat Tinggal Feri Pulau Pinang | Amaran Pihak Polis Terhadap LGE Tidak Dipeduli
- RANGKUMAN | Poster Lebai Membisu Cabutan 'Special Draw' Meningkat Kepada 22 Kali!!
- KANTOI | Muafakat Nasional Telah Didaftar Pihak Lain
3 comments:
Zaman covid19 tak perlu buat dewan. Nak berkumpul pun tak bolih buat habis duit rakyat sja. That is a quality of our politicians. Misguided judgement.No moral compass at all
hahaha jd kita pakat buat krnduri lepas covid nanti kat padang bandaran.. bengong..
Apakah Anda sedang mengalami kesulitan keuangan? Maka artikel ini cocok untuk Anda. Pinjaman saya disetujui oleh Bapak Pedro, yang merupakan tawaran pinjaman dari perusahaan pinjamannya ketika bank menolak pengajuan pinjaman saya karena kredit saya buruk, tetapi Pedro dan perusahaan pinjamannya memberi saya pinjaman sebesar 7 juta DOLAR AS dengan suku bunga 3%. Saya sangat berterima kasih dan ingin berbagi semua ini dengan Anda yang sedang mencari jenis pinjaman apa pun. Hubungi kantor pinjaman Pedro langsung melalui alamat email: pedroloanss@gmail.com atau whatsapp dia di: +393510140339.
Post a Comment