Mengganggu majlis dan menyerang adik-adik mahasiswa adalah 'Akidah' yang dibawa Hasan Ali ? |
Kenyataan Terbuka
19 April 2012
Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka.
Seperti
yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat
keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka
terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar
norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang
terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar
ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL
digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan
pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus
bertahan.
Kumpulan
yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama
mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini.
Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir
memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu.
Sumbangan dari SAMM Utara; Tiga Penyelaras SAMM Negeri iaitu sdr Habib (Kedah), Aidil (P.Pinang) dan Asrul (Perlis). Sedang memberi taklimat ialah Pengarah Seketariat SAMM Pusat sdr Zulkifli Ibrahim |
Kumpulan
pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba
diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media
dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar
itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat
termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan
parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua
meletakkan regim dalam keadaan serba salah.
Mati
akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah
digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan
pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang
mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik.
Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan
setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat
bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di
tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja
kejadian.
Ini penjenayah jalan kebun |
Penjenayah yang melakukan serangan di Jalan Kebun ini terus bebas dan melakukan jenayah ini semula di Dataran Merdeka semalam |
Siapakah yang sebenarnya bersekongkol dengan penjenayah? |
Penjenayah Jalan Kebun ini mengakui sebagai 'Panglima BN' |
Ini
semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia.
Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan
gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi
disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya
dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa
kononya serangan oleh rakyat yang marah.
SAMM
mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap
kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah
dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal.
Dengan
perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat
pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional
yangs emakin hilang rasional mereka.
SAMM
juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman -
teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara.
SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan
menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan
BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs ama ,
Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama
'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya.
Sekian.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Di bawah ini gambar istimewa untuk semua...
Solidariti Anak Muda Malaysia
Di bawah ini gambar istimewa untuk semua...
1 comment:
Dah lah sekolah tak berapa tinggi. Bila dah jadi BANGANG menyusahkan orang lain pulak. Tahap rendah paling hina untuk tinggal bersama manusia yang bertamadun
Puak puak pekida 3line ni memang tak sesuai hidup di zaman moden ni. Elok mereka ni lahir di zaman batu je. Ataupun duduk di negara komunis lagi bagus.
Post a Comment