Sunday, April 15, 2012

MALAM INI - Venue Ke-5 Jelajah SAMM 'Road to BERSIH3' - BANDAR TUN RAZAK


Setelah menyelusuri 2 venue di selatan dan 2 venue jelajah di utara, Jelajah SAMM 'Road to BERSIH 3' kembali menjengah ibu kota untuk terus menghasut orang ramai bagi menyertai himpunan secara aman pada 28 April 2012. Walaupun di kawasan bandaraya maklumat mudah diperolehi, namun Kuala Lumpur juga tidak terlepas daripada aksi Jelajah SAMM bagi memastikan mood BERSIH benar-benar mekar tersemat di kalbu warga Kuala Lumpur.

Bertempat di Padang Bola Sepak PPR Sri Labuan (bersebelahan Surau al Aula), Bandar Tun Razak, merupakan venue ke-5 setelah empat venue terawal berjaya menarik perhatian ribuan kehadiran bagi setiap venue. Setiap yang hadir pada venue sebelum ini begitu meluap-luap semangatnya untuk BERSIH 3 yang juga mungkin menjadi himpunan terakhir sebelum kita berjaya menghirup udara segar sebuah kerajaan yang baru.

Ketika di Johor sebagai venue pembukaan Jelajah SAMM, lebih dua ribu hadir menyatakan sokongan dan jumlah ini amat luar biasa sekali memandangkan lokasi ceramah terletak di kampung Ahmad Maslan iaitu Benut. Seterusnya venue di Negeri Sembilan lebih menggila dengan kehadiran hampir 3 ribu orang di Dun Sikamat, tempat yang telah dilawati oleh Najib sebanyak dua kali mutakhir ini.

Habis pusingan negeri selatan, Jelajah SAMM melangkah pula ke utara dengan memilih Stadium Mini Guar Chempedak kawasan Gurun Kedah sebagai venue istimewa. Tidak kurang dari 2 ribu kehadiran memenuhi padang dan astaka stadium. Venue yang terakhir setakat ini di Pulau Pinang juga tidak mengecewakan apabila hampir dua ribu pengunjung hadir, juga untuk menyatakan hasrat menyertai BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Rakyat dari segenap masyarakat harus direnjis kesedaran dengan dihidangkan pelbagai maklumat dan fakta betapa demokrasi negara dengan sengaja dihancurkan demi mengekal kuasa. Apabila demokrasi itu dinafikan, maka rakyat akan terus diseksa akibat daripada pemerintahan kuku besi yang sanggup berbuat apa sahaja demi terus mencengkam.

Maka, amat penting bagi setiap warga Kuala Lumpur memenuhi Dataran Merdeka dan sekitarnya, mengambil kira daripada kedudukkan logistik yang lebih mudah untuk sampai ke destinasi yang dirancang pada 28 April nanti. 

Untuk memastikan mood BERSIH anda berada di tahap maksima, sila pastikan anda dan keluarga dan jiran dan saudara-mara anda hadir ke Jelajah SAMM 'Road to BERSIH 3' venue ke-5 di Bandar Tun Razak, beralaskan maklumat seperti di bawah;

15hb April - JELAJAH SAMM K.LUMPUR & SELANGOR (mlm ni)
Lokasi:Padang Bola Sepak PPR Sri Labuan (bersebelahan Surau al Aula), Bandar Tun Razak.
Penceramah: TS Khalid Ibrahim, Che'GuBard, Hishamudin Rais, Adam Adli, KC Heng
Pertanyaan: Ezmir 0122231239

Ayuh bersama memanjat mood teratas BERSIH kali ini. Peranan anda sebagai agen penyampai dan agen penyebar amatlah diperlukan, dan percayalah mobilisasi BERSIH 3 akan lebih berkesan dengan peranan-peranan anda semua sebagai agen penyebar.


EDYES
Pengarah Propaganda SAMM

1 comment:

Unknown said...

Salam Bro ..

nak minta link ghaflah.blogspot.com

thanks.