Tuesday, April 24, 2012

Menyambut Kenyataan SAMM, Anak Muda Penang dan Kedah Memilih HANYA Dataran Merdeka Untuk #BERSIH3 dan Sedia Untuk Lebih Dari Sehari!!


Menyambut baik kenyataan media yang dikeluarkan SAMM pada pagi 23 April 2012, SAMM P.Pinang dan Kedah bersama sekutunya menggerak langkah menyeru warga utara semenanjung untuk turun ke Dataran Merdeka bagi meraikan himpunan rakyat BERSIH 3.

Untuk kenyataan SAMM Pusat, sila klik di sini (5 Hari Menjelang BERSIH 3, Aziz Harus Letak Jawatan). Manakala di bawah pula adalah kenyataan media jam 3 petang oleh SAMM P.Pinang dan Kedah, serta anak muda bersekutu;

Duduk dari hujung kiri Johari Kasim Ketua Penerangan MPN Negeri,YB Ng Wei Aik S/U Dapsy Pulau Pinang, Zulkifli Ibrahim Pengarah Sekretariat SAMM, Azman Nasruddin Ketua Amk Kedah, Amir Ghazali Ketua Amk P.Pinang, Habib Ahmad Muhaiyuddin Bin Habib Danial Penyelaras SAMM Kedah


Solidariti Anak Muda Malaysia
Kenyataan Media
23 April 2012

Setelah pimpinan PR,NGO serta NGI mengadakan roadshow seluruh negara. Semangat untuk menghadiri bagi membantah menuntut kepada sistem pilihanraya yang lebih adil cukup tinggi. Kebangkitan suara rakyat pada Bersih 3.0 daripada desakan rakyat, tidak kira sama ada mereka berparti ataupun yang tidak berparti untuk melihat sistem pilihanraya kali ini lebih adil di semua peringkat melalui roadshow tersebut amat jelas sekali.

Justeru, amatlah perlu seluruh rakyat di mana-mana pelusuk negara untuk hadir ke Dataran Merdeka pada 28 April 2012 untuk menunjukkan komitmen selaku rakyat Malaysia yang serius membuat tuntutan kepada sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih

Selaku Anak Muda Malaysia, kami mendesak agar seluruh rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab untuk turun ke Dataran Merdeka dengan tidak mempedulikan mana-mana himpunan di negeri-negeri.Ingat,misi kali ini himpun 500ribu. Tidak bermakna saudara hadir di Kuala Lumpur dengan mengabaikan himpunan di negeri-negeri, anda tidak punya semangat bersih!

Bahkan, anda perlu berbangga bahawa pilihan Dataran Merdeka pada 28 April 2012 nanti adalah langkah terbaik menunjukkan komitmen serius di samping memberi semangat kepada adik-adik mahasiswa kita yang sudah berkampung sejak beberapa hari lalu. Mereka dipukul, cuba dihalau namun semangat kental mereka perlu kita hargai. 

Ayuh! Dataran Merdeka adalah lokasi terbaik berhimpun untuk duduk dan bantah. Jika adik-adik mahasiswa boleh, mengapa anda perlu berhimpun di negeri hanya beralasan lebih dekat dengan tidak membuang kos tinggi. Ingat,nilai yang kita bayar untuk jatuhkan Regim lebih berharga dan anggaplah pengorbanan tuan puan sekalian ke Dataran Merdeka adalah bayaran yang cukup mahal demi generasi dan masa depan negara serta anak cucu yang bakal mewarisi negara ini nanti

Ayuh! Ke Dataran Merdeka 428, penumpuan kami selaku anak muda adalah hanya berhimpun di Kuala Lumpur.

Zulkifli Hj Ibrahim
Pengarah Seketariat SAMM
Mewakili SAMM P.Pinang dan Kedah

Kenyataan Media Sekutu Anak Muda

Kenyataan YB Ng Wei Aik
Seluruh Anak Muda Malaysia perlu hadir memberikan komitmen pada perhimpunan di Dataran Merdeka memandangkan ini adalah isu nasional..penumpuan di Dataran Merdeka di dokong oleh Dapsy Pulau Pinang

Kenyataan Amir Ghazali
Perhimpunan 1.0 dan 2.0 dilaksanakan di Kuala Lumpur,jika lain2 negeri menganjurkan perhimpunan yang sama,ianya akan membantutkan sasaran 500ribu dan perhimpunan tersebut akan mengelirukan rakan-rakan lain yang sudah mempersoalkan lokasi sebenar perhimpunan,Jadi Amk Pulau Pinang bertegas Dataran Merdeka adalah pilihan kita.

Kenyataan Azman Nasruddin
AMK Kedah menyeru bukan saja di utara bahkan seluruh warga negara yang bertanggung jawab pada negara hadir ke Dataran Merdeka..Amk Kedah tidak akan hadir di mana-mana perhimpunan negeri, dan hanya menumpukan di Dataran Merdeka. Amk Kedah juga menyeru ahli-ahli UMNO untuk turut sama hadir bagi menyatakan bantahan apabila pemimpin atasan yang sanggup mengekalkan kuasa menggadaikan negara dengan memberikan kerakyatan pada warga asing sebagai pengundi


No comments: