Saturday, October 9, 2010

Sam Ulang Pendirian Tanding Naib Presiden KEADILAN !!



Sam ketika mengulangi pendirian bertanding jawatan VP (sumber gambar - Aidill SAMM)


Oleh : EDYES

Detik bermakna ini disaksikan oleh Azmin Ali, YB Zuraidah dan Datuk Chua Jui Meng, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulangi pendirian untuk meneruskan perjalanan politiknya dengan memasuki gelanggang Naib Presiden KEADILAN sebagai seorang calon heavyweight.

Shamsul Iskandar atau nama mesranya Sam, membuat pengumuman untuk kekal bertanding jawatan naib presiden tepat jam 8.45 malam tadi di dalam satu majlis jamuan hari raya di Kulai, Johor yang juga menyaksikan serbuan pihak polis merosakkan sebuah majlis jamuan raya. Syukurlah kerana tiada di antara pemimpin kita yang ditangkap malam tadi. Belum pun perhitungan Galas bermula, di Kulai ini mereka mengganas - Menggganggu majlis rumah terbuka Aidilfitri. Kita tinggalkan dulu ceritera polis yang menyibuk ini dan berbalik kepada soal pemilihan parti.

Di depan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan lebih empat ratus pengunjung, Sam melaungkan sebuah pendirian tegas untuk meneruskan karier politiknya setapak melangkah ke hadapan dengan menyertai barisan naib presiden parti, ketika ramai yang membuat spekulasi bahawa Sam akan u-turn ke jawatan Ketua AMK. Ramai yang menjangka Sam akan kembali menyertai perebutan jawatan ketua AMK kerana faktor Mustafa Kamil yang tewas di cabang dan Mus dilihat goyah untuk berhadapan dengan Azmin. Apabila Mus menarik diri dari jawatan timbalan, pastinya beliau berhasrat mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya. Perkembangan ini membuatkan penyokong kuat Sam resah lalu mendesak Sam kembali ke kancah AMK untuk mengambil kesempatan round terakhir AMK sebelum dikuatkuasakan umur 35 tahun kelak.

Dengan pencalonan kedua terbanyak untuk jawatan setinggi Naib Presiden KEADILAN, Sam seharusnya tidak lagi menoleh ke belakang untuk meneruskan perjuangannya dalam kancah politik dalaman kerana jawatan naib presiden akan memberi ruang yang lebih besar untuk seorang anak muda meneruskan agendanya dalam parti. Malam ini juga menyaksikan Azmin Ali dan seluruh kekuatan KEADILAN Johor akan memberi sokongan kepada susuk Shamsul Iskandar. Azmin juga galak menyokong pendirian tegas Sam.

Melepaskan jawatan AMK untuk direbut oleh anak muda lebih berkaliber seperti Chegubard, Hasmi dan Rafizi adalah satu langkah yang dipandang mulia dan pasti Sam akan diangkat oleh anak muda di atas sedikit keberanian dan pengorbanan yang dilakukan oleh Sam. Saya percaya Sam berkaliber untuk jawatan naib presiden dan untuk ketua AMK pula memerlukan seorang pencetus revolusi. Sudah tiba masanya AMK diangkat menjadi sebuah organisasi serba tersusun dan bersedia menghadapi kancah perlawanan yang lebih hebat. Sudah sampai masanya, Angkatan Muda Keadilan bergerak sebagai satu organisasi yang lincah berstrategi dan fully utilize serta fokus kepada betapa kemungkinan Anwar Ibrahim disumbatkan ke hotel besi adalah tidak dapat dielakkan!

Kepada penyokong Sam yang bermati-matian ingin Sam kekal di AMK, hormatilah pendirian Sam sebagai seorang ketua yang akan juga akan bermati-matian membuktikan segala apa yang diungkap, akan dikotakan dengan perlaksanaan - Sam akan tetap lawan di VP. Sam akan mendapat sokongan padu seluruh warga AMK untuk dinobatkan sebagai naib presiden wakil anak muda, membawa suara anak muda ke persada parti. Seterusnya kita fokus kepada memperkuatkan parti, memantapkan parti dan mengukuhkan perpaduan antara parti.

Saya percaya penyokong Chegubard tidak punya masalah untuk menyokong habis-habisan perjuangan Sam di medan naib presiden, dan dalam masa yang sama saya berharap agar penyokong Sam juga akan melakukan perkara yang sama iaitu memberi sokongan kepada Che'gubard. Shamsul Iskandar dan Chegubard adalah satu gandingan tidak rasmi yang mantap dan saling memerlukan. Semoga kedua-dua pemimpin ini mencapai kejayaan dan akhirnya bersama membawa KEADILAN tepat dengan definisinya serta tepat di tempatnya.

Di kesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan tahniah kepada pemimpin berkaliber Shamsul Iskandar kerana mengotakan janji bersama keberanian yang tidak akan dipandang enteng. Selesaikan pemilihan ini dan seterusnya visi dan misi akan dilaksanakan penuh dedikasi.

SATU UNDI SATU AHLI, RAIKAN DEMOKRASI SEBENAR !!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

2 comments:

Anonymous said...

sepertimana yang aku cakap,

Insya Allah, MUS tetap miliki peluang utk menang jawatan Timbalan Presiden beliau ada sokongan dalam 34 % anggota Melayu/Islam. Zaid dan Azmin terpaksa berebut kira-kira 66 % undi.

Kes ini, akan jadi seperti SEPERTIMANA DALAM Muktamar PAS sebelum ini (untuk jawatan timbalan presiden PAS) dimana :

NASARUDDIN MAT ISA (PRO ISLAM) menang mendapat undi kira-kira 34 %
MAT SABU (PRO REFORMIS) tewas mendapat undi kira-kira 33 %
HUSAM MUSA (PRO LIBERAL) tewas mendapat undi kira-kira 33 %

walaupun aku suka husam berbanding Nasa (perpaduan)

insya ALLAH teori PAS akan berlaku dalam KEADILAN (TIMBALAN PRESIDEN)

MUSTAFA KAMIL AYUB (PRO ISLAM) mungkin menang mendapat undi kira-kira 34 %
AZMIN ALI (PRO REFORMIS) mungkin tewas mendapat undi kira-kira 33 %
ZAID IBRAHIM (PRO LIBERAL) mungkin tewas mendapat undi kira-kira 33 %


CALON NAIB PRESIDEN,

Aku menyokong penuh Dr. Badrol Amin, Tian Chua, Fuziah Salleh dan N Gobalakrisnan..
sekiranya Azmin dan Zaid tewas, mereka berdua wajar dilantik menjadi Naib Presiden yg dilantik bersama Khalid Ibrahim.

Tetapi tidak mustahil Zaid akan bertanding Presiden, dan menang percuma dengan penarikan diri DS Wan Azizah Wan Ismail. Sekiranya Zaid tarik diri, MUS perlu bersaing dgn AZMIN, aku harap ZAID dapat beri sokongan kepada MUS utk jawatan Timbalan Presiden. Bagi meneutralkan semula keadaan dalam KEADILAN.

AZMIN ALI wajar fokus utk DUN dan PARLIMEN, manakala MUS wajar fokus memperkemas dan memperkasakan TARBIYYAH PARTI supaya tidak lagi dilihat sebagai PARTI BERUDU yang menunggu masa utk melahirkan KATAK-KATAK. MUS.. AKU YAKIN ... TUGAS MENTARBIYAAH PARTI mampu dilaksanakan oleh MUS dengan sokongan Dr. Badrol Amin dan Fuziah Salleh... (disamping Tian Chua dan N Gobalakrisnan). N Gobalakrisnan dan Tian Chua pernah ditarbiyyah oleh Dr. Badrol dalam penjara ketika mereka di ISA kan satu ketika dahulu... waalahualam....

Anonymous said...

Aku harap lebih ramai menyatakan sokongan kepada MUS,

Insya Allah beliau bebas daripada sebarang skandal sama ada secara fitnah mahupun sebaliknya, sekiranya beliau menang, UMNO akan mati akal untuk dijadikan ISU ketika pilihanraya nanti. Berbanding Azmin dan Zaid. UMNO dengan mudah mengeluarkan pelbagai ISU dan akhirnya akan menjadi liabiliti kepada parti. Sekiranya AZMIN dan ZAID menang, UMNO akan membuka segala isu dan latarbelakang mereka berdua (sama ada secara fitnah ataupun secara benar) dan akhirnya KEADILAN akan terperangkap.

KITA tak mahu parti kita jadi seperti UMNO yang hidup disebabkan WANG.
KITA mahukan PARTI KITA BERJUANG atas nilai KEIKHLASAN dan MORAL YANG TINGGI

ZAID dan AZMIN tetap terbaik, tapi buat masa ini, PARTI keadilan memerERLUKAN MUS untuk membasmi BERUDU-BERUDU dalam parti. Beberapa tindakan dan kenyataan ZAID dan AZMIN dikuatiri menyemai sperma-sperma KATAK dalam KEADILAN. MUS diperlukan sesegera mungkin bagi mewujudkan menyucikan sperma-sperma sebelum sperma menjadi berudu dan seterusnya menjadi katak-katak.

AKU HARAP KALIAN DAPAT MEMBERIKAN SOKONGAN SECARA PAKEJ. MUS tak mampu mentarbiyah parti secara bersendiri atas KAPASITI TIMBALAN PRESIDEN, BELIAU PERLUKAN BANTUAN kumpulan naib presiden yang berwibawa dan diyakini.

sebab itu aku cadangkan Dr. Badrolamin, Fuziah Salleh … Dr. Badrolamin ada ilmu tarbiyyah (pendekatan ABIM) manakala Fuziah Salleh (ada ilmu tarbiyyah pendekatan JIM- beliau merupakan mantan Ketua Wanita JIM). N Gobalakrihnan pulak, merupakan anak didik Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selain mendapat tarbiyyah daripada Dr. Badrol Amin ketika dalam ISA bersama Tian Chua.

Gandingan Timbalan Presiden dan Naib Presiden ini, insya Allah, akan dapat membasmi dan mereformasikan semula KEADILAN. Aku harap kelima-lima mereka menang dalam Pemilihan KEADILAN 2010. Kemenangan mereka dijangkakan dapat memadamkan status parti sebagai parti berudu.

Seterusnya WAN AZIZAH dan ANWAR wajar dikekalkan sebagai Presiden. Pada mulanya aku mahukan ANWAR sebagai PRESIDEN. Tetapi aku jangka Anwar akan disumbat dalam penjara berikutan KES LIWAT TERBARU. Oleh itu, aku terpaksa tukar plan B. Wan Azizah wajar kekal Presiden, manakala Anwar kekal sebagai Ketua UMUM. KEADILAN perlu bersedia, kerana bila-bila masa dari sekarang ANWAR akan disumbat dalam penjara semula.