Thursday, August 12, 2010

VVIP Itu Ialah Dari UMNO !!


Khabar angin sepoi bahasa memberi petunjuk bahawa VVIP yang bakal dihadapkan ke mahkamah hari ini adalah dari UMNO! Hishamuddin Rais telah memberi hint bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar adalah individu yang dimaksudkan.

Malaysiakini versi English juga telah menyebut VVIP tersebut adalah berkaitan dengan parti UMNO dan ianya juga berkait rapat dengan skandal PKFZ.

Walaubagaimanapun diingatkan bahawa entri ini berkadar khabar angin, sama-sama kita nantikan siapakah individu yang bakal diheret menyertai Tun LLS. Adakah ia benar-benar mewakili kuota melayu setelah Tun LLS mewakili kuota cina. Tunggulah sekitar jam 5 petang sepertimana ketika diumumkan Tun Ling Liong Sik dihadapkan ke mahkamah pada 29 Julai lalu.

Saya cuma tidak berapa ingat, siapakah menteri melayu yang dikaitkan dengan PKFZ. Samada Adnan Mansor ataupun, siapa saya kurang ingat. Mari kita tunggu dan lihat, mungkin selepas ini berbondong-bondong rahsia bertembelang yang akan dipecahkan.

2 comments:

Anonymous said...

Tidak kira siapa yang di bawa ke mahkamah selepas ling leong sik samada kuota melayu ke , kuota india ke....ini semua kerja nak membutakan mata rakyat tentang pelbagai kejijikan yang umno telah buat selama memerintah negara ini.

SECARA PERIBADI , ORANG LAIN AKU TAK TAU LAH...MASIH NAK SOKONG UMNO CELAKA TU ENGKAU ORANG PUNYA PASAL...TETAPI BUAT DIRI AKU..APA SAJA YANG MEREKA LAKUKAN "HARAM UNTUK AKU PERCAYA KERANA UMNO DAN PIMPINANNYA MEMANG PENIPU NOMBOR WAHID DI BUMI MALAYSIA INI".

Edyes said...

sabar abg anon,

kasi tarbiah semua kaum kerabat supaya tidak lg mengundi BN... kita jalankan peranan kita masing2, dan pastikan hujah kita mudah diterima oleh mereka dengan pendekatan "Hidup Rakyat !!"