Wednesday, August 25, 2010

Kalau Tak Betul, Sila Saman !! Bukan Buat Penafian BODOH Pusing-Pusing !!


Pertama sekali, saya rasa pahala puasa saya banyak yang telah dicantas untuk hari ini.

Memang benar, saya difahamkan ucapan Nik Nazmi telah diputarbelitkan. Namun harus diingat, tuduhan pernyataan berkenaan hudud tersebut amatlah berat sekali memandangkan Nik Nazmi adalah seorang YB dan juga pengarah komunikasi PKR.

Kita ambil pendekatan mudah, jika BERNAMA telah menyebarkan fitnah yakni perkara yang tidak betul terhadap Nik Nazmi, maka Nik Nazmi harus bangkit membuat penafian yang sewajarnya dan WAJIB menyaman sumber penipu tersebut. Saman bukan sahaja bertujuan untuk menentukan kebenaran, saman antaranya ialah demi membersihkan nama Nik Nazmi dan PKR kerana apa yang tertulis dalam kenyataan tersebut adalah begitu melukakan hati para penyokong Pakatan Rakyat - sekiranya benar !

Kepada YB Nik, sila saman BERNAMA demi membersihkan nama YB yang berkapasiti pengarah komunikasi parti dan juga membersihkan nama PKR itu sendiri. Saya sendiri akan membetulkan apa sahaja kenyataan saya yang mencemarkan nama baik PKR setelah melihat kenyataan tersebut.

Janganlah hanya membuat kenyataan penafian yang membuatkan lebih ramai keliru, samada ada nafi atau pun tidak, seperti di sini.

Kepada mereka yang baru mengikuti perkembangan ini, sila ke entri di sini dan di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Full stop, noktah!

6 comments:

Anonymous said...

MANA ADA NIK NAZMI NAFI BAHAWA DIA PERNAH KATA HUDUD TAK SESUAI DIAMAL? NEHI, TAK ADA. PURE AND SIMPLE. DIA HANYA PUSING2 BELIT2 BAGI ORANG CONFUSED SAJA. SETUJU DENGAN ANTA, KALAU BETUL NST DAN BERNAMA SIAR BERITA TAK BETUL SAMAN SAJA LA DUA2 TU MACAM HUSAM SAMAN EX YB TANAH MERAH DAN EX YB2 LAIN!

Prof. Era Pasca said...

kite kene lihat adakah penipuan/putar belit(fitnah) atau manipulasi

di malaysia.. ayat putar belit kita boleh saman...

tapi jika manipulasi tidak boleh saman kerna tak salah.. undang2 manusia kompem tak betul...

contoh berita manipulasi ceramah nik aziz... tak boleh saman kerana undang2 manusia buat kata tak salah..

ceramah saya maksudkan Nik Aziz kata allah samseng... tapi intipati nya berita tak siarkan.. cuma manipulate saja...

sory bro terbackup mamat tak gune tu... patutnye dia diam jer kalau tak reti jawab

Edyes said...

tuanku baginda,

tak salah nak backup dengan hujah.. tapi macam si anon atas tu cakap, TIADA penafian yang jelas dari Nik Nazmi.

kalau YB Nik taknak saman sekalipun, YB nik sepatutnya membuat penafian yang berbunyi "saya SOKONG hukum hudud dilaksanakan!", kan mudah tu??


betul ?

Anonymous said...

Edyes betul. Paling kurang Nik Nazmi kena kata "saya setuju hukum hudud wajib dilaksanakan", kemudian kalau dia nak tambah bahawa "walaupun begitu, perlaksanaannya kena tunggu seketika kerana sebab tertentu" itu boleh dimaafkan sikit berbanding dengan dia kata membabi buta "hudud tak sesuai dilaksana".

Prof. Era Pasca said...

sy sokong edyes! taknak termakan umpan UMNO... kite mintak pecat lalang tu... mintak dia ngaku terang2 pendirian die!

Anonymous said...

Itu sebab jika berita dari sumber yg dicurigai sila semak dulu. Dah lama perkara ini diingatkan. Tapi mungkin kerana hendakkan yg hot kita lupa pada peringatn itu. Selamat berpuasa