Friday, August 6, 2010

Atas Nama Pembangunan Dan Kemajuan, Kita Gadai Maruah Bangsa !!



Ketika kecil dulu, dari Seremban, setiap kali arwah ayah melewati Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk pergi dan balik rumah mertuanya, merangkap rumah opah saya di 'cheras flat' Seri Melaka, maka setiap kali itulah saya melonjak keriangan melihat kapal terbang dan helicopter secara live.

Daripada ketika ayah memandu Mitsubishi Gallent, hingga ketika beliau memandu Toyota Corolla, seterusnya Alfa Romeo yang tidak saya ingat modelnya, melewati beberapa kilometer bersebelahan Lapangan Terbang Kuala Lumpur adalah satu kepuasan sekumpulan adik-beradik melihat kapal terbang pejuang dan heli yang bernama Nuri.

Untuk sampai ke cheras flat seri melaka, arwah ayah juga akan melalui sebuah penjara yang mempunyai lukisan mural terpanjang. Ketika itu sekitar tahun lapan puluhan, lukisan tersebut masih baru dan saya diberitahu bahawa di sebalik lukisan itu terdapat orang-orang jahat yang dipenjarakan di atas pelbagai kesalahan. Saya percaya ketika artikel ini ditulis, separuh daripada tembok-tembok sejarah ini telah dirobohkan di atas nama pembangunan. Apalah nasibnya Lapangan Terbang Kuala Lumpur di atas nama pembangunan ?

Masih saya ingat, ketika melewati airport lama tersebut, walau terdapat banyak kapalterbang dah heli yang kelihatan, saya paling meminati 2-3 kapalterbang yang berada di penghujung lapangan terbang tersebut. Tetapi hari ini ketika sudah meningkat dewasa, barulah diketahui kapal terbang tersebut hanyalah replika yang dibina dari rangka kapalterbang asal. Sepertimana lukisan mural yang punya kenangan itu dirobohkan, seperti itu jugalah replika ini bakal dimusnahkan.

Itu adalah antara kenangan yang terpahat dalam jiwa ini, apakah juga di atas nama pembangunan Lapangan Terbang Kuala Lumpur akan hilang dari pandangan?

Mari kita imbas kembali sebuah lapangan terbang yang dulunya dikenali sebagai airport lama. Lapangan Terbang Kuala Lumpur pernah diishtiharkan sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa pada 1 Ogos 1956 oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000.

Lapangan Terbang Kuala Lumpur merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia, mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Lapangan terbang ini tidak lagi digunakan sebagai lapangan terbang komersil sejak tahun 1965, sebaliknya telah menjadi pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia yang strategik untuk mempertahankan ibu negara.

Pada mata rakyat, sepatutnya Lapangan Terbang Kuala Lumpur diiktiraf sebagai satu warisan yang tidak harus dilupuskan dari bumi tanah melayu, walaupun atas nama pembangunan. Sebuah pangkalan udara yang menempatkan pelbagai keperluan keselamatan tidak harus menjadi satu pertaruhan memperjudikan keselamatan negara di atas dasar pembangunan.

Mari kita renungkan nasib negara ini, apakah atas nama pembangunan, kita wajar membiarkan Tanjung Pagar tergadai? Apakah atas nama kemajuan, kita membenarkan 40 peratus tanah melayu kampung baru beralih tangan? Apakah atas dasar pembangunan, kita melihat dan melopong apabila penjara warisan dirobohkan ? Apakah atas dasar kemajuan, kita menutup mata apabila rumah setinggan rakyat dimusnahkan? Apakah atas nama pembangunan dan kemajuan juga, kita beramai-ramai berdekah ketawa apabila lapangan terbang pertama negara yang kini diiktiraf sebagai pertahanan udara paling strategik untuk menjaga ibu negara bakal dikambus?

Isu keselamatan adalah perkara pokok. Isu pengambilan tanah juga satu perkara yang wajar diambil perhatian. Begitu juga dengan isu pembinaan semula pangkalan udara yang baru.

Berita hari ini memberi petunjuk bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang mengenal pasti beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan pangkalan baru bagi menggantikan pangkalan sedia ada di Sungai Besi. Timbalan Panglima TUDM, Lt. Jen Shahron Ibrahim berkata, TUDM dan Kementerian Pertahanan masih mengkaji lokasi strategik yang bersesuaian sebelum membuat keputusan untuk memindahkan pangkalan Sungai Besi ke lokasi baru.

Sedarkah kita bahawa berapa jumlah yang bakal diperolehi oleh cukong dan menteri bertanggungjawab, dengan menggadai sebuah pangkalan udara.

Tanah di Pangkalan Udara Kuala Lumpur akan dipajak kepada cukong untuk dimajukan pembangunan multi-billion. Dengan urusniaga yang mencecah bilion, maka puluhan malah ratusan juta dapat dibahagikan sama tidak rata kepada mereka-meraka yang terlibat dalam memberi laluan terhadap tergadainya lapangan terbang pertama negara.

Dalam masa yang sama, sebuah pangkalan udara baru akan dimajukan. Maka tanah siapakah yang bakal dibeli oleh kerajaan dengan harga yang berlipat kali ganda daripada harga asal? Ini kerana, kerugian di pihak kerajaan adalah keuntungan di pihak perompak dan penggadai khazanah negara. Setelah pembelian tanah yang bertransaksi rompakkan selesai, maka tender tanpa bicara akan diusulkan kepada mereka yang berminat terhadap rasuah berskala juta. Akhirnya pembinaan pangkalan udara yang baru untuk TUDM tidak tumpah seperti pembinaan sebuah 'state of the art' PKFZ.

Siapakah yang membenarkan perkara ini berlaku di atas nama pembangunan jika bukan kita semua sekiranya kita tidak bangkit menentang ketirisan terancang!!

Pembangunan inilah yang membunuh rakyat secara perlahan apabila kerajaan dikerah menghabiskan duit ke atas projek mega, subsidi untuk rakyat dikurangkan dan ingin dilupuskan, biasiswa pelajar bertukar menjadi pinjaman bayaran balik berkeuntungan 4 peratus bagi pemberi pinjaman! Tidakkah pembangunan ini kejam ? 

Di dalam konteks yang dikatakan pembangunan dan kemajuan itu adalah dituntut, mengapa kerajaan memilih Pangkalan Udara Kuala Lumpur untuk dibangunkan sedang penduduk di kampung ulu tembeling masih belum dibekalkan bekalan air bersih dari kepala paip. Mengapa kerajaan memilih untuk memajukan tapak penjara Pudu sedangkan banyak lagi kawasan pendalaman di Perak masih mempunyai masalah perhubungan jalan dan komunikasi. Mengapa kerajaan memilih untuk memajukan Kampung Baru sedangkan banyak lagi kampung baru yang penduduknya sengsara dengan keperitan hidup. Mengapa memilih hanya untuk memajukan kawasan yang mendatangkan keuntungan maksima sedang ia mendatangkan kesengsaraan terhadap rakyat kebanyakkan ?

Jika kerajaan yang memerintah hari ini diiktiraf sebagai kerajaan yang hanya mengejar keuntungan semata-mata, iaitu disamakan dengan kerajaan kapitalis, apakah kita tergamak membiarkan diri kita menyokong kerajaan seperti ini? Di atas nama pembangunan dan kemajuan, kita telah menggadai negara ini kerana hanya berduduk diam apabila 'mereka' merompak satu demi satu khazanah negara. Kita tidak harus bergoyang kaki di atas segala kepincangan yang berlaku di hadapan mata.

Saya ingin mengingatkan semua, bersama kita pastikan Perdana Menteri yang ada hari ini adalah yang terakhir dari Barisan Nasional !! Atau kita akan melihat sepupu mereka, dan anak-anak mereka menjadi PM yang seterusnya pada masa akan datang, membawa legasi bapak-bapak dan datuk-datuk mereka.

Ramai antara kita yang sependapat bahawa, penggal terakhir Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan negara, menjadi punca segala kedangkalan penggadaian maruah yang berlaku dalam sekelip mata, iaitu dalam penggal yang sama sebelum penggal 2008-2013 melabuhkan tirainya.

Ayuh pimpinan Pakatan Rakyat, ayuh para penyokong, para pendokong, para blogger dan para pencondong Pakatan Rakyat, pastikan kemenangan PRU-13 adalah milik Rakyat !! Dan buktikanlah bezanya sebuah kerajaan yang berorientasikan kebajikan berbanding kerajaan berorientasi kapitalis, bahawa Kerajaan Pusat Pakatan Rakyat adalah jauh lebih hebat dan pastikan rakyat itu adalah keutamaan sebuah kerajaan.

Rakyat bangkit membentuk pakatan bagi menumbangkan kerajaan yang menolak rakyat, kebangkitan itulah yang membentuk Pakatan Rakyat !! Jangan lupa kebangkitan rakyatlah yang membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat!! Maka oleh sebab itu, rakyat tidak harus dilupakan !

Gemakan laungan RE-FOR-MA-SI !!
Gemakan laungan TAKBIR !!!

Bersama Pakatan Rakyat, kita menuju Putrajaya !!


EDYES - 6 OGOS 2010



replika yang dimaksudkan dalam artikel di atas.

4 comments:

joecharlie said...

FATKA YANG JELAS
Semasa BN mentadbir dan Pakatan
HAI TAKAN WAKIL RAKYAT hamPAS, DAPigs dan PKR TA'BERITAU hampa LAMA DAH KITA GADAI maruah bangsa CONTOHNYA DIBAWAH TAPI TAKPA PAHLA YANG DITERIMA TAULAH MB KHALID BINI 2 BAGI-BAGIKAN NANTI JANGAN RISAULAH.....
Barisan Nasional
Kadar Lesen Rm150 Setahun
Yuran Permohonan Rm1500-Rm2000
Hanya lebih kurang 1500 Rumah urut


Pakatan PAS,DAP, PKR
Kadar Lesen Rm300 Setahun
Yuran Permohonan Rm5000
Terdapat 8000 Rumah Urut Berlesen

ApaKataPAS said...

lebih baik masuk Kristian dari masuk UMNO!!!ApaKataPAS bila Shah Alam menganjurkan Konvensyen Mari Masuk Kristian di bulan Ramadhan??!!

baginda® said...

nostalgia.... iskiskisk

tapi apsal 2ekor mangkok nih dok ngarut?

Edyes said...

ntah ler, meroyan agaknya... hehehe

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan