Saturday, August 14, 2010

Duit Raya Untuk Peneroka Felda !! Kerajaan BN Panik??


Kerajaan regim Najib-Muhyiddin telah menekan butang panik apabila dengan tidak semena-mena, ratusan ribu warga Felda seluruh pelusuk negara bakal menerima saguhati duit raya. Jumlah saguhati tersebut bernilai RM350 untuk peneroka Felda dan RM150 untuk peneroka agensi lain. Berita baik ini muncul sebagai berita pertama dalam Buletin Utama TV3 edisi 13 Ogos 2010.

Lihatlah betapa paniknya kerajaan apabila memikirkan, siapakah UMNO tanpa undian si peneroka. Pemberian saguhati berbentuk duit raya merupakan gula-gula Barisan Nasional yang jatuh dari langit. Justeru, semua warga Felda diwajibkan untuk menerima saguhati yang diberi kerajaan, tanpa berganjak daripada kebangkitan menuntut kebenaran.

Inilah satu kejayaan, inilah satu hasil dari sebuah gerakkan dan semua peneroka Felda mendapat manfaatnya. Tiada lain yang mampu diucapkan selain dari syabas kepada semua peneroka Felda yang telah menunjukkan tanda-tanda untuk bangkit, dan inilah hasilnya apabila peneroka semakin bersatu bertindak bijak dengan menekan kerajaan penipu supaya memulangkan hasil sebenar jualan sawit.

Penipuan Felda terhadap pesertanya telah dijelaskan secara ringkas dalam entri sebelum ini - Peneroka Bangkit !! BN Semakin Terancam !!

Sangkaan saya sebelum ini bahawa pendirian warga peneroka Felda tidak boleh berubah adalah meleset sama sekali. Mungkin setelah sedar betapa mereka di tipu selama berbelas dan berpuluh tahun lamanya, ia memberikan satu anjakkan paradigma kepada peneroka agar mereka tidak lagi diperbodohkan lagi oleh kerajaan melalui agensinya Felda.

Ayuh semua golongan masyarakat, bersama warga peneroka kita tumbangkan kerajaan penipu lagi zalim !

2 comments:

joecharlie said...

PANIK STUPID WORD...Ni IMBUHAN BN tiap-tiap tahun bagi duit raya apa heran lepas ni FELCRA LAK jangan JEALOUS YAA!kerajaan penipu lagi zalim !betul abis DUIT PASIR DIKEBAS KUMPULAN SEMESTA PKR -PARTI KEBAS RAKYAT.BETUL TAK?

Anonymous said...

RM 350 atau RM 150, adalah terlalu sedikit untuk diperhambakan dan ditipu oleh pengurus pembangunan tanah di dalam ladang yang pada dasarnya adalah milik peneroka sendiri.