Sunday, August 15, 2010

Mungkin Ini Antara Punca Felda Bankrap !



PETALING JAYA 14 Ogos - Dalam keadaan golongan peneroka bergelut dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk mendapatkan hak mereka dan layanan yang lebih adil, dan juga kemungkinan agensi itu bankrap, pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor didakwa menikmati gaji, imbuhan serta elaun berjumlah RM2 juta setahun.

Mendedahkan perkara ini, Naib Presiden KEADILAN Sivarasa Rasiah melontar cabaran kepada Dr Mohd Yusof bersifat telus dan mendedahkan kepada rakyat jumlah ganjaran sebenarnya yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana hari ini, Sivarasa berkata daripada maklumat diterimanya, pendapatan yang diterima Dr Mohd Yusof tersebut gaji serta elaun.

“Saya nak tanya kepada beliau berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

“Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?" kata beliau.

Sivarasa menjelaskan walaupun ini satu dakwaan tetapi Dr Mohd Yusof perlu menjawab dakwaan tersebut sama ada benar beliau menerima gaji dan elaun sebanyak itu.

“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau.

“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata Sivarasa.

Isnin lalu seramai 766 peneroka dari Rancangan Felda Serting dan gugusan Raja Alias menyaman agensi itu RM200 juta atas dakwaan menipu dalam kiraan perahan minyak sawit

Sumber : Sidiqin Omar (Suara Keadilan)


edyes wrote:

Apalah yang nak dibanggakan RM350 sebagai saguhati duit raya, berbanding RM 2 juta?

Hasil titik peluh ratusan ribu peneroka yang menggoldol hutan belantara puluhan tahun dahulu menjadi ladang komoditi telah menjadikan pengurusi Felda seorang jutawan setiap tahun. Mungkin sekarang ini Dr Mohd Yusof telah menjadi juta-jutawan sedangkan warga Felda menambah hutang demi menaik taraf rumah usang puluhan tahun.

Tidak salah untuk menjadi seorang juta-jutawan. Tetapi janganlah menipu rakyat yang sesusah peneroka, dengan mengurangkan jumlah keuntungan dalam perahan minyak sawit. Menipu dalam perniagaan adalah begitu hina pada pandangan sesiapa pun, tambahan pula golongan yang ditipu itu merupakan golongan yang hidupnya serba serderhana. Ini menjadikan si penipu itu dua kali hina.

Berbalik kepada gaji dan elaun seorang pengurusi badan agensi kerajaan yang mencecah 2 juta, adakah ini mustahil apabila dibandingkan pula dengan gaji seorang CEO kepada Syarikat Air Negeri Selangor?

Mengikut maklumat yang diperolehi, CEO Syabas mempunyai gaji dan elaun mencecah 4 ratus ribu sebulan yang menjadikan pendapatan tahunannya lebih kurang 5juta, sila rujuk di sini.

Fikir-fikirkanlah. adakah kita hidup untuk memberi kesenangan kepada penyangak dan penyamun...?


Artikel berkaitan;
Peneroka Bangkit!! BN Semakin Terancam

Duit Raya Untuk Peneroka Felda!! Kerajaan BN Panik??

2 comments:

joecharlie said...

ini tak confom lagi YANG BETUL-BETUL CONFIRM N.AJIS DAN ROMBONGAN SATU KAMPONG ANAK BERANAK SATU KAPAL DAPAT TAJAAN PERGI HAJI DAN UMRAH BERPULUH RIBU HINGGIT ITU YANG ANA TAU...... YANG ANA TAKATU MUNGKIN BERJUTA HINGGIT LAGI RASUAH/DERMA YANG TAK DIREPOTKAN MUNGKIN JUGA BERLAKU INI TAK CONFIRM TAPI KALAU DAH SUDI TERIMA DERMA TU TAKAN LAH SEBELUM NI, KINI DAN SELAMANYA TAKDA APA-APA KOT FAHAM-FAHAM LA SEMUA KATA PERIBAHSA MELAYU ANJING KALAU DAH BIASA MAKAN TAHI TAKMAKAN CIUM -CIUM ADA JUGA...

MariaFaizal said...

would the ceo be answerable (for what he earns now) 6 feet downthere and life hereafter?
I hope he is.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan