Monday, August 30, 2010

Mengapa Tidak Orang Islam Memenuhi Surau / Masjid ?

Kepada UMNO yang bedebah, walau seribu orang bukan Islam masuk ke dalam surau ataupun masjid, ia tetap tidak akan mengurangkan berita penemuan bayi hidup dan bayi mati, dan masih kedengaran berita seumpama ini setiap hari.

Walaupun masjid atau surau itu tidak langsung dikunjungi oleh orang bukan islam, berita mutakhir masih mendendangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di kalangan orang melayu beragama islam. Justeru, di manakah rasionalnya persoalan ini dibangkit sedangkan bayi tidak berdosa masih dibuang merata-rata.

Siapakah yang sebenarnya betul-betul marah dengan isu YB Teo masuk surau? Saya percaya, kebanyakkan orang yang ambil pusing terhadap isu kehadiran YB bukan islam ke dalam surau Al-Huda di Kajang tempohari adalah merupakan orang yang tidak ke surau atau masjid manakala ahli surau dan masjid tidak berkata apa.

Orang yang mengaku bahawa islam adalah ad-din, orang yang mengaku mempertahankan islam sepatutnya memenuhi setiap surau dan masjid supaya tiada ruang untuk orang bukan islam memasuki masjid. Biarlah YB Teo atau sesiapa sahaja orang bukan islam hanya berlegar di ruangan luar surau kerana surau atau masjid tersebut penuh dengan jemaah.

Jika setiap orang islam rasa tercabar dengan kelibat bukan islam di rumah Allah, mengapa tidak orang islam itu sendiri yang memenuhi surau atau masjid, daripada melontarkan kekecewaan hanya kerana surau atau masjid dikunjungi orang bukan islam. Adakah kerana perasaan cemburu yang membuak-buak, orang islam itu bangkit mempersoal suraunya tercemar ?

wallahualam...

2 comments:

Anonymous said...

umno mendidik agama jangan dicampur adukan dengan politik..inilah jadinya...merapu tak sudah2....bertaubat tak mahu..

Anonymous said...

jangan buat fitnah.... sapa kata orang islam tidak memenuhi masjid? semalam 31/08/2010, aku tengok masjid sungai terap kuala selangor penuh sampai melimpah hingga ke jalanraya orang islam kat masjid tu...... dengar pegawai dari jais menceceh sebelum menghulur sampul berisi rm untuk hariraya!!!! anak menangis melolong pon sanggup tunggu demi rm, tua berpapah pon sewtia menunggu demi rm.... yang pegawai tu pon satu hal, kalau nak hulur wang zakat takyah la dok ceramah berjam jam sampai basah tundun orang yang mendengar. bagi jer la hak mereka tanpa mendera dengan memaksa menunggu cerapah yang ntah hape ape tambahan pulak bulan puasa.... semua nak dipolitikkan.