Pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas komen-komen yang membina mahupun yang kurang membina... saya terima semua luahan penyokong PAS yang tidak senang apabila presiden mereka ditegur. Mungkin jika kena pada tempatnya, saya juga akan bertindak sedemikian rupa.
Namun begitu saya ingin mengingatkan, segala teguran yang dilempar itu seharusnya diterjemah dengan lebih positif dan akhirnya TG Presiden akan lebih bergerak maju dalam agenda perjuangan moden ini. TG presiden harus lebih peka dan lebih banyak memainkan peranan dalam pelbagai isu yang melanda, bukan sekadar membiarkan diri serta parti terdedah kepada serangan luar dan dalam.
Harap semua rakan memahami segala tindak-tanduk saya dan rakan PAS Reform. Percayalah, jika TG Hadi lebih proaktif dalam peranan beliau sebagai presiden parti PAS, pasti kami juga akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepertimana yang kami juangkan dibelakang TGNA.
Di bawah ini adalah salah satu komen dalam blog saya. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi untuk dijadikan sezarah pedoman;
Nko orang ni terlebih usrah sehingga buta dengan realiti semasa. hangpa ni berapa kerat je berbanding dengan penyokong PAS hari ini yang terdiri dari pelbagai kaum yang meletakkan harapan untuk menjatuhkan UBN dalam pru13.
Setakat kederat hangpa beberapa kerat ni, sejak pilihanraya pertama dulu, hangpa hanya dapat memerintah kelantan sahaja. Pengaruh hangpa hanya berlegar setakat di kelantan, terengganu sedikit-sedikit di kedah dan perlis je.
Berita utusan tu semua geng hangpa tau putarbelit dan memang geng hangpa tak baca. Tetapi ia dibaca oleh sebahagian besar rakyat malaysia dan berupaya meracun fikiran berjuta rakyat malaysia.
Sebab hangpa tak bacalah maka hangpa tak tahu kesannya kepada PAS sendiri. Sebab hangpa asyik dok baca harakah sahajalah maka berkali-kali hangpa kena kencing dengan UMNO. fikiran sesetengah dri hangpa jadi jumud dan tak terpisah dari realiti.
Kekadang aku tengok, kejumudan hangpa ni sama standard degan musuh ketat hangpa, puak-puak UMNO. 2 x 5 je.
Dalam pemerhatian aku, presiden hangpa ni adalah feveret utusan untuk mendapat ulasan setiap kali apabila UMNO dok tertekan. wartawan aju je soalan perangkap, dengan gembiranya dia menjawab panjang lebar mengikut selera wartawan yang bertanya.
esok keluar muka hadapan utusan dan sekaligus menanam bibit prasangka rakyat terhadap parti hangpa.
olan
5 comments:
Perkembangan bagus apabila UM berlumba2 mendapatkan kenyataan TGHA berhubung suatu isu. Biar mereka letakkan tajuk sebesar2nya seolah2 TGHA menyokong mereka. Biarlah mereka bersorak-sorai dengan kenyataan TGHA yang disangka mereka memihak kepada mereka. Biarkan Muhyiddin senyum lebar sampai ke telinga kerana menyangka TGHA masuk perangkap mereka. Tak perlu kalian ikut resmi mereka yang mudah melatah. Suara TGHA sedang didengar dan dibaca oleh publik. Melalui situ mereka akan menilai. Tentang gesaan untuk melaksanakan hukum2 Islam. Tentang cadangan untuk meletakkan badan kehakiman di bawah parlimen dan YDPA. Serta lain2 cadangan bernas dari TGHA. Kalau dulu, susah benar pemimpin PAS mendapat tempat di media arus perdana bagi menyatakan pandangan, kini peluang itu sudah terbentang luas. Jadi gunakan peluang itu sebaik2nya untuk bercakap bagi pihak PAS. Jangan dijumudkan pemikiran dengan dendam kesumat dan kebencian yang tak bertepi.
Salam,
Dari tulisan saudari di forum TKO dan yang terbaru tercalit di blog ini, dapat saya simpulkan bahawa saudari seumpama menyokong parti PAS dan UMNO bersatu di atas nama perpaduan Islam. saya melihat, saudari maksudkan Islam menang apabila kedua-dua parti ini bergabung.
Cita-cita saudari itu sangatlah bertentangan dengan apa yang cuba saya bangkitkan. Saya klasifikasikan saudari sebagai anasir UG! Sedih bila memikirkan seorang yang cerdik seperti saudari termakan dakyah penipuan serta perangkap siang UMNO !
Adakah satu perkembangan yang bagus apabila Utusan mengeksploitasi kenyataan TG Hadi? Atau TG Hadi harus belajar untuk mengelak daripada kenyataan beliau terus dieksploitasi?
Sedarlah wahai saudari, segala petikan yang hadir dari Utusan itu mempunyai kepentingan yang menyeluruh terhadap survival UMNO! Malah, rujukan saya terhadap kenyataan TG Hadi di Utusan menjadi bahan cercaan saudari sendiri beberapa hari yang lalu! Kini, saudari pula mengesyorkan agar dibiar sahaja kenyataan TG Hadi dieksploitasi akhbar seracun Utusan.
Telah banyak peluru-peluru hidup diterbit oleh kenyataan TG Hadi dan jangan kita lupa bahawa idea UG juga terbitnya dari TG Hadi, kononnya dipersetujui oleh majlis syura dan pakatan pembangkang yang lain.
Kenyataan sebeginikah yang saudari maksudkan supaya menjadi tatapan publik?
Saya sebolehnya tidak mahu ungkit perihal UG setelah mendengar pendirian TG Hadi dalam temubual 19Feb lalu. Syukurlah, TG Hadi sekali lagi berpendirian demikian. Ia sepatutnya disahut oleh barisan gelap team perpaduang agar kami lebih yakin - UG telah dinoktahkan sampai bila-bila.
Namun, gayanya pendirian saudari begitu songsang daripada kenyataan TG Hadi dalam temuramah tersebut. Gayanya saudari lah anasir yang mahukan PAS dan UMNO menjadi satu.
seperkara lagi, salahkah saya berdendam dengan UMNO bersama kepimpinanya yang buas itu di kala diri ini menjadi saksi hidup kepada kekejaman UMNO terhadap rakyat?
Edy, ada saya cakap tentang UG? Sy cakap tentang dakwah. Kenapa takut dengan UMNO dan Utusan? Baru sekarang ke Utusan eksploitasi kenyataan pemimpin PAS? Dah lama dulu, Di. Kenyataan TGNA lebih teruk lagi dieksploitasi. Akhbar harian sy ketika remaja dulu ialah UM. Di Rembau yang totok UMNO itu, sy tidak langsung mengenali PAS. Hanya melalui UM sy kenali TGNA. Meskipun tajuknya seakan2 memburuk2kan TGNA tetapi sekurang2nya sy dapat baca kenyataan TGNA dan sy kagum!Sebab itu sy kata jangan bisukan TGHA. Biar dia bercakap. Biar orang UMNO kenal dia. Jangan halang dia nak jumpa atau cakap dengan orang UMNO. Biarkan dia melangkah sebagai pahlawan. Dalam keadaan PAS semakin gagah dan digeruni. Biarkan mereka tertawa sebab tawa itu sekadar melindungi perasaan gemuruh mereka. Jangan mudah diperdayakan dengan fitnah dan khabar2 angin. Ada baiknya budaya wala dalam PAS. Biar yang berilmu dan cerdik merancang strategi. Kita boleh saje memberikan pendapat dan pandangan namun tindakan akhir adalah di tangan mereka.
Sekarang fikirkan, bagaimana ingin menjadikan PAS dilihat gagah?
Bagaimana ingin menjadikan PAS sebuah perti yang semakin diterima umum?
Bagaimana caranya ntuk menjadikan PAS sebuah parti yang sepakat dengan sahabat perjuangan yang lain (PKR DAP)?
PAS sepatutnya dikenalpasti sebagai sebuah pertai gerakan islam yang diberi kepercayaan oleh bukan islam!
PAS dilihat gagah bila mana ahli2nya bersatu tenaga dan saling mempercayai. Bukan Islam akan tertarik dengan Islam bila mana hukum2 Islam yang cantik itu dipraktikkan dalam pentadbiran negara. Bila mana mereka melihat Islam penyelesai kepada masalah manusia. PAS harus guna mana2 peluang dan ruang yang ada untuk menegakkan hukum Islam dan mendakwahkan masyarakat. Sebab itu saya amat menyokong usaha muzakarah dengan UMNO sebab UMNO merupakan parti pemerintah buat masa ini.
Post a Comment