Thursday, February 4, 2010

Anwar Ibrahim WAHABI?

Kuliah Anwar: Masjid terima surat tunjuk sebab

Jimadie Shah Othman
Feb 4, 10



Sebuah masjid di Ampang menerima surat tunjuk sebab daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana membenarkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan kuliah Maghrib bulan lalu.

Ahli parlimen kawasan tersebut, Zuraida Kamaruddin berkata, Masjid Jami'atul Huda di Ampang Jaya menerima surat tersebut daripada JAIS minggu lalu dan diminta menjawabnya dengan segera.

Sehubungan itu, beliau yang juga ketua Wanita PKR mengutuk keras tindakan JAIS tersebut.

"Dulu mereka (JAIS) sudah buat, kali ini (buat) sekali lagi JAIS cuba tunjuk taringnya di Selangor," kata Zuraida yang menyifatkannya sebagai "melampau".

Minggu lalu, pihak pentadbiran masjid berkenaan diberikan surat tunjuk sebab kerana didakwa membenarkan Anwar berceramah politik dan memberikan kuliah tanpa tauliah.

Difahamkan, surat tersebut kini dalam perhatian nazir masjid berkenaan Basri Kali. Ketika dihubungi beliau bagaimanapun enggan mengulas perkara tersebut.

Manakala usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Jais setakat ini juga belum berhasil.

Ketika dihubungi semalam, Zuraida berkata, Anwar yang dalam perjalanan berceramah di Hulu Kelang memberi kuliah di masjid berkenaan selepas singgah bersolat.

Menurutnya, Anwar mengambil kesempatan berucap ringkas tidak sampai 15 minit bagi meminta semua pihak mendoakan keselamatan dirinya daripada segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Mengulas perkara itu, Zuraida berkata, Anwar patut diberikan kebenaran terlibat dalam program di tempat-tempat di seluruh Selangor atas kapasitinya sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor.

"Lagi pun beliau berucap pada hari itu atas permintaan anak kariah," kata Zuraida lagi.

Menurutnya lagi, tindakan JAIS itu akan turut diadukan kepada Sultan Selangor apabila permohonannya untuk mengadap baginda diperkenankan.

Pada 22 Januari lalu, Zuraida pernah mendakwa JAIS menyenaraihitamkan namanya, termasuk mengeluarkannya sebagai ahli panel daripada sebuah forum keagamaan di Klang.

Zuraida juga antara pemimpin politik yang menghadiri kuliah bekas mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin ketika beliau diserbu JAIS kerana mengajar agama tanpa kuliah.[link] 

Posting asal oleh Ali di sini

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan