Salam hormat,
Hari ini merupakan hari ke-3 saya di Kedah dan ketika ini saya berada di daerah Baling.
Kedah negeri yang dilanda masalah. Banyak masalah semasa yang saya cungkil dari penduduk setempat. Ada juga yang membandingkan zaman pemerintahan BN dengan zaman pemerintahan PR.
Hanya mereka yang duduk di Kedah sahaja mengetahui masalah yang melanda. Dari segi kebersihan, pengurusan jalan, dan yang paling ketara ialah masalah Air.
Dari mata ini sendiri, saya melihat beberapa perkara sepertima yang diperkata oleh penduduk setempat iaitu tahap kebersihan, jalan yang berlubang-lubang. Kebanyakkan isu bertaraf PBT.
Cuma saya mahu semua pihak faham, akan masalah yang melanda itu di manakah puncanya. Apakah tindakan dari kerajaan PR Kedah dalam menangani isu berbangkit di negeri jelapang padi ini.
Saya juga mahu semua pihak fahami kedudukan kerajaan negeri yang mungkin menghadapi masalah dari segi kewangan yang di ding-dong sana sini sepertimana berlaku di Kelantan selama puluhan tahun lamanya.
Akhir kata, saya mahu rakyat negeri Kedah dan rakyat negeri di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat supaya lebih bersabar dengan ujian dan cabaran yang melanda penggal pasca PRU-12 ini. Kesabaran anda akan membuahkan hasil selepas kemenangan kerajaan pusat dalam PRU-13 kelak.
Ini juga satu bentuk perjuangan, tidak salah kita menyertainya... secara percuma!
1 comment:
Betul tu saranan hang. Tetapi adakah rakyat kedah mempunyai ketahanan sebagaimana rakyat kelantan?
sepatutnya rakyat kedah sekental rakyat kelantan kerana dalam sejarah kedua negeri mereka sentiasa berhadapan dengan keadaan sukar hasil dari ancaman kerajaan siam.
bat8
Post a Comment