Wednesday, September 30, 2009

Kenapa Berita Ini Tak Keluar Utusan & BHarian ?

Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.


UMNO Dulu Kini Dan Selamanya : KORUP !!



Keperluan kuasa politik diutamakan. Malah didahulukan dari segala yang lain. Persetan soal maruah dan kewibawaaan parti atau individu.

Ini yang didokong oleh Umno sekian lama. Dan, parti itu sekali lagi menzahirkan hakikat berkenaan dengan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Keputusan itu memang sudah pun diduga. Sungguhpun tokoh-tokoh veteran, tidak kurang daripada mantan Perdana Menteri sendiri, Mahathir Mohamad mengingatkan Umno jangan memilih Isa kerana beliau terpalit dengan rasuah politik, iaitu membeli undi perwakilan Umno dengan sogokan wang dan jamuan-jamuan untuk menjadi Naib Presiden Umno pada tahun 2004, ia tidak sedikitpun dihiraukan.

Soalnya, mengapa mesti Umno hari ini ambil pusing soal apa kata Mahathir. Memang mudah untuk Mahathir melontarkan "nasihat" sedemikian kerana bukan beliau menduduki kerusi Presiden Umno yang membawa bersamanya jawatan Perdana Menteri Malaysia. Bukan Mahathir yang mengepalai sebuah parti yang telah kalah lapan pilihanraya kecil berturut-turut sejak pilihanraya umum tahun lalu. Satu lagi kekalahan akan mengesahkan Umno makin terkubur dalam politik negara.

Dan bukan Mahathir yang terpaksa was-was terhadap seorang Timbalan bernama Muhyiddin Yassin yang begitu ghairah mencanang dirinya sebagai penyelamat maruah bangsa Melayu.

Atas dalil-dalil itu, memang tidak mengejutkan Perdana Menteri Najib Razak memilih Isa Samad sebagai calon untuk mengekalkan kerusi Bagan Pinang yang secara tradisinya milik parti itu. Isa adalah sinonim dengan politik Negeri Sembilan. Beliau menjadi Menteri Besar selama 25 tahun, lebih lama dari Mahathir jadi Perdana Menteri. Teluk Kemang adalah kubu kuatnya. Beliau dikenali kebanyakan pengundi secara peribadi. Namanya ada daya penariknya sendiri di Teluk Kemang.

Berasaskan faktor-faktor ini, Isa difikirkan calon paling layak untuk mengembalikan maruah Umno dan memastikan tunjang Barisan Nasional tidak tewas lagi pada pilihanraya kecil, sekali gus memberikan ruang untuk Umno mendabik dada dan mengisytiharkan bahawa parti itu semakin pulih dan sokongan rayat semakin ketara.

Tidak apa jika Isa pernah didapati salah membeli undi, iaitu menyogok perwakilan Umno untuk bersubahat dengannya melakukan rasuah. Tidak apa jika Umno sebelum ini melaung-laungkan slogan ia harus berubah, kononnya Umno mesti berubah sebelum rakyat mengubahnya. Slogan-slogan bahawa pemimpin rasuah harus ditolak dan tidak lagi diberi tempat, masih nyaring di telinga kita.

Jawapan yang pasti disajikan pengundi Bagan Pinang ialah Isa sudah pun menjalani hukuman digantung tiga tahun dan hilang jawatan naib presidennya dan sehubungan itu harus diberi peluang untuk berbakti kepada rakyat. Sehubungan itu stigma ke atas Isa sebagai pengamal rasuah politik tidak harus menjadi halangan untuk menghidupkan semula karier politiknya.

Hakikatnya, hukuman terhadap Isa hanya bererti beliau melepaskan jawatan Naib Presidennya yang dimenangi dengan menyogok perwakilan. Beliau tetap menikmati segala emolumen, pencen, dan faedah lain semasa khidmatnya dengan kerajaan. Beliau juga tidak dirujuk kepada BPR atau SPRM kerana mengamalkan rasuah. Pendek kata Isa disuruh ”:menghilangkan diri dari kaca mata rakyat” selama tiga tahun sebelum dibenarkan tampil semula.

Adakah beliau kembali dengan politik baru untuk berbakti kepada rakyat secara tulus ikhlas, tanpa cuba merasuah sesiapa dalam mengejar jawatan. Dan jika sekali pun beliau memberi komitmen sedemikian, adakah kita harus menelannya begitu sahaja, semata-mata kerana Umno ketandusan calon yang sama popular dengan Isa.

Jika Najib benar-benar menghayati angin perubahan yang dicanangkan olehnya sebagai wajib untuk merekacipta semula Umno bagi menjadikan parti itu bebas dari politik wang, Isa Samad tentunya tidak akan menjadi pilihan di Bagan Pinang. Seorang calon, biarpun muka baru namun bersih, berwibawa dan berpendidikan tinggi lebih wajar ditawarkan kepada pengundi Bagan Pinang.

Namun berdepan dengan ugutan ahli Umno Bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri, Najib sekali lagi menunjukkan beliau tidak sanggup menanggung risiko politik, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan kelangsungan karier politiknya sendiri.

Beliau mempunyai peluang terbuka untuk menghantar mesej jelas kepada rakyat bahawa Umno telah menutup pintu kepada pemimpin-pemimpin korup seperti Isa Samad, apabila berlaku kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

Tetapi beliau memilih jalan selamat untuk mententeramkan penyokong Isa dengan memberi Isa tiket untuk memenangi Bagan Pinang dan menukar sifir politik Umno di Negeri Sembilan yang dipimpin oleh musuh ketat beliau, Mohamad Hassan.

Namun persoalan lebih besar ialah penerimaan rakyat keseluruhan terhadap keputusan Najib untuk terus "berdansa" dengan tokoh-tokoh Umno yang didapati terbabit dalam amalan rasuah oleh Jawatankuasa Displin parti itu sendiri.

Dengan memilih Isa, Najib dalam kedudukan lebih terjamin untuk memenangi pilihanraya kecil yang pertama di Semenanjung sejak pilihanraya umum tahun lalu.

Misi untuk mengubah amalan rasuah, politik wang, kronisme, membeli undi dan sebagainya dilupakan begitu sahaja dalam keghairahan untuk berpegang kepada kerusi Bagan Pinang. Jika begitu, maka tepatlah slogan Umno : Dahulu, Sekarang dan Selama-lamanya.


Hasan Ali Sebuah Liabiliti ?


Saya no komen, tapi sila ikuti artikel dari rakan saya Huzaifah;


Hasan Ali oh Hasan Ali. Tiap kali kamu membuka mulut, pasti je jadi bahan perdebatan. Memang le Tuhan dah berikan kamu kelebihan kat mulut tu…boleh berpot-pet-pot-pet tanpa henti berjam-jam…tapi jagalah sikit. Jangan dok bawak lagi gaya motivator kamu tu. Motivator lain yeob, kamu dah jadi exco kerajaan negeri…

Setiap kali saya menulis mengenai Hasan Ali juga, pasti ada orang kata saya tak patut kata begitu dan begini, Hasan Ali dah buat terbaiklah dan macam-macam lagi. Rupe-rupenya, masih ramai juga yang sayang kat Hasan Ali ni…hu…hu…betuah engko ye Hasan Ali!

Orait, tanpa melengahkan bicara, saya menyarankan agar PAS PUSAT mengambil satu ketetapan kepada Hasan Ali. Jika tidak, orang akan lihat PAS PUSAT tidak konsisten dengan keputusan, tidak komitted dengan keputusan mesyuarat dan lebih teruk bersikap hipokrit dan double-standard atau Talam Dua Muka!

Saya sebagai ahli PAS, sama sekali tidak merestui apa yang telah dilakukan oleh PJ PAS Selangor ini. Kedudukannya sebagai PJ PAS Selangor, bukanlah tiket yang memberikannya kebebasan membuat sebarang kelaku tidak senonoh sehingga merosakkan keharmonian PR dan PAS Sendiri.

1. Membohong amalan munafik. Hj Hadi pastinya dah hafal hadis ini. Masalahnya, Hasan Ali sudah membohong. First, masa mengempen waktu PRU dulu, dia janji nak buat buat ini, last-last apa pun tarak! Hei Hasan Ali…itu belum kira kes dia jumpa BN secara ‘under ground’…so, buat apa Hj Hadi nak simpan orang macam ni!

2. Tidak patuhi ketetapan mesyuarat. Jangan kata ketetapan mesyuarat PAS seperti mana disebut Khalid Samad di blognya, bahawa semua pihak dalam PR perlu menjaga keharmonian satu sama lain, atau dikenakan tindakan disiplin oleh parti mereka sendiri, bahkan Hasan Ali terang-terang melanggar ketetapan mesyurat agung PAS. Bukankah ketetapan muktamar PAS di Shah Alam dulu meluluskan usul memperkukuhkan kesepaduan PAS dan PR? Apa jenis pemimpin ni tak patuh keputusan mesyuarat ni?

3. Tidak jaga kerahsiaan. Apa ni, bila Khalid Samad tulis dalam blog dia, ada orang kata Pak Khalid tak jaga kerahsiaan dan sebagainya. Habis tu, yang Hasan Ali pi belasah SELCAT terang-terangan tu apa? Awat tak boleh bawak bincang ka dalam mesyuarat tertutup? Ceh…kata siasatan Selcat memalukan…habis tu tindakan dia tu apa? Apa tak malu ke Ten Chang Kim sebagai Pengerusi Selcat? Hasan Ali belajar dari mana semua ni…sedangkan Rasulullah SAW sendiri tak izinkan Umar pancung Abdullah bin Ubai…ini semua persoalan besar Hasan Ali…kamu kena ikut usrah marhalal taarif balik ni!

4. Tidak tau meletakkan keutamaan. Hasan Ali selaku PJ sepatutnya bijak la sikit membaca senario politik. Kan sekarang PAS dan PR tengah bergelut nak menang di Bagan Pinang, awat la hang pi buat isu lagi. Dulu isu arak, jenuh orang lain menolong selesaikan masalah. La ni masalah Selcat la pulak. Karang, aku kata hang ni memang HAMPEH, kata berlebih la pulak. Hai Hasan Ali, cerdiklah sikit…takkan tak tau keutamaan isu yang perlu diperjuangkan. Bacalah Fiqh al-Aulawiyat dari Qardhawi. Jangan main belasah ja. Isu Beng Hock, kecelaruan SPRM, Kepala Lembu dan lain-lain lagi yang sepatutnya kamu kena perjuangkan, bukan isu ini. Bila Khalid Samad bersuara, ada pihak kata…kononnya dia nak cari nama, dah tu…kamu sebagai PJ buat derk je…apa cerita!

5. Membela pesalah! Yang Selcat dok siasat tu pasai nak tegakkan kebenaran, dalam mahkamah pun depa tak sekat sapa-sapa nak jengok masuk…kata orang-orang tua, Berani Kerana Benar, Takut Sebab Salah…jika depa misalnya para DO tu tak dak buat salah…apa nak takut! Bahkan tindakan Hasan Ali ini seolah-olah menjadi ‘jambatan lidah’ para DO Umno ini…agar memberikan gambaran negatif kepada Selcat. Hai Hasan Ali…orang kata kamu Umno…kamu marah…tapi jika dah bersuara macam Umno dan bertindak macam Umno…apa jenis kamu ni?

6. Tak hormat kawan sendiri. Bagi saya, Hasan Ali gagal dalam tapisan sebagai pemimpin, kerana tak reti menghormati kawan sendiri. Dalam kondisi hari ni, PKR dan DAP adalah kawan, Umno dan konco-konconya adalah MUSUH. Jika ini pun Hasan Ali gagal kenal pasti, sudahlah…letak la jawatan exco tu…oghang lain ramai lagi yang layak dan boleh isi!

Kesimpulannya, Hasan Ali memang tak sesuai duduk di posisi sekarang. Dia sudah menjadi liabiliti kepada PAS dan PR. Maka, eloklah Hj Hadi dan PAS Pusat lakukan sesuatu sebelum terlewat. Atau pun rakyat sendiri akan MENGAJARNYA dalam PRU akan datang!


Tuesday, September 29, 2009

Bubar Automatik Jika Tidak Bersidang 6 Bulan : Berjayakah ?


MB DPulau sudah mula menyebut tentang Sidang DUN Perak yang akan diadakan sebelum 7 November 2009, iaitu tidak melepasi tempoh enam bulan selepas 7 Mei 2009. Menurutnya, Sidang DUN ini akan mengikut kebiasaan iaitu mendapat perkenan Tuanku Sultan Perak. Semua ADUN PR Perak telah memaklumkan tidak akan hadir pada Sidang DUN tajaan UMNO ini. MB DPulau secara spontan menjawab, pedulikan ADUN PR ..

Namun jauh di sudut hati MB DPulau, beliau begitu gelisah dengan ketidakhadiran 28 ADUN PR ke Sidang DUN Perak nanti. Bagi ADUN PR, kehadiran mereka ke dewan hanya akan mengesahkan kedudukan Ganesan sebagai speaker. Bermakna permainan MB DPulau supaya ADUN PR mengiktiraf Ganesan telah lebih awal dihidu oleh PR.

Secara mudahnya, UMNO boleh berbuat apa sahaja di dalam dewan sidang kerana tidak diganggu oleh ADUN PR. UMNO boleh meluluskan apa sahaja bajet negeri tanpa dibangkang oleh ADUN PR. Tetapi UMNO sedar bahawa persidangan mereka walaupun mengikut kebiasaan dengan perkenan istana adalah tidak sah kerana menggunakan khidmat Speaker Ganesan yang entah dari mana asal usulnya.

Perak akan terus tenggelam dalam persada ekonomi Malaysia kerana kehuru-haraan politiknya. Tidak ada pelabur yang sudi melabur di Perak. Pegawai-pegawai kanan kerajaan di Perak tidak lagi seberani dahulu meluluskan perbelanjaan kewangan negeri tanpa mengikut prosedur yang betul dan sah. Sudah tentu pegawai-pegawai ini tidak sanggup berhadapan dengan inkuiri siasatan seperti SELCAT di Selangor.

Sememangnya 28 ADUN PR yang tidak hadir ke Sidang DUN Perak Tajaan UMNO ini mengharapkan status ADUN mereka terlucut dengan sendirinya kerana telah tidak hadir tanpa sebab ke sidang melewati tempoh enam bulan. Soalnya beranikah UMNO menghadapi PRK di 28 DUN Perak? Sekiranya tidak ada PRK di 28 DUN itu, bermakna Sidang DUN Tajaan UMNO ini memang tidak mempunyai kuasa yang sah walaupun UMNO mengatakannya sah.

Walau apapun rumusan dan andaian, PR Perak harus bersedia menghadapi kemungkinan wujudnya PRK di 28 DUN Perak. Ingat, UMNO itu parti gila. UMNO boleh melakukan apa sahaja kehendaknya. Peduli apa UMNO pada pembaziran wang rakyat selagi pembaziran itu boleh menguntungkan UMNO. Di kala inilah UMNO akan bermuka manis walaupun lidahnya bercabang dengan rakan MCA, Gerakan dan MICnya. Rakan-rakan UMNO mungkin agak sukar memenangi 21 DUN bukan Melayu yang ditandingi oleh mereka. Namun UMNO dijangka mampu memenangi satu atau dua DUN kampung yang ditandingi oleh mereka.

Persoalannya, apakah PR mempunyai calon lapisan kedua? Apakah PAS mempunyai calon sehebat MB Nizar? Siapakah calon PKR untuk mengisi tempat YB Yunus Jamhari di Kuala Kurau? Dan mampukah DAP menyediakan 17 calon pelapis secemerlang yang sedia ada?

PR Perak begitu yakin yang DUN Perak akan dibubarkan pada November ini. Yakin tanpa kerja-kerja yang meyakinkan. Awas, UMNO tidak akan mengikut rentak dan lenggok PR. UMNO hanya mahu merampas satu atau dua kerusi PR melalui PRK di 28 DUN sahaja. Jikalau UMNO yakin menang di 31 DUNnya termasuk Behrang, Jelapang dan Changkat Jering, sudah lama DUN Perak dibubarkan.

Selepas itu PR Perak terus menggigit jari.

Artikel dipetik dari dangomamat

Monday, September 28, 2009

Dasar Pandang Timur : KELANTAN !

Pertama sekali, saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada pembaca setia dan pembaca sekilas pandang di blog edyesdotcom. Semoga sambutan lebaran tahun ini lebih ceria daripada tahun-tahun yang sudah.

Kedua, ingin saya tegaskan barang siapa yang terdetik di hati memikirkan TGNA harus berundur kerana ketidak-cekapan mentadbir kelantan serta menuduh kelantan tidak maju setelah hampir dua dekad di bawah kepimpinan TGNA, supaya datang ke Kota Bharu terlebih dahulu dan melihat betapa ibu kota yang serba islamik ini tidak kurang maju daripada bandar-bandar utama negeri lain.

Kota Bharu membangun dengan pesat dengan ekonomi yang dikuasai oleh orang tempatan. Daripada peniaga pasar siti khatijah hingga ke wakaf che yeh, dari kedai runcit ke pasaraya, dari kedai tayar ke kedai baik pulih motokar, dari klinik pergigian ke klinik keluarga, tanpa pusat perjudian, tanpa tempat istirehat yang memabukkan dan tanpa poster billboard yang mengghairahkan Kota Bharu gah di ufuk timur.

Ingin saya bertanya adakah anda tahu bahawa tanah di negeri Kelantan tidak mudah berpindah tangan? Walaupun anda seorang melayu yang berugama Islam namun jika anda bukan kelahiran Kelantan dan ibu bapa anda juga bukan berasal dari Kelantan, maka janganlah harap anda dapat memiliki tanah di negeri ini sewenang-wenangnya bersama berkoyan-koyan wang ringgit. Ketegasan inilah yang menjadikan negeri kelantan satu-satunya negeri yang tanahnya selamat daripada dijajah oleh kapitalis keparat.

Perkara yang saya sebutkan di atas adalah sebakul kejayaan yang seharusnya diikuti oleh negeri-negeri yang lain. Dasar Pandang ke Timur boleh digantikan dengan Dasar Pandang Kelantan. Di kala ini, kita harus menjaga kepentingan domestik melebihi kepentingan pelawat yang datang membawa lari kekayaan khazanah negara semata-mata dengan dibantu oleh golongan elit UMNO bagi mendapat laluan mudah.

Ingatlah, Kelantan telah dipelihara rapi oleh TGNA dengan pelbagai program kerakyatan yang ternyata memberi sinar untuk dikecapi rakyat kelantan. Seorang MB yang memotong elaun dan gajinya demi melicinkan aliran kewangan negeri yang selama ini bajetnya dingdong sana sini. Bersyukurlah, dalam negara ini ada MB yang bersifat demikian.

Berikut adalah jawapan TGNA kepada si raja katak dipetik dari Malaysiakini;

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.

Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita di majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.

Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan menteri besar itu supaya ahli parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.

Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.

"Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya.

Wednesday, September 16, 2009

TT: Bagaimana Gerombolan Jual Negara



Justify FullTANAH DI SERAH KEPADA PEMAJU - melayau

SELAYANG 14 Sept. - "Kami disuruh memohon tanah ini tetapi ternyata itu sekadar kata-kata untuk menyedapkan hati penduduk kerana akhirnya tanah itu diberikan kepada sebuah syarikat."

Itulah luahan penduduk sekitar Jalan 1, Bandar Baru Selayang, di sini, terhadap keputusan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak yang meluluskan tanah di Lot 10875 untuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan sebuah syarikat.

Mereka membantah sekeras-kerasnya pemberian hak milik tanah itu atas alasan mereka terlebih dahulu memohon tanah tersebut iaitu sejak 12 tahun lalu.

"Harapan penduduk untuk mendapatkan tanah itu berkecai kerana 'dirampas' dengan mudah oleh syarikat itu sedangkan kami sudah lama memohonnya," kata penduduk di situ.

Seorang penduduk, Abdul Majid Md. Haniff, 47, berkata, selama 12 tahun dia berusaha dan memohon untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut tetapi usahanya ternyata sia-sia.

Menurutnya, dia juga berasa teraniaya dengan keputusan yang diambil oleh PTD Gombak itu kerana sebelum ini, dia juga pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.

"Dulu, masa saya tinggal di Kampung Selayang Tin begini juga jadinya. Tanah yang dahulunya hak milik nenek moyang kami dirampas dan rumah kami diroboh begitu sahaja oleh MPS tanpa memberikan sebarang pampasan ketika itu.

"Tetapi pada masa itu, tahap kesabaran kami masih boleh dikawal. Tidak sampai lima bulan kemudian, rumah kedai yang dimiliki oleh mak saya pula dirobohkan oleh MPS tanpa sebarang notis pemberitahuan sedangkan kami ada dokumen yang sah mengenai bangunan tersebut," katanya.

nota:
perhatikan dimana ketuanan melayu menjual
tanah orang melayu kepada para cukong. lihat
satu demi satu tanah hilang tuan. semuanya dilakukan
kerana ada duit masuk bawa meja.

orang melayu di tipu dengan ketuanan melayu
pada hal yang membolot harta kekayaan negara
ini ialah cukong dan towkay yang ada hubungan
dengan pemimpin gerombolan.

caranya cukup senang. nama ketua gerombolan akan
dimasukan sebagai lembaga pengarah atau dijanjikan saham
atau dijanjikan kondo bersama amoi. lalu tanah ini diluluskan.
cara ini telah berjalan selama 52 tahun. hingga habis tanah
orang melayu dalam bandar kena rembat.

inilah nama nya ketuanan melayu. pakida ke pewaris ke
pesaka ke pekatak bobok ke tidak akan bersuara kerana
dapat keluping saham atau sekurang kurangnya dapat
jadi pak gard kah kah kah

p/s : adakah anda tahu di indonesia tanah tidak
dibenarkan dimiliki oleh orang asing?

Proton oh Proton

Berikut adalah petikan daripada beberapa komen di blog rakan saya topeng perak; sila hayati...

Kes harga kereta nie cerita lama, memang dari awal PROTON ditubuhkan orang Malaysia yang beli kereta dah kena TIPU HIDUP-HIDUP oleh Tun M.

Disebabkan adanya PROTON Kejaan terpaksa wujudkan AP kononya untuk secure PROTON. Tapi dalam masa yang sama KRONI yang kembung perut dapat lesen AP. Biasa kita dengar cerita AP KING punya kaya sampai boleh ada Helikopter dan Jet peribadi, Bisnesnya? AP yang dianugerahkan oleh orang Kerajaan atau lebih tepatnya um-NGOK.

Kita beli kereta Proton, bayar pada harga yang tinggi dari sepatutnya. Kereta Pesona H Line harga 56k hampir sama dengan harga Toyota Altis di Labuan 64K, Tapi kualiti jauh berbeza.

Selagi ramai la BANGSAT-BANGSAT TOTOK um-NGOK yang tak sedar diri masih bernafas dan tak insaf-insaf selagi itulah pemimpin um-NGOK nie akan memperBODOH-BODOHKAN rakyat MALAYSIA.

-Zackry-


proton setelah 25 tahun..mmmm...bg saya kalo dinisbahkan kepada umor manusia,proton ni ibarat seorang anak muda yg sepatutnya gagah perkasa,tp malangnya masih menetek susu ibunya,anda setuju bukan?
bagilah proton bersaing harga secara adil dgn keta luar,kalau x mampu maka menunjukkan proton bukanlah keta yg berkualiti...australia ade jenama keretanya sendiri,iaitu Holden,masih blom mampu masuk pasaran msia kerana bukan jenama yg gah sgt pon, tp harganya comparable to mitsubishi, honda dan toyota di australia sendiri,masih boleh hidup kerana harga holden yg realistic sebeginilah jadikan rakyat australia patriotik dan support keta keluaran mereka..

harga proton dan perodua sgtlah tidak realistic apabila dibandingkan dgn 2 perkara iaitu i)kualiti kereta mereka ii)pendapatan purata rakyat malaysia (income perkapita)..
sbg cth, seorg supervisor kilang d australia bergaji AUD1000 seminggu,hanya perlu ikat perut selama 4 bln utk beli sebuah satria GTI berharga AUD16900 cash, tp di malaysia,seorg supervisor kilang dgn pendapatan RM500 seminggu perlu ikat perut setahun utk dapatkan sebuah perodua kancil yg berharga RM24000 secara tunai...

jadi inikah dasar kerajaan msia,menggalakkan rakyat berhutang dgn finance utk sebiji kereta yg boleh dipertikaikan kualitinya (proton dan perdua) yg mana kereta tersebut sgt tinggi kadar susutnilainya (beli hari ini,mau jual esok mesti potong at least RM10,000 harga, kalau tidak x laku)sudah pasti ini sgt membebankan..
- anonymous

note:

aku dah kata dah dari dulu lagi... kita rakyat Malaysia diperbodohkan oleh kerajaan! tapi hairan sebab masih ada manusia yang buta hati masih menyokong kezaliman sedangkan tidak mereka sedar dalam masa yang sama keluarga mereka juga dizalimi.

klik sini - Kerajaan Penjajah !

Tuesday, September 15, 2009

Rakyat Tempatan Dilayan Umpama Kelas ke-3 oleh Kerajaan Malaysia !

Aku dah lama dah cakap.... rakyat negara nie dah 50 tahun lebih kena kencing sampai hancing !!

tengok sedutan kat bawah nie..

Proton di eksport ke Australia lalu di ubah nama dan specnya juga berubah secara mendadak.

1. Enjinnya standard berkuasa 1.6 (berbanding di sini 1.3)
2. Mempunyai dua airbag ( di sini hanya satu untuk driver)
3. Yang paling menarik; harga di sana hanyalah AUD13,000. (Convert sini tak sampai Rm40,000)
4.Support after sales dan warranty yang lebih ditawarkan (berbanding dengan sini)
5. Sudah tentu dari segi kualiti,kereta Proton yang dieksport jauh lebih baik berbanding kereta yang dijual di sini,jadi warga Australia perlu sedar bodohnya mereka jika tidak memilih Proton S16.
6. Ada immobiliser (kat sini,takde)
7.Tambah lagi satu,baru tau tadi,tayar spare yang dibagi kat Australia saiz sama dengan stended (kat negara pengeluar,saiz kecik).

Lagi, ... klik sini atau sini

aku dah tau dah, kerajaan memang bangsat ! refer balik entri aku tahun sudah...

Monday, September 14, 2009

PRK Bagan Pinang Jatuh pada Hari AHAD !!

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapkan 3 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, manakala 11 Oktober hari mengundi.

Pengumuman itu dibuat sebentar tadi oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.


edyes wrote:

Aduhai, macam tak percaya pulak. Kali nie PRK jatuh di kampung halaman (kampung biras yang rapat). Boleh la berkampung siap ada penginapan lagi !! yahoo...

kalau ada yang nak join, sila call edyes... ok

Malaysia Oh Tanah Airku.....

Rahmat Haron

Sejarah merupakan suatu bidang ilmu pengetahuan yang mendidik kita untuk belajar dari masa lalu. Mengulangi kesilapan masa lalu atau mengelakkannya, membuat kesalahan yang baru atau melahirkan kebenaran. Segalanya tergantung kepada kita, sejauh mana kita mendalami sejarah, menggali, mengkaji serta membanding-bandingkan sumbernya.

m1Tarikh 16 September nanti, dimaknakan kita sebagai mengingati harapan suatu pembaharuan dan pencerahan dalam pemerintahan Malaysia. Harapan yang menjadi gagasan betapa Malaysia perlu berubah menjadi lebih demokratik, kehakiman bebas, pilihanraya bersih, rasuah dihapus, adil tanpa kezaliman, bahagia alam dijaga, rakyat damai hidup bersama dan hak-hak asasi setiap warganya dihargai.

Malaysia yang ada hari ini, tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebuah projek kolonial Inggeris dan Amerika Syarikat (A.S). Jika United Malay National Organization alat penjajah Inggeris, maka suka atau tidak, Malaysia yang ada pada hari ini memang merupakan gagasan asing penjajahan bentuk baru empayar Amerika Syarikat untuk menggantikan empayar Inggeris pada awal abad ke 20.

Malaysia adalah hasrat Nusantara Melayu Raya yang gagal untuk menjadi kenyataan. Malaysia juga adalah Singapura dan Pulau Batu Puteh yang terlepas ke tangan PAP dan Lee Kuan Yew. Pada tarikh 16 September 1963 itu, Malaysia adalah Brunei yang gagal dijajah dengan cara baru oleh A.S, sebaliknya memilih kekal di bawah naungan Inggeris sehinggalah merdeka pada tahun 1984.

Penubuhan Malaysia adalah penindasan terhadap Parti Buruh dan Parti Rakyat (Barisan Sosialis) di Singapura serta Tanah Melayu (atau dirujuk Inggeris sebagai Malaya). Biarpun Barisan Sosialis memenangi Pilihanraya Majlis Tempatan untuk memilih ahli Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 1964.

Namun, itulah kali terakhir pilihanraya majlis tempatan diadakan, sebelum diharamkan kerajaan gerombolan Umno-Perikatan, pada tahun yang sama. Hampir kesemua Ahli Parlimen dan Adun Barisan Sosialis yang dipilih rakyat di tahan dibawah ISA. Malah ketua-ketua cawangan Parti Buruh dan ranting Parti Rakyat juga turut ditahan.

Negara pada waktu itu melakukan keganasan terhadap warganya dengan sewenang-wenangnya atas nama keselamatan dalam negeri. Waktu itu, tidak ada internet, tidak ada faks, tidak ada sms, tidak ada telefon bimbit. Jadi masyarakat dapat ditakut-takutkan dengan mudah kerana maklumat disekat dan pembohongan disebar luaskan pemerintah.

m2Sepanjang tahun-tahun 60 an dan 70an, ribuan pimpinan dan anggota Barisan Sosialis ditahan tanpa bicara dibawah ISA, atas alasan komunis. Saya berpeluang mengenali seorang insan yang merengkok selama lapan tahun dalam tahanan tanpa bicara ISA itu. Sewaktu dia ditahan, dia masih lagi seorang kanak-kanak berumur 14 tahun. Namanya Chong Ton Sin. Bayangkan, seorang kanak-kanak bawah umur itu membesar dan menghabiskan keseluruhan usia mudanya dibalik tembok dan jeriji besi kem tahanan tanpa bicara.

Di Singapura misalnya, Said Zahari ditahan tanpa bicara oleh Lee Kuan Yew selama 17 tahun, hanya setelah beberapa jam di lantik sebagai Ketua Umum Parti Rakyat Singapura. Tokoh-tokoh kiri Singapura seperti Said Zahari dan Lim Chin Siong beranggapan, “Singapura dari segi sejarahnya sudah menjadi sebahagian dari Tanah Melayu, maka tidak timbul soal Singapura masuk Malaysia.” Begitu juga orang seperti Presiden Pas, Dr. Burhanudin Al-Helmy yang ditahan kerana menolak gagasan Malaysia sebagai projek penjajahan bentuk baru (sering disebut neo-kolonialisme) oleh pemenang perang dunia ke-2, empayar baru Amerika Syarikat.

Berbalik kepada penubuhan Malaysia, ia merupakan perancangan licik kejam agen perisikan Amerika Syarikat C.I.A bersama Jenderal Suharto, untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden Sukarno. Bermula dengan konfrontasi Malaysia - Indonesia, ia berakhir dengan pembunuhan beramai-ramai (genocide) hampir satu juta nyawa rakyat Indonesia dalam suatu rampasan kuasa berdarah Jenderal Suharto, pada tahun 1965-66 atas alasan memerangi ‘komunisme’.

Malaysia penting untuk membuktikan teori domino, suatu teori bodoh yang mengkhayalkan setelah Vietnam menjadi negara komunis, satu demi satu negara-negara Asia Tenggara akan menjadi negara komunis. Teori yang dikritik kewajaran ilmiah dan kewarasannya dalam buku Meniti Lautan Gelora, tulisan Said Zahari, bekas pengarang akhbar Utusan Melayu itu.m3

Kini di zaman langit maklumat dan pengetahuan terbuka luas, di abad ke 21 ini, kita semua telah tahu bahawa lagu Negaraku adalah irama Memula Moon. Atau bendera Jalur Gemilang merupakan ciplakan dari bendera Amerika Syarikat. Negara Liberia juga berkongsi jalur bendera yang sama seperti kita. Ini kerana Liberia merupakan negara yang dibentuk A.S buat bekas-bekas hamba abdi yang ingin pulang ke benua itu.

Malaysia sebagai hasrat A.S juga dapat kita rujuk pada buku ilmiah, “Malaysia: a study in direct and indirect rules,” karangan Rupert Emerson, profesor dari Universiti Havard merangkap penasihat dasar luar A.S. Buku yang terbit pada tahun 1937, dengan nada simpati dan kununnya mengkritik pentadbiran Inggeris itu, menjadi bukti betapa Malaysia, hanyalah gagasan asing tanpa akar tuntutan kemerdekaan masyarakat di sini.

Tahun 1937, kala rakyat di Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura belum lagi mengenal kata Malaysia. Di kala wilayahnya hanya dikenal sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu, Negeri-negeri Selat, Borneo - Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada tahun 1937, kata Malaysia hanya di kenal, disebut, dibincang hanya dikalangan pemikir, pembuat dasar dan intelektual Amerika Syarikat saja.

Bagi Kesatuan Melayu Muda, pertubuhan politik yang pertama memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, mereka menngemukakan gagasan Melayu Raya. Memanglah Malaysia yang dihasratkan A.S itu masih tetap merupakan negara yang merdeka dari penjajahan Inggeris. Tetapi, ianya ibarat keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

m4Kita telah hidup terlalu lama dalam penjajahan, apapun bentuknya. Kita tidak boleh balik ke masa lalu. Kita boleh memilih pada hari ini, menjernihkan fikiran untuk bebas merdeka daripada penjajahan United Malay National Organization. Kita perlu belajar menjadi Malaysia yang baru dari semua kegagalannya.

Belajarlah dari sejarah, sila baca, rujuk, cari dan kaji buku dan dokumen penting ini:

  1. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rules. Rupert Emerson. Terbitan Macmillan, New York, tahun 1937.

  2. Meniti Lautan Gelora, memoir politik Said Zahari. Terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, Utusan Publications & Distributors , 2001

  3. Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office Washington, 2001. (klik capaian http://www.state.gov/r/pa/ho/frus/johnsonlb/xxvi/)

Friday, September 11, 2009

Seronoknya YB, Dapat Masuk Paper Utusan Muka Depan...


YB Zul,

Nak pertahankan Islam tak salah malah menjadi kewajipan setiap umat Islam. Tetapi, biarlah sesuatu isu itu ditangani dengan akal bersama timbang-tara yang waras, ambil kira segala aspek yang berkaitan. Bukan hanya menggunakan kekerasan semata-mata, bukan hanya secara terus menuduh, mencerca malah menyindir ahli parlimen yang bertanggungjawab dengan perkataan 'pak janggut'.

Adakah ini sifat seorang YB yang disanjung tinggi? Sepatutnya YB Zul dengan platform terbaik yang dimiliki, boleh bersemuka dengan YB 'pak janggut'. Itu jauh lebih baik daripada melempar kata-kata sindiran yang akhirnya mendapat publisiti daripada Utusan Malaysia. Atau mungkin publisiti begini yang YB mahukan?

Saya masih tak lupa, sewaktu DSAI bercadang untuk mengambil alih kerusi Kulim-BandaBaharu, YB Zul dengan rela hati bersedia berkorban untuk melepaskan kerusi tersebut. Ini diumumkan sendiri oleh YB Zul dalam satu majlis ceramah, atau adakah DSAI memaksa YB Zul pada masa itu? Boleh lihat di sini betapa YB Zul sedia berkorban.

Namun dalam masa yang sama YB Zul sedia berkorban untuk DSAI, di blognya sendiri YB Zul menggunakan pedang orang lain (bak kata pak bakaq) untuk menyatakan betapa YB Zul sebenarnya sayang nak tinggalkan pekerjaan sebagai YB. Boleh refer di sini. Macam tak ikhlas nak berkorban. Depan cakap ok, belakang menangis melalak tak sanggup lepas jawatan.

Kalau tidak, YB Zul pasti tak sepolular hari nie. Kalau tidak, pasti kenyataan atau artikel YB Zul takkan masuk muka depan akhbar utusan.

dunia dunia... orang serupa ini memang ramai... Bukan tak boleh jadi 'hero' wahai YB Zul, tapi biarlah jadi hero yang rasional, bukan hero yang membabibuta. Jumpa la dulu orang berkenaan, bawak berbincang dan ambik tahu cerita dari semua angle. ok

Cerita selanjutnya di sini

Thursday, September 10, 2009

Brengset loh INDON !!

Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali (gambar).

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

-Bernama

edyes wrote:

brengset loh!!! Ngapain tidak saja ke Pelestin lalu berjuang di sana? Mengapa ganyang Malaysia? Sepatutnya pergi ke Iraq, Afganistan atau Palestin untuk mati syahid di sana! Lebih2 lagi berpeluang untuk membunuh yahudi!!

Jika mati di Malaysia ketika sibuk mengganyang agama sendiri, adakah ia syahid? adakah ia punya makna?


Indon bodoh banget kerna tidak guna akal ! Datang ke Malaysia bukan untuk mencari rejeki, tetapi merompak, mencuri, meragut, pecah rumah, dan berpeleseran membuat kacou.

Kalau begini sikap rakyat indon, adalah lebih baik semua indon PULANG ke negara asal dan bekerja di sana! Jangan kerja di Malaysia!! Ayuh pulang !!

Rupanya kita tidak serumpun, jejaka di Malaysia lebih tinggi dan lebih kacak berbandong cowok di Indonesia!

No Bonus ? Tipislah harapan di Bagan Pinang...

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.

Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.


edyes wrote:

Apa alasan kerajaan kali ini? Harga minyak dah dilambung, tapi masih tak bagi bonus.

Bonus sepatutnya dikirakan wajib. Ini kerana di Malaysia, gaji dibayar mengikut bulan dan tidak mengikut minggu sepertimana di US dan Eropah.

Apabila gaji dibayar mengikut bulan, kita rakyat Malaysia hanya menerima 12 kali gaji setahun. Bagaimana pula sekiranya gaji dibayar mengikut minggu? Jika gaji dibayar mengikut kaedah mingguan, sudah tentu kita akan menerima gaji untuk 52 minggu (setahun) - Bersamaan 13 bulan gaji. Bagaimana?

52 minggu dibahagi dengan 4 bersamaan 13tepat. Oleh demikian, Gaji pekerja Eropah dan US tidak termasuk bonus ialah 13 bulan setahun. Sebab itu Bonus sebulan adalah wajib bagi menampung 13 kali gaji setahun.

Setuju?

Wednesday, September 9, 2009

GEMPAR ! Pendedahan Yg Sangat Baik! Sila Siasat !!


N31 Dun Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos haram.


Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam. Sila klik disini untuk ke laman web SPR untuk membuat semakan.

Anggota tentera ini telah bersara pada 4 Feb 2009

1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

A-I-B: Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR. - payahsungguh

Di Petik Dari KerabuBersuara

Tuesday, September 8, 2009

Binatang Tak Boleh dibawa Berbincang

Salam buat semua,

Walaupun saya bukan salah seorang residen di sek23, namun saya percaya bahawa saya juga akan mempersoal sejauh mana berkesannya penyelesaian kuil di sek19 dengan membawanya ke sek23 sebagaimana majoriti penduduknya adalah Islam.

Apabila mengalihkan suatu bebanan liabiliti yang sukar ditanggung dari satu bahu ke suatu bahu yang punya kriteria yang sama, ini tidak akan menyelesaikan masalah malah mungkin akan bertambah. Atas sebab ini jugalah perbincangan secara matang diperlukan!

Bukankah sepatutnya penduduk sek23 menggunakan peluang kesempatan bersemuka dengan MB dan YB terlibat? Kesempatan ini telah disalahguna, atau tidak digunakan dengan cara yang betul dan berhemah.

Penduduk sek23 mempunyai hak untuk berkeras dan bertegas. Penduduk sek23 juga mempunyai hak untuk samada ingin bertolak ansur atau tidak. Malah dialog yang dianjurkan bertujuan untuk memenangi hati penduduk sek23. Dialog tersebut adalah jalan untuk menyelesaikan masalah dan medan untuk berbaik sesama umat. Mungkin juga ianya adalah satu peluang untuk kerajaan negeri menunjukkan betapa perkiraan mereka adalah salah dan penyelesaian secara baik wajar dituntut pada hari tersebut.

Tetapi, apa yang berlaku di dewan MBSA cukup memalukan. Dari sudut kemanusiaan, dari sudut keagamaan, dari sudut ke-bangsa-an, dari sudut politik dan dari segala sudut yang ada, penduduk sek23 tidak lebih dari sekumpulan manusia yang membenarkan diri mereka dikuasai nafsu syaitan. Peruntukkan akal yang telah Allah kurniakan, yang membezakan antara haiwan dan kemanusiaan gagal digunakan.

Wakil penduduk sek23 bukan hadir untuk berbincang, bukan hadir untuk menyelesaikan masalah, bukan hadir untuk menggunakan kebijaksanaan dalam menyelesaikan kerumitan. Mereka hanya hadir untuk merosakkan rundingan dan menambah koleksi provokasi perkauman.

Perlakuan tersebut memalukan agama dan bangsa. Perbincangan belum pun bermula disambut dengan berbakul caci-maki. Memaki-hamun mencaci-maki dalam sebuah medan perbincangan meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang tiada tolak ansur dan penuh prejudis perkauman. Kelaluan wakil penduduk sek23 tak ubah sebagai mencemarkan kesucian Islam dimata masyarakat.

Kita sebagai orang islam sepatutnya menunjukkan contoh teladan betapa Islam itu adil kepada semua dalam semua aspek. Pemerintahan Islam itu adil dan penuh tolaransi maka penganut agama lain akan terpesona dengan kebenaran Islam.

Jika rasa hormat terhadap pemimpin adalah perkara lain, bagaimana pula dengan rasa hormat terhadap Ramadhan bulan mulia? Di manakah rasional? Di manakah adab tatasusila?
Saya percaya, jika Islam menjadi panduan sudah tentu perbincangan akan bermula dan berakhir secara baik. Tidakkah kita punya agama untuk dirujuk?

Sekali lagi saya nyatakan, saya tidak menyokong perpindahan kuil ke sek23 kerana ia umpama menyelesaikan masalah sek19 dengan menambah masalah sek23. Namun demikian, saya menentang sekeras-kerasnya usaha wakil penduduk sek23 menggagalkan rundingan. Mereka tak ubah seperti binatang.

sila klik sini untuk melihat kembali video tersebut

berikut adalah kenyataan cool YB Khalid;

Semua melihat apa yang berlaku dalam sesi dialog tersebut. Saya merasakan ianya peristiwa yang amat memalukan ummat Islam. Tengah-tengah bulan puasa pula. Sedih. Itulah apa yang berlaku bila tidak menghayati ajaran agama dan tidak juga menerima asuhan yang baik dari pemimpin. Hishamuddin memberi sokongan dan dorongan secara terbuka dan selepas itu menyedari tidak boleh secara terbuka, mesti secara tertutup. Seterusnya mengutuk tetapi semua tahu, reaksi awal adalah apa yang sebenar tersemat di hati. Hakikatnya tukang demo tidak dikenakan apa-apa tindakan hingga ke hari ini. Sedangkan tindakan mereka jelas melampaui batas. Ini adalah bukti bahawa Hishamuddin membela dan melindungi mereka. Begitu juga si Noh Omar, ‘hero Melayu’ gelar mereka.

Matlamat sesi dialog adalah untuk mendapat pandangan dan reaksi penduduk terhadap cadangan pemindahan berkenaan. Ianya merupakan langkah terakhir dalam proses lima langkah seperti berikut :-

1. Tapak cadangan dari PKNS - Ini adalah kerana telah dipersetujui PKNS akan menggantikan tapak kuil di Seksyen 19 dengan tapak lain milik mereka kerana tapak di Seksyen 19 akan diambil alih oleh mereka.

2. Persetujuan MBSA bahawa lokasi berkenaan adalah sesuai. Ini adalah wajar memandangkan MBSA adalah pihak yang bertanggung jawab atas perancangan bandar Shah Alam.

3. Persetujuan AJK Kuil – ini telah diperolehi selepas proses perbincangan pada hujung bulan Mei. Nota mesyuarat ditanda-tangani sebagai bukti persetujuan mereka kerana tidak mahu berlaku penafian atau bertukarnya fikiran. Surat inilah yang dijaja oleh orang-orang demo kepala lembu itu. Persetujuan AJK kuil perlu kerana dasar PR ialah musyawarrah bukan paksa pindah ke mana orang lain tetapkan.(Itu dasar UMNO – rujuk pengakuan bangga KT).

4. Persetujuan Kerajaan Negeri atas cadangan untuk memindahkan kuil ke tapak yang dicadangkan. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri mahu memantau semua aktiviti pembinaan dan perobohan kuil.

Pada tahap ini, cadangan mencapai status sebagai ‘cadangan rasmi’ dan barulah boleh dibincangkan dengan pihak awam, terutama penduduk sekitar kawasan berkenaan. Mengadakan perbincangan bersama penduduk sebelum mendapat persetujuan ke empat-empat pihak ini tidak memberikan sebarang makna, kerana cadangan itu belum lagi merupakan cadangan rasmi.

5. Pertemuan dan perbincangan dengan penduduk berhubung cadangan yang telah dipersetujui terlebih dahulu oleh ke empat-empat pihak seperti di atas. Ini adalah kerana walau macam mana sekalipun, penerimaan oleh penduduk sekitar adalah penting untuk menjamin keharmonian.

Jika berdasarkan peraturan yang sediada, peruntukan jarak melebihi 50 meter tidak mewajibkan sebarang perbincangan diadakan dengan penduduk. Namun dasar PR adalah untuk mengadakan perbincangan walaupun jaraknya melebihi 50 meter, jika dilihat akan memberikan kesan. Sekiranya penduduk bersetuju, maka inilah yang ideal dan cadangan itu boleh dilaksanakan. Sekiranya setelah dikemukakan, penduduk menolak maka adalah lebih baik untuk dipertimbangan tapak alternatif sekiranya ada.

Malangnya kerajaan Negeri Selangor tidak diberi peluang untuk membentangkan cadangan ini di peringkat ke-5. Cadangan ditolak sebelum ianya dikemukakan dengan cara amat tidak sopan.

Hakikatnya, sekiranya cadangan ditolak secara sopan sekalipun – iaitu tanpa sebarang aksi yang telah ditunjukkan sebelum ini, kerajaan PR akan mengambil kira pandangan penduduk. Namun atas sebab hasutan pihak tertentu dan kempen salah-maklumat yang dilakukan maka cadangan ditolak mentah-mentah dengan cara paling tidak sopan. Yang dipertikaikan adalah cara bantahan dibuat, bukannya bantahan itu sendiri. Ada yang menganggap kerajaan negeri sudah pun mahu mula pembinaan! Sedangkan tiada pelan kuil yang telah diluluskan. Nak bina macam mana kalau tiada pelan?

Kami dituduh tidak mahu mendengar pandangan penduduk. Yang hadir pada hari tersebut melihat secara jelas siapa sebenarnya yang tidak mahu mendengar. Ini boleh dibuktikan melalui video clip yang tersiar di beberapa blog. Hanya blog UMNO yang tidak mahu menyiarkannya kerana tahu ianya hanya akan memalukan mereka. Semua tahu yang berperangai sedemikian bukan ahli PAS dan bukan PKR. Nafikanlah berapa kali sekali pun, rakyat tahu ini perangai UMNO.

Saya diberitahu juga ada pihak yang mendakwa bahawa mereka yang terlibat membuat kacau semasa sesi dialog tempohari adalah terdiri dari ahli PAS dan PKR. Sekiranya benar, maka saya cadangkan mereka ini dihadapkan di bawah lembaga disiplin parti, dipecat dan sekiranya didapati bersalah dikenakan tindakan dibawah akta hasuatan. Dalam masa yang sama, saya juga berharap jika ada ahli UMNO yang terlibat sama, maka mereka juga dikenakan tindakan yang sama. Mahukah mereka melakukan perkara yang sama sekiranya benar-benar yakin?

Teringat saya kisah Haji Bakhil. Dia tanam duit di sesuatu tempat dan meletakkan papan tanda ‘Tiada Duit Di Sini’. Datang pula Haji Bahalol menggali dan mengambil duit berkenaan. Seterusnya dia meletak papan tanda yang menyatakan ‘Bukan Hj Bahlol yang ambil duit di sini’. Bagi saya, begitulah penafian mereka terhadap keterlibatan UMNO dalam soal ini.

Esoknya Najib dengan gembiranya mengumumkan sesi dialog tersebut merupakan bukti kegagalan PR mentadbir Negeri Selangor. Persoalannya, adakah kemungkinan orang-orang yang bertindak samseng diminta berkelakuan sedemikian supaya Najib boleh membuat kenyataan sebegini? Sudah pasti mungkin! Dan ini juga merupakan penjelasan munasabah mengapa mereka bertindak sedemikian rupa. Tanpa provokasi dan tanpa sebab seperti yang telah dijelaskan.

Sebenarnya kenyataan Najib sendiri itu pun tidak benar sama sekali. Kerajaan negeri telah berjaya mengadakan sesi dialog dengan penduduk dan maklumat yang diinginkan telahpun diperolehi (walaupun bukan melaui jalan perbincangan yang diharapkan) iaitu penduduk setempat menolak cadangan tersebut. Mungkin bagi Najib ‘kejayaan’ diukur berdasarkan nilai projek yang dijalankan. Khir Toyo membelanjakan RM600,000 dan ini dianggap ‘kejayaan’. Walaupun masalah tetap tidak diselesaikan! Kontraktor juga yang untung.

Sebagai kerajaan yang perihatin, kami mengambil kira penolakan ini oleh penduduk Seksyen 23, bukan kerana ianya dilakukan secara biadab, tetapi kerana ianya adalah pandangan penduduk setakat mana yang boleh diperolehi. Walaupun ramai yang berdiam diri, namun itulah keputusan yang dizahirkan.

Begitu jugalah dengan kenyataan Khir Toyo. Dia dengan gembiranya menyatakan bahawa semasa dia MB, tiada masalah sebegini. Ya, betul kerana kami sebagai pembangkang merupakan pembangkang yang bertanggung jawab. Kami tidak menggunakan provokasi samseng atas isu-isu perkauman dan agama seperti mereka. Mereka bila jadi pembangkang, jelas merupakan pembangkang yang tidak bertanggung jawab! Bila memerintah pun menjadi kerajaan yang tidak bertanggung jawab, bila pembangkang begitu juga, pembangkang yang tidak bertanggung jawab!

Seterusnya kami telah pergi melawat tapak alternatif dengan kadar segera. Kami ingin memenuhi hak penduduk Seksyen 19 dan juga hak kuil tersebut. Tapak tanah di tepi kilang Nitto Denko Seksyen 23 telahpun kami lawati pagi tadi bersama PKNS, MBSA, para ADUN dan juga MB. Seterusnya akan dikemukakan kepada AJK kuil. Sekiranya mereka setuju, akan disediakan kertas cadangan untuk kelulusan Exco Kerajaan dan melalui 5 proses yang sama seperti yang telah dinyatakan. Lokasinya ditanda dipeta yang disertakan.


Sambil semua perkara ini diusahakan, saya berharap semua bertenang dan bersabar. InsyaAllah masalah ini akan diselesaikan dengan baik walaupun UMNO berusaha untuk mengagalkannya. Itulah sahajalah yang UMNO pandai buat: KACAU.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
dan berikut di bawah adalah salah satu komen menarik di blognya;
Sekarang baru ku tahu..


Jika selama ini
aku selalu condemn Kerajaan Selangor
aku selalu condemn pemimpin kerajaan Selangor
aku mendakwa mereka tak mahir urus negeri
terlalu banyak kelemahan
wakil rakyat yang entah hapa-hapa
ada yang bercakar sesama sendiri
pembahagian zakat yang tidak telus
wakil bulan berpecah
semuanya aku kutuk
sama ada wakil dari bulan, mata atau roket



tapi
semenjak kerajaan negeri ini
diserang bertubi-tubi
oleh bala tentera separa Mongolia
berbagai isu dibangkitkan
isu perobohan kuil
isu UiTM untuk kaum lain
isu rasuah lembu MB
isu wakil rakyat diserbu SPRM
isu kematian Teoh Beng Hock
isu penjualan arak
isu Datuk Nazak mahu rampas Selagor
terbaru isu kuil di Shah Alam
dan kepala lembu berdarah
dan juga 2 Khalid dimaki hamun


isu-isu ini telah berjaya membuatkan
aku menjadi simpati terhadap kerajaan Selangor
sokongan aku menjadi padu
rasa meluat aku hilang
dan aku makin bertambah simpati
apabila pemimpin negeri dimaki hamun
pada tanggal 5 haribulan
majlis dialog bertukar
menjadi majlis dalam hutan


kutahu
ia provokasi dari puak kepala lembu
bilangan mereka sedikit
lebih ramai yang diam dan memerhati
dari yang terpekik terlolong
umpama orang dirasuk hantu


sekarang baru ku tahu
rupa-rupanya anak Samad seorang yang macho
walaupun dia dituduh liberal
walaupun dia dicop sebagai perosak
walaupun dia dilabel sebagai Erdogan
aku kagumi dia
kesabaran dia
jikalau aku berada di tempatnya
nescaya pasti akan ada yang patah leher
dia berani berdepan dengan risiko
walaupun tahu undi yang dia akan dapat
pada PRU-13 mungkin merosot
aku salute sama dia


Juga baru aku tahu
anak Ibrahim adalah gentleman
walaupun dia banyak kekurangan
dan juga kepincangan
masih membela puak-puak UMNO
yang diimport dari Guthrie
tapi dia jenis tak kecut perut
dulu aku gelar dia
sebagai MB gemuk dan gagap
tapi
segemuk-gemuk Khalid
segagap-gagap Khalid
dia ada telor
dia setenang anak Samad
berhadapan dengan provokasi
makhluk yang tidak beradab


sekarang baru ku tahu
mereka fikirkan penduduk
dengan menganjurkan dialog
berharapan dapat berbincang dengan elok


jika yang berada ditempat anak Samad itu
adalah dari spesis yang berserban dan syok sendiri
jika yang berada ditempat anak Ibrahim itu
adalah seorang abang kepada bapuk
tak tahulah jadinya
baru ku tahu...

Monday, September 7, 2009

Gempa Bumi di Seksyen 23!!!

Sesiapa pun yang duduk di sec. 23 Shah Alam mungkin tak setuju dengan isu kuil dialihkan ke kawasan majoriti Islam Sec.23.

Tetapi bila kerajaan negeri sudi ajak berbincang secara baik, kenapa wakil penduduk s23 bertindak keterlaluan umpama tidak bertamadun? Macam orang takde agama!!

Majlis belum bermula, tiba-tiba rampas microphone maki2 Menteri Besar ! Mana ada MB Barisan Nasional yang sanggup harung caci maki sepertimana yang dilalui oleh MB Khalid.

Saya fikir, kalau maki hamun berlaku terhadap Ali Rustam atau MB negeri BN yang lain, sudah tentu yang memaki hamun tu dah masuk lokap dan dibuang kerja. Fikir2kan lah...

Orang yang jadi dalang pulak, terdiri dari orang2 UMNO yang tak senang dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor !

Kita manusia hidup di dunia nie ada peraturan. Kalau dah jadi penganut agama Islam, lagi ada adap dan peraturan. Bukan boleh main terjah sahaja yang akhirnya masalah menjadi makin rumit.

Kalau aku jadi MB, aku akan pastikan seksyen 23 Shah Alam mendapat turn terakhir dalam segala bentuk manfaat dan bantuan.

Thursday, September 3, 2009

Sebab Utama Minyak Naik Melebihi 5 Sen !!!!!

Inilah sebabnya.... naik 25sen seliter daripada sepatutnya hanya 20sen seliter, sebab nak cover losses...

1. cover losses duit yang ditabur di PRK.
2. Adalah seperti berita di bawah;

KUALA LUMPUR; Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur membenarkan permohonan syarikat pembekal baragan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn Bhd, untuk meminda writ saman RM2.8 juta terhadap Umno berhubung kegagalan parti itu menjelaskan kos barangan dibekalkan syarikat itu pada pilihan raya umum 2004.

Hakim membenarkan writ saman itu dipinda dengan menggantikan nama bekas Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zahidi, selaku defendan, kepada pegawai awam dalam Umno, Datuk Ishak Abdul Rahman.

Hakim juga memerintahkan kos RM5,000 ditangung plaintif dan dibayar dalam tempoh 14 hari kepada Abdul Azim.

Sementara itu, hakim menetapkan 10 Septermebr ini untuk keputusan terhadap permohonan Umno untuk mengenepikann saman itu.

Pemuda MIC jadi Hero Tamil... Adeshikkkkk Deshukkk

Tuan punya rumah setinggan dah bagi laluan untuk rumah mereka dirobohkan, namun pemuda MIC cuba berlagak hero dengan membuat kacau. Mereka menghalang kerja-kerja perobohan.

berikut adalah berita dari Bharian sendiri ;

Keadaan di Kampung Buah Pala mula kecoh

GEORGETOWN: Kekecohan berlaku sebentar tadi apabila beberapa ahli Pemuda MIC menghalang pihak pemaju yang cuba memasuki kawasan Kampung Buah Pala walaupun beberapa penduduk membenarkan rumah mereka dirobohkan.

Berlaku pertengkaran dan tolak menolak tetapi polis masih dapat mengawal keadaan.


UMNO Kepingin Menang PRK...


Isu nie lambat plak masuk entri edyesdotcom. Meluat betul! Macam menang PRK walhal tak sedar diri ponteng assembly. Inilah wakil rakyat yang khianat kepada pengundinya, tak masuk dewan bersidang!

Berikut adalah kata2 sinis TT dalam laman blognya ;

"lihat bagaimana songsangnya nilai yang dimiliki oleh anggota gerombolan ini. orang yang bersalah tak datang mewakili rakyat dijulang dan raikan seolah orang yang berjaya.

orang yang cuba memperbaiki masyarakat ditangkap dan dipenjara. inilah budaya bodoh yang meresap dalam pembudayaan sebahagian manusia melayu.

kemana nak sorokkan buntut mereka ini. sudah lah berkerak banyak pulak bisul kah kah kah"

Tuesday, September 1, 2009

Rakyat Didahulukan dalam Menjahanamkan Kenderaan Tersayang !




Terus terang saya katakan, secara jujur dan ikhlas saya katakan, saya amat dukacita dan kecewa terhadap Kerajaan Malaysia dalam isu kenaikkan harga minyak hari ini.

Masih saya ingat, kerajaan menjanjikan kenaikkan untuk Ron97 sepatutnya pada aras RM2.00 seliter dan Ron95 berkadar RM1.75 seliter iaitu 5sen lebih murah daripada RM1.80 sepertimana yang biasa kita isi sebelum ini. Malangnya apa yang berlaku ialah, harga minyak Ron97 adalah RM2.05 manakala bagi Ron 95 pula RM1.80. Adakah ini flip-flop? atau satu penipuan terancang?

Saya pernah hanya sekali menggunakan Ron95, itupun kerana terpaksa seumpama diperangkap oleh pengusaha stesen minyak shell Jln Kelang Lama pada pertengahan bulan lalu. Hanya Ron95 sahaja yang available pada waktu itu dan saya isi RM20 untuk percubaan. Hasilnya agak mengecewakan! Kereta menjadi sedikit semput dan tiada jaminan bahawa enjin akan terjaga dengan Ron95 yang tahap pembakaran jauh lebih rendah dari Ron97.

Apalah nasib rakyat Malaysia, dilayan oleh kerajaan setaraf kelas ke-3. Inikah yang dikatakan 'Rakyat Didahulukan'? Inikah maknanya 'rakyat didahulukan' untuk mempertaruhkan kereta tersayang mengisi minyak murah? Adalah menjadi satu beban yang lebih besar jika 'performance' kenderaan kita semakin merundum dan bermasalah setelah menggunakan minyak murah ini.

Kita dipaksa untuk membayar harga yang tinggi untuk minyak yang lebih baik sedangkan negara ini penuh dengan hasil minyak terbaik. Tidakkah kita berfikir tentang ini dan mendiamkan diri apabila dipermainkan oleh kerajaan yang zalim sebegini?

Dalam kesabaran umat Islam negara ini mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadhan, Kerajaan Malaysia mengambil kesempatan menaikkan harga minyak tanpa memikirkan impaknya. Tidakkah kerajaan memikirkan hal rakyat yang bakal menyambut Syawal? Saya percaya, harga barang sedikit sebanyak akan naik kerana alasan basi kenaikkan harga minyak! Ini membebankan rakyat yang ingin menyambut ketibaan Syawal.

Bukankah kerajaan atau sesiapa sahaja tahu bahawa apabila tiba hari perayaan, pastinya kenderaan banyak bergerak, pastinya kita akan banyak berjalan menggunakan kenderaan untuk balik ke kampung serta ziarah menziarahi antara satu sama lain sepanjang syawal. Sudah tentu kegunaan minyak akan berlipat kali ganda dari keadaan biasa. Tidakkah kerajaan fikirkan hal rakyat? Adakah ini yang dinamakan Perdana Menteri rakyat? Jauh panggang dari api.

Mengapa tidak kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak selepas musim perayaan? Apakah kerajaan ini sudah gila? Dikala melaungkan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, dikala itu jugalah rakyat diperbodoh dan diseksa!

Kita rakyat bukan lagi bodoh! jangan paksa kami guna Ron95 kelak kami akan merana apabila minyak tersebut mengkarbonkan enjin kenderaan kami! Kerajaan Malaysia yang tidak punya hati perut, dan berwatakkan binatang di bawah pemerintahan Perdana Menteri pembunuh ! Biarlah pahala puasa hari ini dipotong separuh kerana memaki hamun, asalkan aku terus berjuang dengan sebakul kata-kata bersama sepotong buah fikiran.

Hancur BN ! Hidup Rakyat !!

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan