Tuesday, September 29, 2009

Bubar Automatik Jika Tidak Bersidang 6 Bulan : Berjayakah ?


MB DPulau sudah mula menyebut tentang Sidang DUN Perak yang akan diadakan sebelum 7 November 2009, iaitu tidak melepasi tempoh enam bulan selepas 7 Mei 2009. Menurutnya, Sidang DUN ini akan mengikut kebiasaan iaitu mendapat perkenan Tuanku Sultan Perak. Semua ADUN PR Perak telah memaklumkan tidak akan hadir pada Sidang DUN tajaan UMNO ini. MB DPulau secara spontan menjawab, pedulikan ADUN PR ..

Namun jauh di sudut hati MB DPulau, beliau begitu gelisah dengan ketidakhadiran 28 ADUN PR ke Sidang DUN Perak nanti. Bagi ADUN PR, kehadiran mereka ke dewan hanya akan mengesahkan kedudukan Ganesan sebagai speaker. Bermakna permainan MB DPulau supaya ADUN PR mengiktiraf Ganesan telah lebih awal dihidu oleh PR.

Secara mudahnya, UMNO boleh berbuat apa sahaja di dalam dewan sidang kerana tidak diganggu oleh ADUN PR. UMNO boleh meluluskan apa sahaja bajet negeri tanpa dibangkang oleh ADUN PR. Tetapi UMNO sedar bahawa persidangan mereka walaupun mengikut kebiasaan dengan perkenan istana adalah tidak sah kerana menggunakan khidmat Speaker Ganesan yang entah dari mana asal usulnya.

Perak akan terus tenggelam dalam persada ekonomi Malaysia kerana kehuru-haraan politiknya. Tidak ada pelabur yang sudi melabur di Perak. Pegawai-pegawai kanan kerajaan di Perak tidak lagi seberani dahulu meluluskan perbelanjaan kewangan negeri tanpa mengikut prosedur yang betul dan sah. Sudah tentu pegawai-pegawai ini tidak sanggup berhadapan dengan inkuiri siasatan seperti SELCAT di Selangor.

Sememangnya 28 ADUN PR yang tidak hadir ke Sidang DUN Perak Tajaan UMNO ini mengharapkan status ADUN mereka terlucut dengan sendirinya kerana telah tidak hadir tanpa sebab ke sidang melewati tempoh enam bulan. Soalnya beranikah UMNO menghadapi PRK di 28 DUN Perak? Sekiranya tidak ada PRK di 28 DUN itu, bermakna Sidang DUN Tajaan UMNO ini memang tidak mempunyai kuasa yang sah walaupun UMNO mengatakannya sah.

Walau apapun rumusan dan andaian, PR Perak harus bersedia menghadapi kemungkinan wujudnya PRK di 28 DUN Perak. Ingat, UMNO itu parti gila. UMNO boleh melakukan apa sahaja kehendaknya. Peduli apa UMNO pada pembaziran wang rakyat selagi pembaziran itu boleh menguntungkan UMNO. Di kala inilah UMNO akan bermuka manis walaupun lidahnya bercabang dengan rakan MCA, Gerakan dan MICnya. Rakan-rakan UMNO mungkin agak sukar memenangi 21 DUN bukan Melayu yang ditandingi oleh mereka. Namun UMNO dijangka mampu memenangi satu atau dua DUN kampung yang ditandingi oleh mereka.

Persoalannya, apakah PR mempunyai calon lapisan kedua? Apakah PAS mempunyai calon sehebat MB Nizar? Siapakah calon PKR untuk mengisi tempat YB Yunus Jamhari di Kuala Kurau? Dan mampukah DAP menyediakan 17 calon pelapis secemerlang yang sedia ada?

PR Perak begitu yakin yang DUN Perak akan dibubarkan pada November ini. Yakin tanpa kerja-kerja yang meyakinkan. Awas, UMNO tidak akan mengikut rentak dan lenggok PR. UMNO hanya mahu merampas satu atau dua kerusi PR melalui PRK di 28 DUN sahaja. Jikalau UMNO yakin menang di 31 DUNnya termasuk Behrang, Jelapang dan Changkat Jering, sudah lama DUN Perak dibubarkan.

Selepas itu PR Perak terus menggigit jari.

Artikel dipetik dari dangomamat

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

Anonymous said...

BIAR MATI BAPAK jangan MATI ANAK .
PR should list a capable & coruption free person only for next election .. not like UMNO .. ( ISA SAMAD ) . Don't worry .. raayat PERAK with PAKATAN ..

Anonymous said...

3 ekor katak mesti lingkup kalau BN masokkan mereka di next election ... Raayat Perak telah melibat perubahan yang ketara walaupun PR hanya berkuasa seketika diPerak , Penang , Selangor ,kelantan & kedah .
Selamat berjuang Pakatan raayat , Perak adalah frontliner of GE13 .