Tuesday, September 1, 2009

Rakyat Didahulukan dalam Menjahanamkan Kenderaan Tersayang !




Terus terang saya katakan, secara jujur dan ikhlas saya katakan, saya amat dukacita dan kecewa terhadap Kerajaan Malaysia dalam isu kenaikkan harga minyak hari ini.

Masih saya ingat, kerajaan menjanjikan kenaikkan untuk Ron97 sepatutnya pada aras RM2.00 seliter dan Ron95 berkadar RM1.75 seliter iaitu 5sen lebih murah daripada RM1.80 sepertimana yang biasa kita isi sebelum ini. Malangnya apa yang berlaku ialah, harga minyak Ron97 adalah RM2.05 manakala bagi Ron 95 pula RM1.80. Adakah ini flip-flop? atau satu penipuan terancang?

Saya pernah hanya sekali menggunakan Ron95, itupun kerana terpaksa seumpama diperangkap oleh pengusaha stesen minyak shell Jln Kelang Lama pada pertengahan bulan lalu. Hanya Ron95 sahaja yang available pada waktu itu dan saya isi RM20 untuk percubaan. Hasilnya agak mengecewakan! Kereta menjadi sedikit semput dan tiada jaminan bahawa enjin akan terjaga dengan Ron95 yang tahap pembakaran jauh lebih rendah dari Ron97.

Apalah nasib rakyat Malaysia, dilayan oleh kerajaan setaraf kelas ke-3. Inikah yang dikatakan 'Rakyat Didahulukan'? Inikah maknanya 'rakyat didahulukan' untuk mempertaruhkan kereta tersayang mengisi minyak murah? Adalah menjadi satu beban yang lebih besar jika 'performance' kenderaan kita semakin merundum dan bermasalah setelah menggunakan minyak murah ini.

Kita dipaksa untuk membayar harga yang tinggi untuk minyak yang lebih baik sedangkan negara ini penuh dengan hasil minyak terbaik. Tidakkah kita berfikir tentang ini dan mendiamkan diri apabila dipermainkan oleh kerajaan yang zalim sebegini?

Dalam kesabaran umat Islam negara ini mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadhan, Kerajaan Malaysia mengambil kesempatan menaikkan harga minyak tanpa memikirkan impaknya. Tidakkah kerajaan memikirkan hal rakyat yang bakal menyambut Syawal? Saya percaya, harga barang sedikit sebanyak akan naik kerana alasan basi kenaikkan harga minyak! Ini membebankan rakyat yang ingin menyambut ketibaan Syawal.

Bukankah kerajaan atau sesiapa sahaja tahu bahawa apabila tiba hari perayaan, pastinya kenderaan banyak bergerak, pastinya kita akan banyak berjalan menggunakan kenderaan untuk balik ke kampung serta ziarah menziarahi antara satu sama lain sepanjang syawal. Sudah tentu kegunaan minyak akan berlipat kali ganda dari keadaan biasa. Tidakkah kerajaan fikirkan hal rakyat? Adakah ini yang dinamakan Perdana Menteri rakyat? Jauh panggang dari api.

Mengapa tidak kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak selepas musim perayaan? Apakah kerajaan ini sudah gila? Dikala melaungkan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, dikala itu jugalah rakyat diperbodoh dan diseksa!

Kita rakyat bukan lagi bodoh! jangan paksa kami guna Ron95 kelak kami akan merana apabila minyak tersebut mengkarbonkan enjin kenderaan kami! Kerajaan Malaysia yang tidak punya hati perut, dan berwatakkan binatang di bawah pemerintahan Perdana Menteri pembunuh ! Biarlah pahala puasa hari ini dipotong separuh kerana memaki hamun, asalkan aku terus berjuang dengan sebakul kata-kata bersama sepotong buah fikiran.

Hancur BN ! Hidup Rakyat !!

14 comments:

hyde said...

smlm aku isi minyak ron95 ni, aku naik hi-way, mmg kete aku mcm semputlah..

baginda® said...

kawan aku nye kete lagi best... pas isik myk ron95 kete masih leh jalan pastu bile mati enjin terus takmau start lagi dah... semput tahap dewa da.... shilakak punyer bijaN

Edyes said...

hush, saya memang perasan kereta agak semput guna Ron95... tapi kalau sampai tahap takleh start tu masalah jugak...

Anonymous said...

enjin mati terus xmau start? mcm menmbh cerita jer..

fargowin said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ruyom said...

How to save 1Malaysia when it does not even exist in the first place? 1Malaysia can only happen when the racist BN is sent packing lock, stock and barrel.

paloibinmulau said...

bro,

utk info rasanya masalah semput dan terenjut2 kerana ron97 dan ron 95 masih bercampur. InsyaAllah bila tangki penuh dgn ron95 takde masalah. dr segi kualiti memang ada beza tapi tak banyak.

mungkin segi pickup pun tak banyak beza. dari segi penjagaan enjin rasanya semua enjin yg ekonomi sesuai dari ron92-99.

kalau enjin sport dan high performance memang dicadangkan ron97 ke atas.

Edyes said...

beberapa posting telah dipadam kerana tidak mempunyai unsur rasis yang tinggi.

daaksaytunk said...

pelik..kenapa bahana takleh startla, semputla ni jadi kat kereta puak PR jer? asal kereta n motor aku ok ja? aku gi kerja balik jer siap rempit lagi... takdak hal pon... pandai menambah cerita.. ker kereta korang mmg dah sedia semput, tewla servis tak ikut jadual...hhaahh!! PANDAI YER... kalu betul bagai dikata abis satu kay el jem sebab kereta takleh start dan semput...

Edyes said...

hai... minyak naik sebelum raya pun masih dok sokong BN lagi? pelik jugak penyokong BN nie... sanggup diperbodohkan...

memang kereta ada semput! wife saya bawak pun 2kali termati enjin.

kau pakai la Ron95 hadiah pemberian Najib tu!

daaksaytunk said...

Kalu korang pakai ferarri maka gunakanlah RON 97, kalu tak, pakai RON 95 pun tak dak masalah..hayat enjin kurang? sama saja berapa lama sangat korang nak pakai kereta?.... agak nak puas hati lagi guna minyak kereta F1 untuk kancil korang..hahhahah!!!konfrem tak semput n enjin tak ble start takkan berlakunya....

nak tau jawapan lebih lanjut, ziarah blog aku pasal isu RON 95 dan RON 97 ni di http://ohpolitik.blogspot.com

baLdi MeraH said...

tuan.. saya nk beritahu.. sewaktu ron 95 dilancarkan di stesen petronas shj, x salah saya ada pengumuman bahawa ron 95 murah kerana tempoh percubaan, dan selepas itu akan dinaikkan harganya kepada 97.

jadi tuan x perlu risau, majoriti enjin kereta jepun dan korea menggunakan standadr 95 sebagai asas, manakala kereta continental menggunakan standard lebih rendah iaitu 88. maksudnya kereta tuan mampu mencapai kuasa optimum dengan minyak tersebut.

jgn melenting cepat sgt tuan. sy harap tuan boleh rasional demi perjuangan

boleh rujuk blog kereta ni,

http://paultan.org

Edyes said...

terima kasih atas informasi tuan, sekurang-kurangnya ia melegakan pengguna tegar seperti saya.

Anonymous said...

penulis artikel ini memang bodoh dan bangang tegar..jgn cuba memperbodohkan pembaca. kami tidak sebodoh otak kamu! takkan masih tak sedar kot,kerajaan dah sehabis mungkin berusaha membantu rakyat menyediakan spesifikasi minyak sesuai dengan harga yg dimampu milik oleh rakyat dengan harga minyak mentah dunia yang semakin meningkat berganda- ganda. terbukti minyak RON95 tidak mendatangkan masalah cuma pick up agak perlahan saja. Isu pembakaran tak sempurna bukannya isu kerata mudah terbakar atau tidak ketika berlanggar tetapi ia merujuk kpd pembakaran yg kurang sempurna utk menggerakan injin sebab itu pick up slow. ketika kalau nak minyak yang bagus, kena la beli yang bagus dgn harga yg lebih mahal. Takkan nak desak kerajaan menampung subsidi minyak saja, banyak lagi keperluan harian yang perlu ditampung subsidinya. Harga bahan makanan nak disubsidi, ubat2an hospitalnak disubsidi, yuran2 sekolah nak disubsidi, tol nak disubsidi dan macam2 lagi. Pakatan pembangkang pun tak akan mampu mentadbir negara sebaik BN/UMNO. Tengokla macamanan PAS mentadbir kelantan dan kedah ..bercelaru!,, lihat pulak bagaimana PKR mentadbir selangor... lebur!! dan DAP mentadbir PP...bangkrapsi!
Alasan minyak negara lebih berkualti..memang betul ..minyak negara hanya sesuai utk kegunaan kapal terbang..jadi, kerajaan akan impot minyak luar yg lebih murah dan sesuai utk kereta dan minyak negara akan diekspot. Duit keuntungan itulah yg digunakan utk beri subsidi-subsidi. tapi ,kita kena ingat, duit petroliam bukan kerajaan yg kontrol tetapi petronas yg kontrol. kerajaan hanya dapat 20% saja hasil petroliam dan selebihnya petronas gunakan utk operasi mengembangkan perniagaannya. Jangan mudah terpedaya cakap2 orang2 yg suka mengkritik, kerana hakikatnya si pengkritik adalah jauh lebih teruk dan buruk dari orang yg dikritik!

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan