Showing posts with label Ron97. Show all posts
Showing posts with label Ron97. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Hero Disebalik RON95 ...





Modus Operandi : Menteri berkaitan akan keluar kenyataan bahawa kenaikkan harga petrol RON95 tidak dapat dielakkan. Apabila rakyat mula panik, secara tiba-tiba PM akan keluar kenyataan bahawasanya demi rakyat RON95 tidak akan dinaikkan. Akhirnya semua pihak terutamanya akhbar Utusan Malaysia akan menghambur pujian betapa PM Malaysia adalah PM yang berjiwa rakyat!


Sinopsis: Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar minyak. Walaupun bukan pengeluar minyak terbesar di dunia, iaitu hanya menduduki tangga ke-27, namun jumlah pengeluaran jauh lebih besar dari jumlah penggunaan minyak dalam negara. 

Pengeluaran minyak dalam negara Malaysia adalah begitu berkualiti sekali sehingga memaksa kerajaan menjual minyak ini ke negara eropah memandangkan rakyat negara Malaysia adalah rakyat kelas ke-3 dan tidak layak menggunakan minyak berkualiti. Akhirnya kata putus diambil, Malaysia menggunakan minyak arab kerana ianya sesuai dengan iklim negara ini (retorik).

Pada peringkat awal, setelah bergelumang dengan harga minyak dunia yang melambung tinggi, rakyat Malaysia ditawarkan harga petrol RON97 pada harga RM1.80 seliter setelah sebelumnya naik sehingga mencecah RM2.70. Kenaikkan mendadak 78sen seliter pada tanggal 5 Jun 2008 telah mendatangkan amarah rakyat selain mencipta inflasi kenaikkan harga barang yang kekal tidak turun-turun walaupun harga minyak sudah turun. 

Jangan kita lupa kenaikkan 78sen ini telah menjimatkan 4bilion wang rakyat untuk tujuan memperkemas sistem pengangkutan awam. Tetapi 4 bilion itu dikhabarkan hanya sempat digunakan sebanyak beberapa ratus juta dan selebihnya hangus dek kenaikkan harga minyak dunia - alasan dangkal lagi hina.

Rakyat bangkit dengan hebat ketika harga minyak melambung 78sen. Apabila harga petrol RON97 telah turun ke paras RM1.80 oleh paklah, lantas kerajaan regim Najib yang menaiki tahta pada April 2009 memikirkan bagaimana caranya untuk menaikkan harga RON97 kembali ke angka sasaran awal iaitu RM3.60 seliter daripada RM1.80 seliter. 

Maka hadirlah idea RON95 iaitu minyak komersial yang sebelum ini kebanyakkannya dijual dalam negara yang tiada pengeluaran minyak atau negara yang pengeluaran minyaknya lebih sedikit dari penggunaan dalam negara. 

Dengan adanya RON95 khas buat rakyat karbaret lowclass, maka mudahlah pihak regim untuk menaikkan harga petrol RON97 ke paras mana yang mereka suka kerana rakyat tidak lagi peduli akan kualiti hidupnya asal dapat harga yang lebih murah. Setelah rakyat disuap dengan harga petrol mampu-beli RON95, rakyat telah lupa bahawa sebenarnya RON97 adalah petrol sebenar milik rakyat, bukan petrol mesin rumput RON95!

Kini langkah regim memperkenalkan RON95 telah membuahkan hasil. Harga minyak RON97 telah mencecah RM2.90 seliter sebaliknya harga RON95 yang telah lama kekal di takuk RM1.90 seliter dikhabarkan akan berganjak dengan keputusan ahli-ahli parlimen BN yang bersetuju mengurangkan subsidi petrol untuk rakyat. 

Menteri bertanggungjawab pada mulanya berjanji tidak akan menaikkan harga petrol telah mula lari intonasinya. Menteri bertanggungjawab telah akur betapa harga petrol akan dikaji semula walaupun baru sahaja beberapa hari mengumumkan harga petrol RON95 tidak akan berganjak walau sesen.

Kini tiba masa dan ruang untuk Perdana Menteri Malaysia menjadi hero memenangi isu. Ditambah pula dengan gendang-gendang PRU-13 yang kononnya hebat dipalu. Ura-ura kenaikkan petrol RON95 bakal diselamatkan oleh Perdana Menteri Malaysia bagi mencerminkan betapa prihatinnya dan begitu berjiwa rakyatnya Perdana Meneteri Malaysia. 

Najib akan mengumumkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak akan menaikkan harga minyak sehingga hujung tahun ini demi memberi ruang kelegaan kepada rakyat dan berita terbatalnya kenaikkan harga petrol RON95 akan disorak dengan gembira sekali. Semua pujian dihambur kepada hero harga minyak iaitu Najib Razak. 

Sedangkan, semua tidak sedar bahawa khazanah rakyat telah dicuri lebih awal dengan harga RON97 yang telah mencecah RM2.90 seliter. Regim Najib tidak peduli dengan RON95 petrol tidak berkualiti untuk rakyat lebih susah dalam jangka masa panjang. Oleh demikian, naik atau turun harga petrol RON95 adalah demi untuk menunjukkan betapa heronya mereka dalam memenangi isu dan lantas kononnya memenangi hati rakyat. 

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO pula cuba untuk mencuri tumpuan dengan mengarahkan usul membantah kenaikkan harga minyak dari pemuda UMNO. Di luar ini usul mereka adalah membantah kenaikkan harga minyak tetapi usul dibentang oleh Shahrir Samad BN Johor Baharu, telah disokong kuat oleh Razali Ibrahim Timbalan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Ahli Parlimen Muar. Apakah Khairy Jamaludin KPUM mahu bersuara lagi untuk menjadi hero memenangi isu? Ia milik Najib Razak, janganlah Khairy curi ditakuti harga minyak benar-benar naik.

Zahid Hamidi juga telah bersuara, minta kerajaan kaji semula kenaikkan harga petrol RON95 merujuk kepada nasib dan beban rakyat. Zahid berkata "Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.". Ini bermakna hanya Najib sahaja yang boleh mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 akan ditangguhkan atau dibatalkan terus.

Inilah permainan mereka, di luarannya cuba untuk menjadi hero dengan membantah kenaikkan harga petrol tetapi di dalam parlimen itu sendiri, mereka meluluskan pengurangan subsidi untuk rakyat! RON95 adalah permainan mereka sejak dari mula ianya diperkenalkan kepada Rakyat Malaysia.


EDYES @ edyesdotcom

Thursday, May 5, 2011

Punca Lonjakkan Harga Minyak RON97 ! (Wajib Baca!!)



Harga RON97 adalah RM1.80 seliter ketika mula-mula RON95 diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Waktu itu rakyat telah dicemburui oleh kerajaan kerana memperolehi harga minyak yang RON97 yang sangat murah berbanding negara jiran.

Rakyat Malaysia yang sebelum itu berdepan kenaikkan 78sen sekaligus oleh kerajaan BN pimpinan Paklah, telah berasa lega kerana penurunan semula harga minyak hingga ke lantai harga lantai RON97 sekitar RM1.80 per liter. Penurunan harga minyak adalah berkadar terus dengan harga minyak dunia yang turun merundum setelah mencecah kemuncaknya pada Ogos 2008 (seperti jangkaan Anwar Ibrahim dalam debat bersama Shabery Cheek). Maka rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol RON97 yang cukup melegakan.

Di atas kelegaan rakyat, kerajaan pimpinan Najib pula yang tidak berasa senang. Bagi mereka, rakyat tidak boleh begitu bersenang lenang untuk ke mana sahaja yang mereka suka. Harga minyak yang murah akan menyebabkan rakyat tidak berjimat, selalu balik kampung dan akan kerap bercuti. Ini satu pembaziran pada pandangan pihak kerajaan pemerintah.

Tindakan menaikkan semua RON97 secara mendadak hanya akan mendatangkan kemarahan rakyat. Maka hadirlah idea memperkenalkan minyak komersial RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai minyak premium negara.

RON95 adalah minyak komersial untuk negara-negara yang tidak mempunyai pengeluaran minyak. Minyak RON97 adalah terlalu bermutu untuk digunakan oleh rakyat kelas ketiga seperti rakyat kebanyakkan di Malaysia. RON97 hanya untuk golongan berada manakala RON95 pula untuk golongan biasa, Malaysia juga punya kasta dalam penentuan harga minyak dalam negara.

Kerajaan dengan sengaja meletakkan penetapan harga RON95 pada suatu harga mampu, supaya rakyat boleh berdiam diri apabila harga petrol RON97 naik sedikit demi sedikit. Sedar atau tidak sedar harga RON97 sekarang adalah RM2.90 seliter, menokok RM1.20 seliter daripada harga sebelum rakyat diperkenal petrol komersial RON95. Dengan idea RON95, kerajaan berjaya mengelak sebarang kebangkitan rakyat bagi memprotes kenaikkan harga minyak. Bijak bukan? Tidak sia-sia kerajaan membayar RM77 juta kepada APCO.

Hari ini kerajaan telah berjaya menjadikan harga minyak RON97 setinggi RM2.90 seliter. Teringat suatu ketika dulu kita sering mendengar harga minyak dalam negara akan menokok sehingga RM3.60 seliter, dalam keadaan tiada lagi subsidi untuk RON97. Sekarang, ianya bakal menjadi kenyataan di mana minyak yang biasa kita gunakan sejak tahun 90an hingga tahun 2009, akan diharamkan untuk tangki enjin kita apabila ia akhirnya mempunyai perbezaan harga yang ketara dengan RON95. Petrol RON97 tidak lagi menjadi minyak rakyat negara Malaysia sedangkan bumi bertuah Malaysia ini sebenarnya mempunyai simpanan minyak yang paling berkualiti dalam dunia.

Inilah yang kerajaan mahukan, rakyat berhempas pulas untuk mendapatkan minyak yang berkualiti walaupun sebenarnya apa yang dihempas pulas oleh rakyat itu adalah hak milik sendiri. Tidakkah diri ini rasa dihina? Tidakkah rakyat kebanyakkan berasa dihina apabila membayangkan, kita semua tidak layak memiliki minyak yang lebih berkualiti? Bukan kita mahukan ia secara percuma, tetapi dengan harga yang berpatutan termasuklah dengan subsidi yang sebenarnya milik abadi rakyat Malaysia selagi minyak masih ada.

Beringatlah wahai rakyat Malaysia, hari ini kamu diperlekeh, hari ini kamu dihina, setiap kali harga minyak RON97 naik, setiap kali itulah kita dihina oleh kerajaan pemerintah.

Sudahlah sebelum ini kita dapat mengetahui Proton Waja dan Perodua Myvi keluaran Malaysia adalah jauh lebih murah apabila dijual di pasaran negara arab, Britain dan Australia. Kini kita mengetahui minyak keluaran Malaysia dijual di luar negara dan minyak arab yang kurang kualiti itu dijual pula dalam negara dengan harga yang cukup mahal.

Tidakkah anda rasa rakyat Malaysia umpama merempat di negara sendiri? Tidakkah anda rasa seperti dibangsatkan oleh kerajaan Malaysia?


EDYES @ edyesdotcom

Wednesday, February 2, 2011

Kerana Harga Minyak Naik, UMNO Terus Ditinggalkan !!


Bantah kenaikan harga minyak: Lagi ahli Umno Sabah sertai KEADILAN

TENOM: Sekumpulan 42 ahli Umno dari Kampung Lohot Ulu Tomani, Tenom bertindak keluar parti sebagai membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak kelmarin.

Wakil kumpulan itu, Room Tukau berkata, kenaikan tersebut membuktikan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) menzalimi rakyat khususnya di Sabah yang majoritinya merupakan warga miskin.

“Kerajaan kata Ron97 dinaikkan kerana rakyat ada pilihan membeli Ron95 yang agak murah, alasan itu tidak munasabah kerana pengangkutan merupakan keperluan penting di pedalaman.

“Apabila harga minyak naik, kos pengangkutan akan turut baik sebagaimana yang berlaku sebelum ini,” katanya.

Semalam, bekas ahli Umno terbabit menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman.

Mengulas penyertaan tersebut, Halik ketika dihubungi Keadilan Daily.com hari ini berkata, kenaikan itu menyebabkan penduduk di kawasan pedalaman Sabah terutama golongan miskin bertambah sengsara.

Katanya, Ron97 merupakan pilihan utama pemilik kenderaan di Tenom dan ia memudahkan pergerakan kenderaan di kawasan itu yang bentuk muka buminya berbukit bukau.

“Apabila harga minyak berkenaan naik lagi, sudah pasti kesan paling serius ditanggung rakyat yang majoritinya berada dalam paras kemiskinan.

“Peniaga pula akan memindahkan kos pengangkutan itu kepada pembeli dengan menaikkan harga barang.

“Penduduk Tenom kebanyakannya warga miskin. Maka, golongan inilah yang paling terbeban setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak,” katanya.

Pada 1 Februari lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya. Kenaikan itu merupakan yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97 dan dinaikkan sehari selepas BN memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Tenang, Ahad lalu.

Sebelum ini, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November tahun lalu, RM2.30 pada 1 Disember tahun yang sama dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Berikutan kezaliman BN itu, menurut Halik, kira-kira 200 lagi ahli Umno di kawasan itu bakal menyertai KEADILAN dalam masa terdekat.

“Sejak Cabang Tenom mempergiatkan program dan berjaya menembusi kubu Umno BN di Tenom, kami sering diburu dan diganggu oleh ‘orang-orang tertentu’. Mereka ini kerap menghalang penduduk Tenom dari mendengar dan menerima penerangan dari pimpinan KEADILAN.

“Namun, saya anggap semua itu sebagai cabaran dalam perjuangan. Apa yang pasti, penerangan kepada rakyat harus diteruskan kerana program KEADILAN tidak mungkin dilaporkan TV3 dan media arus perdana yang dikuasai Umno BN,” tambah Halik.

Dengan kemasukan kali ini, sejumlah 383 ahli dari parti lawan menyertai KEADILAN dalam tempoh tiga minggu. - KeadilanDaily

Monday, January 31, 2011

Terima Kasih Kepada Pengundi BN di Tenang, Hadiah Anda Tengah Malam Ini - RON97 Naik RM2.50 !!

 
 
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan. Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.
 
 
EDYES wrote;
 
Sebab itu aku tulis Terima Kasih Peneroka Felda...
 

Tuesday, September 1, 2009

Rakyat Didahulukan dalam Menjahanamkan Kenderaan Tersayang !




Terus terang saya katakan, secara jujur dan ikhlas saya katakan, saya amat dukacita dan kecewa terhadap Kerajaan Malaysia dalam isu kenaikkan harga minyak hari ini.

Masih saya ingat, kerajaan menjanjikan kenaikkan untuk Ron97 sepatutnya pada aras RM2.00 seliter dan Ron95 berkadar RM1.75 seliter iaitu 5sen lebih murah daripada RM1.80 sepertimana yang biasa kita isi sebelum ini. Malangnya apa yang berlaku ialah, harga minyak Ron97 adalah RM2.05 manakala bagi Ron 95 pula RM1.80. Adakah ini flip-flop? atau satu penipuan terancang?

Saya pernah hanya sekali menggunakan Ron95, itupun kerana terpaksa seumpama diperangkap oleh pengusaha stesen minyak shell Jln Kelang Lama pada pertengahan bulan lalu. Hanya Ron95 sahaja yang available pada waktu itu dan saya isi RM20 untuk percubaan. Hasilnya agak mengecewakan! Kereta menjadi sedikit semput dan tiada jaminan bahawa enjin akan terjaga dengan Ron95 yang tahap pembakaran jauh lebih rendah dari Ron97.

Apalah nasib rakyat Malaysia, dilayan oleh kerajaan setaraf kelas ke-3. Inikah yang dikatakan 'Rakyat Didahulukan'? Inikah maknanya 'rakyat didahulukan' untuk mempertaruhkan kereta tersayang mengisi minyak murah? Adalah menjadi satu beban yang lebih besar jika 'performance' kenderaan kita semakin merundum dan bermasalah setelah menggunakan minyak murah ini.

Kita dipaksa untuk membayar harga yang tinggi untuk minyak yang lebih baik sedangkan negara ini penuh dengan hasil minyak terbaik. Tidakkah kita berfikir tentang ini dan mendiamkan diri apabila dipermainkan oleh kerajaan yang zalim sebegini?

Dalam kesabaran umat Islam negara ini mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadhan, Kerajaan Malaysia mengambil kesempatan menaikkan harga minyak tanpa memikirkan impaknya. Tidakkah kerajaan memikirkan hal rakyat yang bakal menyambut Syawal? Saya percaya, harga barang sedikit sebanyak akan naik kerana alasan basi kenaikkan harga minyak! Ini membebankan rakyat yang ingin menyambut ketibaan Syawal.

Bukankah kerajaan atau sesiapa sahaja tahu bahawa apabila tiba hari perayaan, pastinya kenderaan banyak bergerak, pastinya kita akan banyak berjalan menggunakan kenderaan untuk balik ke kampung serta ziarah menziarahi antara satu sama lain sepanjang syawal. Sudah tentu kegunaan minyak akan berlipat kali ganda dari keadaan biasa. Tidakkah kerajaan fikirkan hal rakyat? Adakah ini yang dinamakan Perdana Menteri rakyat? Jauh panggang dari api.

Mengapa tidak kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak selepas musim perayaan? Apakah kerajaan ini sudah gila? Dikala melaungkan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, dikala itu jugalah rakyat diperbodoh dan diseksa!

Kita rakyat bukan lagi bodoh! jangan paksa kami guna Ron95 kelak kami akan merana apabila minyak tersebut mengkarbonkan enjin kenderaan kami! Kerajaan Malaysia yang tidak punya hati perut, dan berwatakkan binatang di bawah pemerintahan Perdana Menteri pembunuh ! Biarlah pahala puasa hari ini dipotong separuh kerana memaki hamun, asalkan aku terus berjuang dengan sebakul kata-kata bersama sepotong buah fikiran.

Hancur BN ! Hidup Rakyat !!