Wednesday, September 30, 2009

Kenapa Berita Ini Tak Keluar Utusan & BHarian ?

Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.

"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.

"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.

Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.

Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.

7 comments:

UMNO Haram Jadah said...

Sebab pilihanraya dah dekat !!

lagi pulak calonya recycle dan corupt !

Ustaz Mahmud said...

ada bukti kukuh ke? habis tu kalau benar hal ini pown.. kenapa kena sebut "Haram Jadah" kepada UMNO? disebabkan politik, bertambah berdosa dengan penggunaan bahasa yang tidak sopan.. abaikan kegiatan negatif politik dan elakkan lah diri dari terjebak kepada politik jika ia memudaratkan diri anda sendiri. Jaga keluarga sendiri dengan baik.. salam

Anonymous said...

Ya betul tu ustaz, skrg kita cuma perlu jaga diri dan keluarga kita saja..org lain bole pegi mampussss..ha ha ha..kita skrg kena nafsu nafsi saja..enkau enkau aku aku kan? kenapa sbut haram jadah? sbb Untuk Mereke No Otak! memang haram la...ki ki ki.dah ada bukti kukuh pun x jalan jugak, kat malaysia ni dah macam filem tamil dahhh..bak kata che det...dah laa dahhhh!!!!

ghostWRITER said...

Sebab takdak nilai beritalaa.. Apa bukti ang tulis cerita ni? takat menulis ikut sedap ati n perasaan aku pun bloeh buat..ushar blog aku..byk gak aku tlis pasal PR ang ni.. Jom ushar..

anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com

armouris said...

info tentang dadah kat sini - Faktor Penyalahgunaan dan Ketagihan Dadah.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

Anonymous said...

alo daksetan,

cuba belek skit malaysiakini beberapa hari lepas...

kalau kau belek bharian ke utusan ke, haram kau nak jumpa berita serupa nih...

Unknown said...

MALAYSIAKINI:-

Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terlibat dadah
Sep 29, 09 11:42pm