Wednesday, December 3, 2008

Langkawi Oh Langkawi...


Lima hari empat malam di Langkawi, sungguh menghiburkan dan tidak dinafikan sungguh juga memenatkan. Lima hari empat malam termasuk perjalanan.

Topeng_Perak ada menjemput semua bloggers termasuk edyes untuk hadir ke Majlis Minum Petang Bloggers Di Shah Alam. Agenda utama ialah hasrat untuk mewujudkan Bloggers Network @ Selangor. Beberapa isu telah dibincangkan dalam perjumpaan ini. Ramai juga bloggers yang hadir.


Tetapi pada waktu itu juga, saya tidak dapat memberi komitmen sebagai salah seorang pejuang pembaharuan kerana komitmen yang telah dirancang berbulan lamanya tidak dapat dan tidak mahu untuk dielakkan, komitmen bersama keluarga di langkawi.


Kami bertolak dari KL bersama 5 kereta. 14 dewasa 4 kanak-kanak dan 2 baby.
Kadangkala tidak salah kita dahulukan keluarga ... dengan memberi laluan kepada rakan bloggers lain untuk saling menyampai dan saling berusaha menuntut perubahan total. Gambar-gambar di bawah adalah diri saya sewaktu kongress berlangsung.



4 comments:

Art Pokon said...

Welcome home edyes, naik gunung mat cincang ke?

Anonymous said...

Cantiknya gambar2 tu....
seronok tgk gambar family edyesdotcom.. nampak seperti sebuah keluarga yang happy go lucky

Edyes said...

Terima kasih Kpasu guy, thanks spanarjaya.

Naik gunung mat cincang memang kacang goreng jer. asal beli tiket, dapat la naik gunung. hehe.

Tapi nak turun ke Tasik Dayang Bunting tulah yang azab. Demam urat 3 hari. Hari nie baru betul2 sihat. Bila sihat, boleh la masuk entri baru.

banyak lg gambar menarik, tapi cukuplah untuk sebuah blog berasaskan politik tanahair. Bercuti pun kekadang kena ada politik jugak...

ps: Saya takut2 berani jer taruk gambar family. Taknak bercakap besar tetapi sekurang-kurangnya saya bertanggungjawab dengan blog saya dengan menonjolkan diri sebenar.

Anonymous said...

Sekadar berkongsi artikel( http://zaidievo.echepor.com/2008/11/07/cuti-cuti-bersama-famili/kasih-sayang/cuti-cuti-bersama-famili.html ).Tahniah juga atas artikel2 yang berani.